ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 3 May 2017

2017 - LAWATAN KE NETHERLANDS (BELANDA)

TRIP KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN BHD - EUROPE 3 NEGARA 2017 (Bahagian 3 - NETHERLANDS)

Rujuk:
Bahagian 1 : Lawatan ke Perancis (klik disini)

Bahagian 2 : Lawatan ke Belgium (klik disini)

Jarak dari Belgium ke Netherlands lebih kurang 269 km

LAWATAN KE NETHERLANDS



Bendera Netherlands

Lawatan ke 3 Negara Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd hampir ke pengakhirannya dengan melawat ke Negara yang ke 3 dalam senarai lawatan iatu Negara Netherlands atau dikenali juga dengan Belanda atau Hollands. 

Netherlands atau Belanda dalam bahasa tempatan disebut Koninkrijk der Nederlanden (Kerajaan Tanah-Tanah Rendah) adalah sebuah negara yang terletak di Barat Laut Eropah. 
Bersempadan dengan German di timur dan Belgium di Selatan. Nama Belanda berasal dari bahasa Portugis iaitu Holanda. 


PETA NETHERLANDS



AMSTERDAM
Ibu Negeri Netherlands adalah Amsterdam. Namun begitu pusat pentadbiran Netherlands terletak di The Hague, bukan Amsterdam. 


Image result for map amsterdam

Ketika di Netherlands, rombongan menginap di Hotel NH Noordwijk Conference Centre yang terletak di Langelaan 3, 2211 XT Noordwijkerhout, Netherlands. 













Antara tempat-tempat yang dilawati di Netherlands adalah seperti berikut: 

ROTTERDAM

Rotterdam adalah bandar pelabuhan utama di wilayah Zuid-Holland. Ia adalah merupakan bandar kedua terbesar selepas Amsterdam. 
Bandar ini mempunyai pelabuhan yang terbesar di Eropah dan juga pelabuhan yang paling sibuk di dunia pada tahun 1962, namun kehilangan status tersebut kepada Shanghai di China pada tahun 2004. 
Nama Rotterdam berasal dari sebuah empangan yang terletak di Sungai Rotte. 









Blaaktoren terletak di Kolk 90, 3011 MD Rotterdam, Netherlands dibina pada tahun 1984 dikenali juga dengan nama Pencil Tower kerana bentuknya yang seperti pensil. Terletak bersebelahan dengan Rumah Kiub (Cube House) atau Kubuswoning dalam bahasa tempatan. Ianya direka oleh Piet Blom.


CUBE HOUSE (KUBUSWONING)



Bersebelahan dengan Blaaktoren terdapat  Rumah Kiub (Cube House) atau Kubuswoning dalam bahasa tempatan. Ianya direka oleh Piet Blom dan dibina pada tahun 1984 mengandungi 37 buah rumah apartment dan juga hostel. 



Markthal terletak di Verlengde Nieuwstraat, Rotterdam adalah sebuah pasar besar yang menjual sayur-sayuran, daging, ikan, keju, kacang serta lain - lain makanan disamping gerai makanan kecil, supermarket dan kedai yang menjual minuman keras. 
Dibuka pada bulan Ogos 2014  dan rekabentuk adalah contoh senibina Rotterdam yang moden. 
Pasar ini menjadi sesak pada setiap hujung minggu. 

KEUKENHOF 
Dikenali juga dengan nama "Garden of Europe" adalah sebuah Taman bunga yang terbesar di dunia, terletak di 2160 AB, Stationsweg 166, 2161 AM Lisse, Netherlands
Lisse adalah merupakan sebuah bandar di Selatan Holland. Keukenhof adalah merupakan salah satu lagi destinasi pelancongan yang terkenal di Netherlands. 
Kawasan berkeluasan 32 hektar ini mengandungi berbagai jenis bunga-bunga, antara yang terkenal adalah bunga Tulips seperti hyacinths, daffodils dan lain-lain lagi. 









Teringat sekitar tahun 70'an dulu, Ayam Belanda ini banyak terdapat di Kampung saya di Lubuk Cina Melaka. Namun sekarang sudah tidak kelihatan lagi.. mungkin specis ini sudah pupus di Malaysia, tapi masih ada di Netherlands. 
Ayam Belanda / Ayam Piru / Kalkun spesis burung dari tengah Benua Amerika Utara. 

Nama "Ayam Belanda" dipercayai ada kaitan dengan perkenalan burung ini ke alam Melayu oleh para pelayar Empayar Belanda sekitar abad ke-17. "Ayam piru" yang kurang dikenali dikaitkan dengan nama Peru hasil perkenalan oleh orang-orang Portugis melalui nama gallo do Peru atau gallinhas de Peru.

"Kalkun" merupakan nama yang lebih khusus dipakai di Indonesia meminjam dari Belanda: kalkoen hasil penyingkatan perkataan Calicut-hoen atau Calkoensche henne iaitu "ayam Kolkata" hasil tempat burung ini diperolehi semasa berdagang di India.










ZAANSE SCHANS



Zaanse Schans Terletak berhampiran Zaandam dan Zaandijk di Netherlands. Kawasan ini menjadi kemestian bagi sesiapa yang berkunjung ke Netherlands kerana di sini suasananya yang tenang dan nyaman dan terdapat banyak rumah-rumah pra-sejarah dan Kincir-Kincir Angin yang masih dikekalkan sebagai tarikan kepada para pelancong. 
Kebanyakan kincir-kincir angin di sini dibina sekitar tahun 1574. 


File:Zaanse Schans2 050924.jpg




Kasut atau terompah kayu ini memang popular di Netherlands.. sesiapa berminat boleh tempat di kedai di belakang gambar itu... cuma yang besar ini dia tak bagi bawa balik.... 


THE DUTCH LADY
Apabila melihat foto wanita Belanda diatas atau lebih dikenali dengan nama "Dutch Lady", tentu kita akan teringat susu Dutch Lady yang cukup popular di negara kita. 
Dutch Lady Milk Industries Berhad pengeluar susu lembu dan produk tenusu di Malaysia ditubuhkan pada 1963 yang sebelum itu dibawah Royal FrieslandFoods yang berpengkalan di Belanda. 














HARBOUR OF VOLENDAM


Volendam ialah sebuah bandar yang terletak di utara Netherlands, 20 km dari Amsterdam yang juga merupakan sebuah perkampungan nelayan. 
Volendam juga merupakan sebuah kawasan pelancongan yang popular di Netherlands. Di sini terdapat Klise Belanda, termasuk pakaian tradisional Belanda dan yang paling unik ialah terompah kayu. 





Pakaian tradisi Orang Belanda
AMSTERDAM CITY CENTRE, CANAL CRUISE DAN DAM SQUARE
Di hari terakhir lawatan pada 28 April 2017, para rombongan di bawa melawat ke sekitar Bandar Amsterdam, Canal Cruise dan juga Dam Square. 















Amsterdam adalah sebuah bandar dibawah paras air laut dan terkenal dengan canal atau terusan. Terdapat lebih kurang 1000 terusan di bandar Amsterdam. 
Peserta rombongan Kembara Sufi berpeluang menyusuri terusan sambil menikmat panorama di sekitar bandar Amsterdam. 

DAM SQUARE
Dam Square di Amsterdam mempunyai sejarah yang unik, sekitar 1270 empangan telah dibina berhampiran Sungai Amstel. Dari Sungai inilah lahirnya nama bandar Amsterdam (Dam of River Amstel).





Setelah berakhir Sesi lawatan, rombongan terus menaiki bas menuju ke Schipol International Airport yang terletak di Evert van de Beekstrat, Schiphol, Netherlands. Ia merupakan antara 15 Lapangan terbang yang terbaik di dunia. 











Peserta rombongan kembara Sufi menaiki penerbangan Etihad Airway dan berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam pada jam 9.25 malam waktu Amsterdam. 

Tiba di Lapangan Terbang Abu Dhabi (Transit) pada jam 6.20 pagi waktu tempatan. 
Berlepas dari Abu Dhabi International Airport jam 10.50 pagi dan tiba di Lapangan Terbang KLIA pada jam 10.30 malam. 

Begitulah berakhirnya lawatan isteri saya bersama rakan-rakan dengan menyertai Kembara Sufi Travel and Tours Sdn Bhd menjelajah 3 Negara Eropah bermula dari 24 April sehingga 28 April 2017. 

Sekian
Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
3/5/2017 (Rabu): 10.47 malam

Updated: 14/12/2017: 9.25 pm

No comments:

Post a Comment