ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 2 June 2014

Fakta Menarik Plat Kenderaan di Malaysia


ASAL USUL NOMBOR PLAT KENDERAAN DI NEGARA MALAYSIA 
Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.

Kenapa plat Perak bermula dengan A ?

Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.

Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :

A = Negeri Perak

B = Selangor

C = Pahang

D = Kelantan

E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an

EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)

ES: Sandakan

ET: Tawau

ED: Lahad Datu

EU: Keningau

EK: Kudat

EL: Labuan

F = -tiada-

G = -tiada-

H = Teksi

I = -tiada-

J = Johor

K = Kedah

KV = Langkawi

L = Labuan

M = Melaka

N = Negeri Sembilan

O = -tiada-

P = Pulau Pinang

Q = Sarawak

QA dan QK: Kuching

QB: Sri Aman

QC: Samarahan

QL: Limbang

QM: Miri

QP: Kapit

QR: Sarikei

QS: Sibu

QT: Bintulu

R = Perlis

S = Sabah, dulu E

SA: Kota Kinabalu

SB: Beaufort

SD: Lahad Datu

SK: Kudat

SS: Sandakan

ST: Tawau

SU: Keningau

T = Terengganu

U = -tiada-

V = -tiada-

W = Kuala Lumpur

X = -tiada-

Y = -tiada-

Z = Tentera

Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia

ZA ke ZD: Tentera

ZL: Tentera Laut Malaysia

ZU: Tentera Udara Malaysia

ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia

JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Mari berkongsi fakta2


2.6.2014

No comments:

Post a Comment