ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 28 November 2012

2012 : AEON SEBERANG PRAI CITY, BUKIT MERTAJAM, P.PINANG

Lokasi: AEON Seberang Prai City, Bkt Mertajam, Penang
Tarikh: 23 - 28 November 2013

Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sri Indar Hotel, Bukit Mertajam, P. Pinang = 339 km

Minggu Jantung Seberang Prai 2012 berlansung dari 23 - 28 November 2012 di AEON Seberang Prai City 
Selama 6 hari program ini berlansung, seramai 461 orang telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan dan 86 menjalani ujian Elektrokardiogram. 



AEON SEBERANG PRAI CITY


AEON Seberang Prai City Shopping Centre terletak di Jalan Perda Timur off Jalan Permatang Batu di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Ia dibuka pada 22 Ogos 2008. Bangunan 6 Tingkat ini terbahagi kepada 3 tingkat untuk meletak kereta dan 3 tingkat lagi pusat perniagaan. 

*** Maklumat terkini AEON Seberang City Shopping Complex telah ditutup pada tahun 2014 dan berpindah ke AEON Mall Bukit Mertajam. Komplek ini telah diambilalih oleh Perda City Mall. 

Rujuk :
https://www.edgeprop.my/content/aeon-seberang-prai-city-get-makeover-and-new-name

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Sebagaimana biasa pemeriksaan yang dijalankan adalah Ujian Kolesterol, Ujian Glukosa, Ujian Tekanan Darah, Indeks Jisim Badan (BMI), Pameran Poster dan Ujian Elektrokardiogram. 
 
Kaunter Pendaftaran

PAMERAN POSTER

Bilik yang digunakan untuk Ujian Elektrokardiogram


Ujian Glukosa dan Kolesterol


Nasihat Pemakanan dan Kesihatan


Ujian Tekanan Darah dan Body Mass Index


 




Terimakasih dari pihak YJM kepada jururawat-jururawat dari Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam termasuk 2 orang Jururawat yang memberikan khidmat secara sukarela iaitu En. Mohd Nawawi dan Cik Adibah, kedua-dua mereka menetap di Bukit Mertajam. 

BUKIT MERTAJAM
Bukit Mertajam merupakan sebuah bandar di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Malaysia. Ia juga lebih dikenali sebagai BM di kalangan penduduk setempat.Nama 'Bukit Mertajam' sempena sebuah bukit berdekatan yang terletak di sebelah Timur bandar ini.
Antara lokasi berhampiran ialah Kulim, Seberang Perai Tengah, Permatang Pauh, Penanti, Simpang Ampat, Kubang Semang, Lunas,Perai, Butterworth dan lain-lain.
Jajaran Lebuh raya Utara - Selatan terletak di sebelah Barat, kira-kira 5 km. Stesen kereta api terletak di tengah bandar untuk kemudahan penduduk. Stesen kereta api di Jalan Seri Bukit. Syarikat Rapid Penang Sdn Bhd menyediakan kemudahan bas tinjat-tinjat dari satu tempat ke satu tempat sejak 31 Julai 2007. Lebuh raya Butterworth- Kulim berhubung terus dengan Bukit Mertajam menerusi susur keluar Permatang Nibong.
Bukit Mertajam ditadbir oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam. MPSP mentadbir tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara,Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Bukit Mertajam sebuah bandar yang berkembang pesat di Seberang Perai Tengah.







Sepanjang program dijalankan kami menginap di Sri Indar Hotel yang terletak di Jalan Sungai Rambai, Bukit Mertajam.

Sri Indar Hotel
554 - 555, Jalan Sungai Rambai
14000 Bukit Mertajam
Penang
Tel: 04-539 9955    Fax: 04- 539 9954



 
BERTEMU SAHABAT LAMA
Syukur Alhamdullillah sepanjang saya di Seberang Prai ini saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan 2 orang sahabat lama satu intake dengan saya ketika berkhidmat dalam Tentera laut dahulu iaitu Kamsani dan Jalil setelah berpuluh tahun berpisah.
Turut saya temui ialah En. Mohd Shukri (juga bekas TLDM) yang kini bertugas dengan Majlis Perbandaran Seberang Prai. 



Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
21.10.2013 : 2.43 am







No comments:

Post a Comment