ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 30 April 2015

2015 - PULAU PINANG : PADANG KOTA LAMA, GEORGETOWN, BAYAN LEPAS DAN BUKIT MERTAJAM


GREAT EASTER COLOUR RUN
PADANG KOTA LAMA, PENANG
19 April 2015



The Great Eastern Colour My Heart Run 2015, held in Penang today for the first time was a resounding success. Over 2,500 participants attended the 5km fun run at the Padang Kota Lama, George Town and from their first arrival it was clear they were there to have fun!

Within moments of runners receiving their bowls of coloured powder for the start-line countdown, Jalan Padang Kota Lama and everyone on it quickly became a different shade of a colour in the rainbow. Young to old, everyone got into the spirit of the run and set about getting themselves and each other as colourful as possible.

The event was officially flagged off in a blaze of colours at 8.00am with the Governor of Penang state, TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas leading the way. Chief Minister of Penang; Yang Amat Berhormat, Tuan Lim Guan Eng, Director and Chief Executive Officer of Great Eastern Life, Dato Koh Yaw Hui and Datuk Dr. Sambhi, Chairman of the Heart Foundation of Malaysia were also in attendance.

The next two hours saw runners making their way around the five kilometre course, passing through each of the five fun zones along the way. Many were seen to re-enter time and time again, getting more and more colourful each time.

"It was an experience like none other for me as I am an ardent runner and it was great to have my family run along with me. My kids truly enjoyed the colour component in the run and we all took part in the activities that were put on today. Hope to see this run in Penang next year," said Kenny Chu, 33.

Then with everyone literally covered from head to toe it was back to the Carnival being held at the finish line to enjoy the free milo, Revive, other snacks and entertainment put on to add to the enjoyment of the day. This was crowned by a special guest appearance from Penang's very own starlet Chelsia Ng and breakdancing crew - GCL.

It wasn't until gone midday that the party began to wind down and runners headed home for a clean-up and a much deserved rest!


PHOTO GALLERY

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng turut hadir dalam upacara Perasmian Penang Colour My Heart Run 2015 di Padang Kota Lama Pulau Pinang


Rehat Sebentar sebelum upacara perasmian


Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia
Kaunter Pendaftaran untuk Pemeriksaan Kesihatan Yayasan Jantung Malaysia




Setaf Yayasan Jantung Malaysia



PULAU PINANG

Pulau Pinang sememangnya tidak asing bagi saya, kali pertama saya menjejakkan kaki ke Pulau Pinang ialah ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia. Saya tiba di Pulau Pinang pertama kali dengan kapal KD Ganas yang ketika itu belayar ke Pulau Pinang untuk tugas rasmi. 

Bertugas dengan Yayasan Jantung Malaysia juga membuatkan saya kerap datang ke Pulau Pinang untuk program Pemeriksaan Kesihatan di beberapa buah tempat. 

Kami bertolak ke Pulau Pinang dari Pejabat kami di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada pagi 18 April 2015 dengan 2 buah kenderaan YJM.  Perjalanan sejauh 358 km mengambil masa 4 jam 7 minit. Kami tiba di Pulau Pinang sekitar jam 3 petang di Padang Kota Lama. 






Kami menggunakan perkhidmatan Feri Pulau Pinang untuk ke Pulau. 






Berasal daripada perkataan Urdu, Chowrasta yang membawa maksud simpang empat merupakan salah satu daripada dua buah pasar masyarakat di bandar raya itu. Bazar ini terletak di persimpangan Jalan Penang, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Lebuh Tamil. 

Pasar Chowrasta asal dengan bentuk bumbung rabung telah dibina oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada tahun 1890. Pasar lama itu bagaimanapun dimusnahkan 71 tahun kemudian bagi membina struktur bangunan yang baru pada tahun 1961.
Apabila siap ia menjadi antara bangunan pertama yang dilengkapi eskalator di Pulau Pinang.


Menara KOMTAR (Kompleks Tun Abul Razak) terletak di Georgetown, Pulau Pinang adalah merupakan bangunan yang paling tinggi di Pulau Pinang dan yang ke 6 di Malaysia. Bangunan ini mempunyai 65 tingkat kesemuanya.


PENANG OLD HOTEL, GEORGETOWN
Terletak di Jalan Kampung Jawa Lama, kami menginap di hotel ini sepanjang program dijalankan. 









Berada di Padang Kota Lama ini mengimbau kembali kenangan ketika berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia. Disinilah berlansungnya International Royal Fleet Review pada tahun 1990 yang mana ketika itu saya berkhidmat dengan Kapal Perang  TLDM KD Lekir... 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fleet Review sila layari Blog saya di bawah ini....

Ref: 1990 - PENANG RMN ROYAL INTERNATIONAL FLEET REVIEW

KOLEJ PTPL PULAU PINANG
28 JULAI 2015

Pada 28 Julai 2015, saya bersama team Awareness Yayasan Jantung Malaysia telah mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan di Kolej PTPL Penang yang terletak di Georgetown Pulau Pinang. 















Selesai program di Kolej PTPL Penang, kami singgah beristirehat di Padang Kota Lama sebelum pulang ke hotel. 
Padang Kota Lama mempunyai sejarah tersendiri, kerana di sinilah pada 30 Ogos 1957, bendera Union Jack British diturunkan bagi menandakan berakhirnya penjajahan kolonial di Pulau Pinang. 
Pada 1 September 1957, satu upacara yang penuh bersejarah juga diadakan di Padang Kota Lama di mana Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama Wong Pow Nee membacakan pengisytiharan kemerdekaan.
Padang Kota Lama yang juga di kenali sebagai The Esplanade banyak menyimpan sejarah negara kerana disini juga terletaknya kubu pertahanan British yang dikenali sebagai Fort Cornwallis yang dibina oleh British East India Company pada tahun1786, dimana disitulah pertama kalinya Captain Francis Light mengibarkan bendara Union Jack. Fort Cornwallis dinamakan sempena nama Gabenor Jeneral India ketika itu Charles Earl Cornwallis

Rujuk : http://www.arkib.gov.my/web/guest/kota-cornwallis-pulau-pinang


Di Padang Kota Lama terdapat juga komuniti Tentera Laut DiRaja Malaysia yang menjadi duta kecil TLDM di Pulau Pinang dikenali sebagai RNO Penang (Resident Naval Officer Penang). 
Kenangan sewaktu berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia, aku pernah ke pejabat ini ketika bertugas di atas kapal KD Ganas yang tiba di Pulau Pinang pada tahun 1981.

INTEL TECHNOLOGY SDN BHD
BAYAN LEPAS, PENANG
29 JULY 2015









MESYUARAT PENYELARASAN
YAYASAN BUAH PINGGANG MALAYSIA
GEORGETOWN , P. PINANG
29 JULAI 2015