ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 18 November 2013

TANDA MANUSIA AKHIR ZAMAN

  1. Diantara penyakit jiwa yang melumpuhkan kekuatan Islam ialah cintakan dunia, salah satu tanda-tanda manusia akhir zaman. 
  2. Amalan berlumba-lumba mencari harta sehingga tidak memikirkan tentang halal haram, belas ihsan dan sebagainya.
  3. Terbitnya beberapa fitnah
  4. Amanah disia-siakan, iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya terutama urusan yang berkaitan dengan agama. Jika ini berlaku maka tunggulah masa kehancuran. 
  5. Muncul golongan munafik - apa yang dikatakan oleh lidah tidak lahir daripada dorongan hati. Fatwa yang dikeluarkan adalah merupakan tipu helah belaka, pada kebiasaannya dimiliki oleh mereka yang inginkan kedudukan, pangkat, penghormatan dan sebagainya. Mereka sampai tergamak mengorbankan agamanya. 
  6. Munculnya pemimpin - pemimpin yang berdusta dan zalim. Barangsiapa yang menyokong atau membenarkan perbuatan dusta dan zalim, Rasulullah SAW mengatakan yang mereka bukan umat Baginda. 
  7. Manusia tidak memperdulikan dari mana mereka mendapat nafkah hidup, asalkan mereka boleh hidup senang dan mewah. Mereka menghalalkan riba atas nama jual beli sedang riba adalah diharamkan Allah (Surah Al-Baqarah ayat 275).
  8. Hilangnya ilmu agama dan kekalnya kejahilan, arak diminum dan zina dilakukan dengan terang-terangan. 
  9. Manusia membela anjing lebih sempurna dan lebih baik daripada mendidik anak sendiri. 
  10. Tidak ada rasa hormat kepada golongan yang lebih tua. 
  11. Banyaknya lahir anak-anak zina. 
  12. Manusia bertambah rakus dengan dunia. 
  13. Timbul manusia yang membaca al Quran dengan lagu yang menawan dan diiringi suara lunaknya, sayangnya dia tidak memikirkan sama sekali tentang makna yang tersirat didalamnya. Bacaan itu semata-mata untuk tujuan pertandingan.

Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
18.11.2013 : 12.20 am

No comments:

Post a Comment