ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 4 August 2013

TAZKIRAH RAMADHAN – 3 OGOS 2013 / 25 RAMADHAN 1434H


TAZKIRAH RAMADHAN – 3 OGOS 2013 / 25 RAMADHAN 1434H

Surau At Taqwa, Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Wan Mohd Marzuki Wan Junuh


INTISARI TAZKIRAH:
Dalam Tazkirah Ramadhan malam ini di surau At Taqwa, Lembah Keramat, Ustaz Wan M Marzuki mengajak jemaah mengambil iktibar mengenai seorang bilal di sebuah Surau di Bangi yang meninggal dunia ketika dalam sujud. Beliau meninggal ketika sedang berpuasa, ketika masih berwuduk dan ketika sedang sujud dimana seorang hamba itu begitu hamper dengan penciptanya ketika sedang sujud. 
Diberitahu oleh Ustaz bahawa satu rombongan ahli surau telah mengunjungi balu Allahyarham di rumah dan bertanya apakah amalan arwah semasa hidupnya sehinggakan dia diambil nyawanya ketika sedang bersujud kepada Allah…. 
Isteri Allahyarham mengatakan ada 6 amalan berterusan Allahyarham semenjak beliau pencen dari Jabatan Kerajaan yang tidak pernah beliau tinggalkan:

1. Tidak pernah tinggal solat berjemaah
Dari Umar bin Khathab, dari Nabi s.a.w sesungguhnya baginda bersabda “Barangsiapa solat di suatu masjid dengan berjemaah selama 40 hari dengan tidak pernah ketinggalan rakaat yang pertamanya dalam solat isyak, maka Allah akan menuliskan untuk dirinya pembebasan dari api neraka .” ( HR Inbu Majah )

2. Tidak pernah tinggal membaca Al Quran walau sehari pun.
Al-Quran ibarat cahaya yang menerangi jiwa dan kehidupan, menunjukkan manusia ke jalan yang betul, dengannya manusia akan selamat daripada kesesatan dan kemungkaran, menjadi penawar yang mengubati segala jenis penyakit iaitu zahir mahupun batin. Barangsiapa yang berpegang teguh kepada Al-Quran nescaya ia akan mendapat petunjuk dan dijamin selamat hidupnya di dunia dan di akhirat.

3. Sentiasa mengingati dan berpegang kepada hadis Rasulullah SAW iaitu Apabila seorang anak Adam mati maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya

4. Sentiasa berpegang kepada ajaran Ustaz di dalam setiap majlis ilmu yang dihadiri.

5. Sentiasa menyampaikan apa yang di pelajari di majlis ilmu kepada isteri dan anak-anaknya dan menasihati mereka agar mengikut apa saja ajaran yang disampaikan. 

6. Tidak pernah berjalan jauh kerana beliau tidak mau meninggalkan solat berjemaah di Surau tempat beliau bermastautin.

Masya Allah, begitu hebatnya Allahyarham sehinggakan nyawanya diambil saat dia sedang dalam sujud… marilah kita ambil iktibar dan tauladan dari tazkirah yang disampaikan oleh ustaz malam ini….. In Sya Allah….

No comments:

Post a Comment