ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 29 March 2024

ISLAM VS MELAYU BAB KEMATIAN

KREDIT: WARUNG CHAT

Kenapa patut diberi Al-fatihah ? Islam tak ajar bila dengar orang meninggal Al-fatihah . Islam ajar innanillah wainnailahirojiun .
Al-fatihah kepada orang mati tu ajaran melayu.
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
🍁
ISLAM VS MELAYU BAB KEMATIAN
🍁
📌
Mendengar berita kematian
-------------------------------
👉🏻
Melayu :
Alfatihah
👉🏻
Islam :
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun
📌
Tanam jenazah
-----------------------------
👉🏻
Melayu:
- Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
- Tabur bunga
- Tabur batu
👉🏻
Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.
📌
Kubur jenazah
---------------------------
👉🏻
Melayu:
- Kubur dihias bagai pengantin
- Kubur ada bangunan
- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
- Ada pakej upah baca Al Quran
- Batu nisan 2
- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
- Perlu beri wang kepada penggali kubur
- Perlu sediakan wang sekurang kurangnya RM 1000
👉🏻
Islam :
- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
- Kubur tiada bangunan
- Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
- Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
- Batu nisan 1
- Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah fardhu kifayah bagi umat islam.
📌
Kenduri Arwah
----------------------------
👉🏻
Melayu:
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.Ritual seperti ini adalah milik agama hindu.
👉🏻
Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )
Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita)
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.
📌
Talqin
-------------
👉🏻
Melayu:
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.
👉🏻
Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.
BERLAPANG DADA , RENUNGKANLAH...
MELAYU SEKADAR BANGSA
DAN ISLAM ITU AKIDAH KITA..
🌺
Jadikan pesan nabi saw dlm hadis
👇🏼
sbg panduan:-
"Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”
(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Copy and paste:
29 March 2024 > 18 Ramadan 1445H: 9.43 a.m

Tuesday, 26 March 2024

INFO : TERENGGANU DARUL IMAN

Oleh: Nizam Ali
PERISTIWA N' SEJARAH 

Terengganu Darul Iman (Jawi: ترڠݢانو دارالايمان) merupakan salah sebuah daripada empat belas negeri di Malaysia. Negeri ini terletak di timur laut Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu) dan bersempadankan Kelantan dan Pahang. Negeri ini mempunyai peratusan penduduk 3.7 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Dari segi peratusan keluasan tanah pula, Terengganu memiliki 3.93 peratus keluasan tanah daripada Malaysia dan 9.86 peratus daripada keluasan Semenanjung. Ibu negeri dan bandar diraja bagi Terengganu adalah Kuala Terengganu dengan jumlah penduduk seramai 363, 900 orang.
Terengganu dibahagikan kepada lapan daerah. Dari sudut mukabumi dan kepadatan penduduk, Terengganu dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu kawasan pantai, kawasan tengah dan pedalaman. Taburan penduduk pula lebih tertumpu kepada kawasan Lembangan Sungai Terengganu dan kawasan tengah dan selatan negeri.
PROFIL NEGERI TERENGGANU
1. Lagu Negeri Selamat Sultan
2. Cogan Kata (Rasmi) Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera
3. Cogan Kata (Tidak Rasmi) Allah Peliharakanlah Terengganu
4. Pemerintah Tertinggi Al-Wathitqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu
5. Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
6. Ibu Negeri Kuala Terengganu
7. Bandar Diraja Kuala Terengganu (Istana Syarqiyyah, Cendering)
8. Keluasan 1,295,757.6 Hektar
ETIMOLOGI / ASAL USUL NAMA
Terdapat beberapa kisah yang merujuk kepada penggunaan nama Terengganu iaitu:
1. Menurut kisah lisan yang didengari oleh Baginda Omar, pada zaman dahulu pemburu daripada Pahang memburu ke Hulu Terengganu dan tiba di Kuala Terengganu Mati. Setibanya mereka, mereka menemui taring di situ, ketika salah seorang daripada mereka bertanya taring apakah itu, mereka menjawab “taring anu” kerana tidak mengetahui jenis bintang yang memiliki taring berkenaan. Mereka kemudiannya berjaya memburu rusa dan kayu gaharu di kawasan berkenaan yang kemudiannya dinamakan sebagai Sungai Taring Anu. Akibat perubahan sebutan, perkataan ‘Taring Anu’ berubah menjadi Terengganu.
2. Menurut kisah daripada Dato’ Kamal Wangsa bin Mampak menceritakan bahawa satu taring besar ditemui di Pulau Duyong. Taring berkenaan lebih besar daripada taring binatang buas lain tetapi lebih kecil sedikit daripada gading gajah. Taring berkenaan dipersembahakan kepada Raja. Raja bertanyakan taring apakah itu tetapi mereka memberitahu bahawa taring berkenaan adalah ‘Taring Anu’ kena tidak mengetahuinya. Kuala sungai berkenaan seterusnya dinamakan sebagai Kuala Taring Anu sebelum berubah menjadi Kuala Terengganu.
3. Versi lain daripada Kelantan menceritakan penduduk Kelantan menyaksikan cahaya kilat sabung menyabung dan cahayanya terang sehingga ke Kuala Terengganu. Maka, mereka menamakannya sebagai Terang-nya-ganu atau Terang-ganu.
4. Versi berkaitan dengan Kelantan juga ada mengisahkan pedagang Kelantan datang ke Kuala Terengganu dan menyaksikan hujan renyai dengan cahaya terang di celahan awan. Apabila pedagang Kelantan bertanya, penduduk tempatan menyatakan bahawa kejadian berkenaan digelar sebagai ‘Ganu’. Apabila mereka pulang mereka memberitahu masyarakat mereka bahawa terang sekali ‘Ganu’ di negeri jiran. Istilah ‘Terang Ganu’ muncul dan lama kelamaan istilah berkenaan bertukar menjadi Terengganu.
5. Menurut MISBAHA ketika menjejaki lembangan Sungai Terengganu, beliau menemukan sebuah sungai yang digelar Sungai Terenggan. Pertemuan antara Sungai Terenggan dan Sungai Kerbat membentuk satu kuala mungkin menyebabkan penggunaan ‘Terenggan ni (sini)’ untuk merujuk kepada Hulu Terenggan dan ‘Terengga nu (sana)’ untuk merujuk kepada hilir sungai. Istilah ‘Terenggan nu’ menjadi ‘Terengganu’ setelah sekian lama digunakan.
SEJARAH RINGKAS
Terengganu mula tercatat dalam catatan saudagar Cina iaitu Chao Ju Kua pada 1225 menyatakan bahawa wilayah ini berada di bawah jajahan takluk Palembang. Pada catatan Prapanca di dalam Negarakartagama pada tahun 1365 pula menyatakan Terengganu, Paka dan Dungun berada di bawah jajahan Majapahit.
Arkeologi zaman awal yang ditemui di Gua Bewah merupakan kapak batu dan tembikar. Artifak ini dianggarkan berusia 4, 000 tahun sebelum masihi.
Artifak yang menandakan permulaan Terengganu sebagai sebuah wilayah Islam merupakan Batu Bersurat Piagam Terengganu yang tercatat tahun 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Terdapat juga bukti pada kurun ke-16 mengenai kehadiran Sharif Muhammad Al-Baghdadi di Kuala Berang melalui makam beliau di Kampung Seberang Jenagor. Keturunan beliau iaitu Syeikh Abdul Malik bin Abdullah (Tok Pulau Manis) menyambung usaha dakwah beliau mengembangkan ilmu agama di Terengganu setelah pulang dari Tanah Suci Mekah sekitar 1690.
Terengganu pada zaman itu disebut berada di bawah pengaruh pemerintahan Kerajaan Johor. Dua pembesar Johor iaitu Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama dihantar untuk memerintah Terengganu. Bendahara Hasan pula dihantar untuk memerintah menggantikan mereka kemudiannya. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera dan disambung oleh anak-anak beliau iaitu Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail. Tun Sulaiman sebagai Sultan di Pantai Layang (Balik Bukit), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.
KESULTANAN
Kesultanan Terengganu Islamiyah Melayuwiyah telah diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin I. Baginda merupakan putera Tun Habib Abdul Majid atau juga dikenali sebagai gelaran Bendahara Padang Saujana.
KERAJAAN DAN POLITIK
Sultan Terengganu merupakan penguasa dan ketua bagi perlembagaan negeri. Kuasa perundangan pula dimiliki oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu. Dewan ini mempunyai kuasa untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pula dipimpin oleh Menteri Besar Terengganu yang memegang kuasa eksekutif dan menggubal dasar kerajaan negeri. Menteri Besar dilantik oleh Baginda Sultan Terengganu yang mana merupakan wakil dari parti politik yang memenangi kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri Terengganu.
PENTADBIRAN
Terengganu dibahagikan kepada lapan daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Marang, Dungun, Kemaman, Besut dan Setiu.
Urusan hal ehwal tanah dan urusan kemasyarakatan di dalam daerah di Terengganu diuruskan oleh pejabat daerah masing-masing iaitu:
DAERAH PEJABAT
1. Kuala Terengganu Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu, Kompleks Seri Iman
2. Kuala Nerus Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus, Dataran Rimba
3. Kemaman Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Jalan Sentosa
4. Dungun Pejabat Daerah dan Tanah Dungun, Jalan Syed Yahya
5. Marang Pejabat Daerah dan Tanah Marang
6. Besut Pejabat Daerah dan Tanah Besut
7. Hulu Terengganu Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu
8. Setiu Pejabat Daerah dan Tanah Setiu
Daerah-daerah di Terengganu ditadbir oleh kerajaan tempatan untuk penyelenggaraan kemudahan awam dan pengurusan undang-undang kecil dan percukaian daerah.
Berikut merupakan kerajaan tempatan yang bertanggungjawab menguruskan dan mentadbir daerah-daerah di Terengganu:
DAERAH
KERAJAAN TEMPATAN
Kuala Terengganu
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)
Kuala Nerus
Kemaman
Majlis Perbandaran Kemaman (MPK)
Dungun
Majlis Perbandaran Dungun (MPD)
Marang
Majlis Daerah Marang (MDM)
Besut
Majlis Daerah Besut (MDB)
Hulu Terengganu
Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT)
Setiu
Majlis Daerah Setiu (MDS)
EKONOMI
Kegiatan ekonomi utama Terengganu adalah kegiatan tradisional iaitu perikanan dan pertanian yang disokong oleh industri petroleum dan gas asli. Pelancongan juga adalah salah satu penyumbang ke arah pembangunan negeri.
KUALITI HIDUP TERENGGANU 2016
Penduduk
1, 183, 400 orang
KDNK (RM Juta)
28, 601
KDNK Per Kapita
27, 268
Tenaga Buruh
447, 200 orang
Pengangguran
18, 600 orang (4.2% dari tenaga buruh)
Kadar Inflasi
1.5%
DEMOGRAFI
Terengganu mempunyai penduduk berjumlah 1, 183, 400 orang (anggaran tahun 2016). Daripada jumlah itu 1, 112, 900 orang atau 94% merupakan Melayu Terengganu, 3, 800 orang atau 0.3% adalah bumiputera lain, 28, 300 orang atau 2.4% adalah kaum Cina, 2, 400 orang atau 0.2% adalah India dan 2, 400 atau 0.2% adalah lain-lain etnik. Manakala 33, 600 orang atau 2.8% penduduk merupakan bukan warganegara.
AGAMA
Dari segi pecahan penduduk mengikut agama (statistik tahun 2010), Peratusan dan jumlah penganut agama di Terengganu adalah:
AGAMA JUMLAH (ORANG) PERATUSAN (%)
· Islam 1, 004, 152 96.93
· Kristian 2, 269 0.22
· Buddha 25, 653 2.48
· Hindu 2, 509 0.24
· Konfusian / Tao / Puak / Agama Tradisi Cina 470 0.05
· Agama Lain 187 0.02
· Tiada Agama 269 0.03
· Tidak Diketahui 468 0.05
Rujukan:
· Data Asas Negeri Terengganu 2016
· Buku Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, 4 Mac 1999.
· Jabatan Perangkaan Malaysia.
Copy and paste: 26/3/2024 > 15 Ramadan 1445H: 3.03 p.m

Kelebihan membaca Al-Quran sepanjang Ramadhan


Pasti kita semua sudah tahu sabda Rasulullah SAW ini: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” 

Kerana itu Rasulullah SAW memperbolehkan kita untuk iri kepada mereka. “Tidak boleh iri kecuali kepada dua orang, iaitu orang yang dianugerahi Al-Qur’an oleh Allah, lalu ia membacanya ketika menunaikan solat di waktu malam dan siang hari; dan orang yang diberi harta lalu ia menyedekahkannya di waktu malam dan siang hari.” 

Tentu saja rasa iri yang dimaksud Rasulullah SAW bukan dalam bentuk ekspresi negatif, tapi meniru apa yang dilakukan oleh manusia-manusia terbaik itu: belajar dan mengajarkan Al-Qur’an. 

Malah Rasulullah SAW sangat menghargai orang yang berusaha mengikuti jejak orang-orang terbaik itu meski belum sempurna dalam membaca Al-Qur’an. 
Kata Rasulullah SAW, “Orang yang membaca Al-Qur’an dan ia pandai membacanya, beserta para malaikat pembawa catatan amal, yang suci dan berbakti. Dan orang yang membaca Al-Qur’an dengan gagap dan ia kesulitan dalam membacanya, maka ia mendapatkan dua pahala.” 

Rasulullah SAW juga menimbang seseorang dari dekatnya dengan Al-Qur’an. Beliau membuat perumpamaan, “Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al-Qur’an adalah seperti buah atrujah, baunya harum dan rasanya enak. Dan perumpamaan seorang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti buah kurma, ia tidak beraroma tapi rasanya manis. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an adalah seperti bunga wangi-wangian, baunya wangi tapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti buah hanzalah, ia tidak beraroma dan rasanya pahit.” 

Dikali yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa, “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada sedikit pun Al-Qur’an, maka ia bagaikan rumah yang rosak.” Kerana itu, Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita untuk sentiasa berinteraksi dengan Al-Qur’an baik sendiri mahupun bersama-sama. 

Rasulullah SAW bersabda, “Jika suatu kaum berkumpul di dalam satu rumah Allah dan membaca Al-Qur’an serta mempelajarinya secara bersama-sama, niscaya turun ketenangan kepada mereka. Mereka dilingkupi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah menyebut mereka kepada makhluk-makhluk-Nya yang ada di sisi-Nya.” 

Tidak hanya di dunia bekas interaksi kita dengan Al-Qur’an kita rasakan. Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari Kiamat akan didatangkan Al-Qur’an dan para ahlinya yang ketika di dunia mengamalkannya. Mereka didahului oleh surat Al-Baqarah dan Ali Imran, keduanya membela orang-orang yang membaca dan mengamalkannya.” 

Dan, syurga tingkat apa yang akan kita tinggal di akhirat nanti pun ditentukan oleh banyak sedikitnya hafalan Al-Qur’an kita. Rasulullah berkata, “Ketika di syurga dikatakan kepada orang-orang yang hafal Al-Qur’an, ‘Bacalah, naiklah dalam darjat syurga dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya di dunia, sesungguhnya kedudukanmu adalah di akhir ayat yang engkau baca.” 

Kerana itu Rasulullah SAW memerintahkan kepada kita untuk menjaga hafalan Al-Qur’an. “Selalu jagalah Al-Qur’an ini, demi Zat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, sungguh Al-Qur’an itu lebih mudah lepas daripada unta yang ada dalam ikatannya.” 

Rasulullah SAW menegaskan bahawa, “Sesungguhnya orang yang hafal Al-Qur’an bagaikan pemilik unta yang terikat. Jika ia selalu menjaganya, maka ia memegangnya. Sedangkan jika membiarkannya, maka unta tersebut akan lepas dan kabur.” 

Pahala membaca Al-Quran di bulan Ramadhan 

Di bulan Ramadhan ini kita diminta oleh Rasulullah SAW untuk berpuasa dengan ihtisaban seperti dalam sabdanya, “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuhi keimanan dan ihtisaban, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” 

Ihtisaban maksudnya penuh perhitungan. Berhitung seperti seorang pedagang menghitung berapa keuntungan yang ingin diperoleh dari dagangannya. Kenapa Rasulullah SAW meminta kita berhitung dalam berpuasa di bulan Ramadhan? Kerana Ramadhan bulan mega bonus! 

Kita tentu sudah tahu bahawa membaca Al-Qur’an satu huruf akan diberi pahala oleh Allah SWT 10 . Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Qur’an, maka ia mendapatkan satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim adalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.” 

Tapi, khusus di bulan Ramadhan pahalanya dilipatgandakan oleh Allah menjadi 70 kaliganda . Setidaknya perkara itu di surat pada hadis cukup panjang ini. 

“Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai (ibadah) di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunat (tathawwu’). Barangsiapa (pada bulan itu) mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezeki seorang Mukmin bertambah (ditambah). Barangsiapa (pada bulan itu) memberikan berbuka kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa (itu) sedikit pun.” 

Kemudian para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua dari kami memiliki makanan untuk diberikan sebagai berbuka orang yang berpuasa.” 

Rasulullah SAW berkata, “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan berbuka dari sebutir kurma, atau satu teguk air atau susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan), dan akhirnya pembebasan dari api neraka.” 

Hadits ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi, Al Hakim, Ibnu Khuzaimah, dan Al-Ash-habani dalam At Targhib. Namun, didhaifkan oleh Al-Mundziri dalam Targhib Wat Tarhib dan Dhiya Al-Maqdisi di Sunan Al-Hakim. Al-Albani dalam Silsilah Adh-Dhaifah mengkategorikan ini hadis munkar. 

Jika kita tidak boleh menggunakan berganda pahala 70 kali atas membaca Al-Quran yang kita kerjakan di bulan Ramadhan, mungkin kita boleh menggunakan hadis shahih yang diriwayatkan Imam Muslim ini: 

"Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.”Kemudian Rasulullah SAW menjelaskan, “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna. Orang yang meniatkan sebuah kebaikan lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali ganda banyaknya.” 

Jadi, ketika membaca ayat pertama surat Al-Baqarah yang terdiri dari 3 huruf, iaitu alif lam mim, kita punya potensi mendapat puasa antara 3 x 10 = 30 sehingga 3 x 700 = 2.100. 

Menurut penelitian Imam an-Nasafi yang dicatatkan dalam kitab Majmu Al-Ulum Wa Mathli’u An-NujumAl-Futuhuat Al-Ilahiyah, Al-Qur’an terdiri dari 30 juz, 114 surah, 6.236 ayat, dan 1.027.000 huruf. Jadi, jika berjaya mengkhatamkan membaca Al-Qur’an sekali sahaja, kita akan dapat pahala sebanyak 1.027.000 x 700 = 718.900.000. dan dikutip Imam Ibn Arabi dalam mukaddimah. 

Rasulullah SAW memberi batas bawah bagi seorang muslim dalam perkara membaca Al-Quran adalah minima khatam Al-Qur’an sekali dalam sebulan. Tapi, muslim yang cerdas tentu tidak merasa cukup cuma khatam sekali di bulan Ramadhan. Kalau cuma sekali ya rugi kerana tidak berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Jadi, harus boleh khatam lebih dari dua kali. 

Terlebih lagi ketika Lailatul Qadar. Jangan sampai tidak membaca Al-Quran di malam itu. Allah SWT menyatakan bahawa nilai Lailatul Qadar lebih baik daripada 1.000 bulan atau sama dengan 354.000 kali malam biasa. 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.” 

Berapa pahala yang boleh kita peroleh jika membaca 1 juz Al-Quran pada masa Lailatul Qadar? Jika kita campurkan jumlah huruf dalam setiap juz sama, maka angkanya kira-kira 1.027.000 : 30 = 34.233 huruf. Jumlah potensi pahala yang boleh kita dapat di malam itu adalah 34.233 x 700 x 354.000 = 8.482.937.400.000. Subhanallah, angkanya triliun! 

Surah Al-Qadr turun kerana suatu masa Rasulullah SAW menceritakan kepada para sahabat tentang seseorang dari Bani Israil yang berjuang fii sabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus menerus. Lelaki itu selalu beribadah pada malam hari hingga pagi dan di siang harinya berjihad memerangi musuh. 

Para sahabat kagum sekaligus iri kepada lelaki itu. Allah memberi kesempatan kepada lelaki itu selama 1.000 bulan untuk konsisten beribadah dan berjihad. Sementara, para sahabat banyak yang masuk Islam pada umur tidak muda lagi. Sementara potensi usia hidup umat Nabi Muhammad SAW hanya 60 tahun. Jadi, para sahabat merasa tidak mungkin menyamai ibadah yang dilakukan oleh lelaki dari Bani Israil yang diceritakan Rasulullah SAW. 

Allah Maha Adil. Allah SWT memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW. Jika kita beribadah semasa Lailatul Qadar, Allah SWT menggandakan nilainya menjadi 354.000 kali ganda. Membaca Al-Quran satu juz dapat pahala 8.482.937.400.000. Kalau 3 juz, 25.448.812.200.000! Maka rugilah orang yang tidak memperbanyak membaca Al-Quran semasa Lailatul Qadar.dakwatuna.com

Copy and paste:
26/3/2024  > 15 Ramadan 1445H: 7.23 a.m