ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 30 June 2020

30 TANDA-TANDA HATI KOTOR

1. Gelisah walaupun tiada masalah.
2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.
3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.
4. Tidak amanah dan mungkir janji.
5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.
6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.
7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.
11. Menyampaikan ilmu dengan riak.
12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.
13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.
14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.
15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)
16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.
17. Solat yang tidak khusyuk.
18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.
19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.
20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.
21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.
22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.
23. Suka bergosip dan menabur fitnah.
24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.
25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat.Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.
26. Pendendam.
27. Penting diri dalam semua hal.
28. Berpura-pura dan suka membodek.
29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.
30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.
Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.
- tok pakir (fb)
Copy and paste : 30 June 2020 / 8 Zulkaedah 1441H : 12.08 pm

Sunday, 28 June 2020

OPS GUBIR 2 - 1976



Operasi Gubir 2 (20 April 1976 hingga 3 Mei 1976)

Bagus sebagai informasi untuk generasi2 terkini. Kisah - kisah sejarah & perjuangan yg tidak harus dilupakan

Susulan kepada pertempuran dan serang hendap yang dilancarkan oleh pengganas komunis, Angkatan Tentera Malaysia mengambil keputusan untuk melancarkan serangbalas terhadap musuh disebuah kawasan yang disyaki kubu kuat mereka. Dianggarkan 400 anggota pengganas berkubu disitu berserta dengan 3,600 jerangkap samar yang telah dipasang sekitarnya.
Operasi dirancang berdasarkan maklumat SEP (Surrendered Enemy Personnel) yang dikenali sebagai Abdullah. Dia mengatakan yang dia telah dilatih disebuah kem di kawasan pergunungan berhanpiran sempadan Thai. Kem tersebut mampu menempatkan beberapa ratus pengganas komunis dan dilengkapi dengan generator elektrik dan juga mesin cetak. Bagaimanapun dia tidak dapat memastikan lokasi kem tersebut dengan tepat. Seorang pegawai tentera mengatakan dia pernah nampak kawasan kebun sayur seperti yang dikatakan oleh Abdullah dan mahu Abdullah mengikutnya untuk mengecam kawasan tersebut. Bagaimanapun Abdullah enggan kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk melakukan tinjauan dari udara.

Formasi yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Markas 2 Divisyen Infantri - Mej Jen Dato' Mahmood Sulaiman
2. Markas 6 Briged Infantri - Brig Jen Dato' Arul Pragasam
3. Rejimen Gerak Khas Malaysia (1 RGKM) - Lt. Kol Hasbullah Bon
4. Markas Jurutera 2 Divisyen - Lt. Kol Mei York Chee
5. No. 3 Skuadron Jurutera - Mej Akhbar Khan
6. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Kekuatan Pasukan Penggempur - X Skuadron, 1 RGKM (60 sukarela)
a. Ketua Skuadron - Kapt Sudirman Haji Ahmad
b. Ketua Terup - Lt Aziz Rashid & Lt Azizan
c. Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) - 57 orang

Kekuatan Detasmen Jurutera - Gabungan 1 & 2 Terup, 3 Skuadron Jurutera
a. Ketua - Lt. M Basri (23 Apr hingga 25 Apr 1976), diambilalih Lt. M Mior Safian
b. LLP - 18 anggota

Tugasan Utama Jurutera - membantu pasukan komando RGKM
a. membina tempat mendarat helikopter
b. membersihkan jerangkap samar

Serangan Udara
Pada 16 April 1976, jet-jet CL-41G Tebuan dari No. 6 Skuadron dan F5E Tiger II dari No. 12 Skuadron TUDM telah terlibat dalam melakukan serangan udara. Sebahagian Tebuan dilengkapi dengan mini-gun dan roket, manakala sebahagian lagi membawa bom-bom 500 lbs. Helikopter Allouette bertindak sebagai Forward Air Controller (FAC) untuk menandakan sasaran.
Serangan pertama tidak memberi banyak kesan kerana kawasan hutan tebal cukup memberi perlindungan kepada sasaran. Bagaimanapun serangan bertubi-tubi itu akhirnya berjaya membuatkan sebahagian besar pengganas komunis berundur ke sempadan Thai melalui terowong khas yang telah mereka bina. Laporan yang diterima keesokkannya menunjukkan terdapat kesan-kesan darah dikawasan sasaran.

Pendaratan Pasukan Penggempur.
Percubaan pertama gagal kerana mereka diserang terlebih dahulu oleh penganas komunis. Percubaan kali ke-2 diiringi oleh helikopter gunship Allouette. Anggota-anggota komando Gerakhas (RGK) menggunakan 3 buah helikopter Nuri untuk masuk ke kawasan sasaran. Ini adalah satu-satunya cara 'insertion' kerana kawasan sekitar telah dipasang banyak jerangkap samar.
Helikopter ke-2 mula-mula menurunkan anggota, bagaimanapun teknik rapelling tidak dapat dilakukan kerana tali tersangkut dipokok. Kaedah winching (menggunakan kabel yang dijana mesin) kemudian digunakan. Bagaimanapun, kedatangan mereka disedari oleh pasukan musuh. Pengganas komunis menembak helikopter dengan pelancar grened M79 tetapi tersasar mengenai pokok.
Pertempuran berlangsung selama kira-kira setengan jam. Kedudukan tersebut akhirnya berjaya ditawan oleh RGKM tetapi memakan korban dengan 11 anggota RGK terbunuh, manakala 22 pengganas komunis dapat dibunuh. Mereka meneruskan pembersihan jerangkap samar dikawasan laluan dan menyediakan Landing Point (LP) untuk pendaratan anggota Jurutera yang akan meneruskan kerja-kerja memusnahkan jerangkap samar serta membuat penyiasatan dan kajian lanjut keatas terowong yang ditemui.

Dalam proses pengeledahan dan pembersihan 3 anggota cedera RGK telah tercedera terkena jerangkap samar, mereka ialah:
1. Sjn Ahmad Jantan - cedera parah dikaki
2. Truper Yaacob Hassan - cedera parah dikaki
3. Truper Hussin Mahbeb - cedera parah ditangan
Pembersihan Dalam Terowong
Pembersihan didalam terowong diteruskan pada 25 April 1976. Laluan dalam terowong yang telah dibersihkan dari jerangkap samar akan diletupkan. Tugas ini dilaksanakan oleh Terup 1 dan Terup 2 dari 3 Skuadron Jurutera. Ketika didalam terowong, team yang diketuai oleh Lt Meor telah berada jauh dihadapan. Lt. M Basri dengan ditemani L/Kpl Abdullah pula menuruni 31 anak tangga didalam terowong tersebut. Mereka menggunakan lampu suluh kerana suasana didalam terowong itu agak gelap. Ketika itu Lt M Basri terlihat satu guni beras yang diletakkan disebelah kiri laluan dan mengesyaki terdapat jerangkap samar disitu. Beliau mengarahkan anggota-anggota lain mengikuti rapat disebelah kanan.
Sebaik saja Lt. Muda Basri melangkah kakinya ke kanan, tiba-tiba berlaku satu letupan kuat. Dia rebah dan senjata yang dibawanya terpelanting. Dia telah mengalami kecederaan dipunggung. Ketika itu juga L/Kpl Abdullah menjerit memberitahu bahawa dia tercedera didada. Sememangnya jerangkap samar itu dipasang pada ketinggian yang menjadikan jantung sebagai sasaran. Beliau diusung naik keluar dari terowong dalam keadaan parah dan setibanya di permukaan, beliau menghembuskan nafas terakhir.

Tragedi Nuri Ditembak Jatuh - 26 April 1976

Sebuah helikopter Nuri yang membawa bekalan peluru, bahan letupan (untuk memusnahkan terowong) dan juga 11 penumpang serta krew telah ditembak jatuh oleh pengganas komunis. Berikut adalah senarai mangsa yang terkorban didalam tragedi itu:
Lt (U) Chung Ming Teck PTU, No. 10 Skuadron, Kapten pesawat
Lt (U) Wan Munsiff bin Wan Salim KPK, No. 10 Skuadron, Co-pilot
Sjn Leong Yee Heng PTU, No. 10 Skuadron, AQM
Kapt (U) Choo Yeok Boo PGB, No. 7 Skuadron (Kapten)
Kapt (U) Mustapha Kamal bin Mohamad Shafie KPK, No. 7 Skuadron (Co-pilot)
Mej Haris bin Rejab, MMLO Haadyai
Kapt Sulaiman bin Abdullah, 6 Briged Infantri
Lt Ibrahim bin Zakaria, Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
Sjn Kamis bin Dolmat, Batalion ke-3 RAMD
L/Kpl Kamarulzaman bin Zakaria, X Skuadron Rejimen Gerakhas (RGK)
L/Kpl Suandi bin Saim, X Skuadron RGK

Pada 27 April 1976, elemen Jurutera dan sebahagian anggota komando dikeluarkan dari kubu pengganas tersebut setelah berjaya memusnahkan terowong dan bunker. Mereka bergerak menuju ke "extraction point". Helikopter melakukan bebrapa penerbangan ulang-alik sehinggalah ia disedari oleh sepasukan pengganas komunis. Penerbangan terpaksa dihentikan, baki 18 anggota komando RGK terpaksa ditinggalkan dan mereka diarah melakukan RV (rendezvous) disatu kawasan berhampiran LP (landing point) dimana sepasukan komando akan menanti ketibaan mereka untuk dibawa keluar.

1 Mei 1976

Kumpulan 18 anggota komando itu diketuai oleh Lt. M Aziz Rashid (bersara Lt. Kol). Dianggarkan terdapat seramai 60 pengganas komunis mengepung lokasi mereka. Kawasan ini ditanam dengan anak pokok getah. Pengganas komunis datang dengan menaiki lori. Lt. M Aziz memecahkan anggotanya kedalam 3 kumpulan. Mereka diingaykan tidak menembak musuh kecuali kehadiran mereka sangat jelas kerana hendak menjimatkan peluru. Anehnya, mereka tidak diserang pada malam itu. Beliau sempat menghubungi Z Skuadron dan dia dimaklumkan helikopter Nuri tidak dapat mengambil mereka kerana lokasi didapati tidak selamat. Seterusnya, beliau diarahkan untuk RV dengan sepasukan komando yang telah ditugaskan untuk menyelamatkan mereka.

2 Mei 1976

Markas Taktikal di Gubir telah menghantar 2 x helikopter Allouette (gunship) ke lokasi yang dilaporkan oleh Lt. M Aziz. Beliau telah mengarahkan Alouette tersebut menembak kekawasan tertentu yang dipercayai ada pengganas komunis. Setiap helikopter mneghamburkan 200 butir peluru meriam 20 mm HE (High Explosive). Lt. M Aziz dan anggotanya bergerak keluar tetapi tidak mengikut "track" yang sedia ada, dikhuatiri ianya telah dipasang jerangkap samar. Dalam perjalanan, mereka menemuai sebuah kem pengganas komunis yang telah ditinggalkan secara tergesa-gesa mungkin menyelamatkan diri dari serangan helikopter Allouette tadi.
Menyedari yang musuh akan terus memburu mereka, menjelang malam, Lt. M Aziz mengarahkan anggotanya membuat "rumah batu" (hammock juga digelar Jungle Hotel - Jungtel). Ini bukan kebiasaan bagi anggota komando kerana mereka biasanya tidur berhamparkan ponco diatas tanah. Rupanya ini adalah umpan untuk mengelirukan pasukan musuh. Mereka bergerak meninggalkan lokasi itu dan menuju ke kawasan tinggi untuk membuat serang hendap.Seperti malam sebelumnya, arahan jangan menembak kecuali kehadiran musuh jelas. Selain itu anggota diingatkan kemungkinan pangganas komunis akan memasang lampu suluh pada hujung kayu panjang dan menyuluh kearah atas untuk mensasarkan tembakan. Sebagaimana yang dijangkakan, memang benar musuh meghampiri kawasan khemah (Jungtel) mereka kerana kelihatan cahaya lampu suluh menghala keatas.

3 Mei 1976

Menjelang pagi mereka turun semula ke Jungtel dan mendapati banyak kesan tapak kaki disitu, dianggarkan kira-kira 40 pengganas komunis telah menggelidah kawasan itu. Mereka meneruskan perjalan ke RV dan apabila tiba dikawasan sempadan Malaysia-Thai terdapat tanda lakaran jerangkap samar yang dilekatkan pada 2-3 batang pokok. Memang pengganas komunis akan meninggalkan tanda jika sesuatu kawasan itu telah dipasang jerangkap samar supaya kawan-kawan mereka akan menghindari kawasan tersebut.
Bagi mengelak dari terkena jerangkap samar, mereka mengikat 3 beg galas (haversack) dengan tali dan melontar kearah laluan dihadapan. Kemudian tali akan ditarik perlahan-lahan, sekiranya ada jerangkap samar yang meletup, itu tidak akan memudaratkan mereka kerana mereka berada dalam jarak yang selamat. Proses ini diulang sehinggalah mereka selamat tiba di kawasan RV. Sepasukan komando RGK dari Y Skuadron yang diketuai oleh Lt. M Rajasegaran telah menanti mereka. Inilah kali pertama dalam beberapa hari mereka berpeluang bertemu makanan! Seterusnya mereka bergerak menuju ke LP dan diterbangkan oleh helikopter Nuri ke Kem Gubir. Ketika disana, Lt. M Aziz telah dimaklumkan pihak atasan telah menyediakan 18 keranda seandainya mereka tidak dapat kembali dengan selamat.

#Azman



IMG_0680.JPG
Copy & paste

28 June 2020 / 6 Zulkaedah 1441H : 7.15 pm

SIAPA ITU MELAYU?

Kredit : FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
Definisi Melayu di Malaysia menurut perlembagaan Malaysia pertamanya adalah ISLAM.
Jadi, walau seseorang yang bernama Siti itu berbaju kebaya tetapi tidak beragama Islam.. maka dia bukan Melayu.
Kedua, mengamal adat budaya Melayu. Maksudnya kalau seseorang yang bernama Fahmi itu beragama Islam.. tapi mengamalkan budaya punk dan tidak mengamalkan adat budaya Melayu.. maka dia bukan Melayu.
Ketiga, berbahasa Melayu. Maksudnya kalau seseorang yang bernama Amani itu Islam, berlakon drama Melayu tetapi tidak berbahasa Melayu.. malah rasa bodoh bila berbahasa Melayu...maka dia bukan Melayu.
Seterusnya adalah, berkaitan dgn keturunan dan waktu kelahirannya di Tanah Melayu.
Semua dari keturunan yang melengkapi perkara di atas adalah Melayu.
Moyang aku contohnya, walaupun Islam.. tapi dia Keling.. bukan Melayu.
Nenek bini aku Cina, datuk dia Serani. Mereka bukan Melayu. Tapi bini aku Melayu kerana melengkapi definisi di atas.
Melayu itu juga ada beberapa kategori. Semuanya Melayu.. tak ada kasta.
MELAYU JATI
Ini adalah keturunan asal orang Melayu.
Melayu Melaka, Johor, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak, Singapura dan Perak adalah keturunan asli Persekutuan Tanah Melayu.
Selangor, N.Sembilan, P.Pinang dan Perlis adalah negeri2 Melayu muda dan kebanyakannya adalah dari keturunan Melayu asli dari negeri lain dan juga Melayu Dagang.
Ada banyak Melayu asli yang lain dari luar sempadan negara kita seperti Melayu Sambas, Riau, Palembang , Brunei dan sebagainya.
Melayu di Sabah juga ada yang dari keturunan Melayu Brunei dan banyak lagi.
MELAYU DAGANG.
Ini adalah keturunan dari luar sempadan Persekutuan Tanah Melayu tetapi masih dalam rumpun Melayu dan ber'dagang' ke Persekutuan Tanah Melayu.
Bugis, Jawa, Rawa, Banjar ,Minang, Suluk adalah antara contoh.
Kebanyakannya dah berasimilasi dengan Melayu asli Tanah Melayu.
MELAYU PERANAKAN.
Ini adalah keturunan dari luar sempadan Persekutuan Tanah Melayu dan dari luar dari rantau Melayu.
Mereka ini sama ada dari Arab, Cina, India, Portugis, Belanda, Jepun dan sebagainya telah berasimilasi dengan Melayu Jati atau Melayu Dagang.
Kamu Melayu yang mana? ðŸ˜‰
Jadi, kepada yang memperjuangkan, mempertahankan dan menikmati hak Melayu itu pokoknya wajib beragama Islam, beradat budaya Melayu dan memartabatkan bahasa Melayu.
Sebagai contoh, UMNO hendaklah menukar penjenamaanya dari bahasa orang Inggeris kepada Bahasa Melayu seperti dalam logo jawinya : PEKEMBAR. Perjuangan Melayu apa yang membelakangkan bahasanya?
Sebagai contoh lagi, semua usahawan Melayu tak kira produk tudung, baju Melayu, baju kurung , pakaian, mekap, makanan, perkhidmatan dsb yang menerima bantuan kerajaan atas nama Melayu hendaklah menguatkan definisi di atas.. bukannya terhegeh2 dengan penjenamaan orang putih dan membelakangkan bahasa Melayu.
Begitu juga artis dan segenap rakyat yang lain yang telah menerima biasiswa dan segala manfaat Melayu.
Jangan melacurkan semua definisi Melayu di atas dengan menunggang nama Melayu dan kemudiannya jadi ahli lembaga pengarah UiTM.
Bila kaum lain nak jarah hak Melayu kau marah, tapi kau sendiri terhegeh2 nak jadi orang putih.
Serlahkan Diri Tuan Hamba Yang Sebenar.
Bersama Memperkasa Wajah Tanah Melayu.
Copy and paste: 28/6/2020 @ 6 Zulkaedah 1441H : 6.15 pm

Kalau Melayu malas dan lemah

Kredit: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)

Tidaklah ada perjuangan menentang Inggeris oleh Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Bahaman, Tok Janggut. Maka Inggeris bersenang lenang merencanakan hala tuju Tanah Melayu tanpa tentangan (rujuk Perjuangan Menentang Inggeris di Pahang)
Kalau Melayu malas dan lemah;
Tidak lah pejuang-pejuang digelar lanun dan pengkhianat seperti Si Bongkok Tanjung Puteri (rujuk kisah Si Bongkok)

Kalau Melayu malas dan lemah;
Tidak lah orang Sungai Manik melawan komunis dengan parang bungkol (rujuk Perang Sungai Manik)

Kalau Melayu malas dan lemah;
Tidaklah Bukit Candu dipertahan bermati2an waktu Inggeris nak cabut lari.. Jepun pon habis satu batalion nak menghadap Leftenan Adnan (rujuk Perang Jepun di Singapura)

Kalau Melayu malas dan lemah;
Tentu hari ni kita dah jadi negara komunis.. tok nenek kita lah yang sembelih komunis dengan parang panjang (rujuk Kiyai Salleh, perang parang panjang 1945)

Kalau Melayu malas dan lemah;
Kita mungkin tak merdeka lagi.. kalau lah tidak Tunku Abdul Rahman bersusah payah.. dibantu oleh harta gadaian gelang, rantai tok nenek kita yang menderma (rujuk pasca merdeka 1957)

Kalau Melayu malas dan lemah;
Tentu kita dah jadi republik seperti singapore.. kesultanan dipadam.. kalau tak di amuk waktu 13 Mei 1969 (rujuk peristiwa 13 Mei)

Kalau Melayu malas dan lemah;
Tentu nama Malay sia tidak wujud atau Semenanjung ini tidak dinamakan Tanah Melayu dan selat Melaka tidak dinamakan sedemikian (rujuklah diri sendiri)

Copy and paste: 28 June 2020 / 6 Zulkaedah 1441H : 6.08 pm

SURAT KHAS SULTAN MUHAMMAD AL FATEH BUAT KESULTANAN ISLAM MELAKA

Kredit : FB Pencinta Dunia Ketenteraan dan Pertahanan

SURAT TERAHSIA MELAKA YANG DISEMBUNYIKAN PENJAJAH.
Tahun 1454 Masihi,surat ini sampai ke tangan Sultan Melaka.
"Dari hamba Allah, Penakluk Konstantinopel, Sultan Mehmed II Al-Fatih Ibn 'Sultan Murad, Khalifah Empayar Uthmaniyyah, Amirul Mu'minin (Pemimpin Dunia Islam) Yang dianugerahkan Allah kekuatan, Oleh orang yang telah mengajar Islam kepada kita ,setelah wafatnya junjungan mulia Muhammad SAW.

Dengan berkah Allah Yang Maha Kuasa. Semoga Allah memberikan Empayar Khalifah sebagai keamanan dan kekuatan yang kekal untuk melindungi Empayar Umat Islam.
Kepada,
Hamba Allah, Sultan Al-Malayuwiyah (Melayu), Ketua Panglima bangsa Tak terkalah Bani Jawi (Jawi adalah julukan Arab untuk orang Melayu), Gabenor beragama Islam di Jauh Timur, Pemimpin masyarakat Al-Malayuwiyah yang telah disayangi dan dipuja oleh Nabi Muhammad SAW, Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka Sultan Mansur Syah 'Al-Adil' (Hakim Yang Bijaksana), semoga Allah memberkati kamu selalu.

Pada hari ini tahun 1453M, Empayar Uthmaniyyah telah mencapai kemenangan terbesar sepanjang masa, ketika Dunia Islam telah merampas bandar Constantinople (Istanbul Hari ini), sebagaimana yang dinubuwahkan oleh Nabi Muhammad SAW yang dikasihi kita ratusan tahun yang lalu.
Oleh itu, saya dengan rendah hati berharap bahawa anda akan menyertai kami dalam Perayaan untuk kemenangan hebat ini dan dengan harapan bahawa Kesultanan Melayu Melaka akan sentiasa menyokong Empayar Uthmaniyyah sebagai Wakil Allah di dunia ini, untuk melawan ketidakadilan dan kemungkaran kaum kafir dengan nama Allah Yang Maha Kuasa.
Saya juga dengan rendah hati berharap bahawa anda akan membawa bersama Laksamana terbaik anda yang namanya terkenal telah diterjemahkan secara meluas di setiap pelosok Asia.
(Pemuda "X" yang berusia 22 tahun - Laksamana Muda Hang Tuah)

Saya ingin bertemu dengannya, seperti yang saya suka dan mengagumi dia, dan kerana Allah, saya akan menjadi orang paling beruntung di dunia jika saya berpeluang bertemu dengan 'Laksamana Hang Tuah Ibn Hang Mahmud' dari Melaka dengan mata kepala sendiri.
Semoga Allah memberikan damai dan keharmonian kepada Melaka.
Yang Benar,
Sultan Mehmed II Al-Fatih
(Tulisan Tugra dengan Tandatangannya)
Sultan Empayar Uthmaniyyah "

Terjemahan Surat (Tulisan Turki) #SultanMuhammadAlFateh kepada Sultan Melaka & Panglima Perang Melayu ketika itu #HangTuah.
Tulisan tangan personel dari Sultan Al Fateh kepada Kerajaan Islam Melaka.

Melalui surat ini,Hang Tuah terus ke Turki bersendirian (1454 Masihi) Sultan tak dapat hadir atas asbab tertentu dengan membawa bersama senjata utama Panglima Perang Islam Melaka,senjata yang paling halus & terperinci ditempa di Melaka iaitu Sundang dan Pedang Keris sebagai hadiah bagi mewakili kerajaan Sultan Melaka.
Penghargaan dan ucapan tahniah dari Kesultanan Islam Melaka kepada Khilafah Islam Kerajaan Al Fateh dan tenteranya menawan Konstatinopel .
Di sana beliau dipeluk oleh Sultan Muhammad Al Fateh,beliau menangis sambil membisikkan sesuatu...(Dirahsiakan hingga kini).Ketika itu ,Hang Tuah berumur 23 tahun, manakala Sultan Muhammad Al Fateh berusia 22 tahun.Darah muda yang benar-benar mengagumkan umat Islam dunia dan Nusantara hingga kini.
Hari ini pembuktian sejarah,ianya disimpan rapi (Muzium Topkapi,istanbul) sebagai hadiah paling Istimewa yang di wasiatkan khas kepada anak kandung Sultan Muhammad Al fateh (Beyazid).
Surat-surat balasan yang ditulis oleh Sultan Mansur Syah dari Melaka kepada Sultan Mehmed II Al-Fatih, tahun 1454 AD, masih disimpan di Arkib dan Perpustakaan Diraja London.
Rujukan:
"Letters writen by Sultan Mansur Syah of Malacca to Sultan Mehmed II Al-Fatih, circa 1454 AD, kept in the Royal London Archive and Library"
Hang Tuah:
This was around the years of 1453M, when Sultan Mehmed II The Conqueror had achieved a decisive victory in the Siege of Constantinople.
Months later, the news had arrived at the Palace of the Malay Malacca Sultanate with a letter personally from Sultan Mehmed II 'The Conqueror' himself to Sultan Mansur Syah 'Zilullah Fil'Alami' (The Shadow of Allah on this Earth). The letter goes like this...
"From the servant of Allah, the Conqueror of Constantinople Sultan Mehmed II Al-Fatih Ibn' Sultan Murad, the Caliph of the Islamic Ottoman Empire, Amirul Mu'minin (Leader of the Muslim World) bestowed by he who had preached Islam to us, Prophet Rasulullah SAW Peace Be upon Him, with the blessings of Allah The Almighty. May Allah grant the Caliphate Empire an everlasting peace and strength to protect the Muslim Empires.
To,
Fellow servant of Allah,The Sultan of the Al-Malayuwiyah (Malays), Commander of the #UNDEFEATED #BaniJawi admirals (Jawi is an Arabic nickname for the Malays, I'll explain later), the brave Governor of the Muslims in the Far East, The leader of the Al-Malayuwiyah people whom Prophet Muhammad had loved and revered so much, the Malay Malacca Sultanate Empire Sultan Mansur Syah 'Al-Adil' (The Just), may Allah bless you always.
In this very day of the year 1453M, the Ottoman Empire had achieved the greatest victory of all time as the Muslim World had seized the city of Constantinople, as being foreseen by our beloved Prophet Muhammad SAW himself hundred years ago. Therefore, I humbly wish that you will join us in the celebration to this great victory and with a hope that the Malay Malacca Sultanate Empire will always support the Ottoman Empire as Allah's Representative on this world, to fight against the injustice and unfairness of the infidels, in the name of Allah the Almighty.
I also humbly wish that you will bring your finest Admiral whom his famous name has been widely spoken in every corners of Asia. I wish to meet him eye to eye, as I adore and admire him, and by Allah, I will be the most luckiest man in the world if I have the opportunity to meet 'Laksamana Hang Tuah Ibn Hang Mahmud' of Malacca by myself.
May Allah grant Malacca eternal peace and harmony.
By,
Sultan Mehmed II Al-Fatih (insert his Tugra aka Signature)
The Sultan of the Ottoman Empire"

1 - Ottoman and Malacca were best friends. It was said that Malacca was the backbone of the Ottoman Empire's Golden Age and the European nations decided to break the Ottoman's strength by destroying Malacca when they knew about this.
2 - Due to Sultan Mehmed II's victory in Constantinople, the whole Mosque and Palace of the Malacca Empire's region had conducted a special Thanks giving Prayers (Solat Sunat Syukur) to God and their prayers had included chants which revered Prophet Muhammad and the Ottoman Empire as the new Protector of the Muslims.
3 - Sultan Mansur Syah wasn't able to came to Istanbul at that time, but instead he sent Admiral Hang Tuah of Malacca as his diplomat to Istanbul. Sultan Mehmed II was so happy that he ended up crying when he hugged Hang Tuah. He referred Hang Tuah as one of the Malay Archipelago's most precious Waliyullah (Islamic Saints). That's why when people say Hang Tuah doesn't exist, I feel like I want to slap him with the book of the Ottoman Historian journals.
4 - The Malacca Sultanate Empire was bestowed with the title of 'The Protector Of The Muslims in the Far East', and by following Prophet Muhammad's tradition, Sultan Mehmed II had bestowed the Malay Sultans with the title of 'Zilullah Fil'Alami' (Shadow of Allah on this world)
Nota:
Dikatakan Sultan Alaudin berkahwin dgn anak Sultan Muhamad Al Fateh. Wallahu'alam.

Copy and paste: 28 June 2020 / 6 Zulkaedah 1441H : 5.59 pm

Saturday, 27 June 2020

Tahun 1511: Realiti Empayar Melaka



TARIKH 15 Ogos 1511 ialah hari kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka genap 507 tahun lalu. Sedar tidak sedar sebenarnya serangan ke atas bangsa Melayu tidak berakhir setakat itu saja.
Malah sudah lama Melayu diserang melalui penyelewengan fakta sejarah. Artikel berikut dipetik daripada portal The Patriots pada tahun 2015 bercerita mengenai kisah tersirat kejatuhan sebuah kerajaan Islam terulung Nusantara.

Penulis tanya soalan cepumas, benarkah Melaka kalah kepada Portugis atau disebut pada ketika itu sebagai orang Benggali Putih, kerana tiada senjata api walhal faktanya tentu ramai tidak akan percaya dan titis air mata bangga!

Ayuh baca sejarah kehebatan Melaka dan ingatlah bangsa Melayu ‘tumbang’ bukan kerana musuhnya hebat tetapi akibat khianat orang dalam sendiri yang tamak kuasa sanggup gadai maruah diri dan agamanya jadi pertaruhan:

SESUNGGUHNYA 15 Ogos 1511, ialah tarikh yang sangat pilu buat umat Melayu seluruh dunia. Pada tarikh ini, tewasnya sebuah empayar agung Islam yang gah menjadi kebanggaan bagi umat Melayu secara keseluruhannya.

Masih terngiang di telinga saya, beberapa orang rakan malah guru yang ejek dan cemuh dengan kata-kata: “Alah…apalah hebat sangat pada Melaka, Portugis serang tak sampai seminggu terus kalah teruk, lari lintang pukang”

“Melaka kalah dengan mudah kerana teknologi persenjataan yang sangat lemah, bayangkanlah orang kita berperang hanya dengan guna keris, sumpit dan tombak, padahal Portugis guna meriam dan senapang, mana tak kalahnya..”

“Orang Melaka pada zaman itu semua bodoh sebab tidak pernah tengok meriam askar Portugis, lalu konon lari lintang pukang”… Padahal hakikat sejarahnya kalaulah mereka tahu realiti yang sebenar, dan fikirkan kalaulah…

MERIAM MELAYU: LELA RENTAKA

Sebenarnya apakah berlaku dalam peristiwa 1511 ini dan bagaimana gambaran sebenar detik Melaka pertahankan dirinya daripada diperkosa Portugis? Hakikat yang sebenarnya ramai tidak tahu ialah Melaka sudah pun hebat.

Ia telah capai kedudukan politik unggul sementara perdagangannya terus berkembang dan pelabuhannya gamit pelbagai bangsa datang singgah dari segenap pelusuk dunia. Orang Melaka malah fasih bertutur lebih 20 bahasa!

Imej bandar terapung indah seperti Venice dan Genoa di Itali serta gambaran kesibukan pasar dan rumah rakyat Melaka yang tidak berputusan hingga ke Muar di Johor bukanlah satu khayalan atau cakap-cakap kosong sahaja.

Waima memang wujud kepincangan dalam pemerintahan, pergeseran, perebutan dan pelbagai lagi konflik dalaman, namun ia belum cukup parah untuk misi khas menjatuhkan Melaka jika dibandingkan dengan serangan Portugis.

Tambahan lagi, dek begitu makmurnya Melaka maka banyaklah kaum ‘asing’ mula dengki akan kekayaan Melaka. Pembelotan bangsa asing ini juga ibarat gunting dalam lipatan yang memudahkan lagi kemaraan askar Portugis.

Sesungguhnya tidak semua persoalan tentang kejatuhan Melaka dapat dirungkai. Namun memadai rasanya buka perbincangan isu kesungguhan semangat juang Melaka pertahan maruah kedaulatan daripada dinodai Portugis.

Sebelum itu yang paling penting ialah pandangan kita bahawa Melaka konon ketinggalan dari segi teknologi senjata meriam, istinggar atau senapang dan peluru serta lain-lain senjata api perlu diubah serta dibuang sejauh mungkin.

Bayangkan angkatan Portugis dicatatkan terpaksa membawa pulang ribuan pucuk meriam dan senapang yang dirampas dari Melaka. Teknologi pembuatan dan penggunaannya juga adalah standing dengan teknologi Barat.

SENJATA API MELAYU: ISTINGGAR

John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis tawan Melaka, mereka berjaya rampas sehingga 8,000 unit senjata api.

Portugis sendiri tidak mampu hasil senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka jauh lebih besar daripada dipunyai Portugis dan ia dihantar ke India.

Catatan lain pula, seperti dinukilkan oleh Godinho de Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek, Portuguese History of Malacca, turut bercerita sewaktu kedatangan Portugis di Melaka.

Jumlah meriam besar dimiliki oleh kerajaan tersebut adalah sangat banyak iaitu 3,000 pucuk telah dijumpai dalam kota Melaka tetapi 5,000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka sebelum kota itu mula tumbang.

MERIAM MELAYU: LELA RENTAKA

Alfonso de Albuquerque menyatakan ada 2,000 pucuk meriam diperbuat daripada tembaga dan yang lain ialah besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan sebahagian besar 8,000 pucuk senjata api atau meriam berasal dari Pahang.

Ini bermakna Pahang merupakan penghasil senjata api berkualiti dan banyak pada zaman itu. Menurut Eredia lagi, semua meriam dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis.

Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama taraf dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.

SENJATA API MELAYU: TERAKOL

Seorang berbangsa Itali yang terlibat dalam serangan terhadap Melaka pada 1511 menyatakan bahawa terdapatnya penggunaan pelbagai jenis senjata api berat yang menyebabkan kehilangan nyawa agak ramai di pihak Portugis.

Walaupun akhirnya tentera Melayu Melaka kalah, namun mereka digambarkan mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi, sangat terlatih dalam ilmu peperangan dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu serta pelbagai.


SENJATA API MELAYU: PEMURAS

Thomas John Newbold, pegawai British di Melaka pernah catat dalam Political and Statistical Account of the British Settlements in The Straits Of Malacca, Volume 2 bahawa ada banyak kilang yang hasil senjata api seperti meriam.

Ia milik bangsa Melayu yang sudah lama bertapak bukan sahaja di Semenanjung bahkan sekitar Kepulauan Melayu. Terengganu menjadi hub di Semenanjung, manakala Gerisik di Jawa dan Minangkabau ialah hub untuk Sumatera.

Bahkan Newbold turut mengulas mengenai pemandangan biasa yang dilihatnya ketika berada sekitar Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-18 yang dipercayai beliau sudah lama budaya itu bertapak kukuh di kawasan tersebut.

Katanya, tidaklah sesuatu yang menghairankan orang luar sendiri andai dapat melihat ramai pendekar Melayu yang lengkap bertanjak dan berbusana Melayu bersama-sama keris dan senjata api Melayu lebih dikenali sebagai Istingar.

Lihat pula tulisan R. J. Wilkinson, The Capture of Malacca, A.D. 1511 menyebut mengenai beberapa perkataan lazim seperti “Malay gun-fire” dan “heavy fire” yang merujuk kepada istilah kehebatan bala askar Melaka pada ketika itu.

Beliau semasa menceritakan mengenai kejatuhan Melaka yang boleh dijadikan dalil sejarah bahawa orang Melayu kita pada zaman tersebut sudah mampu memiliki senjata api canggih setanding dengan imej masyarakat Barat.

Diceritakan ketika askar Portugis cuba masuki muara Sungai Melaka yang cetek dan berlumpur, mereka dihujani oleh divisyen askar Melaka yang menggunakan senjata api dan menghujani askar Portugis dengan senjata api.

Meskipun dalam naskhah Sulalatus Salatin ada ditulis serangan meriam Portugis menggemparkan orang Melaka bagai bertih digoreng, namun petikan itu harus ditafsir sebagai penyedap cerita untuk pembaca atau pendengar.

Jambatan Melaka yang kita lihat dalam lukisan seperti di muzium atau dalam buku-buku teks sejarah yang sering digambarkan sejarawan Barat kononnya ia penuh dengan kedaifan dan keuzuran juga perlu kita buang jauh-jauh.

Catatan Portugis sendiri mendapati jambatan tersebut terbina dengan sangat kukuh, malah rekod China beberapa dekad sebelum serangan Portugis melaporkan bahawa ada lebih kurang 20 buah kedai di atas jambatan tersebut.

Saya menggambarkan jambatan ini seperti London Bridge pada zaman pertengahan penuh dengan kedai. Pihak Portugis juga alami kesukaran dan ambil masa untuk roboh jambatan tersebut atas maklumat risikan Ruy de Aroujo.

Di dalam buku teks sekolah juga kita diberitahu atau digambarkan pertempuran hanya berlaku di daratan kota Melaka sahaja, namun catatan Portugis didapati pertempuran sebenarnya telah pun bermula sejak di laut lagi.

Sebelum pihak Portugis berjaya mendarat di pantai, mereka dilaporkan telah diserang hebat oleh armada tentera laut Melaka jauh di perairan Selat Melaka yang mengakibatkan kehilangan 100 nyawa di pihak Portugis sendiri.

Askar Melaka guna lancara atau perahu yang diisi minyak dan bahan pembakar kayu serta dihalakan ke kapal-kapal Portugis. Taktik ‘Fire Ship’ ini sering diguna di Eropah seperti perang Inggeris-Sepanyol pada zaman Ratu Elizabeth.

Selain itu tembakan meriam dari Melaka menghala ke kapal-kapal Portugis turut mendatangkan kecelakaan teruk. Justeru pendapat yang mengatakan konon meriam Melaka tidak boleh menembak jauh juga harus dibuang ke laut.

Melaka juga melaksanakan strategi gertak dan tindakan perang psikologi untuk takut pihak lawan dengan pamer sejumlah perahu perang, lancara, tongkang, sampan dan sebagainya yang lengkap bersenjata berat di pantai.

Taktik ini untuk menunjukkan kekuatannya kepada Portugis. Walaupun begitu kekuatan sebenar Melaka yakni armada jong perang gergasinya yang diketuai laksamana pada waktu tersebut tiada dinukilkan di perairan.

PERBANDINGAN SAIZ JONG ARMADA LAUT MELAKA, Galleon kapal layar berasal dari Sepanyol sebelum ditiru oleh empayar eropah lain dan menjadi kapal perang yang BESAR dan digunakan pada abad ke 16.

LAKARAN PRAHUS: PERAHU, JONQUE:JONG

Maklumat catatan Giovani Da Empoli mengesahkan tentera Melaka menggunakan lancara dan perahu berapi untuk memusnahkan kapal Portugis. Di kawasan pantai pula, pertahanan Melaka diperkukuhkan dengan pancangan kayu.

Juga dilengkapi besi tajam atau kawat beracun serta meriam-meriam pelbagai jenis besar dan kecil beserta dengan peti-peti berisi serbuk peluru. Sebenarnya perang di Melaka bukan berlaku dalam jangka masa yang singkat.

Pada masa ketibaan Portugis pada 28 Jun 1511, pertempuran tidak terus terjadi sebaliknya kedua-dua belah pihak menggunakan taktik tunggu dan lihat, masing-masing menunggu siapakah yang akan menyerang terlebih dahulu.

Hal ini diselangi dengan sesi perundingan dan diplomasi yang tidak ke mana pun. Pihak Portugis mahu tawanan orang mereka termasuk de Aroujo segera dibebaskan. Selang tiga minggu dari itu, keadaan mula semakin tegang.

Beberapa siri pertempuran kecil berlaku di laut dan kawasan penginapan pedagang berdekatan pantai. Portugis serang empat kapal Jawa dan sebuah kapal Sumatera sebelum kapal-kapal saudagar Gujarat di pelabuhan dibakar.

Tidak ketinggalan ialah rumah penduduk di pantai yang habis dibakar Portugis. Walaupun Sultan Melaka sendiri kemudiannya ada membebaskan tawanan Portugis, namun perang sebenar tetap tidak dapat dielakkan lagi.

Pihak Portugis sebenarnya sangat tahu akan rahsia kelemahan Melaka. Hal ini kerana mereka telah pun ada perancangan jitu. Mereka mempunyai kelebihan dari segi risikan atau maklumat yang diberi oleh Ruy de Aroujo.

Juga info daripada orang dalaman Melaka sendiri seperti Utimutiraja, seorang perempuan Parsi dan Nainachittu. Melaka mempunyai banyak musuh ibarat musang berbulu ayam di setiap penjuru malah di dalam istana sendiri.

Namun demikian Portugis tidak pernah memperkecilkan kemampuan pertahanan Melaka. Albuquerque sendiri pernah menyebut bahawa: “Kita tidak akan dapat tawan Melaka dengan hanya dua batang pedang yang berkarat!”

Di waktu subuh sebelum serangan habis-habisan dilancarkan, Albuquerque memberi ucapan semangat bahawa Melaka harus ditundukkan supaya aliran rempah ratus Nusantara tidak akan sampai ke Makkah dan Kaherah.

Juga beliau mahu sinar Islam di Melaka akan padam! Ungkapan beliau ini jelas menunjukkan niat jahat sebenar mereka mahu hancur syiar Islam. Barisan ketenteraan Portugis sebenarnya lebih ramai daripada yang kita ketahui.

Bagaimanapun jumlah tentera Portugis hanyalah 1,200 orang termasuk 600 askar upahan Malabari dan kapalnya lebih kurang 19 buah. Maklumat catatan Giovanni menunjukkan sewaktu tiba di Pedir, jumlah kapal agak banyak.

Ini termasuk yang ditawan di perjalanan sudah cecah angka 25 buah. Di Pasai, lapan buah kapal dari Cambay lagi jadi mangsa tawanan atau dirosakkan. Maka dianggarkan ada lebih kurang 27 buah kapal tiba di perairan Melaka.

Malah ada beberapa buah kapal lagi di Melaka yang ditawan dan dijadikan barisan sokongan dalam serangan ke atas Melaka. Giovanni turut melaporkan bahawa serangan 25 julai 1511 terdapat 1,500 orang tentera Portugis terlibat.

Ia meliputi dengan pasukan bantuan daripada orang Cina sebanyak 400 orang dan bantuan tambahan daripada seorang putera Sumatera iaitu Raja Kampar menantu Sultan Mahmud sendiri yang juga lebih kurang 400 orang.

Ini belum termasuk tentera bantuan dari orang Pegu, Siam, bahkan orang Keling di bawah Nainachittu dan askar upahan Jawa yang sengaja perang tidak bersungguh-sungguh setelah ketua mereka, Utimutiraja disogok Portugis.

Pertempuran berlaku dengan sengit di beberapa lokasi strategik seperti di Jambatan Melaka, Bukit Melaka, Bandar Pelabuhan, Istana Sultan dan Masjid Sultan. Pertahanan Melaka turut diperkuatkan oleh ribuan tentera Jawa.

Mereka dikatakan pada permulaan Ogos 1511 sudah pun dibayar tiga bulan gaji terkehadapan, di samping barisan ramai pejuang Turki dan Khorusones atau Parsi yang kekuatannya sahaja dianggarkan berjumlah 3,000 orang.

Seperti disebutkan tadi, walaupun tentera Jawa telah dibayar gaji awal tiga bulan, mereka tetap belot dan tidak bersungguh-sungguh pertahan Melaka kerana penghulu mereka, Utimutiraja buat pakatan dengan Albuquerque.

Beliau dilaporkan secara rahsia ada memberitahu anak-anak buahnya agar mereka ‘tidak perlu lagi bersusah payah dengan menggadaikan nyawa sendiri berperang untuk mempertahankan harta benda kerajaan milik orang lain’.

Persoalannya adakah kekuatan sebenar Melaka yang terletak pada armada lautnya, telah digunakan sepenuhnya?  Namun demikian armada laut Melaka yang terdiri daripada jong-jong besar tidak ada di perairan pada ketika itu.

Sebelum bermulanya serangan yang penghabisan oleh Portugis, Sultan Melaka pula sengaja melambat-lambatkan pelepasan tawanan asing dan masih cuba berdiplomasi kerana menunggu armada lautnya bersama Laksamana.

Namun tindakan Sultan yang sengaja melengah-lengahkan masa tersebut memang diketahui oleh Portugis yang menyebabkan serangan total berjaya dilakukan sebelum sempat armada laut Melaka itu sampai di Melaka.

Hal ini disebabkan Portugis sangat takut dengan risikan diberi de Aroujo yang berkata Sultan Melaka ada armada laut sangat kuat dan diketuai seseorang bernama ‘Laksamana’ yang dapat bakar hangus seluruh armada Portugis.
KAPAL MELAYU: LANCARA/LANCANG

Terdapat catatan dari Portugis yang menyebut bahawa sewaktu Melaka diserang, Laksamana bersama armada Melaka sedang melakuan rondaan di kawasan perairan jajahan takluk Melaka, mungkin di sekitar Riau-Lingga.

Ini kerana dalam catatan itu diberitahu bahawa Raja Lingga bersama Laksamana telah berpatah balik apabila tahu Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis serta Sultan Mahmud Shah dan keluarganya berundur ke Bentayan di Muar.

Hakikatnya Raja Lingga dan Laksamana tahu bahawa kejatuhan Melaka bukanlah bermakna kejatuhan empayar Melaka secara keseluruhan kerana adat Melayu itu bahawa 10 buah negeri boleh dicari, selagi ada raja berdaulat.

Jadi jika raja berundur, maka pembesar dan raja-raja taklukannya tidak akan membuat keputusan sendiri untuk terus menyerang Melaka, sebaliknya mereka pun berundur bersama-sama Sultan untuk mengatur strategi baharu.

Sultan Mahmud Shah juga dikatakan bertitah, adat kita raja Melayu, negeri alah raja mati, yang melambangkan bahawa perjuangan Melaka sebenarnya belum tamat selagi baginda dan waris-warisnya belum lagi mati.

Apa yang dapat disimpulkan ialah kekalahan Melaka kepada Portugis bukanlah satu kekalahan yang mudah seperti yang sering disebut-sebut Barat. Bukan disebabkan oleh teknologi persenjataan Melaka yang kononnya lemah.

Juga bukan kerana kebodohan tentera Melaka terhadap tembakan meriam tentera Portugis. Barisan pertahanan Melaka telah berjuang berhabis-habisan baik dari segi diplomasi, pertahanan, taktik dan strategi pertempuran.

Pihak Portugis sendiri mengakui bahawa pejuang-pejuang Melayu Melaka adalah pahlawan yang gagah perkasa dan mereka begitu terlatih dalam ilmu peperangan serta dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata berat berpotensi.

Namun begitu kita tidak boleh pandang rendah pada kekuatan Portugis kerana bangsa Eropah itu juga mempunyai pengalaman tempur dan kepungan laut yang taraf standardnya sama hebat dengan bangsa Melayu sendiri.

Sebelum mereka mula menyerang Melaka, banyak kota pelabuhan lain seperti di India dan Teluk Parsi yang berjaya Portugis tawan, malah mereka pernah bertempur dengan armada Turki Uthmaniah yang terkenal hebat di laut.

Kekalahan Melaka adalah sebab kurangnya kesepaduan dan kesepakatan antara ‘Anakvanua’, dan sikap terlalu beri kepercayaan kepada ‘anak dagang’ atau bangsa asing yang berkelana cari rezeki yang makmur di bumi Melaka.

Bak kata pepatah ‘apalah diharap pada dagang, bertukar musim berlalulah ia’. Warga luar itu jelas tidak ada semangat patriotik untuk bangkit pertahan negara yang mereka tumpang dan lari apabila ada peluang terbuka!

Sikap terlalu bertoleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sejak zaman berzaman ini akhirnya memakan diri sendiri apabila golongan ‘dagang’ ini mula menunjukkan belang mereka dan ibarat menikam dari arah belakang!

Baik anak dagang Kalingga, Ming, Burma, mahupun Kampar dan Mojo yang serumpun sebangsa, semuanya menjadi duri dalam daging. Ia seumpama bidalan terkenal Melayu lama iaitu harapkan pegar, pegar pula yang makan padi.

Peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran kepada anak-anak ‘vanua’ pada hari ini, dan bukannya kisah Melaka konon kalah berperang kerana hanya menggunakan keris atau sumpit semata-mata yang ternyata tidak benar.

Sekian, wallahu a’lam bis sawab.

ASJ dan HE / Rujukan:

• Prof Emeritus Dr. Muhammad Yusof Haji Hashim, Kisah Melaka 1511, Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia, 2006

• Abdul Aziz Zakaria, Portugis Dalam Sejarah Melaka, Dewan Bahasa & Pustaka, 1963

• Portuguese Documents on Malacca: 1509-1511, National Archives of Malaysia, 1993

• Muhammad Yusoff Hashim, Muzaffar Desmond John Tate, The Malay Sultanate of Malacca: A Study of Various Aspects of Malacca in the 15th and 16th Centuries in Malaysian History, Dewan Bahasa & Pustaka, 1992

• The Capture of Malacca, A.D. 1511 oleh RJ Wilkinson

• Asia Portugueza oleh Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek

• A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries oleh De Burrowss


Selesai artikel di atas, TT teringat sejarah yang kita study masa sekolah dulu, katanya Melaka antara pelabuhan yang sangat maju ketika itu, dikatakan terdapat 84 bahasa dituturkan di Melaka dan bahasa melayu menjadi lingua franca, hebatnya melaka ketika itu, tetapi yang menjadi persoalan TT, adakah pelabuhan sehebat itu cuma dijaga oleh askar yang menggunakan tombak dan keris sahaja? Wallahu a'lam..

dan menjadi satu lagi tanda tanya TT di dalam sejarah yang kita study, diajar bahawa Melaka adalah negeri yang kecil, tetapi sebuah selat yang stategik dinamakan sempena negeri yang kecil ini? kenapa tidak Selat Melayu (contoh)? apakah benar Melaka suatu ketika dahulu negeri yang kecil? Wallahu a'lam...



Copy and paste : 27/6/2020 @ 6 Zulkaedah 1441H : 10.18pm