ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 3 May 2017

2017 - LAWATAN KE PERANCIS

TRIP KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN BHD - EUROPE 3  NEGARA 2017 (Bahagian 1 - Peranchis)

Syukur Alhamdullilah, Allah s.w.t telah memperkenankan hajat isteri ku yang ku kasihi,Norziah binti Ahmad untuk menjejakkan kaki ke benua Eropah. 
Isteri ku bersama rakan-rakannya telah berlepas ke Eropah untuk lawatan ke3 buah negara iaitu Perancis, Belgium dan Netherlands (Belanda). 
Beliau berlepas dari Lapangan Terbang KLIA pada 23 April 2017 menaiki penerbangan Etihad Airways dan singgah Transit di Abu Dhabi International Airport sebelum berlepas ke Paris. 

Saya berserta 2 orang anak lelaki dan juga ibu mertua saya turut menghantar isteri saya ke Lapangan Terbang KLIA selepas waktu zohor pada hari Ahad 23 April. 

Rombongan Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd -menjelajah 3 Negara Eropah


KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT - 23 APRIL 2017



Kuala Lumpur International Airport (KLIA) adalah lapangan Terbang utama di Malaysia terletak di Sepang, Selangor. Jaraknya adalah kira-kira 50 km dari Kuala Lumpur.
Ia di buka pada 27 Jun 1988. Pada tahun 2007 KLIA telah dianugerahkan sebagai Lapangan Terbang terbaik bagi kategori 15-25 juta penumpang dan tempat ketiga bagi Lapangan Terbaik di Asia Pasifik dan Dunia. 
Anugerah ini disampaikan oleh Airports Council International Airport Service Quality (ACI-ASQ). 

FLIGHT DETAILS - PERGI/BALIK

Penerbangan Pergi :
23 April 2017 - Berlepas pada jam 7.35 petang dari Kuala Lumpur ke Abu Dhabi - menaiki penerbangan Etihad Airways (EY 411) dan tiba awal pagi 24 April 2017  di Abu Dhabi Airport.
Transit selama 4 jam di Abu Dhabi Airport. 
Berlepas dari Abu Dhabi Airport jam 2.35 pagi (waktu Abu Dhabi) dengan pesawat Etihad Airways (Ey 31) dan tiba di Charles De Gaulle Airport, Paris jam 7.50 pagi (Waktu Perancis). 

Penerbangan Balik:
28 April 2017 - Berlepas dari Schiphol Airport, Amsterdam jam 9.25 malam (Waktu Amsterdam) dengan pesawat Etihad Airways (EY 78) dan tiba di Abu Dhabi Airport jam 6.20 pagi (Waktu Abu Dhabi). 
29 April 2017 - Berlepas dari Abu Dhabi Airport jam 10.50 pagi (Waktu Abu Dhabi) dengan pesawat Etihad Airways (EY 416) dan tiba di Lapangan Terbang KLIA jam 10.30 malam. 

MATAWANG
Matawang yang digunakan di ketiga-tiga negara (Perancis, Belgium dan Netherlands) adalah matawang EURO. 


ETIHAD AIRWAYS

EtihadAirways-AbuDhabi-MasterLogo-Eng.jpg

Etihad Airways ada syarikat penerbangan milik Kerajaan Emirate Arab Bersatu ini memulakan operasi sejak tahun 2003 dan sehingga kini telah memiliki 92 buah pesawat udara. 
Syarikat ini telah beroperasi daripada 96 buah negeri di seluruh dunia dan memiliki 1268 laluan penerbangan. 
Cogankata syarikat ini adalah "From Abu Dhabi to the World."


Penerbangan dari KLIA ke Abu Dhabi International Airport

LAPANGAN TERBANG ABU DHABI - 24 APRIL 2017
Rombongan tiba di Transit Lapangan Terbang Abu Dhabi seawal pagi 24 Apri 2017 dan terpaksa menunggu 4 jam sebelum meneruskan perjalananan seterusnya ke Paris, France. 



Lapangan Terbang Abu Dhabi terletak di Bandar Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. Ianya adalah Lapangan Terbang kedua terbesar di UAE. 

Bendera Emirate Arab Bersatu


CHARLES DE GAULLE AIRPORT,FRANCE

Penerbangan dari Abu Dhabi ke Charles De Gaulle Airport, Paris


Bendera Peranchis



Rombongan tiba di Charles de Gaulle Airport terletak di Roissy-En-France pada pagi 24 April 2017. 
Charles de Gaulle Airport juga dikenali dengan nama Roissy Airport (nama tempat terletaknya airport ini).
Dinamakan sempena nama Charles de Gaulle (1890-1970), seorang pemimpin Free French Forces ketika Perang Dunia Kedua. Beliau juga adalah pengasas French Fifth Republic dan juga Presiden Perancis dari tahun 1959 - 1969. 


Charles de Gaulle


PARIS, FRANCE (24 APRIL 2017)

Image result for peta perancis

Perancis atau France dalam Bahasa Inggeris terletak di Eropah Barat, bersempadan dengan Teluk Biscay dan Selat Inggeris, antara Belgium dan Sepanyol.
Perancis adalah destinasi pelancongan paling popular di dunia selama 20 tahun. Dikatakan 82 juta telah melawat Perancis pada tahun 2012. 
Manakala bandar Paris adalah ibu negeri Perancis dan juga negeri lie-de-France. Paris mempunyai penduduk paling tinggi dalam Kesatuan Eropah dan juga merupakan metropolitan kedua terbesar di Eropah. 
Paris juga dikenali dengan nama "La Ville Lumiere" yang bermaksud Bandar Berlampu atau Bandar Bercahaya. 
Kota Paris memang terkenal sebagai destinasi pelancongan didunia dengan jolokan Kota Fesyen atau Kota Romantik. 
Teringat sebuah lagu Hindustan yang popular sekitar tahun 60'an dulu bertajuk "AN EVENING IN PARIS" dinyanyikan oleh Mohamad Rafi. 

An Evening in Paris (1967 film).jpg

CITY TOUR AT PARIS
Setelah selesai proses Imigeresen di Airport Paris, Rombongan terus di bawa melawat ke sekitar Paris.  
Antaranya ialah butik ternama Louis Vuitton Paris yang terletak di 101 Av.des Champs-Elysees, Paris. 
Louis Vuitton (LV) adalah jenama barangan kulit terkenal di dunia yang telah diasaskan pada tahun 1854 oleh Louis Vuitton seorang pereka fesyen terkenal di Perancis ketika itu.
Tempat sebegini sememangnya menjadi tarikan kepada pelancong terutama sekali wanita... hehe



LOUIS VUTTON



Entah apalah yang dibeli oleh isteri ku ini...

EIFFEL TOWER, PARIS
Salah satu lagi destinasi pelancongan paling popular di dunia ialah Menara Eiffel yang terletak di Champ de Mars, 5 Avenue Anatole France,Paris. 
Menara setinggii 324 meter (1,063 kaki) ini telah dibina oleh Gustave Eiffel pada tahun 1887 - 89. Ketinggian menara ini menyamai ketinggian bangunan 81 tingkat. 
Semasa Perang Dunia Kedua, Adolf Hilter dari German pernah mengarahkan seorang komandernya bernama General Dietrich von Choltitz untuk memusnahkan Eiffel Tower dan seluruh bandar Paris. Namun Dietrich tidak mematuhi arahan tersebut, kalau tidak sudah tentu kita tidak dapat melihat Eiffel Tower masa kini...Terima kasih General Dietrich von Choltitz..kerana sesungguhnya anda adalah seorang yang menghargai artifak sejarah... 

Gustave Eiffel 1888 Nadar2.jpg
GUSTAV EIFFEL






Adolf Hitler ketika menawan Paris pada tahun 1940



ARC DE TRIOMPHE
Rujuk:
Wikipedia - Arc de Triomphe


Terletak di Place Charles de Gaulle, Paris ianya adalah sebuah Ikonik Gerbang Kemenangan yang dibina untuk memperingati kemenangan Napoleon Bonaparte dan tentera Perancis yang gugur semasa Revolusi Perancis dan dalam perang Napoleon. 
Dibawah menara ini juga terdapat beberapa buah kubur-kubur tentera Perancis yang tidak dikenali yang telah terkorban semasa Perang Dunia Pertama. 


Tentera Nazi German ketika berjaya menawan Paris pada tahun 1940


Tomb of the Unkown soldiers

CATHEDRAL NOTRE DAME DE PARIS
Rujuk:
Wikipedia - Notre Dame de Paris


Terletak di 6 Parvis Notre-Dame-Pl. Jean-Paul, Paris. Notre Dame bermaksud "Our Lady of Paris"  adalah sebuah gereja Katholik Zaman Pertengahan yang dianggap salah satu contoh senibina Gotik Perancis dan ia adalah antara yang terbesar dan paling terkenal di Dunia. 


Setelah puas menjelajah kota Paris pada hari pertama, rombongan kemudian dibawa ke tempat penginapan untuk beristirehat setelah semalaman dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Paris. Nama hotel ialah Hotel Residhome Roissy Park yang terletak di 14 Allee du Verger, Roissy-En-France , Paris 






Sarapan pagi di Hotel sebelum berlepas ke Brussel, Belgium

25 APRIL 2017 - MELAWAT KE LA VALLEE VILLAGE, PARIS

Selepas sarapan pagi di hotel, rombongan kemudian dibawa untuk melawat ke sebuah lagi destinasi pelancongan yang terkenal di Paris iaitu di La Vallee Village yang terletak di 3 Cours de la Garonne, Serris, France. 

La Vallee Village adalah sebuah tempat membeli belah yang menawarkan harga diskaun yang menarik dimana terdapat berbagai jenis barangan berjenama terkenal dijual di sini diantaranya ialah Ralph Lauren, Furla, Jimmy Choo (anak Malaysia yang berjaya di Paris) dan lain-lain lagi. 

















Kelihatan Taburan Bunga sebagai memperingati mangsa kejadian tembak menermbak di Paris





Muzium Louvre




Dari La Vallee Village, rombongan kemudian terus dibawa menaik bas untuk ke Negara kedua dalam sesi lawatan ini iaitu Negara Belgium. 
Catatan lawatan ke Belgium disambung ke Blog Seterusnya. 

1. Lawatan ke Belgium (Klik di Sini)


Zulheimy Maamor
3/5/2017
12.02 am







No comments:

Post a Comment