ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 27 December 2012

TRAGEDI TG. KUPANG, JOHOR (1977)


MH 653 – 4 DISEMBER 1977
Trajedi kapalterbang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977

7.21 pm - pesawat boeing MH 653 berlepas dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur
7.46 pm - berada di ruang angkasa Batu Arang setinggi 4000 kaki
7.47 pm - pemandu kapalterbang melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara '653 going around' dan pusat menjawab '653 is cleared to land, surface wind calm'
pemandu kemudian melaporkan sekali lagi kpd pusat kawalan dgn berkata 'overshooting'. sebuah kapalterbang yg menunda MH 653 bertanya 'whats your problem' dan dijawab 'we have an emergency on board' 
750 pm - pesawat MH 654 memberitahu 'maintaining 3000 coming over KL (beacon) in two minutes, hijacker on board' pusat menjawab 'cleared to land on runaway 33 with no delay' tetapi dijawab kembali 'we are now proceeding to Singapore' dan understand message receive'. pusat menjawab 'message received, understood'
8.05 pm  - pusat  mengarahkan pesawat MH 653 menghubungi Pusat Kawalan Trafik di Singapore dengan radio frequency Singapore,  pusat kawalan di KL memberitahu Pusat Kawalan di Singapura mengenai perkembangan MH 653 dan mereka membenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000 kaki.

8.12 pm - Pusat Kawalan Trafik Singapore membenarkan MH 653 turun ke paras 7000 kaki
kemudian perhubungan dengan pusat kawalan Singapura terputus hubungan dengan pesawat MH 653.
8.30 pm mengikut laporan polis kapalterbang tersebut berada di ruang udara Tanjung Kupang, Johor. Seorang mata-mata dan orang ramai yg berada di kawasan tersebut melaporkan kapalterbang itu kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula.. dan di saat itu kapalterbang itu meletup. Selepas ia meletup di udara kapalterbang itu terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi.

Jumlah korban : 100 org -  93 penumpang dan 7  anak kapal. Diantara yang terkorban ialah :
Juruterbang -  Kapten G.K Ganjoor
Pembantu Juruterbang Kamarulzaman Jalil
Pramugara - Karim Tahir dan Onn Jaafar
Pramugari- Sharifah Sidah Syed Mohamad dan  Azian Borhanuddin

Diantara penumpang yg terkorban termasuklah Menteri Pertanian Datuk Sri Haji Ali bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerjaraya  Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerjaraya Bahagian Tentera, Datuk Haji Khalid Mohamad
, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Encik Abu Bakar Othman Merican, Setiausaha Politik Datuk Menteri Pertanian, Encik Hood Fadzil dan Duta Cuba ke Malaysia Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya

Di antara teori mengenai rampasan kapalterbang tersebut ialah:
1. Dirampas oleh anggota Tentera Merah Jepun (dinafikan oleh Menteri dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie)
2. Dirampas militan Vietnam - Singapore telah menahan 3 org militan Vietnam berikutan rampasan kapalterbang DC 3 Air Vietnam sebelum kejadian rampasan. Perampas mungkin bertujuan ingin membebaskan anggota mereka.
3. Dirampas oleh pemberontak Kerajaan Cuba.

Walau bagaimanapun kesemua teori ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Kapalterbang itu jatuh terhempas di kawasan paya.. berdekatan dengan sebuah rumah yang sedang mengadakan kenduri kawin..
Cebisan cebisan mayat bertaburan di dalam paya dan ada yang tersangkut di pokok.
Cebisan mayat tersebut dikumpulkan di dalam plastik dan dikebumikan di sebuah Perkuburan Khas di  Jalan Kebun Teh Johor Bahru yang telah diberikan oleh kerajaan Johor. Upacara pengkebumian dibuat mengikut agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu pada pagiJjumaat 9 Disember.                                                                    


Diantara kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti ketika itu penumpang serta barang-barang tidak diperiksa dengan teliti. Di tempat kejadian telah ditemui beberapa pucuk pistol yang dipercayai milik penumpang.

Sumber- Mastika Januari 1978

No comments:

Post a Comment