SEJARAH
TELEFON BIMBIT
Sejarah telefon
bermula apabila Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876
yang membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain
walaupun berjauhan.
Teknologi Telekomunikasi
mengalami perubahan mendadak dan berkembang dengan begitu pesat sekali.
Sistem Telefon
tidak berwayar analog (ETACS) mula diperkenalkan di Malaysia pada 1989.
Walaubagaimanapun Telekom Malaysia telah mula memperkenalkan perkhidmatan
telefon bergerak ATUR 450 (Automatic Telephone Using Radio) pada Mei 1985. Sejak teknologi telefon bimbit mengalamai
evolusi yang begitu pantas dari segi teknologi dan reka bentuk. Dua sistem
digital yang pertama mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for
Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone
Service) di Amerika Utara.
Telefon bimbit pertama yang
membolehkan sambungan internet dan e-mail tanpa wayar adalah Nokia
Communicatior yang dikeluarkan pada 1996.
Sejarah lanjut mengenai telefon bimbit boleh dirujuk di halaman berikut:
Kali
pertama saya menggunakan telefon bimbit ialah pada 22 Februari 2000. Berikut
adalah senarai jenama-jenama telefon bimbit yang pernah saya gunakan sehingga
kini.
NEC 90 - 22.2.2000
Telefon ini hanya mempunyai 3 nada dering.. jadi tak banyak pilihan... yang menjadi masalah ialah telefon ini agak berat dan tidak boleh disimpan dalam kocek seluar atau baju. Kena bimbit sepanjang masa (sebab itu dipanggil telefon bimbit). Jadi jika berjalan ke mana-mana , telefon ini akan digenggam ditangan dan ia menjadi perhatian orang sekeliling ketika itu..maklumkan ketika itu belum ramai yang menggunakan telefon bimbit. Bila telefon berdering semasa di restoran.. ramai orang akan menoleh...(kembanglah hidung masa tu...hehe)...
Bagaimanapun telefon ini sempat saya gunakan dalam masa sebulan sahaja (maklumlah second hand) dan tak tahan lama.
Model NEC 90 ini sehingga kini masih lagi saya simpan di rumah untuk dijadikan kenangan buat generasi akan datang...
ERICSSON A1018S - 30.3.2000
Telefon
2G Network (GSM 900/1800). Telefon ini menggunakan monophonic ringtone.
Perkhidmatan SMS mula digunakan dengan telefon ini. Antara ciri-ciri kelebihan telefon ini ialah ia mempunyai own melody composer dimana kita boleh mencipta sendiri irama ringtones kita. Namun saya tak pernah menggunakannya kerana susah juga nak cipta lagu sendiri...
NOKIA 3260
Telefom Bimbit Jenama Nokia yang pertama saya gunakan adalah Nokia 3260 yang saya beli pada 7.9.2000. Namun tak lama saya gunakan lebih kurang 2 bulan kerana ianya telah dicuri. Saya tak menemui sebarang detail atau Spesifikasi mengenai HP ini ...dah puas Google tapi tak jumpa.... cuma ada fotonya saja saya ambil dari Google.
Nokia 5110 adalah merupakan telefon bimbit jenama Nokia seterusnya saya gunakan pada tahun 2000. Rekabentuknya yang agak menarik menyebabkan saya trade in Ericsson A1018s kerana ingin memilikinya.
Ciri-Ciri
: 2G Network (GSM 900) / Downloadable monophonic ringtones /6 Ringing tone
levels / Xpress-on covers.
Nokia 5110 juga adalah telefon bimbit yang pertama yang covernya boleh diganti-ganti. Ia menjadi kegilaan anak-anak muda ketika dengan menukar ganti covernya dari yang asal..
NOKIA 3210
Model 3210
merupakan salah satu telefon bimbit terawal yang menampilkan antena dalaman. Ia
berbeza dengan kebanyakan telefon bimbit pada masa tersebut yang menampilkan
antena yang besar. Isyarat penerimaan masih lagi sangat bagus, walaupun tidak
sebagus pendahulunya iaitu 3110.
Model 3210 merupakan
model pertama yang membenarkan pengguna menggubah nada dering sendiri, satu bentuk
manfaat memandangkan sebelum ini nada dering hanya boleh dihantar menggunakan SMS dan dikenakan bayaran.
Model 3210 asalnya
direka dengan ciri getaran. Nokia mengambil keputusan untuk tidak meletakkan
ciri tersebut pada sesetengah telefon bimbit. Beberapa bulan selepas
dilancarkan bagi pasaran UK, sesetengah kedai telefon bimbit menawarkan naik
taraf telefon bimbit kepada pelanggan untuk menambah ciri penggetar dengan
mengenakan sedikit bayaran.
NOKIA 3310
Telefon dwijalur GSM900 / 1800 ini diperkenalkan pada tahun
2000. Saya menggunakan telefon ini sekitar tahun 2002 menggantikan Nokia 3210.
Rekabentuk yang agak simple tapi mudah
dibawa.
Telefon bimbit Nokia 8250 ini aku guna sekitar tahun 2003. Telefon ini bersaiz agak kecil dan ringan dan mudah dibawa... boleh disimpan di kocek seluar atau baju.
Ciri-cirinya tidak banyak berbeza dengan telefon bimbit terdahulu cuma ditambah beberapa ciri seperti games dan ringing tones.
NOKIA 2100
Nokia 2100 adalah telefon mudahalih dual band, jenis candy bar styled
model dan bersaiz agak kecil. Saya menggunakan telefon jenis ini pada 2004. Antara ciri-ciri menarik ialah seperti T9 predictive text input, Animation screensaver, vibration alert, jam
dan tarikh, penggera, kalkulator dan currency converter. Mempunyai skrin LCD monokrom, lebih ringtone
dapat dimuat turun menggunakan telefon bimbit ini.
PHILIP 535
Philips 535 adalah dual band candy bar shaped phone. Ini adalah smartphone yang pertama saya
gunakan. Mempunyai keupayaan GPRS dan WAP bagi membolehkan untuk melayari
internet melalui telefon bimbit.
Dilengkapi juga dengan Kamera Bersepadu Digital dengan zoom 4 x dengan
skrin paparan 128 x 128 piksel resolusi dan sokongan warna 65,536. Satu lagi
cirinya ialah BeDJ Komposer yang memboleh kita membuat rakaman multitract
sendiri, iaitu mencipta nadadering kita sendiri.
Walaupun ia adalah smartphone pertama yang saya gunakan, namun kerana ia
tidak user friendly dan tidak begitu menarik bagi saya... ia juga adalah
telefon bimbit yang paling sekejap saya gunakan , iaitu 7 hari sahaja. Saya
terus trade in dan menggantikan nya dengan Nokia 3660.
NOKIA 3660
Smartphone seterusnya yang saya gunakan sekitar tahun 2004 ialah jenama Nokia 3660, sejenis
telefon Pintar yang menggantikan model Nokia 3650. Menggunakan Nokia Series 60
version 1.x dan juga Symbian Operating System.
Telefon Nokia 3660 ini merupakan salah satu favourite saya kerana bentuknya yang menarik dan cantik... namun tak lama saya dapat menggunakannya kerana diserang virus melalui bluetooth yang saya save tanpa sedari... maklumkan baru mula-mula guna smartphone.
NOKIA 3100
NOKIA 3100
Nokia 3100 ini adalah telefon bimbit alternatif yang saya gunakan untuk kegunaan urusan pejabat, kerana saya tak mahu telefon bimbit utama saya diganggu dengan urusan pejabat...terutama bila saya bercuti...
Nokia
3100 adalah telefon bimbit Triband GSM. Telefon ini dilengkapi dengan paparan
128 x 128 piksel warna pasif (4096 colors/12 bit), Java MIDP 1.0, XHTML dan
pelayar WAP, GPRS. Ia juga menggunakan nadadering polifonik.
INNOSTREAM 90
Telefon bimbit jenama Innostream 90 adalah buatan dari Korea. Telefon bimbit ini saya beli untuk isteri saya. Harganya agak mahal ketika tu , dengan harga RM1,498.00.
Ciri-cirinya sama seperti smartphone jenama lain iaitu 2G Network (GSM 900/1800/1900), mempunyai 4MB internal memory dan kamera VGA 640 x 480 pixels. Apa yang menarik ialah paparan skrinnya yang cantik dan terang (TFT 256K colors), paparan skrin telefon bimbit yang agak canggih ketika itu.
PALM TUNGSTEN E (PDA)
Masih ingatkah pada PDA atau Personal Digital Assistant. PDA digunakan agak meluas sekitar awal 2002. Ia umpama sebuah Diary Elektronik dan banyak digunakana oleh eksekutif-eksekutif ketika menghadiri mesyuarat. Saya berkesempatan menggunakan PDA jenama Palm Tungsten E3. Ia memang amat berguna bagi saya yang ketika itu banyak mengendalikan Seminar dan kursus dan menghadiri mesyuarat di luar.
Dilengkapi
dengan paparan skrin sentuh serta teknologi bluetooth yang boleh disambung ke
peranti yang sesuai seperti komputer riba, telefon bimbit dan komputer serta
pencetak. Dengan 32MB Memori PDA boleh digunakan menyunting Microsoft Word,
Excel, Adobe PDF dan Power Point.
Dengan kehadiran telefon pintar di pasaran , penggunaan PDA semakin berkurangan dan akhirnya mengalami nasib yang sama seperti yang pernah berlaku kepada pager yang cukup popular sebelum era telefon bimbit dahulu.
SAMSUNG SGH E700 A
Samsung E700 ini saya beli setelah telefon Bimbit Nokia 3660 saya dijangkiti virus yang dihantar melalui bluetooth.
Salah satu lagi telefon bimbit yang saya gunakan hanya beberapa minggu sahaja kerana paparan skrinnya yang tidak menarik dan agak kecil dengan nada deringannya yang tidak begitu kuat menyebabkan saya sering menerima "miss call".
SONY ERICSSON Z 600
Dulu pernah menggunakan jenama Ericsson A1018A, tapi kali ini Sony Ericsson Z 600. Handphone 2G Network (GSM 900/1800/1900) dengan paparan skrin warna TFD 65K. Ciri-ciri lain adalah sama seperti telefon pintar yang lain yang saya rasa tak perlu nak dinyatakan secara detail.
MOTOROLA A768I
Sekali
sekala ingin juga mencuba telefon bimbit jenama Motorola. Motorola A768i
mempunyai ciri-ciri Tri Band GPRS adalah telefon pintar yang mempunyai sistem
operati Linux dilengkapi dengan Bluetooth, MP3 player, 65K color TFT Touch screen
dan Stylus Pen dan Multi Purpose camera serta ciri-ciri lain.
Ini
adalah handphone jenis touchscreen & stylus yang pertama saya gunakan malah satu-satunya jenama Motorola yang pernah saya gunakan.
NOKIA N70
Setelah menggunakan berbagai jenis jenama telefon bimbit, saya merasakan bahawa Telefon bimbit jenama Nokia paling sesuai dengan saya. Selain dari User Friendly ia juga tahan lasak berbanding jenama lain. Walaupun beberapa kali terjatuh, tapi masih boleh digunakan dan berfungsi dengan baik.Telefon Bimbit Nokia N70 adalah merupakan telefon pintar generasi 3G yang pertama saya gunakan.
N70 merupakan telefon pintar 3G multimedia dilancarkan pada 2005. Nokia N Series , Nokia N70 dikeluarkan bersama-sama dengan Nokia N90 dan N91.Dilengkapi dengan kamera 2 megapiksel dan kamera depan VGA serta lain-lain ciri terdapat dalam kebanyakan Smartphone seperti Video Conference, FM Radio, Bluetooth, Digital Music Player, Java Games serta lain-lain perisian yang terdapat dalam Series 60 edisi ke 3. Ia menggunakan Operasi Symbian 8.1a.
NOKIA 2626
Nokia 2626 ini saya beli bagi menggantikan Nokia 3100 sebagai telefon bimbit alternatif. Dengan bentuknya yang agak kecil serta mudah untuk dibawa dalam kocek baju atau seluar.
Antara ciri-cirinya ialah :GSM 900 / 1800 (2G Network) , CSTN, 65K colors, GPRS Class 6 (3+1/2+2 slots), 24 - 36 kbps dan lain-lain.
Walaupun agak kecil namun ia mempunyai paparan warna skrin yang agak cantik dan boleh melayari internet. Namun ia tidak mempunyak kamera. Memang sesuai untuk digunakan sebagai alternatif.
NOKIA 6085
Nokia 6085 ini juga saya belikan untuk isteri saya kerana ketika itu beliau memang berminat dengan telefon bimbit clamshell.
Ciri-Ciri: 2G Network - GSM 850/900/1800/1900, paparan skrin warna CSTN 256K,second external mono display serta lain-lain ciri yang terdapat pada telefon pintar.
NOKIA E63
Nokia E63 ini saya beli untuk isteri saya pada 2010 bagi menggantikan Nokia 6085 yang sudah tidak berfungsi dengan baik. Selepas Nokia E63 ini saya beli untuk isteri saya, barulah saya pula membeli Nokia E71 kerana tertarik dengan rekabentuk dan ciri-ciri yang terdapat didalamnya.
NOKIA E71
Nokia E71 - jenama telefon pintar yang telah saya gunakan pada 2010 sehingga Oktober 2012.
Nokia
E71 adalah telefon pintar dari Nokia E Series yang menggunakan papan kekunci
QWERTY. Menggunakan Sistem Operasi Symbian OS v9.2 dengan siri 60 Edisi ke 3.
Seperti yang diketahui, jenama Nokia merupakan jenama telefon bimbit yang boleh dikatakan tahan lasak. Contoh Nokia E71 ini... sudah banyak kali telefon ini terjatuh namun masih boleh digunakan sehingga kini... Kini Nokia E71 digunakan oleh isteri saya setelah saya menggunakan Samsung Ace.
Seperti yang diketahui, jenama Nokia merupakan jenama telefon bimbit yang boleh dikatakan tahan lasak. Contoh Nokia E71 ini... sudah banyak kali telefon ini terjatuh namun masih boleh digunakan sehingga kini... Kini Nokia E71 digunakan oleh isteri saya setelah saya menggunakan Samsung Ace.
NOKIA X2-01 ZITRON
Satu lagi telefon bimbit yang belikan untuk isteri saya pada 2011. Telefon menggunakan QWERTY Keyboard lebih mudah untuk menaip message.
SAMSUNG GALAXY TAB 2 10.1
Disebabkan pekerjaan saya yang sering membuat tugasan luar ke daerah-daerah di Semenanjung dan juga Sabah & Sarawak... maka saya memerlukan sebuah komputer mudah alih yang senang untuk dibawa kemana-mana. Pada mulanya merancang untuk membeli laptop, namun disebabkan saiznya yang agak besar serta berat.. maka saya mengambil keputusan untuk membeli sebuah tablet yang ternyata lebih mudah dibawa.
Samsung Galaxy Tab 2 (10.1) Samsung Galaxy Tab 2 10.1 keluaran Samsung
Malsyaia Electronics (SME) Sdn Bhd adalah merupakan tablet ternipis didunia.
Baru sahaja dikeluarkan dipasaran.
Antara keistimewaannya ialah mempunyai kenipisan ultra-slim sehinga 8.6 mm. Dengan paparan skrin sentuh 10.1 inci dan resolusi WXGA 1280 x 800 memaparkan warna yang menarik untuk melayari internet dan menonton video.
Pengunaan PC maupun laptop semakin dirasakan ketinggalan bagi sesetengah orang, namun bagi saya penggunaan PC tetap diperlukan untuk membuat tugasan tugasan pejabat. Cuma tablet Samsung Galaxy ini lebih ringan dan mudah untuk dibawa serta tidak begitu berat kalau nak dibandingkan dengan laptop.
Samsung Galaxy Tab 2 10.1 ini menggunakan versi Android terbaru iaitu 3.1 Honeycomb iaitu sistem operasi yang pertama di dunia.
Sumber Rujukan: http://www.mohdzaid.com/2011/08/20/samsung-galaxy-tab-10-1-dilancarkan-10-sebab-kenapa-patut-memilikinya.html
SAMSUNG GALAXY ACE S5830
Setelah bertahun-tahun menggunakan telefon bimbit jenama Nokia, kini terasa pula nak tukar ke jenama lain. Setelah melihat jenama Samsung kini semakin popular di Malaysia, maka saya pun bercadang untuk menukar telefon bimbit Nokia E71 ke Samsung Galaxy Ace S5830.
Setelah biasa menggunakan Galaxy Tab 2 10.1, maka tiada masalah bagi saya untuk menggunakan Samsung Galaxy Ace S5830 kerana ia mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama.
Samsung
Galaxy Ace merupakan produk Smartphone Samsung terbaru menggunakan OS Android
2.2 dilengkapi Kamera 5 mp LED Flash selain dari ciri-ciri yang biasa terdapat
pada produk smartphone.
Ciri
– cirinya secara rengkas:
GSM
& EDGE Band 850/900/1.800/1.900
3G
band 900
Android
2.2, 3G HSDPA 7.2,
Dan
lain-lain
Telefon Bimbit Nokia Asha 200 dan Nokia Asha 502 ini digunakan oleh isteri saya kerana isteri saya masih berminat menggunakan jenama Nokia. Manakala Blackberry 8520 itu digunakan oleh anak sulung saya.
Setelah beberapa tahun menggunakan Jenama Samsung, akhirnya saya menukar selera pula dan bertukar kepada Jenama OPPO. Jenama OPPO pertama yang saya gunakan ialah OPPO Neo 36089 yang saya beli pada 3 Mei 2014. Nasib malang menimpa saya apabila HP ini tercicir selepas saya singgah makan disebuah restoran Mamak di Petaling Jaya. Saya hanya menyedarinya apabila saya masuk kedalam kereta dan ketika nak buat call baru terperasan HP saya tiada dalam kocek saya.... Saya berlari balik ke Kedai Mamak tersebut... namun hampa HP saya tiada di atas meja... bila tanyak pekerja restoran, mereka semua tidak tahu.... saya pasrah je lah nak buat macam mana....
Selepas dari itu saya kekal menggunakan jenama OPPO dan sehingga kini (2023) saya menggunakan jenama OPPO Reno 7 5G.
Kalau dahulu semasa bermulanya era Telefon bimbit, ia adalah lambang prestij dan kemewahan.... kini telefon bimbit adalah merupakan suatu keperluan yang sangat penting masa kini. Bayangkan kalau kita pergi bekerja dan tertinggal telefon bimbit di rumah... hati kita tidak akan senang kerana memikirkan berapa banyak Missed call dan berapa banyak SMS yang kita akan ketinggalan nanti... begitulah kuatnya pengaruh telefon bimbit kini...
Di mana - mana kita lihat orang begitu asyik dengan telefon bimbit dengan tidak menghiraukan keadaan sekeliling.... ditambah dengan teknologi telefon bimbit yang semakin lama semakin canggih. Malah besar kemungkinan di masa akan datang, produk-produk lain terutama jam tangan dan kamera mungkin tidak wujud lagi setelah semuanya kini terdapat dalam satu telefon bimbit.....
Latest Update:
20 September 2023 : 11.26 pm
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
banyaknya fon yang pernah awak pakai...urmm klw org berada bolh la tukar2 fon setiap tahun....hehehehe
ReplyDeleteItu dulu tapi sekarang tak lagi dah.... skrg guna hp sekali tak rosak baru tukar
ReplyDeleteItu dulu tapi sekarang tak lagi dah.... skrg guna hp sekali tak rosak baru tukar
ReplyDeletebestnya masih simpan handphone lama2
ReplyDeleteComellah post ni. Tergelak tgk jenis telefon model lama. Huhu.....
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletepalm pda tu nak jual ke..?
bole pm saya
Dah hilang..ada orang ambil
ReplyDeleteHandphone dulu ada yang guna bateri rechargeable size AA 3 biji...besar&berat🤣😆
ReplyDeleteEricsson e1018s xsilaplah..jika col lama kepala boleh pening...jika letak sebelah besi..phone jd macam magnet..
ReplyDeleteSamsung galaxy tab 10.1 pun susah nk bawak merata2..
Hp pertama motorolla 3200 ..bateri nya pun..jauh lebih berat..dari..handphone ada sekarang...phone jadi lawak..baling phone pada anjing..anjing pun boleh mati
ReplyDeleteSalam tuan, sy sedang terkenang2 kisah membeli telefon bimbit pertama kali pada hujung tahun 2000 dan buat google membawa sy ke blog tuan. Sy masih igt zaman itu telefon bimbit ada 3 ciri, iaitu GSM, xxx, dan Dual Band. manakala telco pula hanyalah 012, 013, 016, 017 dan 019. Sekiranya beli yg GSM, hanya telco 012 016 dan 017 dapat guna, sekiranya beli yg xxx hanya 013 dan 019 dapat guna, sekiranya beli yg Dual Band, semua telco dapat guna. Sy terlupa apakah nama band xxx itu. Boleh tuan haji terangkan jika masih igt. Yg pasti bukan D-Amps sebutannya.
ReplyDeleteSaya tak pasti .. apakah yang dimaksudkan itu GPRS atau EDGE.....
ReplyDelete