ISU:
Saya ada beberapa kemusykilan dan ingin mendapatkan kepastian, pernah seorang berkata pada saya ...'tunjukkan aku ayat Al Qur'an yang mengatakan ganja tu haram' dan apakah hukum mempertikaikan ayat Al Qur'an dgn berkata '..Al Quran tak tulis pasal ganja'. Adakah sekiranya kita mempertikai ayat,isi kandungan Al Qur'an,kita boleh jadi murtad?
PENJELASAN:
Pengharaman ganja adalah berasaskan kepada kiasan kepada haramnya arak. Arak diharamkan oleh Allah atas sifatnya yang memabukkan dan merosakkan diri jasmani dan akal manusia. Ia juga dianggap kotor dan keji seperti dalam al-Qur’an seperti disebutkan “sesunguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Ma’idah : ayat 90).
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram” (hadis riwayat Muslim dari Ibn Umar). Malah dalam konteks merosakkan, ganja yang merupakan salah satu dari kategori dadah (jenis halusinogen yang dapat menimbulkan efek halusinasi yang bersifat mengubah perasaan, pikiran dan seringkali menciptakan daya khayal) adalah lebih merosakkan kerana ia boleh membawa kepada ketagihan, khayal, gangguan tingkah laku, penyakit kronik dan paling teruk boleh membawa kepada kematian. Justeru itu dari segi hukum ia adalah lebih utama diharamkan.
Al-Qur’an jelas melarang manusia merosakkan dan memudaratkan diri seperti dalam ayat “janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (al-Baqarah 2:195) Dari segi maqasid shari’ah, ganja merosakkan dua perkara utama (daruriyyat) yang dipelihara oleh shari’ah iaitu diri(nyawa) dan akal insan. Maka berdasarkan kaedah usul fiqh, semua bentuk kemudaratan mestilah dihapuskan (al-dharar yuzal), ganja dan segala jenis dadah mestilah dijauhi.
Mempertikaikan kebenaran ayat-ayat al-Qur’an yang jelas maknanya boleh membawa kepada kekufuran sekiranya ia dilakukan atas kesedaran dan sengaja menolak kebenaran. Namun dalam konteks soalan di atas, ia bergantung kepada niat si penyoal sama ada dia menolak atas dasar sengaja atau disebabkan kejahilan tentang kefahaman al-Qur’an. Sekiranya berdasarkan kejahilan maka dia perlu difahamkan dan diberi pengajaran.
Wallahu a’lam.
Sumber : FB - Fatwa Malaysia
23.2.2014
hisap ganja baru tahu mabuk ke tak.
ReplyDeletemabuk itu apa?
hisap lah ganja dulu...
ganja bukan dadah.
ganja tidak memabukkan.
ganja tidak mengkhayalkan.
the rules were made by humans were meant to be broken.