ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 7 July 2013

TAZKIRAN 20 RAMADAN 1433H

TAZKIRAH 20 RAMADAN 1433H

Tarikh: 9 Ogos 2012

Tempat: Surau At Taqwa, AU 5D Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Mohd Lufti Ariffin

Intisari Tazkirah:
Hari ini adalah hari ke 20 kita menjalani ibadah puasa bermakna kita memasuki 10 hari terakhir bulan Ramadan iaitu fasa ketiga dalam bulan Ramadan.


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم :

أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، وأن الله تعالى ينظر في أول ليلة منه إلى المسلمين، ومن نظر إليه لم يعذبه، ويغفر لهم في آخر ليلة منه

Ertinya: Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, pertengahnya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan. Dan sesungguhnya Allah Ta’ala menilik (dengan pandangan rahmatNya) kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat tilikan Allah Ta’ala nescaya ia tidak akan disiksaNya, selanjutnya Dia mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan. (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)

Sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas, 3 fasa ramadhan ramadhan yang perlu kita ambil perhatian iaitu,

fasa pertama : rahmat (1-10)
fasa kedua   : maghfirah / pengampunan (11-20)
fasa ketiga  : pembebasan dari api neraka (21^)

10 hari akhir Ramadan adalah hari-hari yang menjanjikan pengampunan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya yang melakukan ibadat dengan penuh keikhlasan. Oleh kerana itulah Allah swt telah menyediakan satu malam yang paling istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.


Rebutlah peluang yang diberikan ini,janganlah kita mula memadamkan semangat jihad kita atas alasan persiapan hari raya, sibuk dan sebagainya. Hakikatnya kita telah ditipu oleh nafsu yang sentiasa benci kita melakukan amal kebaikan dan antara penyeru kepada kejahatan di bulan ramadhan ini. Sibuk bukanlah satu alasan yang solid kerana apabila bercerita mengenai sibuk, Rasulullah S.A.W lebih-lebih lagi sibuk, tetapi bagaimana baginda dapat beribadah dalam bulan ramadhan melebihi umatnya yang lain. Inilah masanya untuk kita kekalkan semangat jihad, lebihkan lagi ibadat serta pupukkan semangat cintakan Islam lebih daripada mencintai segala yang ada di bumi, berkorban demi mencari keredhaan Allah yang hakiki.

No comments:

Post a Comment