ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 22 February 2015

2015 - KUALA TERENGGANU / SETIU

Pada 13 February 2015 (Hari Jumaat) saya bersama team Awareness Yayasan Jantung Malaysia memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu untuk program Komuniti di Kuala Terengganu pada 14 Feb dan juga Program Peringkat Kolej di University College Bestari di Setiu,Terengganu pada 15 Feb. 
Kami bertolak dari Kuala Lumpur jam 9.30 pagi melalui Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur. Perjalanan sejauh 447km mengambil masa perjalanan selama 4 jam 40 minit. 






Lebuhraya Pantai Timur (E8) menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat di Semenanjung Malaysia. Ia adalah sambungan kepada Lebuhraya Karak yang bermula dari Karak hingga ke Kuala Terengganu. 

Lebuhraya Pantai Timur sepanjang 350 km (217 batu) melalui beberapa persimpangan seperti Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan, Jabor, Chenih, Chukai, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil, Telemong dan tamat di Chendering di Kuala Terengganu. 


14 FEBRUARI 2015: PROGRAM KOMUNITI DI DEWAN PERHIMPUNAN TIONGHUA
Program anjuran Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dengan kerjasama The Lions Club of Kuala Terengganu dan bantuan Jururawat dari University College Bestari, Setiu, Terengganu di adakan di Dewan Perhimpunan Tiong Hua di Kuala Terengganu. Seramai 64 orang penduduk berhampiran telah menjalani ujian Kesihatan sepanjang program ini. 


Gambar diambil dari dalam bangunan Dewan Perhimpunan Tiong Hua

Wisma SPAD yang terletak dihadapan Dewan Perhimpunan Tiong Hua.

13.2.2015 : BATU BUROK BEACH RESORT, KUALA TERENGGANU




Batu Burok Beach Resort terletak lebihkurang 20 minit dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Di sini kami menginap sepanjang program di Kuala Terengganu. Ia merupakan sebuah resort yang terletak berhampiran Pantai Peranginan Batu Burok yang terkenal di Terengganu. 

Batu Burok Beach Resort dan Restoran Pak Maidin di hadapan Resort ini adalah milik Allahyarham Kamaruddin Maidin, bekas olahragawan Malaysia yang pernah mewakili Negara dalam Sukan Olimpik di Rome pada tahun 1960 bersama Shahrudin Mohd Ali dan M. Jegathesan). Allahyarham pernah memenangi pingat emas 4 kali berturut-turut dalam acara lompat jauh di Sukan SEAP (kini Sukan SEA). 

`




14.2.2015 : MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU



Sepanjang berada di Kuala Terengganu kami berkesempatan melawat Masjid Kristal di Kuala Terengganu. 
Terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man Terengganu. Masjid ini telah dirasmikan pada 8 Februari 2008 oleh Mantan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. 
Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli merupakan masjid pintar yang pertama di Malaysia.



Bersama Team Awareness Yayasan Jantung Malaysia



MUZIUM NEGERI TERENGGANU



Muzium Negeri Terengganu terletak di kawasan seluas 27 hektar di Kg. Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu. Muzium ini adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Di dalamnya tersimpan pelbagai tinggalah sejarah bumi Terengganu terutama sekali Batu Bersurat yang memangnya sudah terkenal. 

Batu bersurat ini dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun dan adalah merupakan tulisan jawi pertama ditemui di Malaysia. Ini membuktikan bahawa agama Islam telah sampai di bumi Terengganu seawal tahun  1326 M atau 1386M. 
Batu ini telah ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara) di Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887. Ianya ditemui oleh seorang saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja. 
Untuk mengetahui selanjutnya mengenai batu bersurat sila rujuk laman Wikipedia. 


Rujuk : Wikipedia - Batu Bersurat Kuala Terengganu





Antara destinasi yang terkenal di Kuala Terengganu ialah Pasar Payang. Kata orang tak sampai Terengganu kalau tidak singgah di Pasar Payang. 



14.2.2015 : PANDAN LAUT BEACH RESORT, SETIU, TERENGGANU


Selesai Program Pemeriksaan Kesihatan di Dewan Tiong Hua Kuala Terengganu, kami terus ke Setiu Terengganu untuk program seterusnya di University College Bestari, Setiu, Terengganu.
Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Setiu adalah sejauh 54 km mengambil masa perjalanan 1 jam 9 minit.  


Kami menginap di Pandan Laut Beach Resort yang terletak di Pantai Rhu Sepuluh Setiu Terengganu. Ia amat sesuai untuk keluarga bersantai di hari Cuti. 


Setiu adalah merupakan satu daerah di Negeri Terengganu. Nama Setiu adalah berasal dari nama seorang pahlawan Bugis. 
Boleh rujuk wikipedia untuk mengetahui sejarah lanjut daerah Setiu. 

Rujuk: Daerah Setiu

Bersantai dihadapan bilik penginapan di waktu malam dengan suasana kampong yang tenang dan damai. 

Bilik penginapan ku 




Bersantai bersama rakan-rakan Team Awareness Yayasan Jantung Malaysia di tepi pantai Rhu Sepuluh, Setiu.


Perjalanan dari Pandan Laut Beach Resort ke UCB Setiu sejauh 25 km


Program Kesihatan di University College Bestari di Setiu, Terengganu 

RUJUK:

Demikianlah serba sedikit mengenai perjalanan kami di Kuala Terengganu dan Setiu. Sesungguhnya pengalaman bermusafir di Negeri Orang adalah suatu pengalaman yang amat berharga kerana bukan semua orang dapat peluang seperti kami yang menjelajah ke setiap pelusuk tanah air termasuk ke Sabah dan Sarawak. 


Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
22.2.2015



Friday, 20 February 2015

BENCANA KEHILANGAN ULAMA

Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Kitab Ilmu daripada Abdullah bin Amru bin Al-aas, Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah tidak memegang ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, akan tetapi Allah memegang ilmu dengan memegang ( mematikan ) ulama sehingga tidak ada lagi orang alim lalu manusia mengambil ketua-ketua yang jahil ( sebagai ) rujukan; orang bertanya kepada mereka dan mereka memberikan fatwa ( dalam perkara ugama ) mereka sesat dan mereka menyesatkan orang lain “.

Hari ini cukup seminggu pemergian almarhum Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang alim yang menghabiskan riwayat hidupnya untuk Islam samaada menyebarkan ilmu kepada masyarakat atau berjuang untuk memastikan Islam terlaksana di dalam masyarakat.
Jika sekiranya kematian seorang doktor perubatan ditangisi kerana ilmu dan jasanya kepada masyarakat yang boleh menyelamatkan jasad daripada penyakit apatah lagi kehilangan seorang ulama yang jasanya bukan sahaja untuk menyelamatkan jasad manusia bahkan menyelamatkan jasad, aqal dan rohaninya daripada azab neraka.
Kehilangan seorang ulama tidak sama dengan hilangnya wang ringgit dan harta benda. Ianya boleh dicari ganti. Kehilangan seorang ulama bermakna hilangnya satu cahaya yang boleh membawa manusia kepada hidayah ilahi.
Kematian seorang ulama tidak sama dengan kematian manusia biasa; kematian seorang ulama bermakna hilangnya mutiara-mutiara ilmu yang dibawa bersama-samanya. Oleh kerana itulah kehilangan ulama adalah satu bencana kepada umat manusia. Bencana yang akan menyebabkan manusia berada di lembah kejahilan yang gelap gelita sehingga kemuncaknya apabila tiba masa hampirnya berlaku Qiamat maka tiada lagi ulama bahkan manusia yang mengaku Islam pun tiada.
Sudah banyak pujian yang dihemburkan kepada almarhum Tuan Guru; memang itupun selayaknya. Dan ini menunjukkan salah satu tanda-tanda husnulkhaatimah. Sebaik-baik pujian ialah selepas seseorang itu meninggal dunia kerana pujian yang diberikan ketika hidup belum tentu bagaimanakah kesudahannya. Alhamdulillah kita semua melihat bagaimana kesudahan almarhum Tuan Guru sehingga ke akhir hayat memberikan khidmat kepada ugamaNya. Mudah-mudahan Allah menerima segala amalan almarhum Tuan Guru dan mengampunkan dosa-dosanya dan menjadikan ilmu yang ditinggalkannya menjadi saham pahala yang berpanjangan kepadanya di alam barzakh.
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Jumaat
30 Rabiulakhir 1436H Bersamaan 20 Februari 2015M

Sumber: Facebook

Sunday, 15 February 2015

2015 : UNIVERSITY COLLEGE BESTARI, SETIU, TERENGGANU

Tempat: University College Bestari, Setiu, Terengganu
Tarikh: 15 Februari 2015

Selesai Program Pemeriksaan Kesihatan di Dewan Perhimpunan Tiong Hua di Kuala Terengganu pada 14 Februari 2015, kami terus ke Setiu Terengganu untuk program seterusnya di University College Bestari, Setiu, Terengganu.
Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Setiu adalah sejauh 54 km mengambil masa perjalanan 1 jam 9 minit.


PANDAN LAUT BEACH RESORT, SETIU
Kami menginap di Pandan Laut Beach Resort yang terletak di Pantai Rhu Sepuluh Setiu Terengganu. Ia amat sesuai untuk keluarga bersantai di hari Cuti. 











UNIVERSITY COLLEGE BESTARI, SETIU
Setiu adalah merupakan satu daerah di Negeri Terengganu. Nama Setiu adalah berasal dari nama seorang pahlawan Bugis. 
Boleh rujuk wikipedia untuk mengetahui sejarah lanjut daerah Setiu. 

Rujuk: Daerah Setiu