ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 22 August 2013

2013 - KOTA KINABALU, SABAH

LOKASI: SURIA SABAH SHOPPING MALL, KOTA KINABALU, SABAH
TARIKH: 17 - 22 AUGUST 2013



Distance from Kuala Lumpur to Kota Kinabalu

Suria Sabah Shopping Mall di buka kepada orangramai pada 3 Disember 2009. Terletak di tengah-tengah pusat bandar dan pusat perniagaan Kota Kinabalu berhadapan bangunan Wisma Sabah. 
Semasa di Kota Kinabalu, kami menginap di Best Western Kinabalu Daya Hotel di Jalan Pantai. Jarak dengan Suria Sabah Shopping Mall hanyalah 350 meter sahaja dan berulang alik berjalan kaki setiap hari. 


MAJLIS PERASMIAN MINGGU JANTUNG 
KOTA KINABALU 2013

Minggu Jantung Kota Kinabalu 2013 dengan Tema "Take The Road to a Healthy Heart" bersempena dengan "Bulan Kebajikan 2013" telah dilancarkan perasmiannya oleh Y.B. Datuk Hjh Jainab Datuk Seri Panglima Hj Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah pada 17 Ogos 2013. 
Minggu Jantung Kota Kinabalu 2013 telah berlansung di Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah dari 17 hingga 22 Ogos 2013. Kempen Minggu Jantung ini adalah hasil kerjasama antara Yayasan Jantung Malaysia, Kuala Lumpur, Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah, Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu dan Makamewah Sdn Bhd (Pengurusan Komplek Suria Sabah). Turut membantu sepanjang kempen ini adalah Jururawat-jururawat dari Hospital Queen Elizabeth I dan II , Kota Kinabalu, Sabah. 
Seramai 530 orang telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan dan 129 orang menjalani ujian Elektrokardiagram sepanjang kempen. 

Y.B. Datuk Hjh Jainab Datuk Seri Panglima Hj Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah




Gambar di sekitar Majlis Perasmian



Pemandangan yang cukup menarik di belakang Suria Sabah. 

Pameran Poster dari Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu, Sabah

PENYAKIT jantung koronari boleh dikenal pasti menerusi tanda-tanda yang dikesan melalui ujian elektrokardiogram (ECG). Bilik yang digunakan untuk ujian Elektrokardiogram. 



Index Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang





Gambar kenangan bersama setaf Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah



Bersama En Mohd Salehuddin, Pengurus Awareness Team, Yayasan Jantung Malaysia



Sepanjang program dijalankan, kami menetap di Best Western Kinabalu Daya Hotel yang terletak di Jalan Pantai, kira-kira 10-15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan tidak jauh dari Suria Sabah Shopping Mall (walking distance). Oleh kerana hotel ini berdekatan dengan Suria Sabah, ia memudahkan kami untuk pergi dan balik dari Hotel ke Suria Sabah. 

Kinabalu Daya Hotel
Mailing Address:
Lot 3 & 4 Block 9, Jalan Pantai
88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Telephone: (6) 088 240 000
Facsimile: (6) 088 263 909
Email: info@kinabaludayahotel.com /



KOTA KINABALU, SABAH
Kota Kinabalu atau lebih dkenali sebagai “KK” dahulunya dikenali sebagai Jesselton merupakan ibunegeri Sabah. Jesselton adalah sempena nama Charles Jesselton, Naib Pengerusi Syarikat Borneo Utara British. Sebelum Jesselton (Kota Kinabalu) berkembang pesat ianya pada asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan yang dikenali dengan nama Api-Api.
Apabila Borneo Utara bersatu dengan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, negeri ini bertukar nama dan dikenali sebagai Sabah, dengan Jesselton kekal sebagai pusat pemerintahan utama.
Jesselton telah ditukar namanya kepada Kota Kinabalu pada 30 September 1968 dan menerima status bandar raya daripada kerajaan Malaysia pada 2 Februari 2000.






Jalan Tun Fuad Stephen mengambil sempena nama Ketua Menteri Sabah yang pertama dan Kelima iaitu Tun Haji Mohammad Fuad Stephen yang terkorban dalam Tragedi Double Six dimana pesawa yang dinaiki beliau terhempas Kg.Sembulan Kota Kinabalu pada 6.6.1976 (Double Six)



Jalan Tun Fuad Stephen adalah sempena memperingati Tun Haji Mohammad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama (1963-64) dan yang kelima (1976) yang terkoeban dalam nahas pesawat GAF Nomad di Kampung Sembulan, 2 km dari Kota Kinabalu pada 6 Jun 1976 yang turut mengorbankan 10 yang lain. Peristiwa ini dikenali sebagai Double Six

Hospital Queen Elizabeth merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Hospital ini dahulunya dikenali sebagai Hospital Jesselton apabila disiapkan pada tahun 1957. Hospital ini ditukarkan kepada nama sekarang sempena sumbangan pembangunan daripada kerajaan British. Ratu Elizabeth pernah membuat rawatan ke hospital ini pada tahun 1971..
Hospital ini dibinakan dengan blok utamanya pada akhir tahun 1970-an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan blok tersebut telah diserahkan semula kepada pihak hospital pada tahun 1981. Blok utama tersebut merupakan sebuah bangunan 8 tingkat.

Masjid Negeri Sabah merupakan Masjid Negeri bagi negeri Sabah, Malaysia. Ia terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sembulan, Kota Kinabalu. Ia berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Di masjid inilah letaknya Makam Pahlawan Sabah, iaitu tempat bersemadinya tokoh-tokoh Sabah terkenal. Antaranya Tun Mohammad Fuad Stephens (Donald Stephens), Tun Mohd Hamdan Abdullah, Tun Pengiran Ahmad Raffae, Tun Mohd Said bin Keruak dan Tun Mohd Adnan Robert. 

Ketika menunggu penerbangan ke Kota Kinabalu, Sabah


KOTA KINABALU, 1997


Kota Kinabalu memang tidak asing bagi ku kerana ketika berkhidmat dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah tempat yang sering ku kunjungi ketika berkhidmat dengan kapal-kapal TLDM. 
Kali terakhir aku ke Kota Kinabalu ialah pada tahun 1997, ketika itu aku dan keluarga berkunjung ke rumah Abang Sulong yang bertugas sebagai Pengurus di Sime Bank Kota Kinabalu ketika itu. Abang ku menetap di Graceville, Kota Kinabalu.  


Tidak jauh dari rumah Abang Ku di Graceville terdapat Double Six Memorial Park, iaitu sebuah memorial yang terletak di Sembulan bagi memperingati tragedi kemalangan pesawat pada 6 Jun 1976 (Double Six) dikenali sebagai Tragedi Double Six yang telah meragut nyawa Ketua Menteri pertama Sabah iaitu Allahyarham Tun Fuad Stephen berserta 6 menteri lain. 


FuadStephens.jpg
Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens

Berikut adalah beberapa keping gambar kenangan di KK pada 1997. 




PANTAI TANJUNG ARU
Pantai Tanjung Aru terletak 6 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pantai ini merupakan tempat perkelahan yang paling popular bagi penduduk tempatan mahupun pelancong asing. 

















Timpohon Gate adalah laluan masuk utama untuk mendaki ke Gunung Kinabalu. Ia merupakan checkpoint pertama untuk pendaki sebelum memulakan acara mendaki.






KUNDASANG, SABAH
Kundasang adalah sebuah pekan yang terletak di daerah Ranau, Sabah. Ia terletak lebih kurang 92 km dari Kota Kinabalu, Sabah. Perjalanan dengan kereta mengambil masa lebih kurang 1 jam 51 minit melalui pekan Inanam, Telipok, Tuaran dan Nabalu. 
Di Kundasang juga terdapat sebuah tugu Peringatan Perang yang dibina pada tahun 1962 bagi memperingati 2,428 orang tentera Australia dan British yang terkorban ketika menjadi tawanan perang di POW Camp Sandakan ketika Perang Dunia kedua. 







Sebelum tiba ke Sri Intan Resort, kami singgah ketika dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang di sebuah perkampungan yang dikenali dengan nama Kg.Nabalu, lebih kurang 19 km ke Kundasang. 
Disini sempat juga beli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang ke Semenanjung nanti. 






 

Perjalanan ke Sri Intan Resort Kundasang
Sri Intan Resort milik Telekom Malaysia terletak di Kundasang, Sabah. Kami bermalam selama 2 malam di sini. Ia terletak di kaki Gunung Kinabalu dan merupakan sebuah tempat peranginan Gunung yang sangat tenang dan damai dengan kesejukan semulajadinya. 

Pekan Kundasang... kat sini pun ada kedai mamak.. boleh pekena roti canai.



Zulheimy Maamor
YJM
2.11.2013 : 2.25 am

No comments:

Post a Comment