ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 7 July 2013

TAZKIRAH 28 RAMADAN 1433H

TAZKIRAH 28 RAMADAN 1433H

Tarikh: 17 Ogos 2012

Tempat: Surau At Taqwa, AU 5D Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Hanafi Abdul Rahman Efenji

Intisari Tazkirah:
Malam ini para jemaah telah khatam taraweh dan khatam tazkirah.
Nasihat ustaz kepada para jemaah agar Amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadan seperti berpuasa, sembahyang berjemaah di masjid, sembahyang malam, sembahyang witir serta perjuangan melawan hawa nafsu hendaklah diteruskan di luar Ramadan. 

Ramadan melatih kita menahan mata daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, menahan mulutdaripada mengumpat dan bercakap perkara yang sia-sia, menahan telinga daripada mendengar perkara yang sia-sia, umpatan, muzik, lawak jenaka, menahan kaki daripada menuju tempat maksiat atau tempat yang menimbulkan fitnah, dan menahan tangan daripada menyakiti orang lain atau melakukan perbuatan keji.Teruskanlah perjuangan ini di luar Ramadan.

Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam kerana berjaya menyucikan jiwa daripada nafsu dunia dan kembali kepada fitrah yang suci. Aidilfitri perlu disambut dengan penuh rasa kehambaan dan kesyukuran dengan iringan takbir, tahmid dan tasbih.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.


No comments:

Post a Comment