ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 17 December 2013

AMALAN HARI JUMAAT

  1. Mandi Sunat Jumaat sebelum ke Masjid untuk menunaikan fardhu Jumaat sambil berniat , "Sahaja aku mandi sunat di hari Jumaat kerana Allah Ta'ala. 
  2. Memakai pakaian yang sesuai, bersih dan paling baik. Alangkah baiknya jika kita mempunyai pakaian yang khusus untuk menunaikan solat Jumaat. 
  3. Memakai bau-bauan yang dibolehkan oleh syarak. 
  4. Berjalan menuju ke masjid dengan tenang, tidak tergopoh-gapah. Ingatlah setiap langkah ke masjid dinilai oleh Allah. 
  5. Masuk ke masjid dengan langkah kaki kanan. 
  6. Memberi salam kepada orang yang berada di dalam masjid. 
  7. Solat Sunat Tahayyatul Masjid. 
  8. Berniat iktikaf sunat : "Sahaja aku niat iktikaf pada masjid ini kerana Allah Ta'ala. 
  9. Jangan menggangu jemaah yang telah berada di dalam masjid samada dengan perbuatan ataupun dengan percakapan.
  10. Diam dan mendengar khutbah dengan penuh perhatian. 
  11. Bacalah doa diantara 2 khutbah. 
  12. Mengaminkan bacaan doa Imam dalam khutbah yang kedua. 
  13. Membetulkan saf supaya lurus dan rapat, jika dapat rebutlah saf yang di hadapan (saf yang pertama dibelakang Imam).
  14. Menunaikan solat Jumaat bersama Imam dengan khusyuk. 
  15. Duduk dan wirid serta berdoa bersama-sama Imam setelah selesai Solat Jumaat. 
  16. Solat sunat selepas solat Jumaat. 
  17. Bersalam-salaman dengan Jemaah Jumaat. 
  18. Keluar dari masjid dengan kaki kiri. 
  19. Menyambung kembali tugas dan usaha mencari rezeki unti kehidupan supaya sejajar dengan kehendak Allah seperti firman - Nya di dalam Al Quran:
"Apabila selesai menunaikan Solat Jumaat bertebaranlah kamu di muka bumi untuk urusan masing-masing, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah."
(Surah Al-Jumaah ayag: 10)

Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
23.11.1996

No comments:

Post a Comment