ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 27 August 1985

KURSUS LK KMR 'Q' - 1985

KURSUS LASKAR KANAN KOMUNIKASI RADIO
KD PELANDOK, LUMUT, PERAK
7.1.1985 - 27.8.1985



Pada 7 Januari 1985, saya terpilih untuk menjalani kursus kenaikan pangkat di KD Pelandok, Lumut, Perak. Saya melapor diri dari kapal KD Pendekar yang ketika itu sedang dibaik pulih di Limbungan MSE, Pasir Gudang, Johor. 

Tidak banyak foto kenangan saya ketika menghadiri kursus tersebut. Hanya beberapa keping foto yang saya abadi di sini. 




Kenangan ketika Ekspidasi mendaki Bukit Ungku Busu di Lumut, Perak. Bukit Ungku Busu dinamakan sempena nama Raja Engku Busu dari Selangor. Baginda dijemput oleh Sultan Perak pada tahun 1840-an untuk menghapuskan kumpulan pengacau yang terdiri daripada lanun yang bersembunyi di sekitar Selat Dinding dan Sungai Dinding. 

Mengikut cerita rakyat tempatan, nama Lumut atau nama asalnya adalah Tanah Merah dibuka oleh Raja Ungku Busu pada abad ke 17. 

Hj Zulheimy Maamor
22 Julai 2025: 12.55 p.m

No comments:

Post a Comment