ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 9 September 2012

2012 : TAMAN ROS, KAMPAR , PERAK

Lokasi: Dewan Tabika Perpaduan, Taman Ros, Kampar, Perak
Tarikh: 9 September 2012
Jarak Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampar : 172 km



Kempen Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Luar Bandar pada 9 September 2012 dijalankan di Dewan Tabika Perpaduan, Taman Ros,Kampar, Perak. Salah seorang dari Setaf Yayasan Jantung Malaysia berasal dari kawasan ini. 
Seramai 154 orang penduduk Taman Ros telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang hari itu. 



Sebahagian dari penduduk Taman Ros yang hadir untuk Ujian Kesihatan



Ujian Tekanan Darah dan Indeks Jisim Tubuh (BMI)


Nasihat Kesihatan dan Pemakanan



BANTUAN TENAGA SUKARELA
Bantuan Tenaga Sukarela Jururawat adalah dari Pejabat Kesihatan Daerah Kampar. Pihak YJM mengucapkan terima kasih kepada PKD Kampar atas kerjasama yang telah diberikan oleh para petugas jururawat mereka. 

KAMPAR
Kampar terletak di negeri Perak kira-kira 40 km dari bandaraya Ipoh dan 16 km dari pekan Tapah. Kampar telah diisytiharkan sebagai daerah yang ke 10 Negeri Perak pada 21 Mei 2009 oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah, Sultan Perak.
Nama Kampar mempunyai persamaan dengan nama Bandar Kampar di Sumatera, Indonesia. Ini ialah kerana kedatangan orang Kampar (Indonesia) paling ramai berlaku pada tahun 1880 – 1900.  Oleh itu nama Kampar adalah bersempena nama Kampar di Indonesia.
Berdasarkan artikel Datuk Hashim bin Sam Abdul Latif (cucu Ngah Jabor, Pengasas Kampar) penempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch sebagai Residen British di Perak kerana Ngah Jabor sebagai peneroka awal Kampar adalah salah seorang yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, yang lain-lainnya termasuklah Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Putum dan sebagainya. Bagaimanapun, Ngah Jabor terlepas dari sebarang hukuman apabila Raja Idris (Dris) yang kemudiannya menjadi Sultan Perak pada tahun 1887 menjadi hakim mengadili orang-orang yang terlibat dalam Pembunuhan Birch pada 1876.
Sumber Rujukan: Wikipedia - Kampar



 Semasa program, kami menetap di Rumah Rehat Kampar yang terletak di
 Jalan Baru, Kampar







BATTLE OF KAMPAR
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Kampar pernah tercatat dalam Sejarah sebagai antara tempat pertempuran paling sengit semasa Perang Dunia Kedua dahulu. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai pertempuran di Kampar yang saya petik dari Wikipedia.... Kalau pembaca ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah pertempuran itu sila rujuk pada laman web tersebut. 

Petikan dari Wikipedia:
Pertempuran Kampar (30 Disember 1941 - 2 Januari 1942) merujuk kepada pertempuran yang berlaku di bandar Kampar, yang ketika itu merupakan sebuah bandar melombong bijih timah dinegeri Perak, Malaysia. Dengan kegagalan tentera British menghalang kemaraan tentera Jepun di Jitra dan Gurun dalam kempen penjajahan Jepun di Tanah Melayu (Wikipedia), pihak British telah menubuhkan barisan pertahanan di Kampar sebagai usaha menyekat kemaraan tersebut.
Bandar Kampar telah dipilih oleh Leftean-Jeneral Arthur E. Percival, commander-in-chief bagi pasukan British di Malaya kerana kedudukannya di kaki Gunung Bujang Melaka setinggi 1,206 meter dengan rabungnya yang mengarah bandar Kampar. Pada 23 Disember 1941, batalion Percival telah menduduki tiga rabung rendah di utara Kampar: rabung Hijau, rabung Thompson Ridge dan rabung Kubur yang mengarah jalan raya utama dan landasan kereta api. Selain itu permukaan bumi yang rata di sebelah barat bandar Kampar turut merupakan kedudukan yang selesa bagi meriam pertahanan - ini kerana pihak Birtish mempunyai kelebihan artileri berbanding pihak Jepun.
Sehingga petang Krismas 1941, batalion British masih bertungkus lumus menyediakan tempat pertahanan bagi menghadapai kemaraan tentera Jepun yang mereka tahu semakin menghampiri kedudukan mereka setiap jam. Sungguh pun begitu, mereka sempat menikmati hidangan krismas dengan ayam belanda, ayam dari pasar Kampar, roti segar, cokelat dan juga minuman keras. Selain itu setiap masa yang tinggal diisi dengan tugasan menggali sistem kubu perparitan, sarang mesingan, dan pos pemerhati. Di antara pasukan berikat yang bertahan di situ adalah Batalion Punjab dari Brigade India ke-16, Batalion Hyderabad ke-4 dan ke19 Hyderabad dan Batalion Punjab ke-2 dan ke-5 dari Brigade India ke-12 dan ke-18, Batalion Kedua Argyll dan Sutherland Highlanders dan unit Gurkha dari Brigade India ke-28.
Selama tujuh hari, seramai 2,000 tentera berkerja keras dari subuh sehingga maghrib, menggali sistem kubu perparitan, sarang mesingan, dan pos pemerhati yang sebahagiannya masih dapat dilihat di rabung Hijau.
Pertempuran di Kampar merupakan salah satu dari pertempuran yang paling sengit semasa Kempen Tanah Melayu, tetapi pada 2 Januari mereka dipintas dan laluan ke Singapura terputus dibelakang mereka. Dengan perlindungan oleh tembakan meriam, kemungkinannya membabitkan Bateri ke 501, tentera British berundur sepanjang jalan utama ke kedudukan yang telah disediakan di Trolak, sekitar lima batu di utara Slim River. Di situ mereka dikejutkan dan dimusnahkan oleh kereta kebal tentera Jepun dalam Pertempuran di Slim River (Rujuk Wikipedia : Battle of Slim River).
Rujukan:WIKIPEDIA - BATTLE OF KAMPAR

Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
20.10.2013







No comments:

Post a Comment