ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 8 August 2015

BLACK HAWK DOWN DAN RENTETANNYA...

1. Pertempuran di Pasar Bakara Market, Mogadishu Somalia melibatkan pasukan 19 RAMD Mekanis. Ia berlaku pd 03 dan 04 oktober 1993 di tengah-tengah Kota Mogadishu dan melibatkan 11 Pegawai dan 103 Lain-lain Pangkat secara langsung dan keseluruhan Pegawai anggota MALBAT I, UNOSOM II Somalia.
2. Dalam pertempuran yang berlaku selama lima jam itu, anggota MALBAT mengalami seorang kehilangan jiwa dan sepuluh anggota tercedera (termasuk 4 cedera parah). Prebet Mat Aznan Awang, pemandu kenderaan Condor terbunuh setelah kenderaan tersebut dihentam oleh RPG pd 3 oktober. Arwah kemudian dinaikkan pangkat ke Kpl dan dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
3. Misi menyelamat kita telah dianggotai anggota dr 11 rgk. Turut tercedera pd masa itu adalah Mej (B)Ahmed yg pd ketika itu berpangkat LKpl. Beliau mengikuti kursus ketua kompeni pd 2002. selepas itu beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai dan menjadi ajutan 11 Rgk. sekarang telah bersara dan beliau dikatakan masih tinggal di melaka.
4. Satu lg konvoi kita telah diserang hendap pada 18 Julai 1994.
5. Pada 17/7/94 jam selepas isyak Ssjn Azman yg baru membeli camera dari PX tentera asing telah memanggil semua anggota utk bergambar bersama. Selesai bergambar beliau berkata keesokannya beliau nak berjalan jauh. Berjalan jauh itu bermaksud ada misi sulit untuk mengambil source di RV dan terus ke airport dan selesai hantar source ke RV berlainan. Tim mereka pada masa itu bertugas di bahagian U2 iaitu Unit Risik dan keselamatan UNOSOM. Disebabkan ada anggota yg terlibat dgn penugasan sniping, maka yang pergi pada esok harinya adalah PWII Mohamad, Ssjn Azman, Sjn Zaidi, Kpl Ahmad, Lkpl Ganie dan ada beberapa lagi anggota.
6. Pada petang keesokannya ada NGO dapat memintas channel freq radio pasukan dan memberitahu ada tentera asing diserang hendap dan ada 2 kia (killed in action/terbunuh dlm pertempuran) termasuk wia (wounded in action/ tercedera dlm pertempuran). Kesemua mereka ditahan oleh Militia. Kemudiannya masuk panggilan dari markas Malbatt. Mereka memberi arahan untuk pasukan standby untuk pergi bertempur di pasar bakara dan konvoi kita kena ambush. Menurut maklumat Gen. Aboo Samah pd ketika itu telah memberi amaran kpd Gen. Farah Aidid yg pasukan kita akan melancarkan serangan sekiranya kita tak dibenarkan mengambil tentera kita yang cedera dan yang mati. Tempohnya pukul 2359hrs.
7. Lebih kurang jam 2330hrs anggota kita (codename sniper gunung) diarahkan turun ke RV untuk pergi ke kawasan dimana anggota tentera kita yang kena ambush akan di serah. Pd masa itu di Markas Malbatt satu battalion kita tengah standby untuk bertempur. Tempat serahan dari RV tak jauh, ada militia tunggu dengan senjata AK47 mengarahkan anggota ikut mereka dengan senjata ditinggalkan Apabila sampai ke lokasi, kelihatan 2 mayat diatas tilam nipis dan yang cedera hanya dirawat dengan balutan kain lusuh sahaja. Ketua Militia Kol. Abdullahi meminta maaf dan mengatakan bukan kumpulan beliau punya angkara.
8. seramai sepuluh anggota mengangkat mayat dan yang cedera ke markas UN di KM4. Sesampai di sana anggota yang tercedera parah iaitu Sjn. Zaidi diperiksa. Dua biji peluru AK47 menembusi ponggong beliau. Setelah dicucuk morhpin Sjn Zaidi dlm keadaan khayal telah menceritakan "diorang tembak Ganie hidup-hidup. Diaorang kepung Ganie minta serah senjata tapi Ganie melawan dan yang dibelakang terus tembak pointblank dari arah belakang kepala 3 das dan bersepai muka Ganie. Yang cedera ada seorang tentera Italy yang ikut konvoi berkenaan". Seorg lg yg meninggal iaitu Ssjn Azman, terdapat ditangan nya ada kesan tembakan. Setelah ditanggalkan helmet kevlar beliau barulah kelihatan kesan lubang peluru di atas dahi beliau. Rupanya sniper somali tembak tepat. kedua2 yg meninggal adalah anggota GGK.
9. Kejadian tersebut terjadi kerana kesilapan tentera kita kerana didalam pelajaran apabila kita pergi dengan route yang dah dikenalpasti apabila pulang mesti laluan yang lain. Tetapi kerana dah ajal, pada hari kejadian mereka pulang ikut jalan yang sama.
10. Admin mengenali isteri arwah Ssjn Azman semasa tinggal berjiran dulu. semasa kejadian, beliau mengandung anak bongsu mereka. setelah perkhabaran diterima, beliau telah jatuh pengsan banyak kali kerana menurut kisah sebenar, arwah Ssjn Azman yg putih dan ada sedikit rupa cina itu disangka sbg bukan muslim lalu mayatnya diperlakukan dgn teruk sekali. tak ramai yg tahu bahwa pd malam sebelum kejadian, Ssjn Azman telah meminta janji drpd seorg rakan setugas/buddynya utk menjaga anak isterinya sekiranya dia gugur. gurauan itu ternyata benar dan gambar diambil dr kamera yg baru dibelinya menjadi kenangan terakhir Ssjn Azman utk keluarganya. Isterinya kemudian disunting rakannya yg telah memberikan janji. Admin cuma ingat kami biasa panggila dia Kaler Datuk...org sarawak dan kini bertugas di 22 kdo, mersing..=WRA=
Sumber: KELAB VETERAN TENTERA MALAYSIA
8.8.2015

No comments:

Post a Comment