ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 8 December 2007

2007 - CHIANG MAI , THAILAND

LAWATAN SETAF THE INSTITUTION OF ENGINEERS, MALAYSIA KE CHIANG MAI DECEMBER 2007
KUALA LUMPUR TO CHIANG MAI

Chiang Mai (kadang-kadang dieja ChiengMai) dalam bahasa Thai bermaksud "Kota Baru" terletak bersempadan dengan Myanmar (Burma) adalah merupakan bandaraya kedua terbesar di Thailand. 
Sejarah Chiang Mai dikatakan bermula pada tahun 1296 dan didirikan oleh Raja Mengrai sebagai ibu kota Kerajaan Lannathai. 

Pada Disember tahn 2007 saya bersama setaf The Institution of Engineers, Malaysia telah berpeluang melawat ke Chiang Mai yang terletak di Utara Thailand. 

ELEPHANT SAFARI & BAMBOO RAFTING
Di sini kami berkesempatan untuk melawat Elephant Safari dan juga yang paling menyeronokkan dapat menaik gajah dan juga berakit di sebuah sungai yang saya tidak ingat nama sungai itu. 










Dalam perjalanan dari Chiang Mai ke Chiang Rai



GOLDEN TRIANGLE, CHIANG RAI - SEMPADAN 3 NEGARA IAITU THAILAND, LAOS DAN MYANMAR
Chiang Rai adalah sebuah bandar yang terletak di Utara Thailand merupakan sebuah kawasan pergunungan dan bersempadan dengan Laos dan Myanmar, dalam bentuk 3 segi. Kerana itulah tempat ini digelar Golden Triangle. 
Golden Triangle ini dulunya adalah merupakan kawasan pengeluar utama Candu di Asia sejak 1950, berkeluasan 950,000 meter persegi. 










Sungai Mekong adalah merupakan sungai ke 12 terpanjang di dunia. Panjangnya adalah 4880 km mengalir dari Dataran Tibet di utara melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.
Sungai Mekong berasal dari bahasa etnik Thai iaitu Mae Nam Khong. Mae Khong bererti Sungai Khong. 
Teringat masa sekolah dulu subjek Ilmu Alam kami ada belajar mengenai Sungai Mekong di Chiang Rai dan Sungai Chao Phraya di Bangkok, tak sangka pula yang saya akan menyusuri sungai ini suatu hati nanti. Alhamdullillah suatu pengalaman yang menyeronokkan. 

Sungai Mekong panjangnya 4880 km melalui 5 Negara

Kami menyusuri Sungai Mekong ini merentasi Sempadan Thailand dengan Laos dan Myanmar (Golden Triangle). Kami berpeluang juga singgah di Don Sao yang terletak di daerah Laos, sempadan dengan Thailand dan melalui Sungai di Mekong di Myanmar. 
Tiada visa diperlukan untuk memasuki DonSao di Laos ini.  Disini terdapat banyak kedai-kedai menjual cenderamata dan pakaian. Dapat masuk ke DonSao ini pun bermakna kami sudah sampai juga ke Laos, cuma kita tidak dibenarkan untuk masuk ke lebih dalam lagi selain dari DonSao.








Disini ada jual roti canai dicampur dengan susu..... okay juga rasanya





"The Northern Most of Thailand" terletak di pekan Mae Sai di Utara Chiang Rai di Thailand. Ianya adalah sebuah pekan yang bersempadan dengan Myanmar (dulu dikenali dengan Burma). 


Chiang Mai Airport, 60 Mahidol Rd, Tambon Su Thep, Amphoe Mueang Chiang Mai,
Chang Wat Chiang Mai 50200, Thailand

Demikianlah berakhirnya kembara kami di bumi Thailand. Semoga dimurahkan rezeki dan in sya Allah jika ada rezeki kami akan berkelana lagi menimba pengalaman ilmu dan pengalaman di negeri orang. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL

Update: 
31 July 2023 > 13 Muharram 1445H: 4.06 pm

No comments:

Post a Comment