ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 23 June 2013

Hadis Rasulullah SAW berkenaan dengan Syiah

Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda berhubung dengan Qadariyah dalam banyak hadits-hadits, begitulah juga Rasulullah SAW telah bersabda berkenaan Rafidhah ini. Semua ini bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk kita terima kerana Rasulullah SAW diwahyukan terlebih dahulu oleh Allah SWT tentang banyak perkara yang akan berlaku sampai hari qiamat. Di sini akan dikemukakan hadith-hadith itu.

1. Diriwayatkan dari Ibn Abbas katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” (Ibn Qutaibah, Takwilu Mukhtalifi Al-Hadith, halaman 56)

2. Diriwayatkan daripada Zaid bin Ali Zainal Abidin iaitu cucunda kepada Sayyidina Husain dan bapa saudara Ja’far as-Sadiq, bahawa ketika Syi’ah mengemukakan kepadanya syarat sokongan mereka terhadap beliau, iaitu “Jika engkau berlepas diri daripada Abu Bakar dan Umar maka kami akan menyokong engkau tetapi jika engkau tidak berlepas diri daripadanya maka kami akan menolak engkau.” Mendengar syarat mereka itu, Imam Zaid lantas berkata: “Allahu Akbar! Ayahku telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Ali r.a.: “Sesungguhnya akan muncul satu golongan yang mendakwa cinta kepada kami. Mereka akan mempunyai gelaran-gelaran yang dapat dikenali melaluinya. Apabila kamu menemui mereka, bunuhlah mereka kerana mereka itu sebenarnya musyrikun.” Kemudian Imam Zaid berkata: “Pergilah kamu, kamu golongan Rafidhah (golongan yang dimaksudkan oleh Nabi kepada Sayyidina Ali dalam sabdanya itu).” (Nasywan al-Himyari, Al-Huuru Al-‘Ain, halaman 185)

3. Ali bin Abi Talib berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dipanggil Rafidhah. Mereka menolak Islam.” (Ahmad, Al-Musnad, jilid 1, halaman 103)

4. Imam Az-Zahabi telah mengemukakan satu riwayat daripada Sayyidina Ali sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Haithami bahawa Sayyidina Ali berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Akan muncul di dalam ummatku di akhir zaman nanti satu golongan yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam.” Imam ad-Daraqutni mengemukakan hadits ini dengan sedikit tambahan iaitu Rasulullah SAW berkata kepada Ali: “Sekiranya kamu menemui mereka hendaklah kamu bunuh mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” Ali berkata: “Aku bertanya Rasulullah SAW : “Apakah tanda yang ada pada mereka?” Baginda bersabda: “Mereka terlalu memuji-muji engkau dengan sesuatu yang tidak ada pada engkau dan mereka memburukkan-burukkan para sahabat.” (Imam Ibn Hajar al-Haithami, As-Sawa’iqu Al-Muhriqah, halaman 102)

5. Imam al-Bukhari juga mengemukakan hadith ini di dalam kitabnya yang bernama At-Tarikhu Al-Kabir di bawah biografi Ibrahim bin Hasan dengan lafaz “Akan muncul satu golongan, gelaran mereka ialah Rafidhah. Mereka menolak agama.” (Al-Bukhari, At-Tarikhu Al-Kabir, jilid 1, halaman 279-280) Syeikh Ahmad Muhammad Syakir membuat komentar selepas mengemukakan riwayat yang disebutkan oleh Bukhari tadi begini; “Agaknya Bukhari tidak memandang hadith ini dhaif kerana beliau tidak mencacatkan seorangpun dari perawi-perawinya.”

6. Diriwayatkan dari Ali bahawa Nabi SAW bersabda: “Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka nanti akan muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka membaca al-Qur’an tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka (tidak meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah. Sekiranya engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” (Ali al-Muttaqi, Kanzu Al-Ummal jilid 11, halaman 324) Selain dari hadith ini Ali al-Muttaqi telah mengemukakan 13 hadith yang lain berhubung dengan Rafidhah di dalam kitab beliau yang tersebut, di bawah tajuk Ar-Rafidhah Qabbahahum Allah (Golongan Rafidhah - Semoga Mereka Dimurkai Allah).

7. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas katanya: “Pernah aku berada di samping Nabi SAW, bersamanya ada Ali. Nabi SAW bersabda (kepada Ali): “Wahai Ali! Nanti akan muncul di dalam ummatku satu golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar Rafidhah. Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” (Hafiz Nuruddin Ali bin Abi Bakr al-Haithami, Majma’u Az-Zawa’id Wa Manba’u Al-Fawa’id, jilid 10, halaman 22)

8. Hafiz Ibn Hajar dalam Ta’jilu Al-Manfa’ah (halaman 14) juga mengemukakan hadits di atas dan beliau tidak menyebutkan sebarang kecacatan di dalam sanad hadith tersebut. (Lihat Ta’liq dan Syarah Al-Musnad oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, jilid 2, halaman 806)

9. Imam ad-Daraqutni, Ibn Hajar al-Haithami dan Imam Ibn Taimiyyah juga telah mengemukakan hadith di atas dengan sedikit perbezaan pada lafaznya. Untuk itu lihat As- Sawaa’iqu Al-Muhriqah (halaman 102) dan As-Sharimu Al-Maslul (halaman 582-583).


Sumber: Facebook (Sham Kamikaze)
23.6.2013

No comments:

Post a Comment