ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 6 February 2015

SAAT ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH DLM SOLAT KITA..

Ramai sekali orang yang membacanya dgn tergesa-gesa tanpa pause dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat drpd surah Al-Fatihah tersebut, اَللّهُ SWT menjawab setiap ucapan kita.

Dalam sebuah hadith Qudsi اَللّهُ SUBHANAHU WATA'ALA ber-Firman:
"Aku membahagi solat menjadi dua bahagian untuk AKU dan untuk hamba-KU."

■ Artinya, tiga ayat di atas Iyyaaka Na'budu Wa iyyaaka nasta'iin adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bwhnya adalah urusan hamba-NYA.
■ Ketika kita mengucapkan "Alhamdulillahi­Robbil 'Aalamiin". اَللّهُ menjawab: "Hamba-KU telah memuji-KU."
■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rohmaanir-Rohiim", اَللّهُ menjawab: "Hamba-KU telah mengagungkan-K­U."
■ Ketika kita mengucapkan "Maaliki yaumiddiin", اَللّهُ menjawab: "Hamba-KU memuja-KU."
■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaaka na’ budu wa iyyaaka nasta’iin”, اَللّهُ SWT menjawab: “Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU.”
■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinas siroothal mustaqiim, siraathalladziina an’amta 'alaihim ghairil maghdhuubi 'alaihim waladdhoolliin.”­ اَللّهُ menjawab: “Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU. Akan KU penuhi yang ia minta.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi).
■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawapan indah drpd اَللّهُ kerana اَللّهُ SWT sedang menjawab ucapan kita.
■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.
■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka اَللّهُ SWT akan memberikan keampunan kepadanya.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
sampaikan kpd sahabat2 kita walaupun satu ayat 
Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM; "Sesiapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca serta mengamalkannya maka dia akan memperolehi pahala walaupun dia sudah tiada."
(HR. Muslim)


Sumber: Facebook
6.2.2015

No comments:

Post a Comment