ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 7 August 2013

TAZKIRAH RAMADHAN : 6 OGOS 2013 / 28 RAMADHAN 1434H

TAZKIRAH RAMADHAN : 6 OGOS 2013 / 28 RAMADHAN 1434H
Surau At Taqwa, Lembah Keramat, KL
Penceramah: Iman Surau At Tawqa

Intisari Tazkirah:
3 Golongan manusia setelah Ramadhan:
  1. Golongan yang berada diatas kebaikan dan taat. Mereka menyedari bahawa amal soleh tidak hanya terbatas di bulan Ramadhan sahaja dan terus istiqomah setelah Ramadhan berlalu.
  2. Golongan yang sebelum Ramadhan berada dalam kelalaian dan mencintai dunia. Bila tiba Ramadhan mereka tekun beribadah, puasa dan solat , membaca Al Quran dsb. Namun apabila Ramadhan berlalu mereka kembali seperti sediakala, kembali kepada kelalaian mereka dan kembali membuat dosa.
  3. Gologan yang datang dan perginya Ramadhan keadaan mereka sama sahaja seperti keadaan sebelumnya. Tidak ada satu perubahan pun berlaku pada mereka ini. Mereka inilah yang hati hati mereka telah mati dan tertutup dari menerima kebenaran.

Jadi dalam golongan manakah kita setelah Ramadhan berlalu.

AMALAN-AMALAN SUNNAH KETIKA AIDILFITRI:
  1. Bertakbir pada 1 Syawal
  2. Lafaz ucap Selamat pada Aidilfitri – antara ucapan yang baik adalah “taqabbalullah minna waminka “ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu)
  3. Mandi sunat Hari Raya
  4. Makan sebelum solat sunat Aidilfitri
  5. Memakai pakaian yang indah dan baru
  6. Memakai wangi-wangian terutama bagi lelaki.
  7. Solat sunat Aidilfitri







No comments:

Post a Comment