ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 6 August 2014

Etika Memboikot @ Tidak Boikot

oleh: Firdaus Wong WH
1) Boikot adalah pilihan setiap individu maka usah memaksa sesiapa yang tidak mahu memboikot.
2) Sebagaimana kita mahu org lain menghormati keputusan kita utk memboikot, kita harus menghormati keputusan org lain utk tidak mahu memboikot
3) Andai barangan atau servis yg kita mahu boikot adalah halal, jangan pula kita mengharamkan apa yang jelas halal.
4) Tidak mencaci maki mahupun perkataan kasar ketika boikot
5) Matlamat tidak menghalalkan cara maka perlu selidik (49:6) kesahihan sesuatu berita mengenai produk atau servis yg kita mahu boikot agar kita berlaku adil (5:8) dan tidak menzalimi org lain.
6) Tidak menggunakan kemudahan yg disediakan oleh pihak yang diboikot utk urusan peribadi spt menggunakan elektrik, tempat dan tandas yg telah tertulis 'Hanya Untuk Pelanggan Sahaja' kecuali dlm kes keperluan yg mendesak spt sakit perut dan sebagainya.
7) Tidak boleh menuduh orang lain sebagai selektif boikot apabila hanya boikot Nestle, McD dan barangan atau servis lain sedangkan FB dan Microsoft juga menyumbang kepada Israel kerana nestle dan McD bukan keperluan mendesak tetapi FB dan Microsoft adalah platform milik musuh yg boleh digunakan untuk tujuan kesedaran dan kehidupan seharian. Tak makan McD takkan mati sbb ada nasi dan burger Ramly dan kalau tak guna FB dan Microsoft pun tak mati tetapi apakah kita mempunyai alternatif lain utk menyebarkan berita dan info jikalau tidak menggunakan medium atau platform yg tersedia? Contoh adalah tentera Islam berjaya dan mendapat harta rampasan berbentuk kereta kebal serta pesawat dan senjata milik musuh maka adakah kerana kita memboikot barangan Israel maka kita hancurkan semua? Tidak.. gunakannya utk tujuan kita.
8) Tidak menggunakan troll atau dialog yg tidak benar kerana sekali lagi matlamat tidak menghalalkan cara. Usah menzalimi org lain dgn meletakkan meme atau dialog yg org tersebut tak pernah ungkapkan.
9) Boikot apa yang kita mampu secara berperingkat dan tidak sehingga menyusahkan kehidupan diri.
10) Usah menyalahkan atau memandang serong kepada pekerja di syarikat yg kita boikot kerana mungkin mereka ada jihad tersendiri di dalam organisasi tersebut dan doakan untuk mereka dan kita.
* Boikot adalah usaha tetapi usaha paling penting adalah meningkatkan ilmu kita sebagai Muslim dan menyeru dan menjadi inspirasi utk org sekeliling kita meningkatkan ilmu Islam dan dunia agar kita menjadi umat yg terbaik 14 juta Yahudi berjaya mengawal dunia kerana intelektual mereka tetapi 1.7bilion umat Islam spt buih di lautan sbb sibuk bergaduh hal remeh temeh sesama saudara seIslam dan tidak faham ajaran serta tuntuan ajaran Islam maka adab dan akhlak seharian jauh dari Islam maka umat Islam juga tertinggal dlm aspek dunia.
Lupakah kita suatu masa dahulu umat Islam pernah menakluk 2/3 dunia dan umat Islam adalah pelopor kepada kemajuan sains dan teknologi? Mereka berjaya kerana dekat kepada sumber Islam dan hidul berpandukan Quran & Sunnah. Hakikatnya kita yg saban hari melaungkan slogan ASWJ berpaksikan Quran & Sunnah tetapi realitinya kita amat jauh dari kedua dua sumber itu serta tidak menjadikan kedua-duanya paksi kehidupan kita. Kembalilah kepada keduanya... Wallahualam

Sumber: Facebook
6 Ogos 2014

No comments:

Post a Comment