ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 7 July 2013

TAZKIRAH 23 RAMADHAN 1433H

TAZKIRAH 23 RAMADAN 1433H

Tarikh: 12 Ogos 2012
Tempat: Surau At Taqwa, AU 5D Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Md Zaki Madzhar Atham Zulkifli

Intisari Tazkirah:
Rasulullah s.a.w. dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Riak ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah s.a.w. menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas. Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang.Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang.

Kembalikan segala kebaikan yang kita buat itu kepada Allah. Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang. Lebih-lebih lagi, kita kena lupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah. Jangan diungkit-ungkit atau dikenang-kenang.
Rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu moga-moga hati kita tidak dilintasi oleh rasa ujub,sum’ah atau riyak atau rasa diri baik dan mulia.
Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain. Berapa banyak ibadah yang rusak karena penyakit ujub?

Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki dan menghayati sifat mahmudah dan berusaha pula untuk menjauhkan sifat mazmumah. Orang Mukmin tidak akan mensia-siakan hidupnya di dunia yang sementara ini dengan mempertingkatkan amal solehnya dan berikhtiar semoga seluruh hidupnya mendapat redha Allah s.w.t.


No comments:

Post a Comment