ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 11 November 2015

2015 - PERAK : KAMPAR, TAIPING, SERI MANJUNG DAN LUMUT

Tahun 2015, tidak banyak program kami jalankan di Negeri Perak. Hanya ada 2 program yang dijalankan di Negeri Perak iaitu program Komuniti di Taman Ros Kampar pada 12 April 2015 dan Program Heartweek di AEON Mall Taiping, Perak dari 9-13 September 2015. 
Namun aku tidak pergi semasa program Heartweek di AEON Mall Taiping cuma menghadiri mesyuarat sahaja. 

PROGRAM KOMUNITI 
TAMAN ROS KAMPAR, PERAK
12 APRIL 2015



Program Komuniti berlansung di Taman Ros di Kampar, Perak pada 12 April 2015. Taman Ros adalah kampung halaman salah seorang setaf Yayasan Jantung Malaysia. 
Ini adalah program kali kedua kami jalan di Taman Ros. Kali pertama adalah pada tahun 2012. Seramai 107 orang penduduk kampung telah hadir untuk menjalani Ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 


Sepanjang di Kampar, kami telah menginap di Grand Hotel Kampar yang beralamat di Jalan Timah, Bandar Baru Kampar. 
Perjalanan dari Pejabat kami di Kuala Lumpur ke Grand Kampar Hotel sejauh 175 km dan mengambil masa perjalanan selama 2 jam 11 min. 





Grand Hotel Kampar

2188, Jalan Timah, Bandar Baru Kampar,
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia.

Tel: 05-466 2111     Fax: 05-466 3222






KAMPAR
Kampar terletak kira-kira 40 km dari bandaraya Ipoh dan 16 km dari pekan Tapah di Perak. Ianya telah diisytiharkan sebagai daerah ke 10 Negeri Perak pada 21 mei 2009 oleh Sultan Perak. 
Dikatakan bahawa nama Kampar diambil sempena nama Kampar di Indonesia dimana berlaku penghijrahan orang-orang Kampar dari Indonesia sekitar tahun 1800-1900. 









BATTLE OF KAMPAR
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Kampar pernah tercatat dalam Sejarah sebagai antara tempat pertempuran paling sengit semasa Perang Dunia Kedua dahulu. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai pertempuran di Kampar yang saya petik dari Wikipedia.... Kalau pembaca ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah pertempuran itu sila rujuk pada laman web tersebut. 

Petikan dari Wikipedia:
Pertempuran Kampar (30 Disember 1941 - 2 Januari 1942) merujuk kepada pertempuran yang berlaku di bandar Kampar, yang ketika itu merupakan sebuah bandar melombong bijih timah dinegeri Perak, Malaysia. Dengan kegagalan tentera British menghalang kemaraan tentera Jepun di Jitra dan Gurun dalam kempen penjajahan Jepun di Tanah Melayu, pihak British telah menubuhkan barisan pertahanan di Kampar sebagai usaha menyekat kemaraan tersebut.
Bandar Kampar telah dipilih oleh Leftean-Jeneral Arthur E. Percival, commander-in-chief bagi pasukan British di Malaya kerana kedudukannya di kaki Gunung Bujang Melaka setinggi 1,206 meterdengan rabungnya yang mengarah bandar Kampar. Pada 23 Disember 1941, batalion Percival telah menduduki tiga rabung rendah di utara Kampar: rabung Hijau, rabung Thompson Ridge dan rabung Kubur yang mengarah jalan raya utama dan landasan kereta api. Selain itu permukaan bumi yang rata di sebelah barat bandar Kampar turut merupakan kedudukan yang selesa bagi meriam pertahanan - ini kerana pihak Birtish mempunyai kelebihan artileri berbanding pihak Jepun.
Sehingga petang Krismas 1941, batalion British masih bertungkus lumus menyediakan tempat pertahanan bagi menghadapai kemaraan tentera Jepun yang mereka tahu semakin menghampiri kedudukan mereka setiap jam. Sungguh pun begitu, mereka sempat menikmati hidangan krismas dengan ayam belanda, ayam dari pasar Kampar, roti segar, cokelat dan juga minuman keras. Selain itu setiap masa yang tinggal diisi dengan tugasan menggali sistem kubu perparitan, sarang mesingan, dan pos pemerhati. Di antara pasukan berikat yang bertahan di situ adalah Batalion Punjab dari Brigade India ke-16, Batalion Hyderabad ke-4 dan ke19 Hyderabad dan Batalion Punjab ke-2 dan ke-5 dari Brigade India ke-12 dan ke-18, Batalion Kedua Argyll dan Sutherland Highlanders dan unit Gurkha dari Brigade India ke-28.
Selama tujuh hari, seramai 2,000 tentera berkerja keras dari subuh sehingga maghrib, menggali sistem kubu perparitan, sarang mesingan, dan pos pemerhati yang sebahagiannya masih dapat dilihat di rabung Hijau.
Pertempuran di Kampar merupakan salah satu dari pertempuran yang paling sengit semasa Kempen Tanah Melayu, tetapi pada 2 Januari mereka dipintas dan laluan ke Singapura terputus dibelakang mereka. Dengan perlindungan oleh tembakan meriam, kemungkinannya membabitkan Bateri ke 501, tentera British berundur sepanjang jalan utama ke kedudukan yang telah disediakan di Trolak, sekitar lima batu di utara Slim River. Di situ mereka dikejutkan dan dimusnahkan oleh kereta kebal tentera Jepun dalam Pertempuran di Slim River.

MESYUARAT DI AEON MALL TAIPING
30.7.2015

Pada 30 Julai 2015, saya dan Pengurus Program, En. Mohd Salehuddin telah menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program di AEON Mall Taiping yang terletak di Jalan Kamunting, Taiping, Perak. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hotel Legeng Inn, Taiping adalah sejauh 267 km, mengambil masa perjalanan selama 3 jam. 






Pengurus Awareness Program Hj. Mohd Salehuddin Malek








Kami menginap di Hotel Legend Inn yang terletak di Jalan Long Jaafar, Kg. Jambu, Taiping, Perak. 

Hotel Legend Inn
No. 2, Jalan Long Jaafar
24000 Taiping
Perak.
Tel: 05-806 0000

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM 
AEON SERI MANJUNG, PERAK
11 OGOS 2015


Pada 11 Ogos 2015 , saya bersama En. Mohd Salehuddin Abd Malek, Pengurus Program YJM telah menghadiri penyelarasan program di AEON Seri Manjung,Perak. 



Daerah Manjung sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Pada ketika itu Daerah Dinding merangkumi 3 kawasan sahaja iaitu Sitiawan, Lumut dan Pulau Pangkor. Kini ia telah dikembangkan hingga ke Pantai Remis, Pekan Ayer Tawar, Pekan Lekir, Pekan Pangkor dan Pekan Bruas. 



Pengurus Awareness Program, Hj.Mohd Salehuddin Malik

Kami menginap di sebuah Hotel Budget di Daerah Lumut, Perak. Pekan Lumut memang tidak asing bagi ku. Sebagai bekas anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia, Lumut adalah merupakan pengkalan utama TLDM dimana saya menerima latihan sebagai anggota TLDM di Lumut, Perak pada awal tahun 1980. 







Lumut berada dibawah pentadbiran daerah Manjong yang merupakan nama baru bagi daerah Dinding. Lumut terletak kira-kira 84 km dari bandaraya Ipoh. 
Lumut semakin pesat membangun setelah terdirinya Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia di sini. 
Lumut juga adalah laluan masuk ke Pulau Pangkor yang merupakan destinasi pelancong yang terkenal di Malaysia. 

HENTIAN REHAT RTC, PERAK



Keadaan kenderaan yang diparkir berdekatan dengan Agro Mall.

Hentian Rehat RTC (Rural Transformation Centre) adalah sebuah hentian rehat terletak di daerah Gopeng, Perak yang sering kami kunjungi dan beristirehat jika berkembara ke Utara Tanahair. 
Saya paling suka kalau berhenti rehat di R&R RTC ini kerana di sini terdapat berbagai kemudahan seperti Pasaraya Mydin, Surau, Agro Bazaar, Medan Selera dan lain-lain. Di Hari Sabtu terdapat Pasar Lokken / Karat yang memulakan perniagaan dari jam 8 pagi hingga 2 petang. 





Demikianlah kembara YJM di Negeri Perak sepanjang tahun 2015. 




No comments:

Post a Comment