ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 28 September 2022

Penempatan awal di Bukit Bunuh

SUMBER: SEJARAH MELAYU PURBA BLOGSPOT

PULAU PINANG 29 Jan.- Pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya membuktikan penempatan awal manusia wujud di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak iaitu kira-kira 1.83 juta tahun dahulu.

Ini berdasarkan penemuan artifak alat batu seperti kapak genggam dan alat repehan iaitu pisau yang melekat pada batuan oleh sekumpulan penyelidik USM di kawasan tersebut pada Jun tahun lalu.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin berkata, pengesahan tarikh batu dibuat melalui kaedah kesan belahan oleh makmal geokronologi di Tokyo, Jepun selama tiga bulan.

''Pada dua minggu lepas, kami menerima pengesahan daripada makmal itu bahawa artifak tersebut wujud pada tarikh sekitar 1.83 juta tahun sekali gus menolak teori Movius Line yang mengatakan tidak wujud alatan tersebut di rantau ini.

''Tarikh itu juga membuktikan alatan kapak genggam itu terlebih dahulu wujud di negara ini berbanding penemuan pertama yang direkodkan wujud di Olduvaigeorge, Tanzania di Afrika sekitar 1.6 juta tahun dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas mengumumkan penemuan terbaru itu yang dipengerusikan oleh Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di sini hari ini.

Penyelidikan yang dikenali sebagai Kajian Kuartenari Hulu Perak dan Sabah Timur di kawasan itu bermula pada tahun 2000 dan mereka berjaya menemui bukti kewujudan kebudayaan Paleolitik berusia 40,000 tahun pada tahun 2003.

Turut ditemui, bukti jatuhan meteorit yang menyebabkan batuan asal melebur dan membentuk batuan baru iaitu suevit dan bukti impak meteorit ditunjukkan dengan hasil penemuan batuan kuarza, anomali geofizik dan geomorfologi kawah.

Pada tahun lalu pula, para penyelidik itu berjaya menemui artifak alat batu seperti kapak genggam dan alat repehan di dalam batu suevit, batuan yang wujud akibat hentaman meteorit sebelum dihantar ke Jepun untuk pentarikhan.

Mokhtar berkata, hasil penemuan itu juga memberi bukti baru terhadap bukti dunia yang mengatakan manusia terawal wujud di luar Afrika hanya bertapak di Dmanisi Georgia sekitar 1.8 juta tahun dahulu.

''Manusia terawal di dunia yang dikenali sebagai Homohabilis telah dibuktikan wujud di Afrika pada 2 juta tahun dahulu menakala kumpulan manusia terawal keluar dari negara itu yang dikenali Homoerectus telah ditemui di Georgia.

''Jadi, dengan penemuan itu, sudah jelas kumpulan manusia Homoerectus sudah wujud di Bukit Bunuh sebelum ia bertapak di Dmanisi di Georgia (1.8 juta) Sangiran di Jawa Indonesia (1.2 - 1.7 juta) dan Yuanmou dan Longgupo di China (1.7 - 1.8 juta) seperti yang direkodkan," ujarnya.

Beliau berkata, penemuan batu suevit yang pertama seumpama itu di rantau Asia Tenggara ini juga tidak menolak kemungkinan manusia awal yang wujud di Sangiran di Jawa, Indonesia berasal dari Bukit Bunuh yang berpindah ekoran kemusnahan oleh impak meteorit.

Dalam pada itu, Mokhtar memberitahu, hasil penemuan itu juga telah ditunjukkan dua orang pakar arkeologi dari Universiti Oxford di United Kingdom dan Universiti Pensylvinia di Amerika Syarikat baru-baru ini.

''Kita juga sedang giat mencari bukti lain seperti tulang atau gigi manusia di kawasan tersebut bagi mengesahkan asal-usul manusia yang memulakan penempatan di situ sekali gus mencari lebih banyak bukti.

''Saya juga bercadang untuk memuatkan semua hasil penemuan yang memberi impak kepada dunia ini dalam sebuah jurnal tidak lama lagi bagi membolehkan ia menjadi rujukan kepada generasi akan datang," jelasnya.

"Beliau berkata, penemuan batu suevit yang pertama seumpama itu di rantau Asia Tenggara ini juga tidak menolak kemungkinan manusia awal yang wujud di Sangiran di Jawa, Indonesia berasal dari Bukit Bunuh yang berpindah ekoran kemusnahan oleh impak meteorit".

Copy and paste:
28/9/2022 : 2 Rabiulawal 1444H: 8.48 pm

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-358: HADITH HASAN

SUMBER: MUFTI WPKL

Soalan: Apakah maksud hadith hasan?     

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan yang diajukan, soalan tersebut adalah berkaitan dengan ilmu mustholah hadith atau dinamakan sebagai ulum al-Hadith. Hadith Hasan merupakan salah satu daripada jenis-jenis hadith yang sahih.

Definisi Hadith Hasan

Hadith Hasan ini mempunyai lebih daripada satu definisi. Akan tetapi, Imam al-Baiquniy menyatakan di dalam mazhumahnya dalam memberi definisi hadith hasan ini adalah seperti berikut:

وَالحَسَنُ المَعْروفُ طُرُقاً وَغَدَتْ * رِجَالُهُ لَا كَالصَّحِيْحِ اشْتَهَرَتْ

Maksudnya: “Dan [Hadith Hasan] dikenali dengan banyaknya thuruq (jalur). Rijalnya (perawi) tidak semasyhur seperti perawi bagi hadith yang sahih.”

Hadith Hasan juga adalah hadith yang diketahui sumbernya dan dikenali perawi-perawinya atau hadith yang bersambung sanadnya oleh perawi yang adil tetapi kurang tahap hafalannya serta terselamat daripada syaz dan juga ‘illah (kecacatan). [Lihat: ‘Ulum al-Hadith wa Nusus min al-Athar, 124]

Pembahagian Hadith Hasan

Menurut Imam Ibn al-Salah hadith Hasan terbahagi kepada dua:

  • Hasan li Zatihi (الحسن لذاته)

Hasan li Zatihi adalah hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang adil tetapi kurang pada tahap hafalannya berserta sanadnya yang bersambung tanpa ada syaz dan ‘illah. Contoh hadith Hasan li Zatihi ialah:

Daripada Abi Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ أَحَبَّ لِلَّهِ، وَأَبْغَضَ لِلَّهِ، وَأَعْطَى لِلَّهِ، وَمَنَعَ لِلَّهِ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ الْإِيمَانَ

Maksudnya: “Barangsiapa berkasih sayang kerana Allah, marah kerana Allah, memberi kerana Allah dan menghalang sesuatu kerana Allah, maka telah sempurna iman.” [Riwayat Abu Daud (4681)]

Perawi-perawi di dalam hadith ini adalah thiqah (dipercayai) melainkan al-Qasim iaitu Abdulrahman al-Syami. Beliau merupakan seorang tabi’i dan beliau merupakan salah seorang perawi yang adil (tidak berdusta). Akan tetapi, para ahli hadith membincangkan berkaitan tahap hafalannya sehingga sebahagian ulama mengdhaifkannya dan sebahagian yang lain mengthiqahkannya. Justeru itu, hadith ini adalah hadith Hasan li Zatihi kerana salah seorang perawi di dalam sanad hadith dipertikai dari sudut tahap hafalannya dalam meriwayatkan hadith.

  • Hasan li Ghairihi (الحسن لغيره)

Hasan li Ghairihi pula adalah hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang mastur atu dhaif yang mana perawi ini tidak banyak melakukan kesilapan dan tidak dituduh sebagai pendusta. Selain itu, riwayatnya boleh menjadi mutaba’at atau banyaknya jalur riwayat tersebut atau terdapat baginya syahid (sokongan daripada riwayat yang lain). Contoh hadith Hasan li Ghairihi ialah:

Daripada ‘Amir bin Rabi’ah, daripada bapanya berkata: Ada seorang wanita dari bani Fazarah telah bernikah dengan maharnya berupa sepasang selipar. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya:

أَرَضِيتِ مِنْ نَفْسِكِ وَمَالِكِ بِنَعْلَيْنِ؟ قَالَتْ: نَعَمْ، قَالَ: فَأَجَازَهُ

Maksudnya: “Apakah kamu redha ke atas diri kamu dengan dua selipar ini? Dia menjawab: Ya. Maka Nabi SAW membenarkannya.” [Riwayat al-Tirmizi (1113)]

Terdapat seorang perawi di dalam sanad hadith ini atau riwayat ini iaitu ‘Asim bin ‘Ubaidillah yang mana beliau merupakan seorang perawi yang buruk tahap hafalannya. Namun, hadith ini dihasankan kerana terdapat jalur lain yang menyokong serta mengangkat riwayat ini ke tahap Hasan li Ghairihi. Imam al-Tirmizi ada menyatakan bahawa di antara jalur lain bagi hadith ini adalah daripada jalur Umar, Abi Hurairah, Sahl bin Sa’ad, Anas bin Malik, Abi Sa’id dan beberapa orang lagi daripada kalangan sahabat R.anhum.

Hukum Hadith Hasan

Hadith Hasan secara umumnya boleh dijadikan hujjah di sisi jumhur ulama sepertmana hadith Sahih[Lihat: al-Ba’ith al-Hathith, 46] Adapun, Hasan li Zatihi adalah hujjah di sisi ahli Hadith, manakala Hasan li Ghairihi juga boleh dijadikan sebagai hujjah. Akan tetapi, Imam al-Sakhawi meletakkan syarat pada hadith Hasan li Ghairihi untuk menjadi hujjah yang mana ia perlu mempunyai banyak jalur.

Makna Hasan Sahih Oleh Imam al-Tirmizi

Imam Ibn Kathir di dalam kitabnya ada menyebut makna Hasan Sahih oleh Imam al-Tirmizi terdapat padanya sedikit kemusykilan kerana menghimpunkan keduanya (iaitu Hasan dan Sahih) di dalam satu hadith seperti terdapat satu ketidakpastian. Di sini kami sertakan beberapa maksud yang telah diberikan oleh para ulama berkaitan definisi atau maksud Hasan Sahih:

  • Hadith Hasan Sahih adalah hadith yang mempunyai dua sanad (jalur) dan satu sanadnya adalah hasan dan satu lagi sanadnya adalah sahih.
  • Hadith Hasan Sahih adalah hadith yang hasan pada matannya (makna) dan sahih pada sanadnya.
  • Hadith Hasan Sahih adalah hadith yang martabatnya atau kedudukannya lebih rendah daripada hadith Sahih tetapi ia lebih tinggi daripada hadith Hasan. [Lihat: al-Ba’ith al-Hathith, 52-53]
  • Hadith Hasan Sahih adalah disebabkan para ulama berselisih pandangan pada status hadith tersebut sama ada Hasan atau Sahih sekiranya hadith tersebut mempunyai satu sanad. Sekiranya hadith tersebut mempunyai dua sanad (jalur), maka berkemungkinan satu sanadnya hasan dan satu lagi adalah sahih.

Penutup

Kesimpulannya, hadith Hasan termasuk di dalam kategori hadith Sahih dan ia juga boleh dijadikan hujjah. Semoga dengan pencerahan yang ringkas ini dapat memberi sedikit manfaat dan menambah kefahaman kita dalam ilmu Hadith, seterusnya dapat kita memelihara hadith-hadith Nabi SAW daripada sebarang pendustaan ke atas nama Baginda SAW yang mulia. Amin.

Wallahua’lam

Copy and paste: 28/9/2022 : 2 Rabiulawal 1444H: 8.28 pm

SISTEM TULISAN MELAYU KUNO



Di alam Nusantara terdapat bnyak sistem tulisan, termasuklah aksara Bali, aksara Jawa, dan juga aksara Sasak. tapi disini aku ingin bercerita mengenai aksara2 yang pernah digunakan di MALAYSIA. Iaitu:

AKSARA KAWI
Tulisan kawi ialah sistem tulisan terawal di Kepulauan Melayu. Ia telah wujud dalam kurun ke-8 M. Tulisan kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Tulisan ini kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baharu.
Tulisan kawi asalnya adalah daripada huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M beriringan dengan runtuhnya kemaharajaan yang menggunakan huruf itu iaitu Majapahit yang kemudiannya digantikan oleh Huruf Jawa (Carakan) yang dikembangkan daripada huruf kawi oleh Kekhalifahan Demak.
Huruf-huruf dalam aksara Kawi

Dengan menggunakan huruf-huruf kawi, orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat).
Aksara Kawi adalah sebuah huruf yang digubah dari huruf India Selatan. Tiap hurufnya merepresentasikan sebuah suku kata dengan vokal yang dapat diubah dengan penggunaan tanda baca. Aksara ditulis tanpa ruang kosong. Aksara Kawi memiliki sekitar 47 huruf, namun terdapat sejumlah huruf yang bentuk dan penggunaannya tidak diketahui pasti karena sedikitnya contoh yang ditemukan dalam mempraktikan sistem bertulis Kawi.

Aksara Kawi memiliki bentuk subskrip huruf yang digunakan untuk menulis tumpukan konsonan, sama dengan pasangan dalam aksara Bali. Namun beberapa inskripsi Aksara Kawi tidak menggunakan pasangan dalam penulisannya.
contoh ayat menggunakan aksara kawi yang berbunyi Jahnī yāhning talaga kadi langit bermaksud 'air telaga jernih bagaikan langit'

AKSARA PALAVA/PALLAWA
Nama aksara ini berasal dari Dinasti Pallava yang pernah berkuasa di selatan India antara abad ke-4 sampai abad ke-9 Masehi. Dinasti Pallava adalah sebuah dinasti yang memeluk aliran Jainisme.
Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di kawasan Kepulauan Melayu. Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit dan ianya terdiri daripada 46 abjad .Ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis.

Tulisan Pallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu Kuno, yang mana banyak menerima pengaruh daripada Sanskrit. Bukti penggunaan tulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaiki bot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara.
Selain itu aksara Pallawa juga digunakan di dalam dokumen Tarumanegara yang berasal dari pertengahan abad ke-5. dokumen2 inilah yang menjadi bukti penggunaan aksara Pallawa sebagai tanda aksara ini telah berkembang di Nusantara.

Tugu(batu bersurat) juga turut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Pallava berbahasa Sanskrit. Tujuh tugu tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan tentang pencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga. Tugu tersebut berasal dari tahun 400 merupakan tinggalan pemerintahan Hindu.

AKSARA RENCONG
Tulisan Rencong (réncong), atau Incung ialah sistem tulisan yang diterbitkan berdasarkan aksara Pallava dan Kawi . Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad ke-6 masihi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera. Walau bagaimanapun, tulisan Rencong dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ke-3 masihi. Aksara ini diciptakan oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai.
Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera Selatan, Indonesia. Rencong ialah perkataan Bahasa Melayu Kuno yang membawa maksud serong kerana tulisan ini ditulis secara menyerong dan menyendeng.


Huruf Rencong iaitu huruf Melayu Purba yang banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau dan banyak didapati digunakan semasa zaman pemerintahan Kerajaan Srivijaya. Huruf-huruf yang telah digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf tertua yang menyerupai bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut mempunyai kaitan dengan huruf-huruf orang Kemboja pada zaman purba.
Tulisan Rencong ini terdiri daripada tanda baca bagi suku kata berikut (diberikan dengan bunyi a):

ka, ga, nga, ta, da, na, pa, ba, ma,
ca, ja, nya, sa, ra, la, ya, wa, ha, a,
mba, ngga, nda, nja

Selain itu, huruf yang ditandakan dengan tanda titik atau sengkang yang terletak di bawah, atas ataupun di sebelah huruf tersebut asalnya akan tetap dibunyikan huruf tersebut jika tidak dinyatakan berbunyi a adalah penanda untuk dibaca sebagai huruf lain seperti huruf vokal e, i, o, u, ai, au, ataupun bermakna huruf tersebut adalah pangkal suku kata seperti -ng atau -h. Huruf-huruf ini boleh dicantumkan bersama-sama untuk menghasilkan suku kata Bahasa Melayu yang difahami. Tanda selepas huruf na, jika dicantumkan dengan tanda baca u dan -ng akan dibaca dengan bunyi nung. Terdapat juga tanda berhenti atau tanda mati yang disebut sebagai tanda bunuh yang dituliskan secara jelas pada huruf vokal a yang ditambah; contohnya huruf ka dicantumkan dengan tanda bunuh akan menjadi -k.
Setelah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu, orang-orang Melayu Klasik cuba untuk terus menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam. Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari al-Quran dan hadis secara tepat.
Daripada mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong, Kawi atau Palava, orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk mengabaikan terus ketiga-tiga tulisan tersebut. Sebaliknya, orang-orang Melayu Klasik cuba mengeksperimennya ke atas huruf-huruf Arab dengan mengejanya dalam bahasa Melayu. Hasilnya, lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan dan digunapakai dalam sistem persuratan Bahasa Melayu Klasik. Walaubagaimanapun, aksara Rencong terus digunakan di Minangkabau dan Sumatera Selatan.

Copy and paste: 
28 September 2022 : 2 Rabiulawal 1444H: 7.12 pm

Tuesday, 27 September 2022

Mansuhkan saja subjek sejarah di sekolah, ia tak 'menguntungkan'

SUMBER : ASTRO AWANI
Israr Khalid
September 27, 2022 14:00 MYT

TEMPOH hari ada seseorang bertanya pada saya: "Daripada negara-negara yang pernah saya kunjungi, apa benda yang paling saya mahu bawa pulang ke tanah air?"
Tidaklah begitu banyak negara di dunia ini yang telah saya jejakkan kaki, masih boleh dikira dengan jari.
Tapi ada satu benda yang amat berharga di negara-negara tersebut yang saya harap dapat disaksikan oleh rakyat di negara ini.
Sekitar bulan ini tahun lepas, saya berpeluang untuk terbang ke Turkiye bersama rakan penerbit, Linda Salim atas jemputan Kementerian Budaya dan Pelancongan negara itu untuk membuat liputan terhadap sebuah penemuan besar yang mengubah naratif sejarah peradaban manusia.
Di tenggara negara itu, di Sanliurfa, wilayah pertemuan antara bumi Anatolia dengan Mesopotamia, bumi kelahiran Nabi Ibrahim a.s., ditemukan monumen purba berusia sekitar 12,000 tahun yang dipercayai medan sosial tertua di dunia yang diketahui setakat ini.
Penemuan tersebut sekali gus mengubah pemahaman terhadap manusia zaman Neolitik yang selama ini dianggap hidup secara nomad dan berburu, dan monumen di Göbeklitepe itu membuktikan bahawa manusia pada zaman tersebut sudah mula hidup secara bermasyarakat dengan sistem organisasi sosial yang teratur.


Bertitik-tolak daripada penemuan tapak purba itu, ditemukan lagi 12 tapak arkeologi di sekitarnya yang didapati dari sekitar zaman yang sama, lantas usaha dipergiatkan untuk membongkar segala yang terkubur di dalamnya menerusi sebuah projek yang dinamakan Tas Tepeler.
Kerajaan Turkiye mengepam sejumlah wang yang besar untuk menjayakan projek tersebut yang dijangka menjadi tarikan terbaharu bukan sahaja buat para arkeologis, malah juga pelancong dari seluruh dunia untuk melihat bukti ketamadunan awal manusia yang disifatkan sebagai antara penemuan terbesar abad ini.

Gobeklitepe dipercayai dibina kira-kira 7,000 tahun lebih awal sebelum pembinaan piramid dan Stonehenge, malah sebelum terciptanya sistem tulisan mahupun roda. - Gambar Astro AWANI/Linda Salim

Bagaimanapun, apa yang cukup menarik perhatian saya adalah ketika upacara perasmian projek mega itu yang diadakan penuh gilang-gemilang di Muzium Arkeologi Sanliurfa pada 23 September 2021, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Mehmet Nuri Ersoy menegaskan, penemuan ini lebih daripada sebuah pemangkin sektor pelancongan, tetapi yang lebih penting adalah ia membuka satu lagi pintu untuk kita selangkah lagi mengenal sejarah kewujudan manusia dengan lebih mendalam.
Turkiye sememangnya sebuah negara yang masyhur sejak berabad lamanya, medan pertemuan timur dengan barat yang menjadi pusat kerajaan Islam terbesar yang pernah wujud untuk lebih 600 tahun.
Empayar Uthmaniyah memainkan peranan penting dalam naratif sejarah ketamadunan manusia dari kurun ke-13 sehinggalah ia berakhir rentetan kekalahan dalam Perang Dunia Pertama. Begitupun semangatnya tak pernah mati dan riwayat keunggulannya masih menjadi dendangan rakyatnya sampai hari ini.
Benar, Turkiye adalah sebuah bangsa yang hebat. Namun, ketahuilah kita juga tidak kurang hebatnya.
Sultan Mehmed al-Fateh, sang penakluk Constantinople pernah berutus surat dengan Sultan Melaka, tanda baginda memperakui keberadaan sebuah kerajaan Islam terulung yang pernah wujud di timur.
Bangsa Melayu pernah menakluk tujuh samudera, Melaka menjadi kota yang dicemburui oleh Eropah kerana kekayaan hasil bumi serta kepesatan pelabuhannya yang mempertemukan pedagang dari serata dunia hingga sesiapapun yang datang ke sini perlu bertutur dalam bahasa kita dalam segala urusan.
Tiada yang abadi, kedua-dua kerajaan ulung ini sampai ke pengakhirannya. Namun, ketika Turkiye terus menongkah zaman dengan gagah, kita masih terumbang-ambing tidak tahu mana hendak dituju.

Apa kurangnya kita dengan Turkiye? 

Saya melihat satu perkara - mereka mendalami sejarah mereka. Bersandarkan keunggulan dan kekhilafan lalu, orang Turkiye melakar masa depan yang lebih jitu dalam lembaran baharu peradabannya.
Inilah dia perkara yang paling saya mahu bawa pulang dari sebahagian besar negara yang pernah saya kunjungi - penekanan dan penghayatan terhadap sejarah tanah airnya - yang saya lihat tidak berlaku di negara ini. Memang kita juga belajar sejarah, sejak dari bangku sekolah lagi. Namun hakikatnya pembelajaran kita hanya sekadar ‘cukup syarat’ untuk lulus periksa. Selesai pengajian, pembacaan sejarah bukan lagi perkara yang perlu.

Di Malaysia, umum melihat sejarah sebagai, kalau bukan yang paling, antara mata pelajaran yang paling bosan untuk dipelajari di sekolah.
Asal tiba waktu kelas sejarah, mulut akan menguap, mata jadi layu, akhirnya tinggal guru bercakap seorang diri di hadapan kelas.
Mana tidaknya, kita disuruh untuk semata-mata menghafal nama, tempat, tarikh dan pelbagai butiran lain berkenaan sesuatu peristiwa itu.
Siapa pun pasti akan terlena, andai sejarah diajarkan secara komunikasi satu hala seperti sebuah “bedtime story.”
Kita tidak diajak untuk berdialog, berdebat, menggali dan mempersoalkan setiap apa, bila, bagaimana, di mana dan kenapa sesuatu peristiwa itu berlaku.
Minda kita tidak dilatih untuk berfikir dan menganalisa secara kritis terhadap setiap segala yang terjadi pada masa yang lalu.
Sewajarnya itulah caranya untuk kita benar-benar mengenal siapa diri kita, apakah kekuatan diri yang pernah mengangkat kita menjadi bangsa yang disegani satu ketika dahulu, juga di manakah akarnya kepada segala kesilapan yang telah mengheret kita ke lembah kehancuran.
Ahli falsafah Sepanyol, George Santayana mengatakan bahawa “barang siapa yang tidak mengingati masa lalu nescaya akan tercela untuk mengulanginya.”
Ungkapan ini memang ada diajar di sekolah, tapi sekadar dihafal bait katanya untuk dijawab semasa periksa, tidak pernah didalami dan dihayati ertinya.
Mungkin kita tidak begitu mengambil berat tentang sejarah kerana ia dilihat tidak menguntungkan dari segi wang ringgit, malah dianggap merugikan lagi kerana belanja perlu dikeluarkan untuk membuat kajian, penggalian, pemulihan dan pemeliharaan sesuatu bahan sejarah itu.
Kita bukan tak ada apa-apa. Lenggong menjadi saksi bahawa wilayah ini mempunyai khazanah purba yang sangat tidak ternilai dengan penemuan rangka manusia berusia 11,000 tahun dipanggil ‘Perakman’ serta kapak tangan yang tertanam di dalam batuan suevit yang terbentuk kesan hentaman meteor sekitar 1.83 juta tahun yang lalu.
Namun, selepas sedekad dikalung pengiktirafan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2012, tidak banyak yang berubah di Lenggong.
Tiada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan yang serius, infrastruktur pun dibangunkan ala kadar sahaja malah tidak dijaga sebaiknya, kita orang Malaysia sendiri pun tak tahu apa ada di wilayah kecil di negeri Perak itu apatah lagi pelancong luar.
Jauh berbeza dengan apa yang saya saksikan di Turkiye, tapak arkeologi Göbeklitepe itu dibina bumbung dan laluan yang kemas dan kukuh untuk keselesaan pengunjung yang datang ke tengah-tengah gurun di Sanliurfa itu.
Muziumnya dibangunkan dengan teknologi terkini dan interaktif, barulah orang tertarik untuk datang mengunjungi, segala usahanya dibuat dengan bersungguh-sungguh.
Kita sebenarnya sangat kaya dengan pelbagai khazanah arkeologi. Saya pasti di Melaka itu ada banyak artifak yang tertanam dan terbenam di perairannya, pantainya, sungainya juga di serata kota itu.
Cuma tiada yang menggerakkan segala usaha yang diperlukan untuk mencarinya.
Semua ini berakar daripada sistem pendidikan kita yang tidak menekankan aspek pengajian sejarah sebagai akar dan teras kepada kejayaan dan kesejahteraan sesebuah bangsa.
Kita terlalu mengejar hal-hal material tetapi lupa untuk mengenal diri, sudahnya kita tiada identiti lalu hilang arah bak layang-layang putus tali.
Sejarah memperkenalkan manusia itu kepada asal-usulnya, yang menghuraikan tentang kekuatan, potensi dan kelemahannya untuk dijadikan sandaran dalam membina sebuah kehidupan yang sejahtera di dunia ini.
Ia sepatutnya menjadi aspek yang diutamakan dan diperkukuhkan sebelum subjek lain, maka cara mengajarnya pun harus lebih segar dan menyegarkan.
Bagaimanapun, sekiranya tiada yang tergerak untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolah dan murid-murid masih menguap bosan di dalam kelas sejarah, eloklah subjek itu dimansuhkan sahaja. Buang masa, wang dan tenaga.
Salurkan sahaja peruntukan untuk mewujudkan pengajaran subjek sejarah itu kepada perkara yang boleh menjana wang, seperti membina kompleks beli-belah atau projek-projek komersial seumpamanya.

Itu lagi untung!

Copy and paste: 27/9/2022 > 1 Rabiulawal 1444H: 10.09 pm

SUNGAI BATU : POINTS HIGHLIGHTED BY STEPHEN A. MURPHY

SOURCE: SUNGAI BATU 788 B.C. : THE KINGDOM OF KEDAH TUA

Several points highlighted by Stephen A. Murphy in his paper that steal our attention. In his article ‘Revisiting the Bujang Valley: A Southeast Asian entrepôt complex on the maritime trade route’, among others, mentioned;
- “An assessment of the research carried out to date on the Bujang Valley leads to one very clear conclusion: the area was not home to a “kingdom” or centre of an organised state, but was an extensive entrepôt complex that grew over numerous centuries.
- “Evidence for states such as Srivijaya, Dvaravati, Funan etc. had been gleaned from Chinese annals by sinologists such as Paul Pelliot at the start of the twentieth century. These texts spoke of Southeast Asian kingdoms and also assigned geographical boundaries to them. However, the Chinese writers compiled these descriptions filtered through their worldview, reflecting the political realities of their own society. It is understandable, therefore, that these early authors conceived these Southeast Asian polities as kingdoms along the lines of what Chinese versions described.
- “ Srivijaya is also now understood not to be a maritime empire controlling vast swathes of sea and coastlines, but instead a network of port-cities and entrepôts. Palembang most likely exacted a certain amount of control over ports as far north as Chaiya in southern Thailand”.
Since this Page was created to bring and share the academic finding to the public, Admin felt there is an avenue for us to give our humble opinion for the benefit of the people at large in regards to the subjects that brought by the Curator, Southeast Asia, Asian Civilisations Museum, Singapore.
Murphy focussed between 3rd to 11th century AD, particularly during Sungai Mas era (5th – 10th century AD). Although he has a doubt on the OSL dating for the bricks found in Sungai Batu, it does not mean that Murphy should ignore the the attributes of a kingdom and maritime power such as jetty/wharves, administration building, storage facility, ancient river etc.
Murphy agreed to Jane Allen findings, meaning he also agreed that Sungai Merbok was a huge bay then that could accomodate hundreds of ships at one time. This Page have brought a topic of Pireaus as comparison, the city port of ancient Greece that administered directly by establishment, the Athenian Assembly, but in our case, it was a kingdom. It requires an organised state, good maritime society and system to govern such a big port. With eleven wharves found in Sungai Batu and massive brick buildings (regardless the OSL dating) next to the wharves and river, indicating it was an entreport that requires a kingdom who dominance in the sea to ensure the security and safety of the trade vessels that entering the straits between Sumatera and Peninsula. Any threat that emerge from both coastal area that could jeoperdize the vessels and trade route , was under the custodian of the ruling power and thats what the taxes paid for by the merchant vessel, not just for anchoring, harbouring, docking, off load and up load. Therefore, wether it was Kedah Tua, Funan Srivijaya or any kingdom that exist on both coast of Malay Peninsula, they were the maritime power as to protect their interest in the lucrative maritime route. Networking without controlling the maritime does not work then.
Chinese accounts was a dominant source that described the polity, establishment, states and country in Southeast Asia due to their diplomatic and trade affair. Since their dynasty and empire were far more advance, their worldview can be describe as the most credible compared to others.
Murphy also wrotes; “Thirdly, the architectural remains of Bujang Valley are also telling. Over a period of 700 – 900 years (ca. fifth to thirteenth centuries), temples remained essentially small-scale. This is in stark contrast to other Southeast Asian cultures such as Angkor in Cambodia, Bagan in Myanmar, or among the Cham of Vietnam.....”
In other word, Murphy indicate that the absence of grand structure in Bujang Valley to recognised as a kingdom. This issue had been explained by local researchers where Bujang Valley did not have sufficient manpower and building material to build such grand structure. In our opinion although iron mining and smelting was labour intensive, but compared to agrarian kingdom, where the population might gone thru lay-off period, probably while waiting for harvest or planting season. During lay-off, the population could join or asked by the ruler to join the construction work. Unlike Bujang Valley population, who were tight to maritime and iron industry all year round. Most probably, there were no lay-off period.
Maritime economy is a complex system that requires a complex administration that could only belong to a kingdom. But not only maritime, Bujang Valley was also driven by industrial economy which makes it even more complex and complicated.
In the essence, agrarian society might have different sets of belief system that requires them to build a huge monument as symbol of devotion to their gods. In contrast, Bujang Valley population devotes to the power who control the sea and land. Mount Jerai might already represent the power who control of the land and the sea.
Copy and paste:
27/9/2022 : 30 Safar 1444H: 4.39 pm

PEMBUKTIAN BAHASA : PERBEZAAN HOMO ERECTUS DENGAN HOMO SAPIENS

SUMBER: PROF.DR. SOLEHAH YAACOB

Teori Darwin yang mendakwa bahawa manusia berasal daripada keturunan kera, yang melalui beberapa proses evolusi ternyata tidak benar. Malah, ramai ahli sains sama ada dalam kalangan Muslim atau bukan Muslim mempertikaikan kebenaran teori tersebut. Pada pertengahan abad ke -20, teori ini sudah tidak digunakan lagi. Penerangan tentang kejadian manusia yang dihuraikan oleh Al-Quran ternyata lebih jelas dan logik, apabila Allah SWT menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami, di samping huraian yang berbentuk satu per satu dan disertakan dengan hujah yang mudah diterima akal.

Ahli sains membahagikan makhluk pada peringkat awal kejadian manusia kepada dua jenis, iaitu Homo erectus dan Homo sapiens. Homo erectus dipercayai wujud lebih awal daripada Homo sapiens, dan berkemungkinan makhluk yang sentiasa melakukan pertumpahan darah di atas muka bumi seperti yang dirakamkan dalam Al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 30:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُون

Maksud: Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah bumi.”Mereka bertanya(tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan) padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu ? “ Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah al-Baqarah 2: 31-33)

Menurut ahli sains, kejadian Homo sapiens ini pula merujuk kejadian Nabi Adam a.s dan anak cucunya. Apabila Nabi Adam a.s diturunkan ke dunia, baginda dan Hawa diajarkan oleh para malaikat cara untuk melalui kehidupan di dunia, termasuk cara berpakaian, berkeluarga dan cara menyediakan makanan. Kitab tafsir banyak menceritakan secara terperinci kisah antara Nabi Adam a.s dengan isterinya Hawa yang dihukum oleh Allah SWT kerana termakan hasutan syaitan yang memakan buah daripada pohon terlarang di syurga.

Menurut Ibnu Kathir (1997:237), Nabi Adam a.s diturunkan di India, di sebuah tempat yang dikenali sebagai Wasssim yang terletak di lembah Bahil, iaitu di antara Ad-Dahnaj dengan Al- Mandal. Manakala Hawa pula diturunkan di Makkah, Ibnu Abbas pula berpendapat bahawa Nabi Adam a.s diturunkan di Dihna yang terletak di antara Makkah dan Taif (Ibnu Kathir, 1997:237). Walaubagaimanapun, Hassan Basri berpendapat bahawa Nabi Adam a.s diturunkan di India, Hawa di negara Arab dan ular yang ada bersama-sama mereka di syuga diturunkan di Isfahan, Iran, manakala iblis di Bostiman, Iraq. Abu Musa al- Ashaari, daripada aliran al-mutakalim percaya bahawa sebelum Nabi Adam a.s diturunkan di dunia,baginda diajarkan berbagai-bagai bahasa seperti firman Allah SWT dalam Surah al- Baqarah, ayat 31-33:

وَعَلَّمَ آدَمَ الأسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33

Maksud: Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda gunanya kemudian ditunjukkannnya kepada malaikat,lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepada-Ku nama benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.” Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (ya Allah) kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa-apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda ini semua kepada mereka.” Maka setelah Adam menerangkan nama benda itu semua kepada mereka, maka Allah berfirman: “Bukankah Aku telah mengatakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa-apa yang kamu nyatakan dan apa-apa yang kamu sembunyikan?!”
(Surah al-Baqarah 2:31-33)

Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju bahawa pertemuan antara Nabi Adam a.s dengan isterinya Hawa terjadi di Padang Arafah. Persoalan bahasa pertuturan Nabi Adam a.s ketika di syurga masih tidak mempunyai jawapan yang tepat dan saintifik. Namun begitu, huraian dan hujahan tentang bahasa Semitik melalui kesan yang ditemukan oleh pakar bahasa mungkin boleh membantu untuk memberikan petunjuk bagi menjawab persoalan ini. Sebahagian daripada para orientalis percaya bahawa bahasa Arab Fushah merupakan induk (asal) kepada bahasa Semitik yang lain, berdasarkan dalil bahawa bahasa ini (bahasa Arab Fushah) mewakili keseluruhan laras bahasa Semitik. Tambahan pula, bahasa Arab Fushah ternyata masih digunakan dan dikaji sehingga sekarang, berbanding dengan kebanyakan bahasa lain di bawah kumpulan yang sama, telah pupus dan tidak digunakan lagi. Para ulama Islam hakikatnya telah pergi lebih jauh untuk membuktikan teori mereka bahawa bahasa yang dituturkan oleh Nabi Adam a.s ialah bahasa Arab Fushah.

Pembuktian ini ternyata tiada pengakhirannya kerana selain ulama Islam, ahli kitab dan cendekiawan agama Yahudi dan Nasrani pula cuba untuk membuktikan bahawa bahasa yang dituturkan oleh Nabi Adam a.s ialah bahasa Siryani atau Aramaik atau Hebrew, walaupun perbahasan ini dilihat tidak lebih daripada kajian yang dijalankan bagi membuktikan bahasa asal sesuatu kumpulan bahasa. Profesor Jawad Ali dalam bukunya Al-Mufassal fi Tarikh al- ‘Arab Qabl al-Islam percaya kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Yahudi dan Nasrani dalam pembuktian mereka ternyata berat sebelah dan perlu dianalisis oleh umat Islam.

Copy and paste: 27 September 2022 : 30 Safar 1444H: 8.47 am

MIGRASI BANGSA MESOPOTAMIA DAN PERKAITAN DENGAN NUSANTARA SERTA RUMPUN BAHASA MELAYU


Hakikatnya, Dunia Melayu kaya dengan sejarah dan sasteranya. Penggunaan tulisan Sanskrit merupakan bentuk penyampaian yang terawal yang dijumpai oleh para ahli linguistik sejarah.
Penemuan lima batu bersurat di Sumatera Selatan (Pulau Bangka iaitu di Kota Kapur, Kedukan Bukit, Telaga Batu, Talang Tuwo dan Karang Berahi). Kelima-lima batu bersurat ini dipamerkan di Museum Nasional Jakarta (2015: 19). 
Namun begitu, para ahli linguistik sejarah telah berbeza pendapat tentang tarikh wujudnya batu-batu bersurat tersebut. Persetujuan umum yang telah disepakati untuk batu bersurat Kedukan Bukit yang dianggap terawal bertarikh 682 Masehi iaitu pada kurun yang ke 7. 
Ahli Sejarah bersependapat bahawa penceritaan di atas batu bersurat ini berkisar tentang perjalanan raja-raja yang memerintah dan undang-undang yang dilaksanakan pada ketika itu. Jika diamati tarikh yang ke 7 Masehi ini merupakan kerangka masa pemerintahan Kerajaan Srivijaya. Maka ahli-ahli sejarah beranggapan bahawa penceritaan di dalam batu-batu bersurat ini berkisar cerita dan kisah Kerajaan Srivijaya (2015:19).

Ternyata tulisan yang digunakan adalah tulisan Pallava yang berasal dari selatan India. Terdapat ungkapan-ungkapan Sanskrit yang kebanyakkan bahasa ini berpaksikan kepada pengaruh agama Buddha Mahayana yang merupakan agama orang-orang di Sumatera Selatan pada ketika itu. Antara yang menarik perhatian tentang batu-batu bersurat ini perkataan siddhayatra yang bermaksud perjalanan yang suci untuk mendapatkan kekuasaan. 
Selain itu perkataan-perkataan lain yang digunakan adalah seperti vihara(bihara), parashaksu (pengintip), drohaka(derhaka), ywaraja(raja muda), rajaputra(putra raja), danda(denda), vaniaga(peniaga), bhakti(bakti) dan selainnya(2015:19). Perkataan-perkataan ini telah menggambarkan pemerintahan beraja dan hubungan sosial pada ketika itu.

Apa yang menarik di sini adalah penggunaan bahasa Sanskrit – yang pada pendapat penulis – merupakan langkahan besar untuk membuat kesimpulan tentang teori asal usul migrasi Austronesia ke Dunia sebelah Timur dan ke Madagaskar yang mewakili Dunia sebelah Barat.

H.G. Wells di dalam bukunya The Outline of History telah menyebut di antara kumpulan besar the languages of Mankind adalah dari Aryan family yang terdiri dari seluruh bahasa bangsa Eropah (Inggeris, Perancis, German, Sepanyol, Itali, Greek, Russia, Armenia), manakala Asia pula diwakili oleh Parsi dan sebahagian besar bahasa-bahasa yang dipertuturkan oleh orang-orang di lembah Indus atau lebih dikenali sebagai India (H.G. Wells, 1956, Jilid 1: 118).

Golongan Aryan ini telah menggunakan bentuk sintaksis yang sama seperti Inggeris father, mother, German vater, mutter, Latin pater, mater, Greekpater, meterPerancis pere, mere, Armeniahair, mair, Sanskritpitar, materdan sebagainya. Persamaan yang terdapat adalah penggunaan huruf f, p, v, h dan m apabila berlaku pertukaran geografi namun konsep sebutan masih agak sama. Beliau berpendapat migrasi keturunan Aryan ini telah berlaku lebih kurang 8000 tahun dahulu atau kemungkinan lebih dari itu (ms 118). 

Sekiranya dakwaan Profesor H.G. Wells ini benar maka sebelum banjir besar Nabi Nuh sudah berlaku penghijrahan manusia. Ini kerana penemuan sisa kapal Nabi Nuh2 oleh RonWyatt pada 1977 dan ahli-ahli Sains Turki dan China pada 2010 (https://moeflich.wordpress.com/2007/11/24/perahu-nabi-nuh-ditemukan).

Kenyataan ini ada benarnya kerana migrasi manusia ini juga telah berlaku di Asia Selatan sebagaimana penemuan-penemuan terawal manusia purba sudah wujud antaranya Perak Man begitu juga kesan-kesan sejarah terawal Lembah Bujang yang dipercayai merupakan laluan utama untuk menghubungkan India dan China. Perlu diingat bahawa orang-orang Aryan atau disebut sebagai orang-orang Aari di dalam bahasa Arab. Mereka ini berasal dari pergunungan Afghanistan, Pakistan, Parsi dan India di mana mereka ini adalah penganut Agama Buddha dan Hindu. Pada ketika itu tidak ada persempadanan untuk membezakan samada orang-orang Aryan ini berasal dari persempadanan Afghanistan, Pakistan,Parsi atau India . Justeru, ahli sejarah telah membuat kesimpulan bahawa asal usul Bangsa Aryan ini adalah dari pergunungan Afghanistan, Pakistan Parsi dan India dan bahasa yang digunakan adalah Bahasa Aryan yang terdiri dari sebutan dan tulisan Bahasa Sanskrit (https://www.britannica.com/topic/Indo- Aryan-languages, http://www.iranicaonline.org/articles/aryans ).

Mereka ini telah melakukan penghijrahan atau migrasi terawal ke barat, timur dan selatan termasuklah Asia Tenggara. Dipercayai golongan yang memasuki Asia Selatan dan seterusnya Asia Tenggara adalah bangsa Aryan yang berasal dari India atau disebut sebagai Lembah Indus. Hasil dari migrasi ini maka tersebarlah Agama Buddha dan Hindu di Asia Tenggara melalui tulisan-tulisan Sanskrit yang dipercayai adalah bahasa kitab-kitab suci Agama Buddha dan Hindu. 
Penelitian ini telah dibuktikan dengan kewujudan Kerajaan Srivijaya di Sumatera dan Kerajaan Majapahit di Tanah Jawa, Indonesia. Untuk mengukuhkan lagi hubungan antara lembah Indus, Mesopotamia dan Asia Tenggara Mattiebelle Gittinger dalam bukunya Master Dyers to the World: Technique and Trade in Early Indian Dyed Cotton Textiles (Lynda Shaffer, 1994: 2) telah menyebut bahawa pada tahun 2300 sebelum Masehi penduduk lembah Indus memulakan teknik mewarna kain kapas. Perusahaan ini telah mendapat sambutan sehinggakan dieksport ke bahagian lain seperti Mesir, Eropah, Mesopotamia dan Asia tenggara.

Selain itu, Paul Wheatley di dalam bukunya The Golden Khersonese: Studies in the Historical Geography of the Malay Peninsula Before A.D. 1500` (1994: 3) telah menyebut bahawa diakhir pemerintahan Mauryan Empire sekitar 321-185 sebelum Masehi Siberia telah menjadi sumber emas utama India namun terdapat halangan golongan nomad di Asia tengah yang mengganggu proses penghantaran emas ke lembah Indus ini. Maka pelaut-pelaut dari India ini cuba mengalih pencarian sumber emas ini ke Semenjung Melayu dan pulau-pulau kecil sekitar di Indonesia. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan bullion (emas padu atau emas dalam bentuk batangan) yang biasanya dibuat oleh orang-orang India dan Arab.

Hasil dari pertukaran tempat mencari sumber emas oleh pelaut-pelaut India ini, maka laluan perairan di Asia Tenggara telah menjadi perdagangan antarabangsa ketika itu. Justeru, dakwaan yang menyatakan bahawa pelayaran merupakan kemahiran yang dimiliki oleh bangsa Austronesia yang merangkumi Madagaskar dan Afrika Selatan sehingga ke Asia Tenggara boleh diterima akal. Justeru, penulis berpendapat tarikh awal penemuan batu bersurat di Kedukan Bukit di Pulau Bangka Sumatera Selatan pada 682 Masehi iaitu bersamaan kurun yang ke 7 adalah agak baru.Ini kerana kurun ke 7 merupakan zaman kegemilangan Islam, bermulanya zaman pemerintahan Khalifah ar-Rashidin yang diketuai oleh Abu Bakar as-Sidiq yang berpusat di Madinah.

-Prof. Dr. Solehah Yaacob
Copy and paste: 27/9/2022 : 30 Safar 1444H. 8.01 am

Keturunan Alam Melayu dan Bahasa


Bahasa Melayu merupakan sejumlah bahasa yang mendominasi rumpum Austronesia (Asmah Omar, 2015: 3). Bahasa-bahasa tersebut menguasai sebahagian lautan dan tanah besar. Ia terentang dari kawasan pergunungan Taiwan, turun ke Selatan hingga ke New Zealand. Manakala dari Madagaskar hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik (2015: 13). 
Justeru, Bahasa Melayu dikenali sebagai keanggotaan di dalam rumpun Austronesia. Ia mempunyai perkaitan dengan bahasa-bahasa di Lautan Pasifik seperti bahasa Hawaii, Samoa, Fiji dan Moari, begitu juga dengan bahasa Malagasi di Madagaskar dan bahasa-bahasa lain yang terdapat di pergunungan Taiwan. Bahasa-bahasa ini dianggarkan 1500 dan 2000 tahun. Ini disebabkan sebahagian besar bahasa-bahasa ini belum dikaji, menyebabkan agak sukar untuk menentukan yang mana bahasa dan dialek (Asmah Omar, 2015: 2). 
Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Graham Thurgood (1999) bahawa bahasa Cham (the Chamic languages) yang terdiri dari bahasa Melayu Champa wujud semenjak 2000 tahun yang silam yang mempunyai kaitan rapat dengan bahasa Acheh. Di mana banyak artifak-artifak yang masih berselerak tidak dikaji. Antara bentuk disyallabik Melayu, Acheh dan Champa; malam (Melayu), malam (Acheh) dan milam (Champa), merah (Melayu), mirah (Acheh) dan miryah (Champa), perak (Melayu), pirak (Acheh) dan pirak (Champa).

Selain itu terdapat teori yang lain berpendapat bahawa bahasa-bahasa Austronesia ini telah merebak penyebarannya ke rumpun-rumpun yang lain seperti Indo-Eropah, Sino-Tibet atau rumpum Austroasia yang terdiri dari bahasa Munda, Mon-Khmer, Nicobar, Assam-Khasi dan bahasa-bahasa Orang Asli di Semenanjung Malaysia (2015: 2). 

Apakah yang dimaksudkan dengan rumpun? 
Asmah Omar dalam Ensaiklopedia Bahasa Melayu telah mentakrifkan `rumpun` merupakan kumpulan bahasa yang bersumberkan bahasa-bahasa Austronesia. Sumber ini adalah bahasa awal, yang dinamakan bahasa proto yang telah wujud semenjak kira-kira 5000 tahun yang lalu. Anggaran ahli sejarah linguistik bahawa tempoh sesuatu rumpun mampu menyebarkan bunyi, susunan kosa kata dan perubahan dasar kata mengambil masa kira-kira 2500 hingga 5000 tahun. Oleh itu, ahli sejarah linguistik cuba mengaitkan rumpun Austronesia dan rumpun Austroasia di mana kedua-dua rumpun ini dikatakan berasal dari nenek moyang yang sama atau dikenali sebagai filum Austrik (2015: 3).

Terdapat beberapa teori mengapa ahli linguistik sejarah cuba mengenengahkan asal-usul migrasi orang-orang Austronesia dari tanah asal moyang mereka. Antaranya teori yang berpendapat pergerakkan migrasi ini berlaku dari utara ke selatan, iaitu dari daratan China ke pergunungan Taiwan. Namun ada pula yang berpendapat migrasi ini telah menyusuri pantai China Selatan dengan melalui Vietnam, Kemboja, pantai Teluk Siam dan melalui Semenajung Tanah Melayu dan seterusnya migrasi ini telah bertebaran ke pulau-pulau selatan. Dari situ, maka bermulalah pelbagai migrasi ke timur dan barat seperti ke Madagaskar (2015: 10).

Teori-teori yang dikemukakan di atas, jelas menunjukkan bahawa ahli lingusitik sejarah masih lagi tidak dapat mencapai kata sepakat tentang asal usul bangsa Austronesia dan bahasa mereka. Ini terjadi kerana teori yang dikemukakan masih kabur kerana tidak berpaksikan kepada dasar asal usul keturunan manusia itu sendiri. Justeru, penulis telah merakamkan beberapa isu yang dianggap primer di peringkat awal penulisan makalah ini apabila menceritakan asal usul bahasa dan keturunan manusia. 
Begitu juga sekiranya pengaruh bahasa Sanskrit yang menjadi bahasa suci bagi agama Buddha dan Hindu di Alam Nusantara pada suatu ketika dahulu hanya berdasarkan kepada penemuan lima batu bersurat di Sumatera Selatan yang dijadikan sebagai ukuran asas, maka ia masih lagi jauh untuk mencapai satu keputusan yang jitu. Justeru asal usul bahasa Melayu atau rumpun Austronesia perlu dikaji, disemak, diteliti semula dan diberi perhatian khusus oleh pihak berwajib bertujuan mencapai konsensus dari sudut authentiknya. Manakala sejarah Keturah dan perkaitannya dengan Nabi Ibrahim a.s masih memerlukan banyak kajian-kajian ilmiah yang perlu dibongkar di mana kajian-kajian ini perlu berterusan tanpa lelah.

-Dimiliki oleh Prof. Dr. Solehah Yaacob

Copy and paste: 27/9/2022 : 30 Safar 1444H: 7.54 am

ANAK-ANAK NABI ADAM A.S

SUMBER: PROF.DR. SOLEHAH YAACOB

Anak-anak Nabi Adam a.s. kesemuanya dilahirkan kembar. Catatan maklumat tidak sependapat tentang jumlah generasi pertama anak-anak Nabi Adam a.s ini. Ada yang berpendapat Hawa bersalin 9 kali setiap kali bersalin melahirkan kembar empat. Ada pula yang berpendapat tujuh kali setiap kali bersalin melahirkan kembar empat. Ada yang berpendapat 12 kali bersalin dan setiap kali bersalin melahirkan kembar empat.

Saya dapati bahawa pendapat pertama lebih tepat iaitu anak-anak Nabi Adam a.s. adalah seramai 36 orang tidak termasuk Seth.

Catatan sejarah tidak menceritakan kisah anak-anak Nabi Adam as yang lain kecuali Habil dan kembarnya Liyouta atau Labuda, Qabil dan kembarnya Iqlima atau Ashouth dan Seth dan kembarnya Hazoura yang juga merupakan isterinya (Namun ada pendapat yang menyatakan Seth telah diahirkan berseorangan tanpa pasangan).

Anak-anak Nabi Adam a.s. berkahwin dengan adik beradik mereka sendiri kerana umat manusia belum berkembang biak pada ketika itu. Terdapat catatan sejarah menyebut bahawa Nabi Adam a.s. melarang Seth dan anak-anaknya berkahwin dengan anak-anak Qabil. Justeru Seth berkawin dengan kembarnya sendiri iatu Hazoura. Kenyataan ini memberi kefahaman kepada kita bahawa keturunan manusia (Homo Sapien) ini membiak melalui dua keturunan anak nabi Adam as iaitu dari keturunan Seth dan Hazoura yang mana dari keturunan ini maka terlahirlah nabi-nabi yang dilantik oleh Allah Azzawajalla.

Manakala anak cucu Qabil pula terdiri dari golongan yang kasar dan gasar namun ada juga anak cucu Nabi Idris berkahwin dengan keturunan Qabil ini seperti Nabi Nuh yang berkahwin dengan Amzarah yang merupakan anak kepada Bahwil/Barakil anak kepada Mahwil cucu kepada Khanukh dan Azbun yang merupakan satu-satunya keturunan Qabil. Selain dari Nabi Nuh as, Mathuselah anak kepada Enouch atau Nabi Idris as telah berkahwin dengan Araban merupakan anak perempuan kepada Izrail yang merupakan adik beradik Mahwil anak kepada Khanukh dan Azbun.

Catatan juga menyebut bahawa Nabi Idris as juga telah berkahwin dengan keturunan Qabil iaitu Adanah anak kepada Bahwil/Barakil. Begitu juga Lamech/Lamik ayah kepada Nabi Nuh as telah berkahwin dengan anak perempuan Batnush di mana Batnush adalah anak perempuan Bahwil/Barakil juga adik beradik Adanah. Kenan anak kepada Enos/Yanish telah berkahwin dengan Dinah anak kepada Bahwil/Barakil. Adapun anaknya Kenan iaitu Mahilalel telah berkahwin dengan Sam`an juga anak kepada Bahwil/Barakil. Manakala anak Mahilalel Jared/Yarid berkahwin dengan Barakna yang merupakan anak perempuan Darmasil adik beradik Bahwil/Barakil anak Mahwil. Setakat ini boleh dikatakan perkahwinan generasi ini berlaku sekitar anak Bahwil/Barakil kecuali Jared/Yarid yang telah berkahwin dengan anak Darmasil iaitu Barakna.

Seth a.s telah berkahwin dengan kembarnya Hazoura, yang telah dikuniakan beberapa orang anak tapi yang tertulis di dalam dokumentasi adalah Noam (Ni`mat) dan Enos(Yanis). Kemudian diikuti oleh Kenan an lain-lain sebelum sampai ke Nabi Idris a.s. Perkahwinan keturunan Seth a.s. kebanyakannya dengan kembar mereka atau sepupu dari keturunan Qabil. Ini termasuklah anak cucu Qabil dari Khanah dan Azbun dan anak-anak mereka seperti Izrail, Arad, Mahwil, Anush dan Moolisht. Walaupun terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Adam a.s melarang Seth a.s dan anak cucunya berkahwin dengan keturunan Qabil. Namun, sesudah kewafatan Nabi Adam a.s seruan InI tidak dituruti lagi.
Copy and paste: 27/9/2022 > 30 Safar 1444H: 7.45 am

Monday, 26 September 2022

Postcard from Zaharah: British library curator gets award


By: Zaharah Sulaiman > NEW STRAITS TIMES : 21 August 2022

LONDON: When Datuk Dr Annabel Teh Gallop, lead curator for Southeast Asia Collections at the British Library in London, informed me that she would be one of the six recipients of the Merdeka Award 2022, my reaction, and her take on the acknowledgement of her contributions, couldn't have been more different.

It was a long time coming, I said to the one I have known for more than 40 years, whose friendship I have long cultivated and whose knowledge of the Malay world I have been envious of.

Her reply, typical of the humble albeit much knowledgeable and respected curator, was: "I feel so malu (shy).

"There are award winners who helped the less fortunate, the underprivileged."

This was in London about a month ago when I was sworn to secrecy about the event that was to be held at the Grand Hyatt in Kuala Lumpur.

I'd say this again. The well-deserved award had taken its time to reach her. I was excited as my husband and I were to be her guests at the grand ceremony graced by Sultan of Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah and his wife, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Two days ago, watching Gallop, who was born in the cathedral city of Winchester, walk the few steps to receive her award from the royal patron and chairman of the Merdeka Award Trust, I couldn't help but reflect on her journey in the Malay world, which she intermittently shared with me and had me hijacked into her realm of Malay manu-scripts.

We met at the BBC World Service in the mid-1980s where she was a senior producer for the Indonesian and Malay section, after receiving her BSc from the University of Bristol in 1982. At that time, I was a programme assistant with the Malay service.

She then studied at the School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, where she received her MA in 1985 and did her PhD dissertation on "Malay seal inscriptions: A study in Islamic epigraphy from Southeast Asia" in 2002.

It was as curator of the Malay and Indonesian collections at the British Library that our friendship took a different dimension, changing my life as I became more interested and increasingly jealous of her knowledge of the Malay world that I should have acquired as a Malay.

Generous in sharing her wealth of knowledge, Gallop roped me in to identify old Malay documents, books and newspapers to be microfiched for a library in Singapore.

Her knowledge of what (magazines, books, newspapers such as Jawi Peranakan) was available in the belly of the British Library, which was then in Blackfriar's Road, blew me away.

Without giving a second glance or a thought, she would know on which shelf and in what row an item was stored.

That reintroduced me to a new world, with work on a touring exhibition of Malay Letters that she collaborated with the National Archives Malaysia.

I worked on the catalogue and, encouraged by Gallop, I did a documentary on Warisan Warkah Melayu.

That documentary took me on a journey to Berlin to see the most beautiful Malay letter from Sultan Ahmad of Terengganu to Baron Van de Capellan in 1824.

Gallop amazingly identified beautiful Malay letters in different parts of the world for me to document and her expert knowledge made the documentary an award-winning one.

From her, I learnt about the importance of seals as used by sultans in their epistles to other rulers. The position of the seals says something about the relationship between the sender and the receiver.

From her endless enthusiasm and gentle nudges, I embarked on my own journey into the world of Malay manuscripts by taking a Master's degree in Traditional Malay Literature at SOAS.

Gallop shared her vast knowledge with me, including teaching the meanings of the symbols and illustrations used in Qurans from different parts of the world.

One look at a Quran and Gallop would instantly know whether it's from the northeast of Malaysia or from another part of the world.

Before Covid-19, Gallop travelled far and wide as a guest speaker to talk about Malay manuscripts and the Malay world.

During the lockdowns, more benefited from her talks via Zoom.

On Friday, she was one of the six recipients, comprising influential individuals and organisations, honoured with the award.

For Gallop, a human compendium and treasure trove of information on things, manuscripts and the Malay world, it was an award for her outstanding contributions to Malaysians.

"I am surprised, humbled and touched, and especially delighted because it helps to highlight the wonderful world of manu-scripts as a direct voice from the past.

"Sometimes people think that all the important Malay manuscripts have already been studied, but I want to stress that there are many new, unread and unstudied manuscripts. Each one will yield its unique voice and perspective.

"What you need is patience to read slowly and carefully. You also need to try and be open to different ways of seeing things in the past, and to try not to interpret everything from current perspectives," said Gallop.

Indeed patience is important, especially when deciphering delicate and tiny symbols on a seal.

Gallop jealously guards her manuscripts. While she welcomes parties of people interested in viewing them, pencils must not be taken into the viewing room.

You can see but must not touch any of the precious items.

People looking at old Malay letters with seals made of black soot have been known to rub them, inevitably erasing history.

Gallop received the Darjah Setia DiRaja Kedah in 2014.

"I am so grateful to the Merdeka Award for highlighting the work that curators, librarians and archivists do in carefully preserving written heritage, not merely storing it away, and how we are constantly working to interpret historical sources.

"We also emphasise their relevance and how they can shed light on our understanding today," said Gallop, whose acceptance speech stressed that she is anak Kedah.

Her mother, Teh Siok Lay, 89, from Changlun, but who's now in London, made her promise to tell her audience that she is from Kedah. And she did.

The Outstanding Contribution to the People of Malaysia of the Merdeka Award couldn't have gone to a better person.

"Many of us in the Malay world have benefited from her knowledge."

I, for one, a Malaysian, have gained so much of the world I had been taking for granted.

Copy and paste: 26/9/2022 > 20 Safar 1444H: 8.48 pm