ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 9 October 2012

10 TANDA CINTA KEPADA ALLAH

1. Yakin bahawa Allah terpuji dalam semua sifat dan perbuatan-Nya.
2. Yakin bahawa Allah sangat baik dan pemurah kepada hamba-hamba-Nya.
3. Yakin bahawa anugerah Allah kepada dirinya sangat banyak sehingga tidak         mampu dibayar dengan kata-kata syukur atau amal perbuatan. 
4. Yakin bahawa tugasan yang dibebankan kepadanya sangat sedikit. 
5. Setiap saat selalu merasa takut dan bimbang Allah akan berpaling daripadanya dan mencabut semua nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya. 
6. Selalu merasa perlu kepada Allah salam saat dan tidak dapat berpisah dengan-Nya. 
7. Selalu menyebut-nyebut nama Nya
8. Berusaha untuk melaksanakan perintah-Nya yang wajib dan sunnah agar menjadi semakin dekat dengan-Nya.
9. Merasa gembira setiap kali mendengar atau melihat seseorang berjuang di jalan Allah dan menyumbangkan diri, harta atau anak-anaknya untuk agama Allah. 
10. Setiap kali mendapati ada orang meminta bantuan dengan menyebut nama Allah, ia selalu membantunya. 
(Sheikh Nawawi al-Bantani, Kasyifat al-Saja)

9.10.2012

No comments:

Post a Comment