Arwah Ayah Ku , Allahyarham 2059 Maamor bin Sudin berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu Di Raja dari tahun 1946 sehingga 1967. Sepanjang perkhidmatan Allahyarham, beliau pernah mengalami zaman Darurat (1948 – 1960), Zaman Konfrantasi (1963-1965) dan juga terlibat dengan Misi Pasukan Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo pada 1962-63. Allahyarham adalah antara kumpulan pertama tentera Malaysia dihantar bertugas di bawah PBB.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 18 Disember 1984 setelah mengalami sesak nafas dan sakit dada ketika berusia 57 tahun di Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu ketika menyambut Krismas di Malaya (Foto koleksi Allahyarham Maamor B Sudin)
Tongkat Pegawai Waran Arwah Ayah saya masih saya simpan untuk kenangan
SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN BATALION KE 7 REJIMEN ASKAR MELAYU DI RAJA
Batalion ke 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja (7 RAMD) ditubuhkan pada 1 Oktober 1953 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Pegawai Memerintah pertama 7 RAMD ialah Lt.Col. A. Gordon MC, manakala anak tempatan pertama memerintah 7 RAMD ialah Lt. Kol. Khalid Mohd Yasin.
Arwah ayah ku Allahyarham 2059 PW2 Maamor Bin Sudin berkhidmat dengan Batalion 7 RAMD ketika ditugaskan sebagai Pasukan Pengaman PBB di Congo dari 27 Februari 1962 sehingga 8 Januari 1963.
Antara artis-artis Malaya yang dihantar untuk menghiburkan anggota Tentera Malaya yang berkhidmat di Congo....
Seniwati Normadiah, Hashimah Yon berserta SM Salim, Ismail Bontak dan Hamzah Dolmat telah mengadakan lawatan selama sebulan pada 3 April 1961 untuk bertemu anggota (MSF) serta menghiburkan anggota PBB yang lain. Berikut adalah gambar gambar koleksi peribadi Seniwati Hashimah Yon bersama skuad terawal disana bersama Batalion ke 4 RAMD dibawah perintah Lt Kol Ungku Nazaruddin.
Foto Credit to Facebook Repair Gambar Lama
|
Congo ialah sebuah negara yang terletak di Afrika memperolehi kemerdekaan dari Brussel pada 30 Jun 1960. Bagaimanapun selepas 4 hari mencapai kemerdekaan, satu Pemberontakan tentera yang dipimpin oleh Yusuf Mobutu telah berlaku.
Peristiwa hitam tercetus dengan pembunuhan Perdana Menteri Patrice Lumumba yang memberi tamparan hebat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan kematian Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld dalam nahas kapal terbang semasa dia cuba untuk menjadi pengantara.
Memandangkan keadaan yang semakin serius Presiden Congo ketika itu telah meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar Tentera PBB bagi memulihkan keamanan di Congo. Terup pertama tentera PBB yang tiba ialah dari Negara Tunisia dan di ikuti dengan negara-negara lain kemudiannya termasuk dari Persekutuan Tanah Melayu.
Peristiwa hitam tercetus dengan pembunuhan Perdana Menteri Patrice Lumumba yang memberi tamparan hebat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan kematian Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld dalam nahas kapal terbang semasa dia cuba untuk menjadi pengantara.
Memandangkan keadaan yang semakin serius Presiden Congo ketika itu telah meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar Tentera PBB bagi memulihkan keamanan di Congo. Terup pertama tentera PBB yang tiba ialah dari Negara Tunisia dan di ikuti dengan negara-negara lain kemudiannya termasuk dari Persekutuan Tanah Melayu.
Penglibatan Tentera Persekutuan Tanah Melayu bermula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra bermesyuarat di London dengan Perdana Menteri Britain membincangkan penyertaan Tentera Tanah Melayu dalam misi Pengaman PBB di Congo pada Mei 1960.
Malayan Special Forces (MSF) diutuskan ke Congo menyertai tentera tentera dari Negara Ethopia, Ghana, Guinea, Indonesia, Ireland, Liberia, Mali, Morocco, Sudan, Sweden, Tunisia dan Mesir dalam Misi Organisation des Nations au Congo (ONUC) pada 30 Oktober 1960.
Batalion ke 4 RAMD dibawah perintah Lt Kol Ungku Nazaruddin adalah merupakan komponen MSF pertama di utuskan ke Congo pada 4 Oktober 1960. 4 RAMD disertai juga oleh Skuadron C, 2 Rejimen Peninjau dibawah Maj. Zain Mahmud Hashim.
Batalion RAMD yang terlibat dalam MSF di Congo adalah 4 RAMD (1.11.60 - 18.7.61), 6 RAMD (13.7.61 - 31.3.62), 7 RAMD (27.2.62-30.12.62), dan 2 RAMD (27.6.62-12.4.63). Manakala Rejimen Peninjau diwakili oleh 1 Rejimen Peninjau dan 2 Rejimen Peninjau.
Batalion ke 7 RAMD yang disertai oleh Allahyarham ayah saya meninggalkan tanahair untuk berkhidmat di bawah PBB pada 17 Feb 1962 dengan menaiki kapal USS Gen R.M. Blatchford.
Kapal tiba di Pelabuhan Dar-es-Salam pada 27 Februari 1962 dan mengambilalih tugas batalion 6 RAMD di Bukavu, Congo. Batalion 7 RAMD turut dibantu oleh Skuadron A, 1 Rejimen Peninjau dibawah perintih Maj. Harchand Singh.
Kapal tiba di Pelabuhan Dar-es-Salam pada 27 Februari 1962 dan mengambilalih tugas batalion 6 RAMD di Bukavu, Congo. Batalion 7 RAMD turut dibantu oleh Skuadron A, 1 Rejimen Peninjau dibawah perintih Maj. Harchand Singh.
Kapal USNS General R.M Blatchford (AP-153) adalah kapal pengangkut General G.O. Squier Class, Tentera Laut Amerika Syarikat yang pernah terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Kapal ini diberi nama USS General R.M. Blatchford sebagai penghormatan kepada seorang General US Army iaitu Gen. Richard M. Blatchford semasa Spanish-American Civil war dan juga Perang Dunia Pertama.
Sepanjang perkhidmatan 7 RAMD di Bukavu Congo dari 7 Feb 1962 hingga 30 Dis 62, batalion telah kehilangan seorang anggota iaitu 13560 Prebat Siohnah Jantan yang meninggal dunia akibat lemas di Sungai Bukavu pada 6 Jun 1962.
Kapalterbang yang membawa anggota MSF berpindah dari Bukavu ke Albertville
Antara pingat PBB yang masih ada dalam simpanan saya.
Batalion ke 7 RAMD pulang ke tanahair setelah menamatkan tugas dari Dar-es-Salaam dengan menaiki kapal USNS R.M. Blatchford dan tiba di Pelabuhan Pulau Pinang pda 8 Januari 1963. Batalion 7 RAMD digantikan oleh batalion 2 RAMD.
Perkhidmatan Tentera Tanah Melayu di Congo tamat dengan kembalinya Batalion ke 2 RAMD ke tanah air pada 28 April 1963. Pasukan MSF telah mendapat kepujian daripada Setiausaha Agong PBB ketika itu iaitu U Thant (nama beliau diabadikan di sebatang jalan di Kuala Lumpur).
3 orang anggota MSF telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani semasa bertugas di PBB iaitu Kapten Maurice C.S.Lam dan Lt Muda N.H. Siebel dari Sekuadron A 2 Rejimen Peninjau dan Lt. Lee Ah Pow juga dari Rejimen Penindau di atas keberanian mereka dalam tragedi di Kindu.
Sumber Rujukan:
1. Rejimen Askar Melayu Di Raja 1933 - 1968 - Syed Othman Syed Omar
2. Ramli Abdul Rahim : Malaysian Special Forces di Congo
3. Renger Valour Blogspot
4. Malaysian Army
1. Rejimen Askar Melayu Di Raja 1933 - 1968 - Syed Othman Syed Omar
2. Ramli Abdul Rahim : Malaysian Special Forces di Congo
3. Renger Valour Blogspot
4. Malaysian Army
BLOG SEJARAH TERBAIK..TERUSKAN USAHA ANDA SAUDARA,,,,
ReplyDeletetok saya salah seorang askar yang pergi ke congo.dia radioman
ReplyDeleteAyah saya juga salah seorang yang dapat join misi ni. Tapi entah batalion keberapa. Waktu tu ayah prebet lagi, baru belasan tahun.
ReplyDeleteTerima kasih saudara :)
saya azahari student phd usm sedang membuat kajian berkenaan misi negara ke Congo 1960-1961. Mjd harapan saya sekirannya saudara2 dlm blok ini dapat mbantu. seandai sudi membantu saya boleh sms saya di talian 012-5376773. tkasih
ReplyDeleteAssalamualaikum... maaf kerana dah lama tak buka blog kerana sibuk dengan tugasan luar pejabat... saya boleh dihubungi di 012-355 2965. Cuma tak banyaklah kisah penglibatan arwah ayah saya di sana kerana beliau telah lama kembali ke Rahmatullah...
ReplyDeleteAssalamualaikoum, sejak akhir-akhir ni memang saya tertarik untuk search for info di internet berkenaan ttg perkhidmatan ayah saya di dalam tentera. Dia pernah bertugas di Congo dan saya rasa dia bersama-sama satu batalion dgn arwah ayah saudara. Saya skg sedang berada di Afrika dan bila balik ke Malaysia nanti saya akan tanya ayah saya nanti unit mana dia masa tu. Banyak juga gambar2 yg ada di dlm album di rumah gambar semasa dia bertugas di Congo. Mmg jauh di sanubari saya yg saya akan mencuba menjejak route yg unit dia lalui di Congo kalau ada rezeki.
ReplyDeleteMualaikumsalam.... Alhamdullillah saya doakan semoga saudara dapat menjejak unit mana ayah saudara berkhidmat. Eloklah kalau saudara boleh kumpulan maklumat ataupun kesah ayah saudara semasa berkhidmat di Congo... saya rasa tak ramai lagi antara mereka yang pernah berkhidmat di Congo yang masih hidup untuk menceritakan pengalaman mereka di sana....
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM.... ADA LG KA GMBAR2 7 RAMD
ReplyDeleteMualaikumsalam.... hanya itu sahaja yang ada dalam simpanan saya... banyak yang dah hilang....
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya mewakaili md said bin talib yg pernah berkhidmat di congo pd tahun 1962 - 1963...RAMD 6....sekarang berusia 78 th....menetap di muar johor..
Salam Tuan,Mohon kebenaran tuan untuk gunakan gambar gambar tuan sebagai bahan dalam asignment saya.sekian terima kasih.jika kebenaran diberikan sila reply di sukrihassan31@gmail.com
ReplyDeleteSilakan... Boleh saja
DeleteAssalamualaikum. Saya baru menemui album ayah mertua sy yg meninggal empat tahun lalu....foto2 menarik semasa bertugas di congo iaitu di bukavu dan di gamo.Insya-ALlah, sy akan memuatnaik foto2 berkenaan bersama sejarah yg dipaparkan tuan zulheimy maamor ini (dgn izin). Jazakallah khairon utk info menarik dlm blog ini.
ReplyDeleteAyah sy masih ada lagi , umur 83 tahun , batalion 6 ke congo thun 1960
ReplyDeleteAlhamdulillah cerita yg menarik...bapa saya antara skot ke congo...13503.
ReplyDeleteArwah ayah saya antara skot ke congo...8367 L/C mamat bin Awang Kechil
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt....Tuan, saya mohon untuk gunakan gambar tuan dalam penyediaan bahan PDPC sejarah tahun 6 dalam tajuk Malaysia-PBB
ReplyDeleteSilakan...boleh saja...
ReplyDeleteAssalamualaikum..bapa saya salah seorang yg pergi kesana...masa tu prebet...naik kapal..singgah belgium..alhamdulillah skrg masih d kurniakan kesihatan yg baik d umur 86 tahun ni...
ReplyDeleteSebaya ayah sye...sama penceritaannye..singgah d belgium...
DeleteBapa sye 6 RAMD...Alhamdulillah masih sihat umur 87 tahun skrg...
ReplyDelete