ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 23 August 2012

PENGERTIAN AIDILFITRI



FIRMAN Allah bermaksud: “...dan hendaklah kamu bertakbir (membesarkan) Allah di atas hidayah yang dikurniakan kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah: 185) 

Padai penghujung ayat ini, ada perintah Allah berhubung pengisian amalan salih sepanjang Ramadan dan pada Aidilfitri iaitu hari membesarkan Allah dan bersyukur kepada-Nya atas segala kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhitung. 

Pada Ramadan yang berkat ini, umat Islam disaran memperbanyakkan ibadat seperti solat Tarawih, membaca al-Quran, bersedekah dan beriktikaf. Begitu juga Aidilfitri, umat Islam digalakkan bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran kerana berjaya menyempurnakan ibadat puasa sebulan Ramadan. 

Aidilfitri secara harfiahnya membawa pengertian kembali kepada fitrah dan kesucian semula jadi. Kesucian mewarnai perhiasan lahiriah dan batiniah kehidupan Muslim mengungkapkan dua makna cukup mendalam dalam hidup seseorang Muslim iaitu makna spiritual dan sosial. 

Secara spiritual, seseorang Muslim kembali kepada fitrah dan kesucian melambangkan dia sudah bersih daripada segala dosa seumpama bayi baru lahir ke alam dunia ini, terutama setelah selesai melaksanakan ibadat puasa sepanjang Ramadan dengan penuh keimanan. 

Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampuni segala dosanya seumpama bayi baru lahir dari rahim ibunya.” (Hadis riwayat Ahmad) 

Justeru, Muslim yang berpuasa sebenarnya dididik dan diasuh untuk tunduk serta patuh terhadap segala perintah supaya ibadat puasanya diterima Allah. Pada masa sama, dia juga dididik dan diasuh tidak melanggar batasan mengendalikan hawa nafsu selaras kehendak-Nya. 

Di samping itu, menjalani ibadat puasa selama sebulan mampu mencetuskan pengalaman kerohanian yang berharga dan cukup berkesan kerana setiap Muslim ternyata berupaya mengendalikan hawa nafsunya serta sudah terbiasa melakukan ketaatan kepada Allah. 

Paling penting sekali deria rasa keinsafan dan kesedaran yang berbekas dalam jiwa sanubari akan kehadiran atau pengawasan Allah terhadap segala lintasan hati, tutur kata juga perbuatannya. Pengalaman dan perolehan berharga seperti inilah membawa seseorang itu kembali kepada kesucian dan fitrah sejati saat tibanya hari lebaran Aidilfitri penuh keceriaan. 

Kesucian dari sudut sosial, tersingkap ruang lingkup pengertian jauh lebih luas dan mendalam menuntut satu tindakan mencerminkan satu cara hidup syumul dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat. 

Ditinjau dari segi makna sosial, manusia kembali kepada fitrah dan darjat kesucian bermaksud, tidak ada lagi perbezaan kelas sosial, keturunan, pangkat dan kedudukan. Setiap manusia sama dari segi kedudukan dan asal usulnya. 
Aidilfitri secara sosial berupaya menjulang nilai kemanusiaan hingga setiap manusia memandang kelompok manusia lain sebagai makhluk yang sama taraf dan kedudukan. Orang yang kembali kepada fitrah bersedia berbuat baik kepada dirinya dan juga orang lain. 

Ketika menyambut Aidilfitri, ada beberapa adab perlu diraikan berdasarkan sunnah Rasulullah. Setiap Muslim disunatkan mandi dan makan dulu sebelum keluar menunaikan solat Aidilfitri. 

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Rasulullah tidak keluar pada pagi hari Aidilfitri, sehinggalah baginda makan terlebih dulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (Hadis riwayat Bukhari) 

Di samping itu, umat Islam dianjurkan bertakbir pada hari raya kerana termasuk sunnah yang agung. Waktu bertakbir Aidilfitri bermula pada malam raya sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

Tuesday, 7 August 2012

AMALAN 10 TERAKHIR RAMADAN


Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:

1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.
Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)
Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai: “Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”
Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.
Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu melakukan solat.

Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.
Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk iktikaf.
Ulama Islam berbeza pandangan mengenai pelaksanaan qiamullail antara menghidupkan keseluruhan malam ataupun sebahagiannya saja. Abu Jakfar Muhammad Ali mengatakan Rasulullah menghidupkan sebahagian daripada malam, bukan sepanjang malam. Demikian juga Imam al-Syafi’iy dan amal ahli Madinah menyokong pendapat itu.
Ini berpandukan hadis riwayat Aisyah Nabi tidak pernah solat malam hingga ke Subuh tanpa berehat. Sesetengah ulama meringankan persoalan qiam sehingga mengatakan seseorang dianggap melakukan qiamullail disebabkan kesungguhannya bersolat jemaah Isyak dan Subuh. Ini berdasarkan riwayat dalam al-Muwatthak daripada Ibn Musayyib yang berkata, maksudnya: “Sesiapa yang menghadiri solat Isyak dengan berjemaah, sesungguhnya dia memperoleh bahagiannya daripada malam itu.”
Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi’iy menyatakan: “Sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada bulan itu.” Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”
Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.
Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”
Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy ‘alal Jalalain, al-Sawi berkata, doa paling penting yang dituntut ke atas kita mengamalkannya adalah memohon keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi SAW.
Dalam zikir, kita mengucapkan: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”
Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim.”
Label: BULAN RAMADAN

Sunday, 5 August 2012

2012 - DEWAN BCHRA, BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG, SELANGOR

Lokasi: Dewan BCH,Bandar Country Homes, Rawang, Selangor
Tarikh: 4-5 Ogos 2012


Ketika umat Islam sedang berpuasa, Yayasan Jantung Malaysia tetap menjalan aktiviti Kesihatannya dan kali ini adalah di Dewan BCHRA di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor. Program kali ini adalah anjuran bersama YJM dengan Lions Club of Rawang. 
Seramai 202 orang penduduk di sekitar Bandar Country Home, Rawang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan yang berlansung dari 4 - 5 Ogos 2012.  Termasuk yang menjalani ujian Kesihatan adalah kakak ku dengan anaknya. 





Dewan Bandar Country Homes Resident Association, Rawang


Ujian Kolesterol dan Glukos

Pameran Poster
Sebahagian dari Penduduk Bdr Country Homes yang hadir
Antara yang hadir ialah Kakak dan Anak saudara ku yang tinggal diTasik Puteri Rawang. 



Anak Saudara ku, Muhd Saipul Azri turut hadir menjalani ujian kesihatan. 









Zulheimy Maamor
Lembah Keramat,KL
19.10.2013 : 8.25 pm



Friday, 3 August 2012

Petua ImamGhazali untuk mencari Lailatul Qadar


Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

10 PERKARA YANG YAHUDI SEBOLEH-BOLEHNYA TIDAK MAHU DUNIA TAHU


Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom Kita nak dedahkan 10 daripadanya!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

3 AUGUST 2012 – 10.11 AM

MUSLIM SCHOLARS


MUSLIM SCHOLARS & MUSLIM CONTRIBUTION TO SCIENCE

Abbas Ibn Firnas
A Muslim scholars at Cordoba, Spain – the first to study the mechanics of flight and made the first attempt at flight. He also constructed a famous planetarium in Spain.

Maslamah al-Majriti
A Cordoban Mathematician – the first original mathematician and astronomer of al-Andalus. He wrote a number of works on mathematics and astronomy, studied and elaborated the Arabic translation of Ptolemy’s Almagest.

Al-Bitruji
A Muslim scholar of Cordoba who developed a new theory of stellar movement, based on Aristotle’s thinking.

Ibn Al-Nafis
A Muslim physician, the first to discovered the pulmonary circulation of blood in the 13th century, well before William Harvey described the systemic circulation in the 17th century.

Ibn Shuhayd
Al-Andalus physician who in a fundamental work recommended drugs be used only if the patient did not respond to diet.

Abu al-Qasim al-Zahrawi
The most famous surgeon of the Middle Ages and “Father of modern surgery”. He was an author of the Tasrif, a book that, translated into Latin, became the leading medical text European Universities during the later Middle Ages. He was also a pioneer in the use of anesthesia.

Ibn Zuhr
The first to describe pericardial abscesses and to recommend tracheotomy when necessary as well as being a skilled practical physician.

Ibn al-Baytar
The most famous Andalusian botanist, he wrote a book called Simple Drugs and Food.

Ibn Battutah
The most famous Muslim traveller. He travelled extensively for 28 years and produced a travel book that proved to be a rich source for both historians and geographers. He was the only medieval traveller who is known to have visited the lands of every Muslims ruler of his time.

Ibn Khaldun
The first historian to develop and explicate general laws governing the rise and decline of civilisations. In fact he was also the first modern philosopher of history.


Al-Razi
Famous Muslim physician, wrote many books including a textbook of medicine ‘Kitab al-Tibb al-Mansuri’ (The Book of Medicine for Mansour). He was one of the first to use opium as anaesthesia and established the use of alcohol in medicine.

Hunayn Ibn Ishaq
Muslim scholars of the 9th Century who make the first accurate anatomical diagrams of the eye.

Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi
A famous Muslim scholars who developed Algebra and Algorithms. The word ‘algorithm’ is derived from his name.

Abu Bakr al-Razi
Regarded as the “Father of Pediatrics” – wrote the first book which specialised in childhood diseases and initiated the use of antiseptics to clean wounds.

Ibn Sina
A famous Muslim surgeon who compiled the famous 14 volume of medical encyclopedia, “The Canon of Medicine”. His book remained a medical standard in the West up until the early 19th century.

Al-Idrisi
The well-known Muslim scholars who served the Sicilian court, produced very accurate maps, including a world map with all the continents and their mountains, rivers and famous cities.

Al-Muqdishi
The first Muslim geographer to produce accurate maps in color.

Al-Biruni
Muslim mathematicians who established trigonometry as a distinct branch of mathematics.