ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 31 August 2017

KEMBARA HAJI 2017 - BERMALAM DI MUZDALIFAH

Artikel sebelum ini:
Kembara Haji 2017 - Wukuf di Arafah

Perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah



MASYAIR
Kawasan bermulanya kerja ibadah Haji iaitu Berwukuf di Arafah, Singgah atau bermalam Muzdalifah dan Bermalam di Mina dan melontar ketiga-tiga Jamrah sebelum Jemaah Haji kembali ke Mekkah untuk tawaf, saie dan tahlul. 

Muzdalifah adalah satu kawasan yang terletak antara Mina dan Arafah di Arab Saudi. Kawasan ini merupakan sebahagian daripada Tanah Haram (Masyair Haram). Jarak dari Arafah ialah 8 km, dari Mina ialah 6.9 km manakala dari Masjidilharam ialah 13.9 km.  
Para Jemaah Haji akan berada di Muzdalifah sekurang-kurangnya dari waktu terbit fajar hari Nahr, tanggal 10 Zulhijjah sampai waktu terbit matahari hari Nahr. 

Wadi Muhassir suatu lembah yang terdapat di antara Mina dan Mudzalifah. Kawasan ini amat popular dalam Sejarah kerana ia adalah lokasi penyerangan terhadap Kota Mekkah oleh Pasukan Bergajah yang dipimpin oleh Raja Abrahah. Namun Raja Abrahah tidak sempat menyerang Kota Mekkah kerana beliau telah dilemparkan dengan batu-batu yang berasal dari Neraka yang dibawa oleh sekumpulan burung Ababil. 
Kisah ini ada disebut dalam Al Quran dalam surah Al-Fil  ayat 1-5. 


Pada petang 9 Zulhijjah (31 Ogos 2017), kami membuat persiapan untuk bergerak ke Muzdalifah bagi menunaikan satu lagi ibadah Wajib Haji iaitu Mabit di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah berserta syarat-syaratnya. 

Muzdalifah akan menyaksikan lautan manusia boleh digambarkan sebagai himpunan manusia di alam selepas kematian, walaupun himpunan akhirat itu sebenarnya lebih dasyat lagi. 

Pada musim Haji 1438H penambahbaikan dibuat di Muzdalifah apabila tahun ini muassasah menyediakan anak batu melontar bagi setiap jemaah.
Sebelum ini, jemaah perlu mengutip sendiri anak batu di Muzdalifah, tahun ini muassasah telah menyediakan 100 anak batu untuk melontar di Jamarat bagi para jemaah Haji. 
Karpet merah turut dipasang di Muzdalifah bagi keselesaan para Jemaah Haji kerana sebelum ini tiada karpet disediakan. 
Batu lontaran yang disediakan oleh pihak Muassasah


\













 Mengutip batu batu untuk melontar nanti di Jammarah


Beginilah Jemaah Haji dari Negara lain bergerak ke Muzdalifah, betapa bertuahnya Jemaah Haji Malaysia kerana adanya Lembaga Tabung Haji yang menguruskan segala pergerakan Jemaah Haji sepanjang musim Haji. 
Ketika detik separuh malam , kami akan digerakkan dari Muzdalifah menuju ke Mina di mana di Mina nanti aktiviti utamanya adalah Melontar di Jamarrat. 

Artikel seterusnya :
Kembara Haji 2017 - Mabit di Mina

No comments:

Post a Comment