ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 6 July 2013

TAZKIRAH 12 RAMADAN 1433H

TAZKIRAH 12 RAMADAN 1433H

Tarikh: 1 Ogos 2012
Tempat: Surau At Taqwa Lembah Keramat KL
Penceramah: Ustaz Datuk Mohd Nizam bin Kamaruzaman


Tazkirah Ramadan di Surau At Taqwa Lembah Keramat malam ini oleh Ustaz Datuk Mohd Nizam bin Kamaruzaman. Antara intisari tazkirah beliau ialah bagaimana kita melihat Puasa Ramadan ini adakah sebagai ibadat atau sebagai adat semata-mata. Ada orang kita yang berpuasa hanya sebagai adat kerana ibu-bapa dan datuk nenek mereka dulu berpuasa, mereka pun berpuasa tanpa menghayati erti sebenar puasa Ramadan itu… selepas berbuka puasa, mereka meneruskan rutin biasa mereka lakukan sebelum Ramadan… seperti menonton TV, lepak dengan kawan-kawan dan macam macam lagi… walhal ada banyak amalan-amalan bulan Ramadan yang boleh mereka lakukan demi untuk mendapat ganjaran yang berlipat ganda dari Allah swt. 


Ramadhan perlu kita lalui dengan serius dan bersungguh-sungguh. Bukan hanya kerana terpaksa dan menganggapnya satu kitaran biasa. Ramadhan punya matlamatnya yang jelas….. iaitu membina taqwa. Taqwa akan membimbing manusia ke jalan kebenaran, menjauhi larangan Allah dan mentaati perintahNya. Itulah Matlamat Ramadan… bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja… Puasa Ramadan adalah ibadah bukan adat…
Waullahualam..

Doa Pembuka 12 Pintu
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

No comments:

Post a Comment