ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 27 February 2013

2013 : KOLEJ KOMUNITY HULU LANGAT, SELANGOR

Lokasi : Kolej Komunity Hulu Langat, Hulu Langat, Selangor
Tarikh: 27 Februari 2013
Perjalanan dari Yayasan Jantung Malaysia ke Kolej Komuniti Hulu Langat adalah sejauh 26.8 km sahaja. 


Yayasan Jantung Malaysia telah dijemput untuk menjalani Ujian Saringan Kesihatan di Kolej Komuniti Hulu Langat yang terletak di Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor.
Seramai 100 Pelajar dan Pensyarah telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan yang dijalankan 27 Februari 2013. 


Kolej Komuniti adalah Institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga Julai 2007, sebanyak 35 buah Kolej Komuniti telah beroperasi di seluruh negara.








 Ujian Kolesterol dan Glukosa

Ujian Tekanan Darah 





Ujian Body Mass Index


Nasihat Pemakanan dan Kesihatan oleh Doktor Pakar




Zulheimy Bin Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
24.10.2013 : 11.25 pm

No comments:

Post a Comment