Kuala Lumpur to Shanghai distance : 3,594.54 km
Disember 2003 - lawatan setaf The Institution of Engineers Malaysia ke Bandar Suzhou, Hangzhou dan juga Shanghai. Berikut adalah antara tempat-tempat menarik yang telah sempat kami lawati semasa di China.
Kota Suzhou terletak di bagian selatan
Delta Sungai Yangtze dan
merupakan salah satu kota kuno di Cina yang telah ada semenjak 514 B.C., Suzhou sangat terkenal
sebagai Venezia dari Timur dan juga sebagai kota taman. Kota ini mulai
bekembang pesat sebagai kota dagang pada saat The Grand Canal yang
menghubungkan Beijing dan Hangzhou selesai dibangun pada masa Dinasti Sui(589-618). Sehingga banyak bangsawan mulai mendirikan bangunan dan taman-taman
yang keindahannya terkenal sampai saat ini.Menurut cerita, ada lebih dari 200
taman di kota ini, dan sampai saat ini 69 di antaranya terawat dengan sangat
baik sehingga masih dapat dinikmati sampai saat ini dan perjalanan kita nanti
hanya melihat beberapa di antaranya.
Suzhou Creek (juga dipanggil Sungai Wusong) adalah sebuah sungai
di China yang melalui pusat bandar Shanghai. Ia dinamakan sempena Suzhou,
sebuah bandar di negara jiran wilayah Jiangsu yang merupakan bandar utama di
kawasan ini sebelum kebangkitan Shanghai sebagai sebuah metropolis.
Salah satu daripada kedai-kedai utama Tasik Tai, Suzhou Creek
mempunyai panjang 125 km, yang 54 km dalam wilayah pentadbiran Shanghai dan 24
km dalam bahagian bandar sangat perbandaran. Sungai mengalir ke Sungai Huangpu
di hujung bahagian utara Bund di Huangpu District.
LIU YUAN
GARDEN SUZHOU
Tempat pertama yang kami lawati ialah sebuah taman yang berkeluasan 23.300 meter persegi (5.8
ekar), Liu Yuan Garden ini terletak di luar Changmen Gate di Suzhou dalam daerah Jiangsu.
Asalnya ialah sebuah taman peribadi dan merupakan salah satu dari 4 taman-taman
yang terkenal di China. Dibina pada tahun 1539 semasa Dinasti Ming oleh seorang
pegawai Istana bernama Xu Tai. Semasa Dinasti Qing (1644-1911), ia telah dibeli
oleh Liu Shu. Taman ini hampir dirobohkan pada tahun 1930 namun telah diambil
alih dan dibiayai pembaikannya oleh Kerajaan yang kemudiannya dibuka kepada
umum.
Taman ini telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh
UNESCO pada tahun 1997.
GINKGO BILOBA
Antara jenis-jenis tumbuhan dan pokok yang terdapat di taman ini ialah sejenis tumbuhan yang paling banyak digunakan
dalam perubatan sejak berzaman iaitu Ginkgo Biloba.... Antara pokok yang tertua di dunia ini.. Mulanya dijumpai di Jepun dan China.. Mempunyai berbagai
khasiat...Antara khasiat.. digunakan untuk memperbaiki daya
ingatan, Membetulkan perjalanan darah dalam badan anda, mengurangkan
tekanan emosi individu, mengelakan pening yang boleh membawa pitam.... mempunyai
daya tahan bahang yang luar biasa, tumbuhan yang tidak mati walaupun terkena
bom atom....
Suzhou to Hangzhou
CITY OF HANGZHOU
Hangzhou
adalah ibu kota wilayah Zhejiang di China dan ada pusat pentadbiran, ekonomi
dan kebudayaan China. Terkenal dengan keindahan semula jadi dan mempunyai banyak
warisan budaya, Hangzhou dikenali sebagai 'Syurga di Bumi' dan salah satu tempat
pelancongan yang paling penting di China.
Gambar ini di ambil dari Hotel Jian Feng, tempat penginapan kami di Hangzhou, China |
Hangzhou
terletak di muara Sungai Qiantang di tenggara China, berkedudukan unggul di
Delta Sungai Yangtze dan hanya 180 kilometer dari bandar Shanghai.
Zhen-Jiao Si (Mosque of the True Religion), juga dikenali sebagai Feng-Huang Si (Masjid Phoenix) terletak di Zhongshan Road di Hangzhou, Zhejiang Province, dipercayai telah dibina pada zaman pemerintahan Dinasti Tang (618-907). Ia adalah antara 4 masjid lama China yang terbesar (tiga lagi adalah Masjid Xianhe di Yangzhou, Masjid Qingjing di Quanzhou dan Masjid Huaisheng di Guangzhou)
Masjid ini mempunyai sejarah yang panjang dan ia telah dibina semula dan diubahsuai beberapa kali sepanjang zaman. Masjid ini telah dimusnahkan di zman Pemerintahan Dinasti Song (960-1279). Pada tahun 1281, di zaman Dinasti Yuan (1206-1368), seorang China Muslim yang terkenal di zaman itu bernama LaoDing telah membina semula masjid ini. Dan semasa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644), disekitar tahun 1451 hingga 1493, masjid dibina dan diperbesarkan. Pada tahun 1646, kerajaan Dinasti Qing (1644-1912) mengarahkan supaya ianya dibina semula.
Ia adalah jauh lebih kecil daripada binaan yang asal, kerana projek melebarkan jalan pada tahun 1929, dan ia sebahagiannya dibina semula pada tahun 1953.
Makan Malam di Zhejiang Railway Station dan melawat Kilang Sutera di HangZhou, China |
FENG HUANG MOSQUE, HANGZHOU
Masjid ini mempunyai sejarah yang panjang dan ia telah dibina semula dan diubahsuai beberapa kali sepanjang zaman. Masjid ini telah dimusnahkan di zman Pemerintahan Dinasti Song (960-1279). Pada tahun 1281, di zaman Dinasti Yuan (1206-1368), seorang China Muslim yang terkenal di zaman itu bernama LaoDing telah membina semula masjid ini. Dan semasa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644), disekitar tahun 1451 hingga 1493, masjid dibina dan diperbesarkan. Pada tahun 1646, kerajaan Dinasti Qing (1644-1912) mengarahkan supaya ianya dibina semula.
Ia adalah jauh lebih kecil daripada binaan yang asal, kerana projek melebarkan jalan pada tahun 1929, dan ia sebahagiannya dibina semula pada tahun 1953.
SONG DYNASTY TOWN
Bandar
Dinasti Song terletak bersebelahan dengan Tasik Barat. Ia adalah merupakan
pusat rekreasi bandar Song. Dinasti Song memeringah China dari tahun 1127 –
1279. Zaman pemerintahan Dinasti Song adalah zaman kemakmuran dan perkembangan
yang pesat di China pada masa itu. Dipercayai Marco Polo pernah melawat bandar
ini dan merasa amat kagum melihat bandar-bandar yang besar dengan penduduknya
yang melebihi 1 juta orang.
Bandar
ini telah dibahagikan kepada 6 bahagian, iaitu Jiulong Square, Dinasty Song
Town Square, Fairy Hills dengan Wonderful towers dan Istana Song dan Riverside
scene on Qingming Festival.
Pengunjung
berpeluang menyaksikan persembahan berbentuk drama mengenai zaman kegemilangan Raja Raja Dinasti Song yang dipersembahkan pada setiap hari.
HANGZHOU TO SHANGHAI
SHANGHAINANJING ROAD MARKET
ORIENTAL
PEARL TOWER PARK
Oriental Pearl Radio & TV Tower adalah
sebuah menara TV di Shanghai , China. Terletak di daerah Pudong,Shanghai,
disebelah Sungai Huangpu dan bertentang dengan The Bund menjadikan ianya
sebagai mercu tanda yang berbeza di Shanghai. Menara ini siap dibina pada 1994
mempunyai ketinggian 468 m (1,535 kaki) tinggi.
Rekabentuk Menara ini ada didasarkan pada
sebuah sajak Pipa Song oleh Bai Juyi pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu
bunyi petikan indah instrumen pipa yang seperti mutiara jatuh pada plet jed.
NIGHT
CRUISE AT HUANGPU RIVER
Sungai Huangpu (97 kilometer panjang) adalah
sungai yang terpanjang di Shanghai. Sungai ini membahagikan Shanghai kepada 2
bahagian iaitu Puxi di Barat dan Pudong di timur. Sungai ini mempunyai purat
lebar kira-kira 500 meter dengan kedalaman 11 meter. Ia juga adalah sumber air
minuman bagi penduduk Shanghai.
Pengunjung boleh memilih beberapa pakej
pelayaran dari 30 minit hingga pelayaran untuk jangkamasa 3 jam yang akan
melalui beberapa pemandangan yang menarik dan indah mengikut jangkamasa lama
pakej yang diambil.
MASJID FUYOU LU, SHANGHAI
Jemaah muslim Nanjing Hui adalah mereka yang membangun masjid tersebut ketika bermigrasi ke Shanghai. Ketika itu, masjid adalah pusat kehidupan budaya jemaah tersebut. Pada awal 1900-an, masjid tersebut dijadikan markas bagi sekolah dasar, Dewan Direksi Islam Shanghai dan Masyarakat Bisnis Muslim.
CHRISTMAS EVE AT SHANGHAI
Berkesempatan juga menyaksikan sambutan Christmas Eve di Shanghai yang agak meriah juga walaupun Agama Kristian bukan majoriti di Korea.
Terima kasih kepada pemandu pelancong kami Cik Winnie dan Cik Annie yang telah banyak membantu kami untuk mengenali Negara China dengan lebih mendalam terutama mengenai Shanghai....
上海GOOD BYE
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
Update: 30 Julai 2023 > 13 Muharram 1445H: 9.39 pm