ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 15 November 2013

KHASIRUN (ORANG-ORANG YANG RUGI)

  1. Tidak mahu beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya dan kepada Qada dan Qadar. 
  2. Tidak menerima dan melaksanakan sepenuhnya apa-apa ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
  3. Tidak mahu beramal soleh.
  4. Tidak mahu berpesan-pesan dalam kebenaran.
  5. Tidak mahu berpesan-pesan dalam kesabaran, iaitu ketika menghadapi musibah, kesabaran dan melaksanakan ketaatan kepada Allah, juga sabar dalam meninggalkan larangannya.
  6. Orang-orang beriman yang mentaati orang kafir. 
  7. Mereka yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah. 
  8. Mereka yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah pada hari kiamat. 
  9. Mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah. 
  10. Mereka yang sentiasa berpegang teguh kepada kebathilan. 
  11. Mereka yang kehilangan diri sendiri dan keluarga mereka pada hari kiamat. 
  12. Mereka yang dilalaikan oleh harta benda dan anak-anaknya daripada mengingati Allah. 

No comments:

Post a Comment