ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 27 April 2016

2016 - KOTA BHARU, GUA MUSANG DAN DONG PAHANG

Sepanjang saya bekerja dengan Yayasan Jantung Malaysia, kali terakhir saya ikut program YJM ke Kelantan ialah pada tahun 2012, iaitu program Komuniti di Ketereh, Kelantan pada 13 Oktober 2012. 
Syukur Alhamdullillah tahun 2016 saya berpeluang sekali lagi menjejakkan kaki ke Bumi Kelantan. 

Setelah selesai program Pemeriksaan Kesihatan di Kolej PTPL Kuala Terengganu pada 25 April 2016, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Kota Bharu, Kelantan. 


Perjalanan kami dari Kolej PTPL Kuala Terengganu ke Dynasty Hotel, Kota Bharu adalah sejah 161 km dan mengambil masa perjalanan 2 jam 49 minit. 

Rujuk:

Hotel Dynasty Inn, Kota Bharu, Kelantan

Foto diambil dari Hotel Dynasty Inn, Kota Bharu


Tiba di Kota Bharu, kami terus check in Hotel Dynasty Inn, yang terletak di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. 

Dynasty Inn
2865-D & E, Jalan Sultanah Zainab
15050 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-747 3000     Faks: 09-747 3111






Kota Bharu ialah ibu negeri Kelantan yang dibuka pada tahun 1844 oleh Sultan Muhammad II. 
Dalam Sejarah, Kota Bharu ialah tapak pendaratan tentera Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua. 
Kota Bharu telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam pada 1 Oktober 2005.

PROGRAM PERINGKAT KOLEJ - KOLEJ POLY TECH MARA KOTA BHARU, KELANTAN
26.4.2016
Program Kesihatan Peringkat Kolej di Kelantan diadakan di Kolej Poly Tech MARA Kota Bharu, Kelantan pada 26 April 2016. Seramai 167 pelajar dan setaf kolej telah hadir untuk ujian pemeriksaan kesihatan pada hari tersebut. 

Kolej Poly Tech MARA sebelum ini dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM). Kolej Poly Tech MARA Cawangan Kota Bharu ditubuhkan pada tahun 1994. 




Selesai program di Koleh Poly Tech MARA, Kota Bharu, kami meneruskan perjalanan pulang ke  Kuala Lumpur keesokan harinya pada 27 April 2016. 


Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur mengambil masa perjalanan 6 jam 19 min iaitu sejauh 425 km. 

Sebelum pulang kami mengambil kesempatan untuk mengunjungi pasar yang terkenal di negeri Kelantan iaitu Pasar Siti Khadijah (atau lebih dikenali dengan Pasar Khadijah). Nama pasar ini adalah mengambil sempena nama Siti Khadijah, isteri pertama Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW yang merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang Berjaya di zamannya. Sesuai dengan namanya, majoriti peniaga di pasar ini adalah wanita. Pengunjung berpeluang untuk memilih berbagai jualan seperti kraftangan , kuih muih tradisional dan hasil tanaman segar…… kalau berkunjung ke Kota Bharu tidak sah jika tak singgah ke Pasar Khadijah.







Restoran Nasi Ulam Cikgu terletak 200 meter dari Pasar Khadijah merupakan destinasi popular untuk makan tengahari. Saya dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera di sini.


Wakaf Che Yeh merupakan sebuah bandar terletak kira-kira 7 km dari bandar Kota Bharu, Kelantan. Wakaf Che Yeh terkenal dengan pasar harian dan pasar minggu. 

Hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Dynasy Inn terletak tidak jauh dari Restoran Kak Ros ini. 

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Hentian Rehat Gua Musang yang terletak sejauh 186 km dari Dynasty Inn, Kota Bharu. 
Gua Musang terletak di Selatan negeri Kelantan. Daerah Gua Musang bersempadan dengan Pahang di Selatan, Terengganu di Timur dan Perak di arah Barat. 






Pekan Gua Musang, Kelantan

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah makan di Hentian Rehat Gua Musang.
Gua Musang yang terletak di Selatan negeri Kelantan. Gua Musang pernah melalui zaman gelap ketika era Komunis di Tanah Melayu dahulu. Di sini pernah berlaku serangan kejam oleh Komunis pada 4 Januari 1943 dimana ramai penduduk Gua Musang dibunuh oleh Komunis. 
Di sini juga pernah berlaku peristiwa "Pertempuran Sungai Semur" pada tahun 1948 dimana 16 anggota tentera dari Batalion Ke 3 Rejimen Askar Melayu terkorban dalam serangan hendap komunis. 

Ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur ketika melalui Raub, Pahang saya sempat melalui sebuah tempat yang menjadi ingatan kepada saya sekitar tahun 70' an dulu, iaitu SMK Dong Raub, Pahang.


https://en.wikipedia.org/wiki/Gua_Musang_District




SMK Dong Raub,Pahang mengingatkan saya kepada arwah bapa saudara saya Allahyarham Cikgu Win Bin Yasin yang pernah menjadi Guru Besar di Sekolah ini pada tahun 70'an dahulu. Saya dan keluarga pernah mengunjungi beliau yang ketika itu tinggal di dalam sebuah rumah Khas untuk Guru didalam perkarangan sekolah ini. Kami sekeluarga bermalam dirumah beliau ketika itu. 


Dong merupakan sebuah mukim di daerah Raub, Pahang, Malaysia. Pada 1993, negara ini dikejutkan berita Mona Fandey, suaminya serta pembantunya telah membunuh seorang wakil rakyat Pahang di sebuah rumah tidak bernombor di sekitar mukim ini.

Mona Fandey.jpg

Dalam kes ini beliau bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. 

Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jamaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. 

Demikianlah kembara YJM team ke Negeri Kelantan bagi tahun 2016. 

No comments:

Post a Comment