ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 31 December 2014

2014 - MELAKA : LUBOK CHINA DAN MASJID TANAH

LUBOK CINA / MASJID TANAH, MELAKA
7.10.2014
Saya, Kakak dan abang saya ke Pejabat RISDA Masjid Tanah Melaka untuk urusan Tanah Pusaka arwah Ibu Kami pada 7 Oktober 2014. 
Lubok Cina adalah sebuah daerah yang terletak di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan.
Lubok Cina juga adalah kampung arwah Ibu dan juga arwah ayah saya. Kampong arwah ibu terletak di Kg Sungai Siput Lubok Cina Melaka manakala kampong arwah ayah saya di Kg Nerambai, Lubok Cina Negeri Sembilan. Ini bererti Lubok Cina adalah sebuah daerah di dalam 2 negeri..Jarak antara Kuala Lumpur ke Lubok China adalah 102 km. 












Meriam pusaka peninggalan arwah Moyang 
Kampung Nerambai terletak dalam daerah Lubok Cina , N.Sembilan adalah kampong asal arwah ayah ku Maamor bin Sudin. Kami Singgah ke Kampong Nerambai sebab anak saya nak melihat Meriam Pusaka peninggalan Moyang kami yang terletak di bekas Tapak Rumah Arwah Datok ku. Tak banyak sejarah yang saya ketahui tentang meriam ini... cuma menurut Abang saya, moyang kami dulu adalah seorang yang berkuasa juga di daerah ini, tapi sayang tidak ada catatan sejarah mengenainya, yang tinggal hanyalah meriam ini sebagai kenangan. 


Replika mesin getah ini mengimbau kembali kenangan di tahun 70'an dulu semasa di kampong. Teringat dulu arwah Atok pada waktu petang akan mula memesin getah yang telah ditoreh di waktu Subuh pagi....

15.1.2015

1 comment:

  1. Meriam lama tu btl2 dpn pagar rumah arwah nenek sy..dulu dkt meriam tu lh tmpt sy selalu bermain dgn kwn2..kami bersih kn tmpt tu xnk bg semak..tp skrg terbiar begitu sje..

    ReplyDelete