ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 29 July 2001

2001 - TIANANMEN SQUARE BEIJING

THE TIANANMEN SQUARE, BEIJING
TIANANMEN SQUARE
Dataran Tiananmen ialah dataran besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China. Tiananmen (Pintu Damai Syurga) terletak arah utara dan memisahkan dataran ini dengan Kota Larangan (The Forbidden City). Dataran ini adalah seluas 40.5 hektar (100. Ekar) dan merupakan dataran yang terbesar di dunia.
Berhampiran dataran ini juga terletaknya Makam Mao Zedong (Pengasas Republik Rakyat China pada 1949). Makam ini telah disiapkan pada tahun 1977.
Di sinilah pada 15 April 1989berlakunya siri tunjuk perasaan yang dipimpin oleh pelajar, cendekiawan dan aktivis buruh di Republik Rakyat China. Kematian akibat rusuhan ini adalah antara 2,000 hingga 3,000 orang mengikut angka Persatuan Pelajar China  dan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa. 


Bersama rakan-rakan The Institution of Engineers, Malaysia



2001 - TEMBOK BESAR CHINA


TEMBOK BESAR CHINA
Teringat ketika zaman persekolahan dahulu. Dalam pelajaran Ilmu Alam antara yang dipelajari ialah Negara China. Saya masih ingat bila melihat gambar Tembok Besar saya berasa begitu kagum dan teringin sekali melihatnya dengan lebih dekat.
Ternyata impian saya itu tercapai apabila saya berpeluang melawat Negara China pada tahun 2001 bersama setaf The Institution of Engineers,Malaysia. Kami berpeluang melawat Beijing, Tianmen dan Bandar Pergunungan Chengde




Sedikit Info Mengenai Tembok Besar China:
Tembok Besar China adalah satu dari 7 Keajaiban Dunia dan telah disenaraikan dalam World Heritage UNESCO pada tahun 1987. Panjang Tembok Besar China ialah kira-kira 6,400 kilometer bermula dari Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai yang terletak berhampiran sempadan China dan Manchuria.
Dibina lebih 2,000 tahun dahulu oleh Maharaja China yang pertama, Qin Shi Huangdi semasa Pemerintahan Dinasti Qin (221 SM – 206 SM).
Tinjauan yang dilakukan oleh ahli arkeologi pada tahun 2009 menggunakan peralatan teknologi masakini melaporkan bahawa panjang keseluruhan Tembok Besar China adalah 8,851 km (5,500.3 batu).
Walaupun Tembok Besar ini dibina di zaman Dinasti Qin, namun apa yang kita lihat pada hari ini adalah pembangunan yang dilakukan oleh Maharaja Dinasti Ming (1368M – 1644M). 
















Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL

Update:
30 July 2023 > 12 Muharram 1445H: 11.52 am

Saturday, 28 July 2001

2001 - THE FORBIDDEN CITY BEIJING


THE FORBIDDEN CITY OF BEIJING
Kota Larangan (Forbidden City) adalah merupakan istana Maharaja China yang mula digunakan semasa zaman pemerintahan Dinasti Ming. Kini ia menempatkan Muzium Istana yang dibuka untuk lawatan kepada orang ramai.
Istana ini telah digunakan oleh Maharaja China hampir 500 tahun sehingga Maharaja Puyi dari Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911.Dibina atas perintah Maharaja Zhu Di (Maharaja ke 2 Dinasti Ming) pada tahun 1406 hingga 1420 ia mengandungi 980 buah bangunan dan 8,707 buah bilik. Kota ini telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia  pada tahun 1987.








Dalam rangka lawatan Setaf The Institution of Engineers Malaysia pada tahun 2001, kami telah berpeluang untuk melawat Kota Larangan di Kota Beijing, China. Teringat saya kepada 2 buah filem yang pernah saya tonton suatu ketika dahulu yang mana penggambaran dilakukan di Kota Larangan ini. 


Filem "The Last Emperor" yang dikeluarkan oleh Columbia Pictures pada tahun 1987 mengisahkan kehidupan Maharaja Puyi , iaitu Maharaja China yang terakhir yang telah digulingkan pada tahun 1911. 
Filem "Shanghai Noon" lakonan Jackie Chan dan Owen Wilson yang diterbitkan pada tahun 2000.