ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 24 July 2016

2016 : TERENGGANU : KUALA TERENGGANU

Program Yayasan Jantung Malaysia ke Terengganu bagi tahun 2016,kami Awareness Team telah mengadakan 2 program iaitu di Kolej PTPL Kuala Terengganu pada 25 April 2016 dan di SJK (Cina) Chung Hwa Wei Sin juga di Kuala Terengganu. 

PROGRAM PERINGKAT KOLEJ - KOLEJ PTPL KUALA TERENGGANU
25 APRIL 2016

Awareness Team YJM telah berlepas ke Kuala Terengganu pada 24 April 2016 untuk Program Pemeriksaan Kesihatan di Kolej PTPL Kuala Terengganu pada 25 April 2016. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke hotel penginapan kami di Intan Beach Resort di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu mengambil masa perjalanan selama 4 jam 46 minit sejauh 447 km. 
Pantai Batu Burok adalah destinasi percutian yang paling popular di Kuala Terengganu. 






Intan Beach Resort
898-N, Lorong Dato Jaya
Jalan Haji Busu
Kampung Pantai Batu Burok
20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-631 8899












KOLEJ PTPL KUALA TERENGGANU


Kolej PTPL Kuala Terengganu (kini dikenali sebagai MSU College) terletak di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. Jaraknya dari penginapan kami di Intan Beach, Pantai Batu Burok adalah 2.9 km mengambil masa hanya 7 minit perjalanan. 
Sepanjang program kesihatan dijalankan seramai 129 orang pelajar dan setaf telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan. 


Kolej PTPL Kuala Terengganu terletak di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu







Kuala Terengganu adalah ibu Negeri Terengganu Darul Iman. Terletak 450 km dari Timur Laut Kuala Lumpur. 
Status bandaraya telah diberikan kepada Kuala Terengganu dengan gelaran "Bandaraya Warisan Pesisir Air" pada 1 Januari 2008. 

Selesai program kesihatan di Kolej PTPL Kuala Terengganu, kami meneruskan perjalanan kami ke Kota Bharu, Kelantan untuk program seterusnya iaitu di Kolej Poly Tech MARA Kota Bharu pada 26 April 2016. 

Rujuk :
1. Kembara Kelantan 2016

PROGRAM KOMUNITI 
SJK (CINA) CHUNG HWA WEI SIN
KUALA TERENGGANU
22 JULAI 2016

Program Komuniti kali ini adalah dengan kerjasama The Lions Club of Kuala Terengganu berlansung di SJK (Cina) Chung Hwa Wei Sin di Kuala Terengganu pada 22 Julai 2016. 



Lencana Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.jpg

SJK (Cina) Chung Hwa Wei Sin terletak di Jalan Sultan Mohamad di Kuala Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1915 atas nama Chung Hwa Wei Sin. 


Seramai 119 orang telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan sepanjang program dijalankan. 




Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu bermula pada 21 Julai 2016. Perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). 



Lebuhraya Pantai Timur adalah 447 km panjang, 4-lorong (2 di setiap arah) bermula daripada tamatnya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Persimpangan Karak, Pahang melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan, Jabor, Chenih, Chukai, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil, Telemong dan tamat di Gemuroh, berdekatan dengan Kuala TerengganuTerengganu.
Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu mengambil masa 4 jam 50 minit perjalanan sejauh 447 km. 

Sepanjang perjalanan kami singgah rehat di Hentian Rehat Paka, di Terengganu yang baru di buka. 







Setiba di Kuala Terengganu, kami singgah minum di sebuah medan selera di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. 
Saya berasa sangat teruja kerana tak disangka-sangka bertemu dengan Penceramah terkemuka Ustaz Azhar Idrus di sini. Apa lagi takkan nak lepas peluang, terus ambil gambar kenangan bersama Ustaz Azhar Idrus. 




Di Kuala Terengganu, kami menginap di Batu Burok Beach Resort. Ini adalah kali kedua aku menginap di Batu Burok Beach Resort. Kali pertama ialah ketika Program Komuniti di Dewan Perhimpunan Tiong Hua, Kuala Terengganu pada 14 Februari 2015. 

Rujuk: 

Batu Burok Beach Resort dan Restoran Pak Maidin di hadapan Resort ini adalah milik Allahyarham Kamaruddin Maidin, bekas olahragawan Malaysia yang pernah mewakili Negara dalam Sukan Olimpik di Rome pada tahun 1960 bersama Shahrudin Mohd Ali dan M. Jegathesan). Allahyarham pernah memenangi pingat emas 4 kali berturut-turut dalam acara lompat jauh di Sukan SEAP (kini Sukan SEA). 




Selesai Program Komuniti di Kuala Terengganu, kami meneruskan perjalanan ke Gambang, Pahang untuk program kami seterusnya ialah Program Komuniti di SJK (Cina) Gambang pada 24 Julai 2016. 

Rujuk: 
Zulheimy Maamor Blogspot - Kembara Pahang 2016

Semasa dalam perjalanan ke Gambang kami singgah rehat di Hentian Rehat Perasing di Kemaman, Terengganu. Kawasan Hentian Rehat ini adalah merupakan Hentian Rehat terbesar dalam rangkaian Lebuhraya Pantai Timur dan baru sahaja di buka ketika itu. 

Rujuk : 
Wikipedia - Lebuhraya Pantai Timur








Dari Kuala Terengganu ke Gambang - 

Seterusnya 
Zulheimy Maamor Blogspot - Kembara Pahang 2016


Sekian Terima kasih

Thursday, 14 July 2016

Mengapa Kita Belajar Sifat Dua Puluh?

Oleh: Syeikh Muhammad Husni Ginting 
(Hafizahullah)

Ada sebahagian orang yang menentang pengajian sifat 20 sedangkan ianyatelah dipelajari sejak berpuluh tahun bahkan beratus tahun oleh umat islam. Mereka yang menentang pengajian tersebut dengan pelbagai alasan yang sangat lemah sekali. Mereka mengikuti hawa nafsu, dan bertaklid buta dengan orang yang juga tidak mempelajari sifat 20 malah mereka inilah pula yang menyesatkan sifat 20.
Sebahagian dari alasan mereka yang menentang sifat 20 adalah sebagai berikut :
1 - Pengajian sifat 20 melahirkan orang-orang yang berakidahkan lemah, sebab diambil dari filsafah Yunani.
Kita jawab: Hal ini merupakan fitnah yang besar. Kegoncangan dan kelamahan aqidah generasi zaman sekarang karena mereka tidak belajar aqidah yang sebenarnya termasuk di dalamnya sifat 20. Kalau kita lihat realiti yang ada bahkan ilmu sifat 20 inilah yang telah menyelamatkan umat islam di Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, negeri Fatani ( Selatan Thailand ) dari usaha pemurtadan penjajah-penjajah asing.
Negara-negara ini telah dijajah oleh penjajah-penjajah kafir yang ingin meluaskan kekuasaan dan agama mereka, tetapi umat islam di Nusantara tetap berpegang dengan aqidah mereka. Barang diingat pengajian tauhid yang tiga ( Tauhid versi Wahabi ) belum bergembang di Nusantara ketika itu. Jadi tauhid apakah yang menjaga umat dari bahaya murtad ? Sudah tentulah jawapannya ialah tauhid sifat dua puluh.
2 - Aqidah sifat 20 merupakan sesuatu yang sangat berat dikaji dan menyusahkan orang islam, sehingga ada tuduhan yg menyebut makcik-makcik ( Ibu-Ibu ) di Langkawi ( pulau di Malaysia ) yang tak laksanakan shalat tujuh puluh tahun lamanya karena tak faham sifat 20, sebab gurunya kata kalau tak hafal sifat dua puluh shalat tak sah.
Kita jawab : Sifat dua puluh merupakan sistem pengenalan terhadap Allah s.w.t yang sangat mudah sekali, karena menghafalnya lebih mudah dari mengahafal al-Qur`an. Para sahabat Rasul telah mengafal al-Qur`an, jadi di dalam al-Qur`an sendiri telah disebut sifat-sifat Allah, dengan makna lain mereka telah menghafal sifat-sifat Allah melalui al-Qur`an. Jadi jika umat islam disuruh untuk mengahafal sifat 20 dengan dalil Naql ( al-Qur`an dan Hadis ) dan akal itu lebih mudah dari pada menghafal seluruh al-Qur`an.
Sifat-sifat Allah terlalu banyak sekali, baik disebutkan didalam al-Qur`an maupun didalam hadis Rasul. Jadi jika umat islam disuruh untuk menghafal seluruh sifat -sifat yang ada, ini merupakan sesuatu yang memberatkan bagi umat islam. Sedangkan pengajian sifat dua puluh memudahkan umat islam dengan menyebutkan sifat-sifat yang paling berpengaruh dari seluruh sifat-sifat yang lainnya.
Jika sifat 20 ini tidak ada, maka sifat-sifat yang lain pun tidak akan ada pula, sebab itulah sifat-sifat Allah yang lain itu tergantng kepada sifat 20, dengan makna jika sifat wujud Allah tidak ada maka sifat pengampun, pemurah, penyayang dan lain-lainnya juga tidak ada. Jika sifat qidam Allah tidak ada maka sifat menciptakan, memberi, kuat dan lain-lainnya juga tidak akan ada.
Sebab itulah sifat dua puluh ini sangat perlu sekali di pelajari, karena terdiri dari inti sari aqidah yang terdapat di al-Qur`an dan al-Hadis.
Adapun cerita kononnya ada seorang perempuan tidak shalat selama tujuh puluh tahun disebabkan tidak hafal sifat 20, maka ini cerita yang diragui dan diada-adakan
Allah berfirman : إن جاء كم فاسق بنبإ فتبينوا 
Artinya : Jika datang kepada kamu orang fasikyang membawa kabar hendaklah teliti dulu.

Maksudnya cerita yang dibawa oleh orang tersebut perlu diteliti benar tidaknya, dari sebanyak perjalanan saya dan sepengetahuan saya tidak pernah ada orang tinggalkan shalat disebabkan mempelajari sifat 20, alasan di atas adalah cerita yg berlebihan. Jika mahu bercerita ceritalah perkara yang masuk akal dan yang benar, sebab lidah itu akan di pertanyakkan Allah di hari akhirat.
Saya akan sebutkan sebahagian pusat pendidian yang menjadikan sisten sifat 20 sebagai dasar didalam tauhid mereka.
1 - al-Azhar as-Syarif Mesir : Dari peringkat Menengah, atas dan perkuliyahan sifat dua puluh di pelajari di lembaga pendidikan yang tertua ini, mengeluarkan setiap tahunnya ribuan pelajar dan mahasiswa tetapi mereka tetap shalat walaupun mengaji sifat 20.
2 - Madrasah Solatiyah : Merupakan pusat pengajian yang pertma sekali di bina di Makkah menjadikan dasar pengajiannya sifat 20, mereka semua shalat dengan bagus walapun mengaji sifat 20.
3 - Madrasah Mustafawiyah Purba Baru Mandailing Sumatra Utara : merupakan pusat pendidikan yang yang sanat terkenal di Indonesia, mengeluarkan setiap tahunnya lebih dari tujuh ratusan pelajar, mereka semua shalat walaupun mempelajari sifat 20 sama ada yang sudah hapal atau belum.
Pesantren Lirboyo Kediri, Pesantren Tebu Ireng, pondok Lubuk Tapah ( Malaysia ), pondok Bakriyyah Pasir Putih dan banyak lagi pondok pesantren yang mempelajari sifat dua puluh di Nusantara.
Bahkan orang-orang yang mempelajari sistem tauhid tiga ( versi Wahabi ) kebanyakkannya terjatuh kepada aqidah mujassimah yang menyerupai Allah dengan makhluknya, sebab itulah Wahabi bersusah payah untuk menghilangkan tauhid sifat dua puluh, selama masih ada di bumi ini orang yang mempelajari sifat dua puluh selama itulah Wahabi yang mengangap diri mereka salafi golongan mujassimah Musyabbihah.
3 - Sifat dua puluh tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat-sahabat yang mulia, tetapi ada setelah abad-abad yang mulia.
Kita jawab : Tidak adanya sifat dua puluh pada zaman Rasul dan sahabat bukanlah sebagai dalil untuk menolak pengajian sifat dua puluh, sebab isi dan kandungan sifat dua puluh sudah ada pada zaman Nabi dan sahabat, misalnya sifat wujud Allah, Qidam, Baqa, Mukhalafatu Lil Hawadis, Qiyamuhu Binnafsih, Wahdaniyyah, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayah, kalam adalah sifat - sifat yang di kenal oleh Nabi dan para sahabat-sahabatnya.
Barangsiapa yang mengingkari bahwa Nabi mengetahui sifat-sifat ini berarti aqidahnya telah jauh dari aqidah islam, bagaimana boleh Nabi mengingkari Wujudnya Allah, ilmunya Allah, Baqa`nya Allah, Kalamnya Allah, sifat-sifat ini telah termuat didalam al-Qur`an dan Hadis Nabi.
Seperti Rukun shalat, Nabi tidak pernah katakan berapa rukun shalat, berapa sunnah-sunnah shalat, berapa syarat-syarat shalat, tetapi melalui al-Qur`an dan Hadis para ulama telah menyimpulkan dan menetapkan rukun-rukun shalat dari mulai bediri sampai salam, apakah perbuatan ulama-ulama tersebut suatu yang bid`ah, hal ini tidak bid`ah karena isi dan kandungannya dari al-Qur`an dan as-Sunnah.
Saya akan perlihatkan kepada pembaca seluruh sifat-sifat yang telah ulama sebutkan sebagai sifat yang paling terpenting sekali Allah miliki, jika Allah tidak bersifat seperti itu maka Allah tidak pantas menjadi tuhan, tetapi karena dalil Naqli dan akal telah menyebutkan Allah bersifat dengan sifat dua puluh maka sah-lah Allah sebagai tuhan yang di sembah.
Berikut sifat-sifat yang sangat penting sekali :
1 - Wujud
Sifat Wujud ini mesti ada pada tuhan yang di sembah jika tidak ada maka dia tidak berhak dianggap tuhan, sementara dalil yang di petik darial-Qur`an adalah :
أفرءيتم ما تمنون ( 58 ) وأنتم تخلقونه أم نحن الخالقون ( 59 ) نحن قدرنا بينكم الموت وما نحن بمسبوقين ( 60 ).الواقعة 58-60

Artinya : Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan ( ke dalam rahim )? ( 58 ) Adakah kamu yang menciptakannya atau kami yang menciptakannya? ( 59 ) Kamilah yang menentukan kematian diantara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan ( 60 ).
2 - Qidam
Allah s.w.t bersifatkan qadim maksudnya wujud Allah s.w.t tidak didahuli oleh tiada, jika sesuatu didahului oleh tiada maka sesuatu itu tidak boleh disebut tuhan.
Dalilnya :هو الأول وهو الآخر
Artinya : Dia-lah yang awal dan yang akhir ( al-Hadid 3 ).
Sifat ini banyak dikritik dari kalangan wahabi, mereka menganggap bahwa qadim bukan sifat Allah karena, terdapat di dalam al-Qur`an.
Tidak semestinya jika al-Qur`an tidak menggunakannya untuk sifat Allah berarti tidak boleh gunakan, selama maksud sifat itu terdapat didalam al-Qur`an dan telah menjadi istilah yang di terima oleh ulama maka sifat itu boleh digunakan, sebab Imam Abu Hanifah, Imam Tohawi dan lain-lainnya juga menggunakan kalimat ini.
Sifat qidam juga telah di riwayatkan di Imam Ibnu Majah, Imam al-Hakim didalam Mustadrak, juga terdapat didalam sunan Ab Daud.
3 - Baqa :Wajib abgi Allah bersifat baqa` yang berarti tetap tidak diakhiri dengan kematian, Allah berfirman
ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام
Artinya : Dan kekallah Zat Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliyaan. ( ar-Rahman 27 ).
4 - مخالفة للحوادث 
Sifat ini merupakan sefat yang paling penting di fahami oleh umat islam, bahwa segala sifat, perbuatan, dan prilaku yang baharu tidak boleh disamakan kepada Zat, sifat, perbuatan Allah, barang siapa yang mengingkari sifat ini maka dia telah keluar dari agama islam, jadi Allah tidak sama dengan makhluk-makhluknya.

Firman Allah : ليس كمثله شيئ وهو السميع البصير
Artinya : Tiada sesuatupun yang sebanding (serupa ) dengan ( Zat , sifat, perbuatan ),Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat (as-Syura 11 ).
Dan selanjutnya seluruh sifat-sifat yng telah ulama-ulama as-Sya`irah kemukaan didalan sifat dua puluh memiliki dalil-dalil yang jelas didalam al-Qur`an.
4 - Sifat Allah tidak hanya dua puluh kenapa mesti di batasi
Kita jawab : Asya`irah ketika membincang sifat dua puluh TIDAK PERNAH membataskan sifat-sifat Allah, bahkan mereka mengakui sifat-sifat Allah banyak, setiap sifat-sifat sempurana dan mulya itu adalah sifat Allah. Orang yang mengatakan Asya`irah hanya mengajar sifat dua puluh saja membuktikan dia tidak pernah membaca buku-buku aqidah aliran ahlussunnah Asya`irah, cuba lihat sebahagian kitab-kitab Asya`irah :
a - Matan as-Sanusiyyah : Kitab ini dikarang oleh Imam Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Yusuf as-Sanusi yang meninggal dunia tahun 895 hijriyah, kitab ini merupakan kitab yang paling penting di kalangan Asya`irah, telah mendapat perhatian khusus dari kalangan ulama dan pelajar agama, sehingga menjadi rujukkan aqidah bagi Asya`irah sedunia.
Di dalamnya menyebutkan :
فمما يجب لمولانا جل وعز عشرون صفة
Artinya : Sebahagian sifat yang wajib bagi Allah yang Mulia dan Tinggi adalah dua puluh sifat ( Matan Sanusia beserta Hasyiahnya Imam Bajuri :16 , terbitan Musthafa Halabi , 1374 - 1955 )
b - ad-Duru al-Farid Fi Aqa`idi Ahli Tauhid karangan Imam Ahmad bin Sayyid Abdurrahman an-Nahrawi
فمما يجب لله تعالى عشرون صفة واجبة
Artinya : Dan sebahadian dari sifat yang wajib bagi Allah adalah dua puluh sifat yang wajib (ad-Duru al-Farid Fi Aqa`idi Ahli Tauhid karangan Imam Ahmad bin Sayyid Abdurrahman an-Nahrawi beserta syarahnya Fathu al-Majid karangan Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Banteni : 5 , terbitan Musthafa al-Halabi cetakan terakhir 1373 -1954 ).
Perlu di ketahui bahwa lafaz ( من ) pada kalimat ini bermaksud ( لتبعيض ) artinya menunjukkan sebahagian saja, dengan begitu sifat Allah banyak sekali, segala sifat yang patut, layak, dan mulia adalah sifat Allah, tetapi diantara sifat-sifat itu ada dua puluh sifat yang sangat perlu sekali di ketahui secara terperinci.
Sumber dari Facebook
14 Julai 2016

SIAPA YANG DIPERBOLEHKAN MENILAI KEPALSUAN HADITH?

1. ARG Johor melihat 'trend' zaman ini ramai pengkaji hadith yang merasa dirinya adalah pakar hadith yang mempunyai kredibiliti tinggi sehingga memiliki autoriti menilai hadith. Sekali mereka tidak menemukan hadith dalam kitab-kitab hadith, walaupun hanya bermodalkan program perisian “Maktabah Syamilah” atau google di internet mereka sudah berani menilai palsu sebuah hadith. Ini adalah sangat berbahaya kerana boleh menyesatkan umat. Apatah lagi tanggung jawab berupa amanah ilmiyyah yang tidak diindahkannya?!
2. Salah satu indikator hadith palsu adalah hadith tersebut tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith atau hafalan perawi hadith setelah adanya penelitian yang sangat mendalam dan sempurna. Dan pakar hadith yang patut menilai hadith palsu melalui syarat ini adalah ulama-ulama hadith kelas tinggi dan tentu sahaja tidak sembarangan huffazh hadith mampu masuk wilayah atau autoriti ini.
3. Al-Hafizh al-‘Alai berkata:
وهذا إنما تقوم به الحجة بتفتيش الحافظ الكبير الذي قد أحاط حفظه بجميع الحديث أو بمعظمه كالإمام أحمد وابن المديني ويحيى بن معين ومن بعدهم كالبخاري وأبي حاتم وأبي زرعة ومن دونهم كالنسائي ثم الدار قطني لأن المأخذ الذي يحكم به غالبا على الحديث أنه موضوع إنما هي الملكة النفسانية الناشئة عن جمع الطرق والإطلاع على غالب المروي في البلدان المتباينة بحيث يعرف بذلك ما هو من حديث الرواة مما ليس من حديثهم وأما من لم يصل إلى هذه المرتبة فكيف يقضي لعدم وجدانه للحديث بأنه موضوع
“Dan ini boleh dijadikan hujjah dengan adanya penelitian daripada seorang hafizh besar yang hafalannya telah meliputi seluruh hadith atau majoriti-nya seperti Imam Ahmad, Ibn Madini, Yahya bin Main, dan ulama setelahnya seperti al-Bukhari, Abu Hatim, Abu Zur’ah, dan ulama dibawah mereka yang seperti Imam an-Nasai, kemudian ad-Daraquthni. Kerana referensi yang dijadikan asas hukum terhadap penilaian bahawa hadith tersebut palsu, secara umum, adalah dari kemahiran (malakah) jiwa yang muncul daripada ia telah menghimpun seluruh sanad riwayat, melihat banyaknya yang diriwayatkan dalam daerah-daerah yang berjauhan hingga dengan itu diketahui manakah hadith yang diriwayatkan oleh perawi dari hadith yang bukan hadith mereka. Adapun ulama yang belum sampai derajat ini, maka bagaimana boleh ia memutusi palsu suatu hadith hanya kerana ia tidak menemukannya?”.
4. Al-Hafizh as-Sakhawi dalam Fath al-Mughith (I/40) ketika menjelaskan syarat ahli hadith yang sudah sangat pakar menilai hadith mengutip perkataan ulama berikut:
الذي يطلق عليه اسم المحدث في عرف المحدثين أن يكون كتب وقرأ وسمع ووعى ورحل إلى المدائن والقرى وحصل أصولا وعلق فروعا من كتب المسانيد والعلل والتواريخ التي تقرب من ألف تصنيف فغذا كان ذلك فلا ينكر له ذلك
“Yang boleh disebut dengan nama muhaddith menurut urf (istilah) ahli hadith adalah ia telah menulis, membaca, mendengar, memahami, eskpedisi ilmiyyah ke berbagai kota dan desa, berhasil menguasi ushul, dan mampu menta’liq cabang-cabang dari kitab-kitab musnad, kitab ilal, dan kitab sejarah perawi yang semunya mendekati 1000 karya, maka ia telah menjadi seorang muhaddith dan tidak diingkari dalam memberi penilaian hadith”.

5. Dalam tradisi ulama yang betul-betul amanah ilmiyyah dan jujur, ketika ia tidak menemukan hadith yang disoalkan kepadanya, atau ia sedang dalam men-tahqiq sebuah kitab ulama dan ia tidak menemukan hadith yang dibawakan dalam kitab tersebut, maka ia akan mencukupkan diri dengan mengatakan: “Saya tidak menemukannya”.
6. Apatah lagi jika sesuatu hadith itu digunakan oleh ulama-ulama besar yg diiktiraf seluruh dunia seperti Imam Rami, Imam Ibn hajar al-Haitami, Imam Bujairami, Imam Syibromalisi dan lain-lain sehingga zaman ini, apakah dengan chatting, membaca di web, forum, blog dan facebook kita di akhir zaman ini mampu menilai palsu sesuatu hadith? Setelah melihat syarat-syarat menjadi pakar haditrh diatas, nyatakan nama seorang professor hadith atau apa-apa bidang ilmu zaman ini yang boleh menandingi kehebatan Imam Ramli dan Imam Ibn Hajar Al-Haitami. Silakan.
Disediakan oleh:
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Sumber dari Facebook
14.7.2016

Dagingnya, Darahnya Dan Kulitnya Diharamkan Atas Api Neraka

Di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, ada seorang yang mungkin rendah di mata manusia tetapi Mulia disisi Allah سبحانه وتعالى. Orang ini tidak berdoa melainkan dengan satu doa sahaja yakni, (Ya Allah jauhkanlah aku daripada Api Neraka, Ya Allah jagalah aku dari tergelincir ke dalam Api Neraka, Ya Allah janganlah jadikan aku daripada kalangan Ahli Neraka). Inilah sahaja doanya.
Kemudian ada beberapa sahabat menyampaikan berita ini kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم keadaan orang itu. Mereka berkata, Ya Rasulullah sesungguhnya si fulan berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى hanya dengan satu doa sahaja, doanya hanya untuk dijauhkan daripada Neraka sahaja. Tanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم, itukah sahaja doanya, dia tidak tambah untuk diberikan Syurga? Tidak Ya Rasulullah.
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, kalau kamu terjumpa dia khabarkan kepada ku kerana aku ingin berjumpa dengannya dan rasa ingin tahu kenapa orang itu berdoa seperti itu. Setelah solat asar. Ada seorang sahabat memberitahu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa orang itu berada di dalam masjid ini. Kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم, panggilah dia ke sini.
Setelah orang itu berada dekat dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, dia pun memberi salam, Assalamualaika Ya Rasulullah. Alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, benarkah apa yang aku dengar tentang kamu? Apa yang kamu telah dengar Ya Rasulullah? Apabila kamu berdoa kepada Allah, kamu tidak memohon kepada Nya melainkan menjauhkan diri kamu daripada Api Neraka,benarkah begitu?
Benar Ya Rasulullah. Kenapa kamu tidak tambah untuk Syurga daripada Allah, mintalah Syurga daripada Nya. Kemudian orang itu terus memandang kepada wajah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan menangis, katanya, Ya Rasulullah, saya memohon Syurga daripada Allah? meminta Syurga daripada Allah? Siapakah saya sehingga saya meminta Syurga Allah?
Saya tidak layak untuk masuk Syurga Allah, cukuplah kalau Allah menjauhkan saya daripada Api Neraka, saya taknak apa apa, cukuplah Allah سبحانه وتعالى menjauhkan saya daripada Api Neraka, pelihara saya daripada tergelincir ke dalam Api Neraka, apa yang saya buat sehingga saya meminta Syurga Allah?
Terus Rasulullah صلى الله عليه وسلم menangis setelah mendengar kata kata insaf dari orang itu. Kerana setiap kalamnya tadi sudah sampai ke langit. Malaikat Allah terus bergerak, 'Arasy Allah bergegar dengan kalam orang soleh itu. Kemudian Malaikat Jibril عليه السلام turun atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan berkata,
Ya Muhammad, sesungguhnya Allah menyampaikan Salam kepada kamu dan Allah menyuruh kamu untuk menyampaikan Salam kepada hamba Nya itu dan sampaikanlah berita gembira kepada hamba Nya itu bahawasanya Allah سبحانه وتعالى telah mengharamkan Dagingnya, Darahnya, dan Kulitnya atas Api Neraka dan Allah telah mewajibkan Syurga untuk nya.
Allahuakbar. Lihatlah bagaimana sucinya hati orang ini. Apakah balasan kita kepada Allah? Cukuplah kita rasa menyesal di dalam diri ini. Sebab Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda di dalam Hadith Soheeh, Rasa menyesal atau rasa bersalah itu sudah dikira Taubah.
Inilah antara amalan yang ringkas tetapi dindingnya (hijab) kuat antara kita dengan Api Neraka. Apakah amalan itu? Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda dalam Hadith Soheeh, Barangsiapa yang membaca,
Allahumma Ajirna MinanNar
( اللهم اجرنا من النار)

sebanyak 7 kali selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib, Api Neraka akan berkata kepada Allah, Ya Allah janganlah jadikan orang itu daripada Ahli ku, janganlah jadikan orang itu Ya Allah daripada penduduk ku, jauhilah orang itu daripada aku Ya Allah. Neraka takut dengan orang itu. 
Manakala Syurga pula berkata, Ya Allah jadikanlah orang itu daripada Ahli ku.

Zikir ini mendapat dua doa daripada Neraka dan Syurga. Neraka memohon kepada Allah untuk menjauhkan orang yang membaca zikir itu daripadanya, dan Syurga berdoa kepada Allah supaya orang itu menjadi dikalangan Ahlinya. Allah Allah. Beramallah dengannya. InshaaAllah Ta'ala"
- Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى -
Sumber dari Facebook
14 Julai 2016

Tuesday, 12 July 2016

13 PERKARA PUNCA REZEKI

1) TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezki dari jalan yang tak disangka-sangka
2) TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan dia
3) SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki"
4) SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta)
5) ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan
6) SYUKUR - kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih
7) SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki
8) TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)
9) NIKAH - cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)
10) DAKWAH - asbab terbesar rezeki...kisah para nabi
11) TILAWAH QURAN -kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya
12) ZIKIR PAGI PETANG - ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu
13) PEKERJAAN- berusaha di atas asbab
Perkara 1-12 terdapat perintah & jaminan yang dijanjikan Allah namun perkara ke 13 iaitu ada perintah namun BELUM ADA JAMINAN ALLAH.
Dengan taqwa, tawakkal, solat, sedekah, istighfar, syukur, silaturrahim, ilmu, nikah, dakwah, pembacaan al-Quran, zikir, ADA PERINTAH & JAMINAN REZEKI DARI ALLAH...dengan pekerjaan belum tentu ada jaminan rezeki, tidak semestinya berniaga dapat untung..tidak semestinya kerja over time dapat rezeki banyak...
NAMUN BUKAN BERMAKSUD TIDAK BEKERJA & USAHA...Di dalam surah al-Jumuah, Allah berfirman bahwa selepas solat, bertebaranlah untuk mencari rezeki kurniaan Allah, namun ada syarat, DAN INGATLAH ALLAH BANYAK-BANYAK semoga beruntung(al-Jumuah:10)...dan hati hendaklah sentiasa bersandar dan yakin penuh terhadap Allah.
Jangan sampai seseorang hanya tertumpu ikhtiarnya kepada pekerjaannya dan mengabaikan asbab rezeki yang utama iaitu perkara 1-12.

Sumber dari Facebook
12 Julai 2016

Mengapa ikut mazhab ?

1. Kerana segala hukum hakam yang berkaitan (ibadah,muamalat, munakahat, jinayat) dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar berkaitan hukum telah ada disusun oleh pengasas dan dibahaskan oleh para ulamak muktabar dalam mazhab secara tuntas dan terperinci. Sekiranya ia adalah isu baharu sekalipun ia tetap dibahas melalui kaedah atau methodologi yang telah disusun mengikut mazhab. Oleh yang demikian, tiada istilah mengambil pendapat mazhab lain untuk mengikut hawa nafsu yang diharamkan.
2. Mengikut mazhab bermakna mengikut kefahaman, perjalanan, panduan para ulamak pengasas mazhab yang merupakan ulamak terbilang hidup di zaman salafussoleh, diperakui Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam akan terbaiknya umat Islam di kurun berkenaan, diperakui kehebatan keilmuan, kewarakan, kesolehan mereka. Ini bermakna pengikut-pengikut mazhab inilah yang sewajarnya digelar salafi (bukan salafi jadian)
3. Aqidah mereka adalah murni dari ajaran bid'ah sesat dan batil (khawarij, syiah, mujassimah, musyabbihah, karamiyyah, muktazilah, jabariyyah, qadariyyah, anti hadith)
4. Para ulamak mujtahid mutlak inilah yang mendalami, mempunyai dan memiliki disiplin ilmu (pakar dalam feqh, usul feqh, pakar hadith, pakar bahasa arab, pakar ilmu al quran dan sebagainya) secara sistematik, tersusun, diiktiraf oleh para alim ulamak di zaman mereka bahkan diiktiraf oleh para ulamak muktabar selepasnya sehingga ke hari ini.
5. Kita orang awam disuruh untuk mengikut ulamak. Bukan disuruh memandai-mandai, atau disuruh berani mengeluarkan pendapat, fatwa, ijtihad dalam keadaan jahil kerana ia sesat dan menyesatkan.
6. Menggali sendiri/merujuk sendiri secara langsung al Quran dan hadith dalam keadaan jahil/tanpa disiplin ilmu adalah sesat dan menyesatkan orang lain. Tiada seorang pun orang jahil yang dapat mengadakan dalil kecuali terpaksa bertaqlid dengan ulamak. Walaupun ada yang jahil ini mengaku dirinya ahli hadith, atau ikut al Quran dan hadith sahih sahaja. Realitinya di fb sekalipun, pos dinding mereka penuh dengan youtube atau kuliah dari maulana, dr PhD, mufti tertentu, ustaz tertentu sebagai sumber taqlid mereka. Memang sulit untuk melepaskan diri dari taqlid bahkan ada yang jadi pentaqlid buta yang sangat tegar (tetapi dalam masa yang sama memusuhi umat Islam yang bermazhab (anti mazhab)??)
7. Mengikut mazhab adalah jalan yang selamat, kerana para ulamak samada pengasas mahupun para alim ulamak muktabar yang mengikut mazhab telah diuji, diiktiraf, diperakui oleh alim ulamak penguasaan keilmuan mereka (bukan dinilai, diberikan perakuan oleh orang jahil yang majhul). PAKAR DIIKTIRAF/DIPERAKUI OLEH PAKAR.
8. Jika kita ikuti dan selusuri perjalanan kehidupan mereka selain dari kewarakan dan kesolehan mereka. Kita juga dapat mencontohi kegigihan mereka dalam menuntut ilmu melalui para alim ulamak di zaman mereka. Mereka sangat beradab, menghormati, memuliakan proses mendapatkan ilmu serta wasilah ilmu itu sendiri. Oleh yang demikian, segala intipati al Quran dan as Sunnah benar-benar dihadam, diamal dan dihayati dalam kehidupan mereka (bukan sekadar cakap dan mengaku sahaja).
9. Dan banyak lagi kelebihan yang lain.
Sumber dari Facebook
12 Julai 2016

GANTIAN TERINDAH... HANYA DARI ALLAH

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئاً لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ بَدَّلَكَ اللَّهُ بِهِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكَ مِنْهُ

“Sesungguhnya jika engkau meninggalkan sesuatu karena Allah, niscaya Allah akan memberi ganti padamu dengan yang lebih baik.”
[ HR. Ahmad 5: 363 ]

Penjelasan :
Wahai saudara-saudaraku yang beriman, semoga kita semua tergolong dari kalangan orang yang ikhlas dalam mentaati perintah Allah. Tuntutan ikhlas bukan hanya ibadat, tetapi pada semua hal. Hatta pada meninggalkan perkara yang haram juga perlu ikhlas kerana Allah.
Seseorang yang meninggalkan tegahan agama kerana takut atau malu kepada manusia tidak akan beroleh ganjaran pahala. Manakala orang yang meninggalkan sesuatu maksiat semata-mata kerana Allah akan beroleh pahala dan diganti dengan anugerah yang lain dari Allah.
Berikut beberapa contoh penganugerahan Allah kepada orang yang ikhlas meninggalkan maksiatnya :
1-Diganti dengan kemuliaan dan kejayaan buat orang yang meninggalkan sifat bakhil dan kedekut. Firman Allah :
وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS. At Taghabun: 16)
2- Diganti dengan keberkatan dalam jual beli bagi sesiapa meninggalkan penipuan dalam jual beli :
: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " الْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا ، أَوْ قَالَ حَتَّى يَتَفَرَّقَا ، فَإِنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا ، بُورِكَ لَهُمَا فِي بَيْعِهِمَا ، وَإِنْ كَتَمَا وَكَذَبَا ، مُحِقَتْ بَرَكَةُ بَيْعِهِمَا " .
“Kedua-dua orang penjual dan pembeli masing-masing memiliki hak membuat pilihan (khiyar) selama keduanya belum berpisah. Bila keduanya berlaku jujur dan saling terus terang, maka keduanya akan memperolehi keberkatan dalam urusniaga tersebut. Sebaliknya, bila mereka berlaku dusta dan saling tutup menutup. Nescaya akan hilanglah keberkatan bagi mereka pada jualbeli itu). [ HR al-Bukhari : 1947 ]
3- Diganti dengan ketinggian darjat di dunia bagi yang meninggalkan sifat sombong dan memilih tawadhu’,
وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ
“Tidaklah seseorang memiliki sifat tawadhu’ (rendah diri) karena Allah melainkan Allah akan meninggikannya.” [ HR. Muslim no. 2588 ]
4- Diganti dengan kemuliaan hidup buat yang meninggalkan amarah, lalu memilih kemaafan.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّا
“Tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba sifat pemaaf melainkan akan semakin memuliakan dirinya.” [ HR. Muslim no. 2588 ]
Catatan :
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah pasti ada jalan keluar dari sebarang kesulitan. Tinggalkanlah urusniaga dan semua perkara yang diharamkan. Pasti ada anugerah dan gantian yang lebih baik dari Allah.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah buat kita untuk meninggalkan perkara yang ditegah semata-mata kerana-Nya.
Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman

yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang
sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar
kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan
akhirat…anugerahkan kami keberkatan ilmu... amen.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ

وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , والعفو منكم
Ustaz Mohd Hazri al-Bindany
Pembimbing Majlis Ta'lim
Darul Muhajirin

Sumber dari Facebook
12.7.2016

MAKRIFAT HATI TERHADAP ALLAH SWT

Apabila hati sudah dalam keadaan bersih, maka hati akan memancarkan cahayanya. Cahaya ini dinamakan Nur Qalbu. Nur Qalbu ini akan menerangi akal sehingga akal dapat berfikir jernih dan merenung tentang hal-hal keTuhanan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri. 
Perenungan yang dilakukan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menyedari akan perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya sendiri. Kesedaran ini membuatnya merasakan dengan jelas betapa dekatnya Allah s.w.t dengannya. Tumbuhlah didalam hati Nuraninya perasaan bahwa Allah s.w.t senantiasa mengawasinya. Allah s.w.t melihat segala aktifitasnya, mendengarkan segala ucapannya dan mengetahui bisikan hatinya. Sehingga menjadikannya seorang Mukmin yang cermat dan selalu waspada.

Seorang Mukmin yang taat kepada Allah s.w.t tekun menjalankan ibadah, sehingga akan meningkatkan kekuatan Ruhaninya.Dia juga akan menyerahkan segala urusan kehidupannya hanya kepada Allah s.w.t. Dia tidak lagi khuwatir terhadap sesuatu yang akan menimpanya, walaupun bala yang besar. Dia tidak lagi tergantung kepada sesama makhluk. Hatinya telah teguh dengan perasaan redha terhadap apapun yang menjadi ketentuan Allah s.w.t untuknya. Musibah tidak akan menggoyahkannya dan nikmat tidak akan menggelincirkannya kerana musibah dan nikmat sama baginya yaitu sama-sama takdir Allah s.w.t yang ditentukan untuknya. Dia akan berfikir apa yang Allah s.w.t takdirkan untuknya adalah yang terbaik. Orang yang seperti ini akan selalu berada didalam perlindungan Allah s.w.t, kerana dia telah menyerahkan dirinya hanya kepada Allah s.w.t.
Terhadap orang yang seperti ini Allah akan mengurniakannya kemampuan untuk melihat dengan mata hati dan bertindak dengan petunjuk yang datang dari Allah s.w.t langsung (Laduni), tidak lagi melalui fikiran, kehendak diri sendiri atau angan-angan. Pandangan mata hati terhadap hal-hal ketuhanan memberi nampak kepada hatinya. Dia mengalami suasana yang menyebabkan dia menafikan wujud dirinya dan dikembalikan kepada hanya wujud Allah s.w.t semata. Suasana ini muncul kerana hakikat ketuhanan yang dialami oleh hati. Dia benar-benar merasakan Mahanya Allah s.w.t tidak sekadar mempercayainya. Pengalaman akan hakikat ketuhanan inilah yang dikatakan melihat dengan mata hati. Mata hati melihat atau menyaksikan Mahanya Allah s.w.t dan hati merasakan Mahanya Allah s.w.t itu. Mata hati hanya melihat kepada wujud Allah s.w.t, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya. Orang yang berada didalam suasana seperti ini telah berpisah dari sifat-sifat kemanusiaannya. Dalam keadaan seperti ini dia tidak lagi terpancang akan aturan-aturan manusia, dia hanya mementingkan hubungan dengan Allah s.w.t. Soal yang menyangkut keduniawi tidak lagi menjadi tujuannya. Orang yang mencapai peringkat ini dikatakan sebagai orang yang mencapai peringkat/makam tauhid sifat. Hatinya jelas merasakan bahwa tidak ada yang berkuasa melainkan Allah s.w.t dan segala sesuatu itu datangnya hanya dari kehendak Allah s.w.t.
Ruhani manusia melalui beberapa peningkatan dalam proses mengenal Tuhannya. Pada tahap awal terbuka mata hati dan Nur qalbu memancar menerangi akalnya. Seorang Mukmin yang akalnya diterangi oleh Nur Qalbu akan melihat betapa dekatnya Allah s.w.t dengan dirinya. Dia melihat dengan ilmunya dan memiliki keyakinan yang dinamakan ilmu yakin. Ilmu berhenti disitu. Pada tahapan kedua mata hati yang terbuka sudah boleh melihat, dan dia sudah tidak lagi melihat dengan mata keilmuan melainkan dengan mata hati. Kemampuan mata hati untuk melihat itulah yang dinamakan kasyaf. Kasyaf melahirkan pengenalan atau makrifat. Seseorang yang berada didalam makam makrifat dan mendapatkan keyakinan melalui kasyaf dikatakan mendapatkan keyakinan yang dinamakan ainul yaqin. Pada tahapan ainul yaqin makrifatnya goib dan dia juga goib dari dirinya. Maksud ghaib disini adalah hilang perhatiannya dan kesedarannya terhadap suatu perkara. Beginilah hukum makrifat yang berlaku. Makrifat lebih tinggi nilainya dari ilmu pengetahuan.Ilmu pengetahuan adalah pencapaian terhadap persoalan yang terpecah-pecah bidangnya. Makrifat adalah pencapaian terhadap hakikat-hakikat yang menyeluruh yaitu hakikat kepada hakikat-hakikat. Tetapi penyaksian mata hati jauh lebih tinggi dari ilmu dan makrifat, kerana penyaksian itu adalah hasil dari kemahuan keras dan perjuangan yang gigih yang disertai dengan upaya hati dan pengalaman. Penyaksian adalah setinggi-tinggi keyakinan. Penyaksian yang paling tinggi adalah penyaksian hakikat oleh mata hati. Ini merupakan keyakinan paling tinggi dan dinamakan hakkul yaqin. Pada tahap penyaksian hakiki mata hati, mata hati tidak lagi melihat kepada ketiadaan dirinya atau kewujudan dirinya akan tetapi Allah s.w.t dilihat dalam segala sesuatu, segala kejadian, dalam diam dan dalam ucapan. Penyaksian hakiki mata hati Melihat Allah tanpa dinding penutup antara kita dengan Allah Swt
Dia (Allah) tidak terpisah dari kita. Penyaksian yang hakiki adalah melihat Allah s.w.t dalam segala sesuatu dan pada setiap waktu. Pandangannya terhadap makhluk tidak menutupi pandangannya terhadap Allah s.w.t. Inilah makam keteguhan yang dipenuhi oleh ketenangan serta kedamaian yang sejati dan tidak berubah-ubah, bernaung dibawah payung Yang Maha Agung dan ketetapan yang teguh. Pada penyaksian yang hakiki tiada lagi ucapan, tiada bahasa, tiada ibarat, tiada ilmu, tiada makrifat, tiada pendengaran, tiada kesadaran, tiada hijab dan semuanya tidak ada. Tabir hijab telah tersingkap, maka Dia dipandang tanpa ibarat, tanpa huruf, tanpa abjad. Allah s.w.t dipandang dengan mata keyakinan bukan mata dzahir atau mata ilmu atau mata kasyaf.
Orang yang memperoleh haqqul yaqin berada dalam suasana hatinya kekal bersama Allah s.w.t pada setiap detik, setiap ruang dan waktu.


Sumber : Facebook
12.7.2016