ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 13 September 2015

2015 - FAMILY TRIP : LUMUT, PERAK

Pada 5 September 2015, Saya bersama keluarga kecuali anak sulong saya yang menuntut di Kolej Komuniti Kuala Langat telah bersama dengan keluarga Kakak kedua (Kakngah) dan kakak ketiga (Kaklang) telah bersama-sama memulakan perjalanan dari rumah Kaklang di Bandar Tasik Puteri Rawang, Selangor.
Pada malam sebelum perjalanan, kami menginap di rumah Kaklang di Rawang, Selangor. 




Bandar Tasik Puteri sebuah kawasan yang terletak dalam daerah Gombak, Selangor. Ia merupakan salah satu kawasan kediaman terbesar di Utara Selangor. 
Bandar ini terletak di antara Batu Arang dan Kundang. Akses untuk ke bandar ini dari Kuala Lumpur adalah melalui Lebuhraya PLUS Utara-Selatan (NSE), Kuala Lumpur - Kuala Selangor Expressway (LATAR), Guthrie Corridor Expressway (GCE) dan North Klang Valley Expressway (NKVE). 

PERJALANAN KE LUMUT, PERAK


Perjalanan Ke Lumut Perak bermula pada jam 7.30 pagi melalui Lebuhraya LATAR ke Kuala Selangor, Sekinchan, Sabak Bernam dan seterusnya ke Perak melalui jalan lama.... Kami sengaja memilih untuk mengikuti jalan lama adalah kerana merasakan lebih cepat dari ikut Lebuhraya Utara Selatan. 
Perjalanan lebih kurang 244 km mengambil masa 4 jam lebih. 

Dalam Perjalanan kami singgah bersarapan pagi di Pekan Sekinchan, Selangor. 



Nama Sekinchan dalam bahasa Cina adalah bermaksud "kampung yang sesuai bagi bercucuk tanam".  Sekinchan adalah merupakan perkampungan nelayan yang kedua terbesar dalam daerah Sabak BernamYang terkenal di Sekinchan adalah jagung manis yang banyak dijual di sepanjang perjalanan. 


Sepanjang perjalanan kami dari Rawang melalui LATAR melalui beberapa Bandar dan Pekan seperti Kuala Selangor, Sekinchan, Sabak Bernam, Tanjong Karang, Bagan Datoh dan banyak lagi yang saya tak berapa ingat. 

Kami singgah di Batu 8 Lekir untuk rehat sekejap sebelum memulakan perjalanan ke Lumut, Perak.




Anak Saudaraku Intan Ernany yang kini mengajar di SK Wangsa Maju Seksyen 10 KL



Kami tiba di Bandar Seri Manjung sekitar jam 12.30 tengahari. Kami singgah di Taman Samudera di Daerah Manjung untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara abang ipar ku. 




LUMUT, PERAK


Lumut adalah merupakan bandar tepi laut yang menghadap Selat Dinding dan Selat Melaka di negeri Perak. Lumut berada di bawah pentadbiran  daerah Manjong yang merupakan nama baru bagi daerah Dinding. Bandar ini terletak kira-kira 84 km ke selatan bandaraya Ipoh, Perak. 

Lumut memang tidak asing bagi saya kerana saya adalah bekas anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia (1980-1996). Malah saya adalah salah seorang dari intake 139 yang merupakan kumpulan pertama rekrut TLDM di latih di Pengkalan TLDM Lumut pada awal 1980. Sebelum itu pusat Latihan Rekrut TLDM terletak di Sembawang, Singapura. 

Apa yang amat membanggakan saya adalah pekan Lumut kini pesat membangun dibandingkan kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini pada tahun 1980 dulu.

Namun agak sedih juga kerana banyak yang saya perhatikan beberapa bangunan lama sudah tidak wujud lagi di Lumut seperti Rest House Lumut yang kini tapaknya adalah bangunan Lumut Waterfront berhampiran Orient Star Hotel.  
Tugu Jam besar juga sudah tidak ada lagi.. kini bekas tapaknya telah didirikan bazar dan replika tulang dan ekor ikan paus....
Hospital Lumut kini telah dipindahkan ke Hospital Seri Manjung, begitu juga Balai Polis Lumut, IPD kini beroperasi di Seri Manjung. 

Teringat saya pada tahun 1980'an dulu... warung yang cukup terkenal di Lumut pada masa itu ialah Warung Pak Din.... saya tercari-cari dimanakah bekas tapak warung Pak Din dulu.... sebab Lumut telah jauh berubah... saya pun tak  ingat di mana Tapak warung Pak Din dulu....




Latihan Kawad Pengambilan 139 di Lumut, Perak pada tahun 1980


Kalau tak silap saya Bangunan yang terbiar itu adalah Dewan Idris Shah.... gambar ini saya ambil dari Hotel Galaxy Inn ketika bertugas luar di Lumut pada Ogos 2015.....







Teluk Muroh adalah jalan masuk ke Pintu 1 Pengkalan TLDM Lumut, Perak... ketika saya di Lumut tahun 1980 dulu... Teluk Muroh merupakan perkampungan Melayu dan agak sunyi...kini telah pesat membangun.....

MARINA COVE RESORT, TELUK BATIK, LUMUT

Sepanjang di Lumut kami menginap di Marina Cove Resort yang terletak di Teluk Batik, Lumut, Perak. 
Ketika berkhidmat dengan TLDM dan ketika masih bujang.. aku sering lepak dengan kawan-kawan di Teluk Batik...  Dari Balkoni apartment ini aku dapat melihat Pengkalan TLDM yang sedikit sebanyak mengimbau kembali kenangan ketika dalam TLDM dulu... di situlah segalanya bermula... aku bangga kerana aku adalah seorang perintis yang mula-mula menjalani latihan di Pengkalan TLDM Lumut yang ketika itu masih banyak pembangunan sedang dijalankan. 




















PENGKALAN TLDM LUMUT,PERAK
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur kami lalu sebentar di Pintu 3 Pengkalan TLDM Lumut, Perak..... sahaja ingin mengingat kembali detik-detik indah ketika saya berkhidmat di sini dahulu.... kami juga singgah di rumah anak saudara Abang Ipar di IPD Manjong sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur....

SELAMAT TINGGAL LUMUT...IN SYA ALLAH KAMI AKAN KEMBALI LAGI JIKA ADA KESEMPATAN.... 








Zulheimy Maamor
13 September 2015

No comments:

Post a Comment