ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 1 December 2014

KENALI NABI MUHAMMAD SAW - Lahiriahnya..

Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa keterangan dan petunjuk. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Nabi Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul.
Siapakah Muhammad s.a.w?
Baginda dilahirkan pada suboh Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M), di Mekah. Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Baginda lahir sebagai anak yatim. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat atau lebih dikenali sebagai ibu susuan. Ibu susuan baginda ialah Halimahtus Sa'adiah. Dan baginda dijaga dan dibesarkan oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Baginda wafat juga pada Isnin, 12 Rabiulawal dalam umur 63 tahun, merangkumi 40 tahun sebelum menjadi nabi dan 23 tahun sebagai Nabi serta Rasulullah.
Anda mungkin tak tahu:
Nama Muhammad dicadangkan oleh Ibu Nabi - Aminah berdasarkan ilham yang telah dikurniakan oleh Allah. Qustam ialah nama awal yang ingin diberikan oleh Abdul Muthalib. Muhammad bermaksud terpuji dan ia bukanlah nama yang lazim diberikan pada waktu itu. Ayah Nabi Muhammad meninggal dunia sewaktu pulang dari menjalankan perniagaan di Syria.
Muhammad diberi nama oleh datuknya Abdul Muthalib di depan Kaabah sejurus selepas baginda dilahirkan. Sejarah Nabi Muhammad s.a.w adalah yang paling jelas dan nyata di kalangan rasul-rasul dan nabi-nabi; sirahnya mengandungi sebelum kelahiran, semasa kelahiran, selepas kelahiran sehingga Nabi Muhammad s.a.w diangkat sebagai Nabi dan Rasul.
Baginda telah diberikan ilham mengenai kewafatannya, dan baginda memberikan pesanan terakhir kepada semua di Hajjatul Wada'.

Sewaktu kewafatan Baginda, ramai yang tidak percaya termasuklah sahabat-sahabat Baginda kecuali Syaidina Abu Bakar. Ramai yang huru-hara, ada yang lumpuh, ada sahabat yang menghunus pedang, dan ramai yang kelu tidak dapat berkata apa-apa.

Nabi Muhammad s.a.w. telah gering selama 10 hari sebelum wafat. Baginda mula mengadu kurang sihat adalah semenjak tahun yang ketujuh selepas pembukaan Khaybar, iaitu selepas memakan sepotong daging kambing yang beracun yang diberikan oleh isteri Sallam Bin Mashkam yang berbangsa Yahudi, walaupun baginda mengeluarkan semula dan tidak menelan daging itu, racunnya masih berjaya memberi kesan. (Al-Bukhari, 8/131 Fath Al-Bari)
Baginda telah meminta isteri-isteri baginda untuk merawatnya di rumah Aisyah dan anataranya adalah dengan mengusap kesakitan itu dengan tangan baginda kerana keberkatannya dan dibacakan dua Qul. ( Al-Bukhari, 8/141 ; Ahmad, 21/226 )
Berdasarkan beberapa kitab dan beberapa hadis; ada diterangkan bagaimana rupanya Nabi Muhammad s.a.w; walau bagaimanapun, rupa sebenar junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w tidaklah dapat diketahui secara jelas, kerana Islam bukanlah agama mengangkat dan obsesi kepada orang tetapi ia adalah agama Tauhid. Ia adalah agama kepercayaan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w berdasarkan wahyu (Al-Quran) dan dipertunjukkan menerusi sirah dan juga Sunnah Rasulullah.
Bagaimana rupa Nabi Muhammad s.a.w? Berdasarkan beberapa kitab - apresiasi oleh para sahabat nabi.
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

Aku melihat cahaya dari lidahnya..
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
Wajahnya seperti bulan purnama.
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
Rambutnya sedikit ikal.
Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
Rambutnya terbelah di tengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
Seimbang antara kedua bahunya.
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
Warna kulitnya putih tapi sihat.
Kulitnya putih lagi bercahaya.
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
Badannya tidak gemuk.
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
Perutnya tidak buncit.
Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka..

...Subhanallah...sayu rindu menyatu kepadanya ..
-(cari dan bacalah...ada banyak lagi kisah riwayat baginda didalam Kitab Syamail Muhammadiyah)


Sumber: Facebook Group: Jom Cinta Ilmu dan Cinta Masjid
1.12.2014

No comments:

Post a Comment