ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 25 July 2013

TAZKIRAH RAMADAN - 15 RAMADHAN 1434H

TAZKIRAH RAMADHAN – 24 JULAI 2013
Surau At Taqwa, Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Zainal Abidin Karim (Taliban)

Intisari Tazkirah:

Allah SWT Berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Puasa juga mengandungi matlamat dan hikmahnya. Dalam al-Quran, terutama dalam surah al-Baqarah berkenaan ayat ibadat puasa iaitu bermula dari ayat 183 hingga akhir 189, dapat disimpulkan ada lima matlamat utama yang disasarkan Allah agar kebaikan atau maslahahnya akan kembali kepada manusia di sebalik persyariatan ibadat puasa.
Matlamat paling utama di sebalik persyariatan puasa kepada umat Islam ialah menjana ketakwaan yang tulus ke hadrat Ilahi. Takwa menurut pengertian al-Quran dan sunnah bermaksud menunaikan segala amalan yang difardukan Allah dan meninggalkan segala yang diharamkan-Nya.
Muslim yang sebenar ialah seorang yang sentiasa bersyukur kepada Allah di atas segala kurniaan nikmat-Nya. Antara nikmat Allah kepada orang Islam ialah nikmat iman dan Islam serta kesihatan hingga dapat melaksanakan ibadat puasa dengan sempurna. Paling utama ialah nikmat al-Quran yang juga di turunkan pada Ramadan. Al-Quran adalah wahyu Allah yang disampaikan kepada pesuruh-Nya berupa hidayah, petunjuk, nilai dan ajaran yang mengangkat manusia sebagai makhluk terbaik dan istimewa di sisi Allah.

Diantara adab berpuasa yang dianjurkan adalah:

Orang yang berpuasa sangat dianjurkan untuk makan sahur. Hal ini berdasarkan hadits dari ‘Amru bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحُوْرِ

“Perbedaan antara puasa kami dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur.” (HR. Muslim)

Orang yang berpuasa dianjurkan untuk mempercepat berbuka jika memang telah masuk waktu berbuka. Tidak boleh menundanya meski ia merasa masih kuat untuk berpuasa. ‘Amr bin Maimun Al-Audi meriwayatkan:

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْجَلَ النَّاسِ إِفْطًارًا وَأَبْطَأَهُمْ سُحُوْرًا

“Para shahabat Muhammad shallallahu alaihi wasallam adalah orang yang paling cepat berbukanya dan paling lambat sahurnya.” (HR. Al-Baihaqi, 4/238, dan Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah menshahihkan sanadnya)

Orang yang menjalankan ibadah puasa diharuskan menjauhkan perkataan dusta sebagaimana yang terdapat dalam hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ فِيْ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan mengamalkannya, maka tidak ada keinginan Allah pada puasanya” (HR. Bukhari no. 1804)

No comments:

Post a Comment