ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 24 May 2025

10 Kekejaman Tentera Jepun Ketika WWII.

Oleh:  Nizam Ali
KISAH & SEJARAH : 24 MAY 2025

Seperti rejim Nazi Jerman, tentera diraja Jepun (Imperial Japan) turut melakukan banyak jenayah perang ke atas orang tempatan semasa Perang Dunia Kedua (WWII). Dan seperti Tribunal Jenayah Perang Nuremberg, tribunal sama di Tokyo membicarakan ramai tokoh dan jeneral terlibat termasuk bekas Perdana Menteri, Hideki Tojo.
Kebanyakan mereka didapati bersalah atas tuduhan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan dan menerima hukuman setimpal iaitu hukuman mati. Walau bagaimanapun, terima kasih kepada penyebaran mitos jenayah perang Jepun tidaklah seteruk rejim Nazi oleh pihak Amerika Syarikat dan keengganan kelompok konservatif mengakui kesilapan rejim terdahulu, masih ramai enggan menerimanya dan menganggap ia satu penipuan.
Namun tiada siapa boleh menafikannya menerusi pendedahan beberapa jenayah kejam mereka semasa WWII.
✅️
1. PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI PARIT SULONG.
Bagi pembaca saya pasti anda sudah maklum berkenaan kisah ini kerana ia pernah disiarkan dalam banyak laman sesawang . Secara ringkas, pada Januari 1942, semasa Pertempuran Muar berkecamuk, ahli-ahli Divisyen Kelapan Australia dan Briged Infantri India Ke-45 semakin berkurangan dan terpaksa berundur. Namun, tatkala mereka tiba di jambatan Parit Sulong, mereka dikepung oleh tentera Jepun di mana mereka mempunyai kekuatan dari segi bilangan tentera dan bekalan. Selepas kedua-dua pihak bertempur sengit selama dua hari, Divisyen Kelapan dan Briged Infantri Ke-45 kehabisan bekalan makanan dan peluru.
Anggota yang terselamat melarikan diri dan berkumpul semula di kawasan yang masih dikawal pihak Bersekutu. Sementara 150 tentera Australia dan India yang cedera tiada pilihan melainkan menyerah diri dan mengharap belas pihak musuh. Berdasarkan rekod, 300 tentera Bersekutu ditawan di situ. Banyak laporan timbul berkenaan layanan kejam tentera Jepun terhadap tawanan mereka. Ada tawanan dipukul dengan buntut senapang dan dicucuh dengan puntung rokok.
Dari situ mereka diikat dengan dawai, diletakkan atas jambatan dan salah seorang daripada tawanan ini dibunuh untuk dijadikan sebagai pemberat untuk melemaskan rakan-rakan tawanan. Punca jenayah kejam ini berlaku berikutan tindakan pihak Bersekutu menyerang hendap kedudukan mereka di Jambatan Gemencheh, Negeri Sembilan yang mengorbankan ramai askar negara Matahari Terbit itu.
Jika pihak Jepun menyangka tiada saksi pada jenayah sadis ini, mereka silap. Dua bekas tentera Australia, Russell Braddon dan Leftenan Ben Hackney terselamat dan memberi keterangan berkenaan jenayah tersebut di mahkamah tentera Australia. Berikutan itu, bekas Komander Pengawal Diraja, Leftenan Jeneral Takuma Nishimura dipindahkan dari penjara Singapura ke Australia untuk dibicarakan atas jenayah tersebut. Nishimura yang didapati bersalah oleh pihak Britain berikutan penglibatannya dalam pembunuhan beramai-ramai Sook Ching, didapati bersalah atas kesalahan sama berkenaan jenayah di Parit Sulong dan dihukum gantung pada 11 Jun 1951.
✅️
2. INSIDEN SHINYO MARU
Pada 7 September 1944, sebuah kapal tentera Jepun bernama SS Shinyo Maru ditenggelamkan oleh kapal selam Amerika Syarikat, USS Paddle. Satu fakta yang diketahui krew kapal selam ini ialah ketika mereka melepaskan torpedo ke atas Shinyo Shinyo Maru dan kapal-kapal pengiringnya, kapal itu membawa 750 tawanan perang ke Manila. Kehidupan di kapal-kapal seperti Shinyo Maru boleh disifatkan seperti neraka kerana keadaannya yang kotor dan layanan kejam anak kapal terhadap tawanan- tawanan perang.
Pada tarikh tersebut, apabila USS Paddle melepaskan empat torpedo tepat ke arah Shinyo Maru, kapal tersebut mula tenggelam. Anak-anak kapal yang panik diarah oleh komander yang membawa tawanan ini untuk membunuh kesemua tawanan tersebut. Sebahagian berjaya melepaskan diri dan terujun ke dalam laut tetapi mereka ditembak oleh pesawat- pesawat penyelamat Jepun yang datang menyelamatkan anak-anak kapal Jepun. Daripada 750 tawanan perang, 668 daripadanya dihukum bunuh sementara 82 berjaya melepaskan diri.
✅️
3. KEM TAWANAN PERANG SANDAKAN.
Sandakan Death March merujuk kepada siri perarakan tentera yang dipaksa berjalan yang berlaku pada tahun 1945. Dan seperti di Jerman, tawanan-tawanan ini akan dipaksa berjalan sehingga mati. Bezanya, di Jerman, ini membabitkan tawanan-tawanan perang dan mangsa kekejaman rejim Nazi seperti orang Yahudi dan orang Gipsi. Di Sandakan pula, ini membabitkan tawanan- tawanan perang Australia dan Great Britain.
Pada awalnya, tawanan-tawanan ini dipaksa membina landasan kapal terbang bersebelahan kem. Mereka akan dipukul dan tidak diberi makanan dan rawatan perubatan. Kemudian apabila perang tidak lagi memihak kepada Jepun, perarakan ini ialah satu bentuk penyeksaan di mana motif pihak Jepun ialah menyeksa, melemahkan moral mereka dan akhir sekali, membunuh tawanan-tawanan ini. Berdasarkan statistik, 2,345 tawanan perang mati akibat keletihan, kelaparan dan kehausan. Mana-mana tawanan yang tertinggal akan dihukum bunuh atau dibiarkan mati.
Hanya enam tawanan berjaya melepaskan diri dari penyeksaan ini dan empat daripada mereka memberi keterangan kepada tribunal jenayah perang di Tokyo dan Rabaul. Komander asal kem, Kapten Hoshijima Susumi bersama penggantinya, Kapten Takakuwa Takuo dan timbalannya, Kapten Watanabe Genzo didapati bersalah dan digantung atau ditembak sampai mati pada 16 Mac dan 6 April 1946.
✅️
4. PEMBERONTAKAN JESSELTON.
Pada tahun 1943, penduduk tempatan di Jesselton (Kota Kinabalu), Sabah melancarkan pemberontakan ke atas tentera Jepun. Pemberontakan ini diketuai pasukan gerila yang dianggotai masyarakat Suluk dan Cina. Pihak pemberontak hanya bersenjatakan lembing dan parang serta kekurangan senjata api. Tetapi ini tidak menghalang mereka bangkit menentang tirai negara Matahari Terbit.
Pihak Jepun mudah mematahkan pemberontakan ini dan sebagai tindak balas, mereka melancarkan pembunuhan beramai-ramai ke atas masyarakat Suluk. Kempen ini digerakkan oleh versi Gestapo Jepun, Kempeitai di mana mereka membunuh ramai orang Suluk dan memburu saki-baki gerila Cina. Mereka memenggal dan menikam ramai orang Suluk dengan bayonet sehingga mengakibatkan populasi orang Suluk jatuh mendadak. Dalam peristiwa tersebut, 3,000- 4,000 orang mati dibunuh. Peristiwa ini dilihat ulangan Operasi Reinhard yang dilancarkan di Czechoslovakia oleh pihak Nazi Jerman ke atas penduduk tempatan sebagai tindak balas kepada pembunuhan orang nombor dua dalam Schutzstaffen (SS), Reinhard Heydrich.
Selepas perang, tribunal jenayah perang Tokyo menyifatkan peristiwa ini sebagai satu cubaan penghapusan etnik secara sistematik ke atas orang Suluk antara Februari hingga Jun 1944.
✅️
5. KAWAD MAUT BATAAN
Sama seperti Sandakan, tawanan-tawanan perang yang ditahan turut mengalami nasib yang sama pada tahun 1942. 20,000 tentera Filipina dan 1,600 tentera Amerika dipaksa berkawad dari Mariveles ke Kem O'Donell di bandar Capas. Mereka dipaksa berjalan dalam keadaan cuaca buruk dengan kurang makanan dan minuman.
Ada juga yang disumbat masuk ke dalam keretapi di mana mereka terpaksa bersempit-sempit dengan suhu panas melampau. Akibatnya, ramai mati akibat kelaparan, kehausan, penyakit disentri, keletihan dan kepanasan. Jika ada yang terselamat, mereka akan ditikam dengan bayonet atau menjadi bahan latihan katana mereka. Mana yang tertinggal akan digilis dengan lori dan krew pembersih akan membunuh mana-mana tawanan yang terlalu lemah untuk berjalan.
✅️
6. PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SOOK CHING
Dendam tentera Jepun terhadap bangsa Cina bukanlah satu rahsia semasa WWII. Ini kerana di tanah besar China, mereka memberi tentangan sengit sehingga mengorbankan ramai tentera mereka. Maka tidak hairanlah selepas Singapura jatuh ke tangan Jepun, mereka melancarkan operasi pembersihan antara 18 Februari hingga 4 Mac 1942. Dalam operasi tersebut, lelaki Cina berumur antara 18-50 tahun akan dikumpulkan dan diperiksa di Pusat Pemeriksaan Sook Ching.
Mana-mana individu yang disyaki berdasarkan umur, pekerjaan, pendidikan, pemilikan harta atau penampilan fizikal akan ditahan. Mana yang terselamat akan dilabel 'sudah diperiksa' pada wajah, lengan atau baju mereka. Bagi yang ditahan ini, mereka akan dipaksa menaiki lori dan dibawa ke tempat hukuman. Antara tapak pembunuhan lain selain Sook Ching ialah Pulau Blakang Mati (Pulau Sentosa), Jalan Changi (Changi Road), Pantai Tanah Merah (Tanah Merah Beach), Pantai Changi (Changi Beach) dan Pantai Punggol (Punggol Beach).
Bilangan yang mati dibunuh masih lagi dipertikaikan. Pihak Jepun mendakwa hanya 5,000 orang dibunuh namun berdasarkan anggaran, 40,000 hingga 100,000 individu dibunuh. Kempen ini digerakkan oleh Kempeitai dengan bantuan tali barut yang memberi maklumat palsu demi meraih keuntungan diri sendiri.
✅️
7. PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI CHANGJIAO
Seperti Nanking, Changjiao turut menjadi saksi kepada kekejaman tentera Jepun ke atas penduduk awam China. Ini berlaku pada 9-12 Mac 1943 di mana Jepun melaksanakan Dasar Tiga iaitu bunuh semua, jarah semua dan rogol semua. Peristiwa ini menyaksikan 30,000 orang mati dibunuh dengan pihak Jepun melaksanakan kempen rogol secara berleluasa membabitkan ribuan wanita. Kempen ini diketuai Shunroku Hata di mana pada ketika itu beliau merupakan ketua Pasukan Ekspedisi China.
Uno Shintaro, seorang pegawai Kempeitai yang terlibat dalam peristiwa ini menceritakan dia telah memenggal lebih 40 orang dan secara peribadi merasakan ia satu perkara yang memberi kepuasan kepadanya. Jika dia tidak memenggal kepala orang lebih dari dua minggu, dia merasakan dirinya agak lesu dan tidak bermaya.
Pada akhir perang, Hata ditahan tentera Amerika Syarikat dan dibicarakan atas jenayah perang dan kegagalan menghalang jenayah pembunuhan beramai-ramai dari berlaku. Beliau dihukum penjara seumur hidup oleh Tribunal Jenayah Perang Timur Jauh tetapi dibebaskan pada 1954. Hata meneruskan kehidupan sebagai pengerusi yayasan kebajikan bekas tentera pada 1958 dan mati pada 1962.
✅️
8. PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI MANILA
Bukanlah rahsia Pertempuran Manila merupakan pertempuran paling berdarah dalam WWII dan meletakkannya sebaris dengan Guadalcanal dan Pertempuran Bulge. Namun tahukah anda, tatkala pertempuran di ibu negara Filipina ini berkecamuk, komander tentera di sana, Jeneral Tomoyuki Yamashita yang digelar Harimau Malaya mengarahkan tentera membunuh, merogol dan menyeksa orang awam. Tindakan ini diambil berikutan mahu melepaskan geram selepas gagal mengekang asakan tentera Bersekutu yang semakin hampir menguasai bandar tersebut.
Pembunuhan beramai-ramai, penyeksaan dan rogol beramai-ramai berlaku di gereja- gereja, sekolah-sekolah dan hospital- hospital. Dan pada satu ketika, sebuah hotel diambil alih dan dijadikan sebagai pusat rogol bagi tentera Jepun melampiaskan nafsu mereka. Wanita- wanita yang tidak berdosa ini, ada di antaranya berumur 12-14 tahun dibawa ke hotel tersebut dan menjadi mangsa kegelojohan tentera-tentera ini. Berdasarkan statistik, 100,000 orang awam terbunuh dan Manila jadi padang jarak, padang tekukur.
Selepas perang, Yamashita menyerah diri kepada pihak Bersekutu dan dibicarakan atas jenayah perang dan jenayah kemanusiaan. Selepas beberapa ketika, Yamashita didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati di penjara Laguna, Los Banos, 48 kilometer dari bandaraya Manila. Beliau digantung pada 23 Februari 1946.
✅️
9. LANDASAN KERETAPI MAUT THAILAND- BURMA
Buruh paksa bukanlah sesuatu yang asing di Jerman dan ini turut dimanfaatkan oleh sekutunya, Jepun. Jepun sedar sekiranya mereka mahu meneruskan kemaraan ke India dan merealisasikan Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya jadi kenyataan, mereka perlu memikirkan cara untuk membawa tentera mereka dan Tentera Kebangsaan India ke sana. Maka timbullah idea pembinaan landasan keretapi Thailand-Burma.
Apabila projek tersebut dilaksanakan antara 1943-1944, 80,000 hingga 100,000 populasi Tanah Melayu dan 13,000 tawanan perang Bersekutu dari Britain, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat terbunuh. Buruh-buruh ini diperlakukan dengan kasar di mana mereka dicabul, tidak diberi makan, tidak diberi rawatan perubatan dan dihukum bunuh dengan kejam. Peristiwa ini direkodkan dalam buku Pierre Boulle pada 1952 dan diadaptasi menjadi filem 'The Bridge on the River Kwai'. Namun filem tersebut mengundang kontroversi kerana gagal memaparkan keadaan sebenar kem tahanan sekaligus tidak memaparkan penderitaan yang dialami mangsa dan mereka yang terselamat dalam peristiwa tersebut.
Taktik sama turut digunakan pihak Jepun semasa membina Landasan Keretapi Sumatera dari Pekanbaru ke Muaro.
Selepas perang dan sehingga ke hari ini, tiada sebarang bentuk pampasan diberi kepada tawanan-tawanan perang dan buruh-buruh paksa yang terlibat. Sementara bagi pihak Jepun pula, antara kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan tribunal jenayah perang ialah pembinaan landasan keretapi maut ini. Antara individu terlibat yang dihukum ialah Leftenan Hiroshi Abe yang memantau pembinaan di Sonkrai yang menyaksikan 3,000 tawanan perang mati. Abe dihukum mati tetapi dikurangkan kepada penjara 15 tahun.
✅️
10. KEMPEN ZHENJIANG-JIANXI
Sebagai tindak balas kepada pengeboman Pearl Harbor, pihak tentera Amerika membenarkan Operasi Doolitle yang dirancang oleh Leftenan Kolonel James 'Jimmy' Doolitle. Pada 18 April 1942, serangan Doolitle bermula di mana kapal terbang pengebom B25 mengebom Tokyo, Nagoya dan Yokohama. Selepas misi tersebut selesai, pesawat-pesawat ini seharus mendarat di landasan-landasan yang masih dikawal oleh pihak China. Namun, ada satu masalah, kebanyakan pangkalan ini ditawan dan dimusnahkan oleh pihak Jepun.
Ini memaksa pesawat-pesawat ini yang kehabisan minyak mendarat di Zhenjiang dan Jianxi. Di situ, mereka disembunyikan oleh orang tempatan. Tentera Jepun yang sedar akan operasi ini segera menggerakkan 40 batalion infantri dan 15- 16 batalion artileri pada 15 Mei 1942. Kumpulan ini segera mencari juruterbang- juruterbang ini dan berjaya menahan lapan orang. Lapan orang juruterbang dibunuh di tempat mereka ditahan atas dakwaan jenayah kemanusiaan. 58 juruterbang lagi berjaya mengelak dari dikesan tetapi itu tidak menghalang pihak Jepun membunuh, merogol dan menjarah kampung-kampung sebagai tindak balas terhadap penduduk tempatan.
Berdasarkan statistik, kumpulan yang diketuai Hata, orang sama bertanggungjawab di sebalik pembunuhan beramai-ramai Changjiao membunuh 250,000 orang. Mereka juga turut menggunakan kesempatan ini menyebarkan senjata biologi terhadap penduduk tempatan seperti patogen kolera, tifoid dan disentri. Namun, Jepun turut membayar harga mahal akibat tindakan ini di mana mereka kehilangan 1,700 orang.
SUMBER
1. Zakaria, Badrul Kamal. (2016). Berita Harian. Parit Sulong Massacre episod hitam buat penduduk.
2. AsiaOne. (2017). Straits Times. What
happened during the horrific Sook Ching Massacre in S'pore that left more than
40,000 people dead.
http://stomp.straitstimes.com/singapore/wh at-happened-during-the-horrific-sook-ching- massacre-in-spore-that-left-more-than- 40000
3. Budanovic, Nikola. (2017). War History
Online. Some of the Worst Japanese
Massacres of WW2.
Kredit the patriot
#Lovers Of the World Military & Defence

Copy and paste:
24/5/2025: 11.20 p.m

 


Friday, 23 May 2025

Paradoks demokrasi & nepotisme?

Oleh : Firdaus Wong Wai Hung
23 May 2025

Nepotisme berasal daripada perkataan Latin “nepos” yang bermaksud “anak saudara” atau “keturunan.” Dalam konteks moden, nepotisme merujuk kepada amalan memberi keutamaan, peluang kerja, jawatan atau projek kepada ahli keluarga atau kenalan rapat, biasanya tanpa mengambil kira kelayakan, kebolehan atau merit individu tersebut.
Adakah nepotisme itu sesuatu yang buruk secara mutlak?
Jawapannya adalah, bergantung kepada situasi. Kenapa bergantung? Mari saya kongsikan.
Andai seorang pemilik syarikat melantik ahli keluarganya sendiri walaupun ada orang yang lebih layak, ya benar itu nepotisme tetapi itu adalah syarikat miliknya, maka terpulanglah kepada dia siapa yang mahu dilantiknya.
Contoh dalam Genting Group. Tan Sri Lim Goh Tong melantik anaknya sendiri iaitu Tan Sri Lim Kok Thay sebagai Pengerusi & CEO Genting Group pada 2003 apabila Tan Sri Lim Goh Tong bersara.
Namun itu hanya merujuk kepada situasi di mana organisai atau syarikat itu dimiliki seseorang. Nepotisme yang negatif pula adalah apabila seorang pemimpin masyarakat yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi melantik atau memberikan projek kepada ahli keluarganya sendiri tanpa melalui proses tender terbuka atau temuduga terbuka.
Itu adalah nepotisme yang negatif kerana seorang pemimpin telah menyalahgunakan kedudukan dan kuasa yang ada padanya untuk memberikan projek atau lantikan kepada ahli keluarganya.
Apa pula maksud demokrasi?
Demokrasi berasal daripada perkataan Yunani iaitu Demos (rakyat) & Kratos (kuasa/pemerintahan). Maka demokrasi bermaksud: pemerintahan oleh rakyat.
Demokrasi adalah sistem pemerintahan di mana rakyat berkuasa memilih pemimpin atau wakil mereka melalui pilihan raya, dan keputusan dibuat berdasarkan suara majoriti.
KELEMAHAN KRITIKAL DEMOKRASI:
1. Pemimpin popular ≠ Pemimpin berkualiti
• Sistem undi majoriti cenderung memihak kepada siapa yang pandai berkempen, bukan siapa yang paling layak.
2. Manipulasi persepsi
• Rakyat boleh dimanipulasi melalui media, propaganda, atau emosi — bukan fakta atau kelayakan.
3. Wakil rakyat ≠ wakil kebenaran
• Majoriti tidak semestinya betul. Sejarah banyak kali menunjukkan majoriti menyokong penindasan, perang, atau dasar salah.
4. Politik wang dan pengaruh
• Demokrasi sering jadi mainan mereka yang ada dana dan pengaruh, bukan idea atau integriti.
Persoalan yang harus semua fikirkan adalah,
“Kalau rakyat pilih yang tak layak hanya kerana populariti, adakah demokrasi masih adil?"
Apabila kita melihat definisi nepotisme & demokrasi, maka di situ wujudnya konflik antara PERSEPSI dan PRINSIP. Kenapa begitu?
Ini kerana di dalam PRINSIP demokrasi, sesiapa sahaja boleh bertanding — termasuk anak, adik, atau menantu seorang pemimpin — asalkan mendapat mandat rakyat.
Tetapi dalam PERSEPSI umum, apabila seseorang itu ada hubungan keluarga dengan pemimpin, dia dituduh mengamalkan nepotisme, walaupun dia dipilih melalui proses demokrasi.
Apa Yang Menjadikan Ini Paradoks?
1. Demokrasi itu bebas memilih, tetapi dalam praktik, rakyat juga menghukum calon kerana siapa keluarganya — bukan apa kebolehannya.
2. Kita laungkan bahawa rakyat adalah penentu, tetapi pada masa sama kita kata “tak sesuai sebab anak PM” — walaupun rakyat yang pilih.
3. Demokrasi tidak larang ahli keluarga pemimpin bertanding, tetapi kita gunakan persepsi nepotisme untuk membataskan hak demokrasi seseorang.
Bezakan antara ‘peluang’ dan ‘perlantikan’. Jika seseorang dipilih melalui undi, bukan dilantik terus oleh keluarga, itu bukan nepotisme — itu demokrasi.
Sekadar perkongsian buah idea yang terbit di minda. Saya tidak memaksa sesiapa untuk menerimanya tetapi saya sangat mengalu-alukan percambahan idea dari sahabat-sahabat semua.
Elakkan label-melabel atau ejek mengejek kerana yang mahu dilihat adalah kita berdiskusi dan bertukar-tukar idea secara matang.
Dah lama saya nak tulis tetapi kesibukan jadual menyebabkan saya hanya boleh menulis dengan panjang lebar di rumah pada malam Jumaat ini.
*Antara yang mencetus untuk saya terfikir untuk menulis tentang nepotisme dan demokrasi adalah pemilihan PKR. Saya bukan ahli PKR apatahlagi kem A atau kem B. Cuma ingin mengajak sahabat semua berfikir dan bertukar idea.
Firdaus Wong
22/5/2025
10.29 malam

Copy and paste:
23 May 2025: 2.21 p.m

PEMBUNUHAN PEGAWAI-PEGAWAI ASKAR MELAYU DI UPPER EAST COAST ROAD

SUMBER : KISAH DAN SEJARAH    

Pada 28 Februari 1942, sekitar jam 10 pagi, 90 tahanan perang tempatan, termasuk tujuh pegawai askar Melayu, dua pegawai Chinese Volunteer Force dan 25 anggota Chinese Company Of The Malacca Volunteer Corps, diarahkan untuk berkumpul di hadapan sebuah rumah di Farrer Park.
Walaupun pihak Jepun tidak memberi petunjuk tentang nasib yang menanti mereka, hanya seorang sahaja yang terselamat. Selebihnya ditembak mati dengan kejam di dalam parit cetek di sebuah bukit di Upper East Coast Road.
Pegawai-pegawai askar Melayu yang terkorban itu ialah Dato’ Naning Leftenan Othman bin Kering (dari Malacca Volunteer Corps), Kapten Raja Aman Shah bin Raja Harun Al-Rashid (kerabat Diraja Perak dan Timbalan Komander dari Batalion Negeri Sembilan - Federated Malay States Volunteer Force), Leftenan Arifin bin Sulaiman, Leftenan Abdul Wahid bin Mat Kidam, Leftenan Ibrahim bin Sidek, Leftenan Muda Ahmad bin Noordin dan Leftenan Muda Mohamed Isa bin Mahmud dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu.
Leftenan Othman adalah Dato’ Naning ke-16 di Melaka. Beliau dilantik sebagai Dato’ Naning pada tahun 1935 dalam usia 23 tahun. Selain menyertai Malacca Volunteer Corps, beliau juga menubuhkan Malay Machine-Gun Platoon.
Pegawai-pegawai itu pada awalnya dibenarkan berkumpul bersama semua anggota tentera tempatan lain selepas British menyerah kalah pada 15 Februari 1942, dan mereka tinggal bersama di Geylang.
Seminggu kemudian, pihak Jepun mengeluarkan perintah yang mengarahkan mereka yang pernah berkhidmat dalam Federation Armed Forces untuk melapor diri di pusat-pusat tertentu.
Leftenan Othman, Kapten Raja Aman Shah, Leftenan Arifin dan Leftenan Abdul Wahid adalah antara mereka yang tetap memakai seragam telah melaporkan diri kepada pihak Jepun.
Pegawai-pegawai dan askar-askar yang mematuhi perintah itu dibawa kembali ke Farrer Park, dan ditahan di sebuah rumah. Mereka juga dipaksa keluar bekerja setiap hari seperti tahanan perang yang lain.
Setiap hari, seorang pegawai Jepun akan datang untuk menyoal siasat para pegawai Melayu itu. Pada satu ketika, Captain Mohan Singh, dari India National Army (INA) telah menemani pegawai Jepun itu dan cuba memujuk para pegawai Melayu untuk menyertai INA, tetapi gagal.
Pada pagi 28 Februari 1942, dua pegawai Jepun datang ke rumah tersebut. Salah seorang daripada mereka fasih berbahasa Inggeris. Mereka ditemani oleh seorang lelaki Melayu yang memakai seragam khas dengan jalur bertulis huruf ‘F’ di lengan kirinya dan dikenali sebagai Ibrahim bin Yaacob. Beliau pernah dipenjarakan oleh pihak British kerana kegiatannya dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM), sebuah organisasi politik Melayu yang dipimpinnya.
Pegawai Jepun yang fasih berbahasa Inggeris itu ingin membebaskan empat pegawai Melayu pada pagi itu, tetapi ditentang keras oleh Ibrahim yang berhujah bahawa mereka pro-British dan anti-Jepun serta akan memberi pengaruh berbahaya jika dibebaskan.
Para pegawai Melayu itu kemudiannya diperintahkan untuk berarak dari Farrer Park ke Tanjong Katong.
Di Tanjong Katong, mereka ditinggalkan di bawah kawalan di sebuah padang tanpa makanan atau minuman sehingga senja.
Sebelum malam tiba, mereka dipindahkan ke dalam kawasan berpagar di sebuah rumah besar, dimana sekumpulan askar Jepun bersenjatakan Machine-Gun sedang menunggu.
Askar-askar Jepun itu mengumpulkan kesemua barang peribadi milik setiap pegawai Melayu itu serta lencana unit dan lencana pangkat mereka. Setiap tangan mereka diikat ke belakang dan dengan kasar dipaksa memanjat ke salah satu daripada tiga lori askar yang berada berhampiran pintu pagar.
Lori-lori itu dipandu menyusuri Upper East Coast Road dalam kegelapan. Mereka berhenti di tepi pantai berhampiran Bedok, berdekatan dengan sebuah bukit yang rendah.
Selepas turun dari lori, para tahanan dibahagikan kepada tiga kumpulan, setiap satu terdiri daripada 30 orang.
Empat pegawai Melayu itu serta tahanan-tahanan Melayu lain dimasukkan dalam kumpulan kedua.
Mereka diarak ke sisi bukit tersebut. Kumpulan kedua dan ketiga kemudian diarahkan berhenti sementara kumpulan pertama bergerak ke dalam kegelapan menuju puncak bukit.
Selepas seketika, dua tembakan Rifle kedengaran. Kemudian askar-askar Jepun itu memanggil kumpulan kedua.
Tidak jauh, beberapa parit telah digali. Parit-parit tersebut enam kaki dalam. Salah satu daripadanya sudah dipenuhi dengan mayat-mayat kumpulan pertama.
Kumpulan kedua kemudiannya dipaksa masuk ke dalam parit lain berdekatan yang dikelilingi oleh sekumpulan askar-askar Jepun yang bersenjatakan Rifle. Mereka pun melepaskan tembakan pada jarak dekat. Setelah memastikan tiada yang terselamat, mereka melemparkan papan ke dalam parit untuk menutupi mayat-mayat tersebut, lalu kembali untuk mengambil kumpulan ketiga.
Tiada sebarang usaha dilakukan untuk mengebumikan mangsa-mangsa pembunuhan beramai-ramai itu.
Pada tahun 1946, nama Dato’ Naning Leftenan Othman bin Kering, Kapten Raja Aman Shah bin Raja Harun Al-Rashid, Leftenan Arifin bin Sulaiman dan Leftenan Abdul Wahid bin Mat Kidam diabadikan pada tugu peringatan Kranji War Memorial dan St Andrew’s Cathedral Malayan Civil Service Memorial Plaque.
***
Foto ihsan:-
Singapore Press Holdings (SPH)
Sumber Kredit Jejak Warisan Singapura
#Lovers Of the World Military & Defence

Copy and paste: 23 May 2025: 10.39 a.m

Thursday, 22 May 2025

HACKSAW RIDGE


SOURCE: WAR HISTORY ONLINE

On this day, 80 years ago, in May 1945, Private First Class Desmond T. Doss, 26 years old, was serving as a combat medic with Company B, 1st Battalion, 307th Infantry Regiment, 77th Infantry Division during the Battle of Okinawa. His unit was assigned to take the Maeda Escarpment, a steep, jagged cliff the Americans called “Hacksaw Ridge.”
The Japanese had turned the top of that ridge into a fortress. It was honeycombed with caves, tunnels, and concealed firing positions. On April 29, Doss and his company scaled the cargo nets up the cliff and pushed inland. Almost immediately, they encountered fierce resistance. Mortar shells, grenades, and machine gun fire rained down on them from concealed positions. The Americans launched several assaults over the following days, taking ground and then being pushed back again and again. The fighting was constant and brutal.
On May 5, his battalion launched another assault. They gained a foothold but by nightfall the unit was devastated by a Japanese counterattack. Dozens of men were wounded and left stranded on the top of the escarpment. The rest of the battalion was forced to withdraw, climbing back down the cliff to regroup. Desmond Doss refused to leave.
Alone on top of the ridge, with enemy soldiers still nearby, Doss spent the entire night crawling from one wounded man to another. Each time he found someone alive, he dragged or carried them to the edge of the escarpment. There, using a rope and a makeshift sling knot he had learned as a boy, he lowered them one by one to safety. He exposed himself to enemy fire over and over again. He was unarmed. He carried no weapon. The Japanese could see him moving but didn’t realize he was a medic until it was too late. In some cases, he treated enemy soldiers as well.
Throughout the night, he kept working. He prayed each time before going back out: “Lord, please help me get one more.” By the time the sun came up, he had lowered an estimated 75 wounded men off the escarpment. Some said it was closer to 100. Doss himself later said he believed it was 50. His commanding officers split the difference. The Army credited him with saving 75 men in one night, alone, under fire, without a weapon.
Over the next days, he remained on the line. On May 21, while moving through a shell hole, he was hit by a grenade blast. Shrapnel tore through his legs. He treated his own wounds and waited five hours before stretcher bearers could reach him. While being carried back to the rear, his unit came under sniper fire. Doss saw another man seriously wounded and rolled off his stretcher, insisting the other man be taken first. He then crawled 300 yards to the aid station. A few days later, he was hit again, this time by a sniper’s bullet that shattered his arm. He fashioned a splint out of a rifle stock and crawled back to safety.
For his actions at Hacksaw Ridge and in the days that followed, Desmond Doss received the Medal of Honor from President Harry S. Truman on October 12, 1945. He was the first conscientious objector in American history to receive the Medal of Honor. He also received two Bronze Stars for actions on Guam and Leyte, and three Purple Hearts.
After the war, Doss suffered from tuberculosis he contracted in the Pacific. He lost a lung and five ribs and spent years recovering. Despite long-term health problems, he lived quietly in Georgia with his wife and son until his death in 2006. He was buried in Chattanooga National Cemetery in Tennessee.
Desmond Doss refused to carry a weapon, but his actions saved more men than most who did. His courage under fire, his refusal to abandon the wounded, and his commitment to his principles made him one of the most remarkable soldiers of World War II.

Copy and paste:
22 May 2025: 10.46 a.m

Teori Konspirasi Dalam Membaca Jawi?

Oleh Srikandi

Ini mungkin salah satu perbincangan yang menarik tentang polemik ini. Walaupun majoriti profesor dan cendekiawan sejarah kita menolak pandangan Prof. Emiritus Dr. Ahmat Adam dalam isu polemik Hang Tuah, namun kritikan dan percubaan beliau perlu untuk kita menilai apakah metodologi beliau ini benar-benar lasak atau relevan untuk menyanggah sejarah, memori dan warisan Hang Tuah yang tersebar di merata Nusantara.
Atau hanya salah tanggapan, atau perbezaan cara melihat sesuatu atau bersifat 'teori konspirasi'?

Ahmat Adam: Masalahnya yg saya dapt ungkapkan berdasarkan penyelidikan saya terhadap Sulalatus Salatin & Hik. Hang Tuah ialah perkelanaan orang yg bergelar Hang Tuah (sic) mahu pun Hang Tuha adalah dongeng sahaja lantaran tiada bukti sahihnya. Bacalah tulisan2 saya sebelum ini. Kesan dpd salah baca ejaan ta/waw/ha/ telah menjadikan Laksamana Melaka berwatak mitos. Dengan budaya feudal yg tebal dlm pemikiran & tindak tanduk sosio politik orang Melayu mitos yg dicipta oleh perwatakan Hang Tuah (sic) (bukan laksamana yg sebenar).telah menimbulkan pembohongan dalam sejarah hidup berpolitik & upaya menjadikan kebenaran sbg aspek penting menulis sejarah. Pernahkah anda membaca Sej. Mel. & Hik. Hang Tuha secara teliti?. Salah baca ejaan nama gelar & kejahilan mengkaji budaya "name taboo" & sindrom percaya membuta tuli tulisan2 orang Barat tanpa semakan sendiri telah berabad2 merugikan orang Melayu dari segi pemahaman sejarahnya. Bahkan ramai yg mengaku sbg keturunan sanak keluarga Hang Tuah (bukan Laksamana)! Masalah inteligentsia Melayu ialah mereka kurang membaca & yg bergelar sarjana pun malas membuat penyelidikan. Justru yg demikian ramai yg dengan lahapnya percaya teks Sejarah Melayu itu adalah teks authentic sejarah dan bukan khusus teks sastra. Lebih parah lagi ialah ramai dpd kalangan yg kurang membaca ini percaya benar2 HHT itu adala 100 persen karya tulen sejarah! Pengalaman saya peribadi dlm perbahasan dgn kaum 'sarjana' yg jahil memahami prinsip & kaedah sejarah ialah mendengar klaim mereka bahawa "Jika Hang tidak wujud maka jati diri orang Melayu tidak wujud." Tidakkah ini menunjukkan betapa faktor salah baca ejaan /t/waw/ha/ itu telah menimbulkan keadaan simpang siur pemikiran mereka yg tak mengerti sejarah & malas menyelidiki bila mula munculnya kata 'tuah' & 'tua' ? Telah berkali2 saya nyatakan sumber lisan adalah sumber lemah dlm kaedah menulis sejarah orang Melayu. Banyak dpd mitos & dongeng orang Melayu adalah hasil dpd sumber lisan/tahyul/ & dongeng. Bahkan sumber sastra pun boleh mendatangkan penyelewengan dlm sejarah. Contohnya, nama2 Jebat, Kesturi, Lekir (Leker) & Lukewa (pastinya juga termasuk Tuah (sic)) pun adalah nama bagi watak mitos dlm sastra yg dijadikan "historical figures".
Saya fikir ini bukan masalah jika Hang Tuah tidak wujud maka jatidiri Melayu tidak wujud, sebab Kesultanan Melaka itu sendiri memang boleh dibuktikan wujud, terima kasih kepada rekod-rekod luar. Jadi klaim dari pihak itu seperti yang ceritakan oleh beliau bagi saya tidak relevan. Apa yang paling penting ialah, jika Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dicop dongeng maka adakah semua watak di dalamnya juga fiksyen dan dongeng? Raja-raja Melaka bagaimana? Atau hanya Hang Tuah saja? Jadi apakah kriteria yang dijadikan asas untuk memilih watak mana yang dongeng atau tidak?
Jadi ini merebak sampai persoalan adakah raja-raja Melaka dan kerajaannya juga dongeng? Jika tidak mengapa hanya laksamananya dilabelkan dongeng? Bendaharanya bagaimana, temenggungnya? Tun Perak sebagai contoh, juga negarawan dan tokoh besar dalam Sulalatus Salatin. Adakah watak ini juga mesti dilabelkan dongeng. Jika tidak perlu, mengapa?
Jadi perkara-perkara begini perlu diperjelaskan sebab Sulalatus Salatin itu berfungsi sebagai 'chronicle' kepada Kesultanan Melaka sebagaimana Negarakretagama kepada Majapahit atau Shahnameh kepada Parsi Sasanid. Negarakretagama dan Shahnameh sendiri berbentuk puisi dan bukannya majoriti naratif seperti Sulalatus Salatin malah bukan pun ikut standard historiografi moden maka apakah benchmark yang dipakai untuk melabel ini dongeng dan itu tidak?
Saya perhatikan ini ada dijawab oleh Dapunta Jawadvipa II.
Dapunta Jawadvipa II: "Kesan daripada salah baca" (sic) itu hanya falasi tuan. Nama Hang Tuah sudah dikenali berabad-abad lamanya dari generasi ke generasi manakala 'Hang Tuha' (sic) tiada satu pun bukti bertulis mahupun lisan yang mampu ditampilkan. Dakwaan perlukan pembuktian konkrit dan saksi nyata dari sudut sosial dan budaya. Kita tidak boleh mendakwa semudah bahawa kononnya masyarakat satu dunia tersilap baca, ini seolah-olah teori konspirasi. Jika watak Hang Tuah dongeng, maka watak Ken Arok dongeng, maka watak Guan Yu dongeng dan maka bab 'Kewibawaan Jawa' dalam buku tuan Batu Bersurat Terengganu juga satu absurd yang maha berat kerana merujuk kepada mitos Ken Arok malah sumber Pararaton/Negarakertagama yang juga bukan pun mengikut standard historiografi moden yang saintifik. Jadi adakah ada sikap double standard di sini?
Benar, ini hakikat yang sukar ditolak malah kelebihan bagi para profesor dan cendekiawan yang menyokong kewujudan Hang Tuah. Nama Hang Tuah sudah dikenali berabad-abad lamanya dari generasi ke generasi dan ia tidak perlu bergantung pun semata-mata bukti bertulis dalam Hikayat Hang Tuah atau Sulalatus Salatin.
Jadi jika Sulalatus Salatin itu dongeng maka majoriti historiografi tradisional yang lain akan tergelincir ke gaung mitos dan dongeng sebab 'ahistorical'. Jadi apa yang membuatkan yang ini dongeng yang itu tidak?
Sebab itu mendiang Dr. Liaw Yock Fang yang mengkaji manuskrip Undang-undang Melaka telah nampak hakikat sebenarnya isu ini dengan menyatakan:
"If we were to asses the Sejarah Melayu in terms of definition given by British historian, R. G. Collingwood, that history should be scientific, rational and self-relevatory, then the Sejarah Melayu is definetely is not an historical works. But how many historical works produced by the other nations of the world can fulfill this criteria? The answer is very few, if at all. Each nation has its own tradition of writing history (historiography)."
(Sejarah Melayu as an Historical Work)
~Srikandi
The History of Thy Beloved

Copy and paste:
22 May 2025: 12.01 a.m