ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 31 December 2016

2016 - PERAK : IPOH KLEBANG DAN CHEMOR

18 FEB 2016
MESYUARAT PENYELARASAN DI AEON IPOH KLEBANG,CHEMOR, PERAK

Pada 18/2/2016, saya bersama En. Mohd Salehuddin Abd Malek, Pengurus Program Yayasan Jantung Malaysia telah ke Chemor,Perak untuk menghadiri mesyuarat Penyelarasan di AEON Mall Ipoh Klebang yang baru dibuka pada 21 Oktober 2015. 
Perjalanan sejauh 211 km mengambil masa perjalanan 2 jam 17 min. 










Klebang terletak di utara bandar Ipoh, selatan pekan Chemor di Negeri Perak. Chemor tertetak berhampiran Tg Rambutan, Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Tasek, Ipoh. 
Sehingga awal  80'an dahulu, Chemor tersenarai sebagai dalah satu kawasan hitam di Malaysia. 
Kini Pekan Chemor mempunyai banyak pembaharuan dan akan maju menjelang Wawasan 2020. Pasaraya Mydin Meru Raya, Aeon Ipoh Klebang dan Econsave Klebang dibina bagi memudahkan penduduk membeli belah di sana.

PROGRAM MINGGU JANTUNG IPOH
AEON MALL IPOH KLEBANG
6 - 10 APRIL 2016

Program Minggu Jantung berlansung selama 5 hari di AEON Mall Ipoh Klebang bermula dari 6 April sehingga 10 April. Ternyata sambutan agak kurang meransangkan kerana sepanjang 5 hari program dijalankan hanya 112 orang sahaja yang menjalani ujian pemeriksaan Kesihatan. 























PROGRAM KOMUNITI
SEK. KEB. TANAH HITAM, CHEMOR, PERAK
1 OKTOBER 2016


Program Peringkat Komuniti telah dijalankan di Sek. Keb. Tanah Hitam di Chemor, Perak. 
Seramai 111 orang penduduk sekitar sekolah telah menjalani ujian pemeriksaan kesihatan di sini. 









Singgah bersarapan pagi di sebuah warong yang terletak dihadapan SK Tanah Hitam




Foto diambil dari hotel penginapan kami


Semasa program, kami menginap di Abby Hotel Kanthan, di Chemor, Perak.

Abby Kanthan Hotel
Persiaran Perindustrian DTi 2
Kanthan
31200 Chemor
Perak
Tel: 05-291 8088



Program kami di Negeri Perak berakhir di SK Tanah Hitam. In sya Allah di tahun 2017 kami akan berusaha mencari lokasi lain di negeri Perak. 

Zulheimy Maamor
Awareness Team
Yayasan Jantung Malaysia

Updated : 14/12/2017 : 12.51pm



Thursday, 22 December 2016

2016 - PERCUTIAN KELUARGA KE MELAKA

Alhamdullillah pada 10 Disember 2016, saya sekeluarga bersama dengan keluarga Kakak-kakak dan abang saya telah mengambil kesempatan sempena cuti sekolah ini untuk berkumpul bersama keluarga adik-beradik dari 10.12.2016 sehingga 12.12.2016.  Destinasi kami kali ini ialah di Bandar Hilir, Melaka. 

Saya dan keluarga bersama keluarga Kakngah bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 8 pagi dan berjanji bertemu keluarga Kaklang di Exit Ayer Keroh, Melaka. Perjalanan adalah sejauh 157 km mengambil masa 2 jam. 

Setiba di Ayer Keroh, kami terus ke Bandar Hilir dan singgah makan tengahari di Sebuah Restoran masakan Asam Pedas di Bandar Hilir. 



10 Disember 2016


Gelagat 2 anak bujang ku
BANDARAYA MELAKA


Gambar ini di ambil dari Menara berputar Taming Sari
Bandaraya Melaka diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008. 
Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - LisbonPortugal (16 Januari 1984), Kuala LumpurMalaysia (15 April 1989), HoornBelanda (8 November 1989), ValparaisoRepublik Chile (24 June 1991) dan NanjingChina (2001).

MENARA TAMING SARI


Sementara menunggu waktu untuk check in di apartment yang kami sewa pada pukul 2 petang, kami mengambil kesempatan untuk menaiki Menara Taming Sari yang merupakan menara pandang setinggi 110 meter terletak di Bandar Hilir bersebelahan Dataran Pahlawan). 
Menara ini boleh berputar 360 darjah bagi memboleh para pelawat melihat penorama bandaraya Melaka secara keseluruhannya. Menara ini mampu memuatkan 66 orang dalam satu masa. Menara ini dibuka secara rasminya pada 18 April 2008. 
Untuk dewasa adalah RM17 dan warga Emas RM9. Disebabkan tiada kanak-kanak dalam rombongan kami ini .. jadi saya tak pasti berapa harga untuk kanak-kanak. 



Sedang menunggu giliran untuk menaiki Menara Taming Sari









MALACCA GARDEN CITY STRAITS CONDOMINIUMS




Setelah selesai menaiki Menara Taming Sari, kami terus menuju ke Garden City Straits Condominiums yang telah kami tempah awal-awal lagi. Terletak di Jalan Merdeka merupakan penginapan sewa yang sesuai untuk keluarga bercuti beramai.  Tak perlu sewa hotel yang hanya boleh memuatkan 2 orang. Di sini 4 keluarga pun boleh tinggal sekali. Dilengkapi dengan kemudahan dapur dan 3 bilik tidor serta 2 bilik air dan kolam renang dan ia terletak berhampiran dengan Bandaraya Melaka. 

Garden City Straits Condominium
Suite 1, Penthouse
Bangunan Draland
No.9 Jalan Merdeka
75000 Melaka
Tel: 06-283 6576
Fax: 06-284 8550













Gambar di ambil dari Condo penginapan kami 

Malam ini kami tak ada rancangan ke mana-mana, nak berehat je di Condo sambil berbual-bual bersama keluarga dan yang muda-muda mandi manda di kolam renang. 

11 Disember 2016
Selepas bersarapan pagi, kami sekeluarga hari ini bercadang untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Hilir Melaka. 




Koc dan Lokomotif di belakang itu adalah sumbangan dari Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kepada Muzium Pengangkutan Melaka pada 1 Mei 1994.

Gambar Kenangan isteri Ku bersama anak Sulung... teringat ketika kami mengunjungi tempat yang sama pada tahun 1998... ketika itu anak ku berusia 3 tahun.... sekarang dah bujang


KOTA A FARMOSA
A Farmosa bermaksud "Yang Termasyur" dalam bahasa Portugis telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Ia adalah merupakan senibina Eropah yang tertua yang masih tinggal di Asia. 

Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka. Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut.  Koperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824.
Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Kubu Santiago dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan.



MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN


Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini dibina pada tahun 1911 yang sebelum ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan di zaman Kolonial dulu. 
Pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan negara. 



Kereta Jenis Chevrolet bernombor BE 52 telah dibeli pada tahun 1957 dan digunakan semasa sambutan kemerdekaan di Kuala Lumpur. 
Sewaktu pilihanraya pada tahun 1959, kereta ini telah digunakan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman untuk menjalankan kempen pilihanraya, selepas itu kereta ini digunakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membawa tetamu kehormat Kerajaan. 


Menaiki beca di Bandar Hilir Melaka. 






ISTANA KESULTANAN MELAKA

Istana Kesultanan Melaka ini merupakan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka yang terletak di kaki Bukit St. Paul. Ianya dibina adalah berdasarkan catatan Sejarah Melayu dan dikatakan istana Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477. 

Replika Istana yang dibina pada tahun 1984 dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 17 Julai 1986. 





MUZIUM TLDM MELAKA


Muzium Tentera Laut Di Raja Malaysia terletak berhadapan Muzium Samudera (Replika Kapal Flor De La Mar) dahulunya terletak di Pengkalan TLDM di Lumut, Perak. 
Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada  28 Oktober 1995. 


Saya dan keluarga berada di atas bekas kapal TLDM KD Sri Trengganu yang dipamerkan di Muzium TLDM di Melaka. 
KD Sri Trengganu adalah sebuah bot peronda TLDM yang pernah beroperasi di perairan Malaysia suatu ketika dulu. Saya ketika berkhidmat dengan TLDM dulu pernah berkhidmat di atas kapal Peronda jenis yang sama dengan KD Sri Trengganu, ia itu KD Panah dan KD Sri Negri Sembilan. 

Berada di atas kapal ini mengingatkan kembali kenangan ketika bertugas dengan TLDM dulu. 

Rujuk : 
1. KD Panah - 14th Squadron Patrol Craft, Kuantan, Pahang
2. KD Sri Negri Sembilan - 12th Squadron Patrol Craft, Lumut, Perak

KD PANAH - Jenis bot peronda yang sama dengan KD SRI TRENGGANU



KD SRI TRENGGANU adalah bekas kapal peronda TLDM yang telah beroperasi selama 31 tahun bersama TLDM dan telah belayar sejauh 68,926 batu nautika di bawah pimpinan 24 orang pegawai Memerintah. 
Kapal Ex-KD Sri Terengganu ditempah khas oleh Kerajaan Malaysia dari Syarikat Vosper Limited, PortsmouthEngland dalam tahun 1961 dan ditauliahkan pada 16 Disember 1963. Pada tahun 1994, TLDM telah bersetuju untuk menyerahkan kapal ini kepada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

KD Hang Tuah dan KD Sri Trengganu merapat di Jeti Sri Igan, Sibu, Sarawak selepas tragedi tenggelamnya KD Sri Perak pada tahun 1984. Kalau diperhatikan gambar ini... di sebelah KD Hang Tuah, bot kecil yang nampak haluannya sahaja itu lah KD SRI TRENGGANU







12 DISEMBER 2016


Pukul 11.00 pagi kami sekeluarga check out dari apartment kami. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami singgah makan tengahari di Restoran Subaidah di Ayer Keroh Melaka. 
Teringat saya pada Restoran Subaidah di Pulau Pinang... di sana tengok Ayam Goreng dia sahaja perut yang kenyang pun jadi lapar balik...haha...

Itulah secebis kenangan percutian kami sekeluarga di Melaka. Tahun hadapan belum tentu kemana pula hala tujuan kami sekeluarga..... 

Salam dari KELUARGA MAAMOR/YANG CHIK... 



Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
27/12/2016 : 2.15 pm

Update : 14/12/2017: 12.30 pm