ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 19 July 2013

TAZKIRAH RAMADHAN - 9 RAMADHAN 1434H

Tazkirah Ramadhan – 18 Julai 2013
Surau At Taqwa, Lembah Keramat, KL
Penceramah: Uztaz Basir dari Universiti Al Azhar , Mesir

Intisari Tazkirah:
Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka.
Kita sudah masuk ke Fasa kedua Ramadhan iaitu Maghfirah (Fasa Keampunan dari Allah SWT). 
Pada fasa kedua ini melihat sejauh mana keikhlasan dan istiqomah kita di dalam ibadah.
Allah SWT banyak memberikan maghfirah atau keampunan ke atas hamba-hambanya. Oleh itu marilah kita banyak-banyak meminta ampun dan bertaubat kepada ALLAH S.W.T atas dosa-dosa kita yang lalu sama ada kita sedar atau tidak. Disamping itu kita juga hendaklah memperbanyakkan amalan sunat seperti berzikir, solat terawikh, solat-solat sunat yang lain, qiamullail, memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan lain-lain lagi.

Jemaah juga di ingat agar berhati-hati dengan musuh Islam yang tidak pernah jemu menyerang Umat Islam dari pelbagai sudut sejak 1400 tahun dahulu. Serangan mereka masih berterusan dan pastinya sehingga kiamat nanti mereka tidak akan menghentikan serangan mereka.
Sehingga di Negara kita juga tidak terlepas dari serangan musuh Islam dengan wujud nya fahaman syiah, aliran Wahabi dan Islam Liberal yang mula mempengaruhi umat Islam di Malaysia…
Inilah JANJI IBLIS untuk menyesatkan manusia. Dan IBLIS tidak pernah tidur dari menyesatkan kita

Rasulullah SAW telah menyempurnakan ISLAM dan ISLAM itu adalah sebaik-baik cara hidup di dunia dan di akhirat. Marilah kita kembali kepada AL QURAN dan SUNNAH Rasulullah SAW agar kita terselamat bukan hanya di dunia malah akhirat….
ALLAHU AKBAR

No comments:

Post a Comment