ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 1 October 1985

KD MUTIARA 1985 - 86

KD MUTIARA
36TH HYDROGRAPHIC SQUADRON
PENGKALAN TLDM, LUMUT , PERAK
26.8.1985 - 1.5.1986

Keratan Akhbar Pelancaran KD Mutiara pada 13.11.1976
KD Mutiara yang pertama tahun 1961 adalah kapal pertama TLDM menggunakan
Prefix "Kapal DI Raja" (KD) 


Foto ini saya ambil dari Helikopter TUDM yang ikut serta dalam Pelayaran ini. 


 KD Mutiara meredah Lautan Hindi


KD Mutiara menempuh gelora di Lautan Hindi 

Saya telah berkhidmat di KD Mutiara dari 26 Ogos 1985 sehingga 1 Mei 1986. Pegawai Memerintah ketika itu ialah Kdr Husaini Bin Abdullah TLDM N/400355. 

KD MUTIARA di bina di Pulau Pinang oleh Syarikat Hong Leong Lurssen Dockyard. Dengan menggunakan kata panggilan antarabangsa 9MNG, kapal ini telah ditauliahkan di dalam perkhidmatan TLDM pada 18 Disember 1977 dengan nombor pennant A 255. Pelancaran kapal in telah disempurnakan oleh DYMM Raja Permaisuri Agung ketika itu Tengku Zainab binti Tengku Seri Utama Raja Muhammad Petra. Ianya mengambil sempena nama KD Mutiara lama yang tamat perkhidmatan. KD Mutiara diletakkan dibawah Skuadron ke 36 Hidrografi bersama KD Perantau. Kept Goh Siew Chong TLDM N/400157 adalah Pegawai Memerintah KD Mutiara yang pertama. 


KD MUTIARA berdimensi 71 meter panjang, 13 meter lebar dan berkapasiti 1905 tan. Untuk sistem tujahan, kapal dilengkapi dengan 2 enjin utama jenis Deutz SBA 12M 528 yang digerakkan menggunakan Controllable Pitch Propeller (CPP). Kelajuan maksimum kapal boleh mencapai sehingga 16 batu nautika sejam. Pengoperasian kapal bagi mengoperasikan sistem dan peralatan yang terpasang dijana menggunakan 3 janakuasa utama dan 1 janakuasa kecemasan. Kapal juga dilengkapi dengan 4 buah bot ukur dan 2 buah bot kerja.


Bidang tugas KD MUTIARA adalah melaksanakan pengukuran hidrografi, melaksanakan pemerhatian meteorologi dan melakukan kerja - kerja penyelidikan cerapan oseanografi yang terhad. Carta nautika telah dikeluarkan hasil dari data KD MUTIARA ini telah menyumbang kepada Safe Navigation dan seterusnya memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi melalui bidang pengangkutan import dan eksport yang menggunakan jalan laut. Kapal turut memegang rekod pengukuran yang mengagumkan yang mana telah menyumbang kepada penerbitan 50 carta nautika. 


PELAYARAN KE INDIA & REPUBLIC OF MALDIVES, 1985
KD HANG TUAH & KD MUTIARA

Meredah Bengal Bay di Lautan Hindi
(kelihatan Helikopter TUDM yang ikut serta dalam Pelayaran ke Republic of Maldives dan India)

Dengan Helikopter TUDM inilah aku mengambil foto KD Mutiara meredah 
Lautan Hindi







Sepanjang berkhidmat dengan KD Mutiara, antara pengalaman yang tidak mungkin dapat saya lupakan ialah belayar meredah Lautan Hindi menuju ke Pelabuhan Madras (Kini Cennai) dan Republic of Maldives bersama kapal KD Hang Tuah. 

TELUK BENGAL (BAY OF BENGAL), LAUTAN HINDI
Merupakan teluk yang terbesar di dunia, mempunyai keluasan 2,172,000 km persegi. Manakala Lautan Hindu yang juga dikenali dengan nama Lautan Kidul adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air bumi. Ia adalah satu kawasan yang paling terpencil dan paling menakutkan dan sentiasa bergelora dengan angin yang mencapai kelajuan 40 knot (74 km sejam) dengan ombak sehingga 10 meter. Lautan Hindi dikenali sebagai lautan paling panas di dunia. 
Kami telah menempuh suasana gelombang yang cukup ganas semasa dalam pelayaran melalui Lautan Hindi ini... ramai yang mabuk laut dan muntah hijau... itulah asam garam kehidupan para pelaut..... lautan adalah padang permainan kami dan gelombang itu adalah mainan kami.... kalau tak pernah merasa gelombang yang ganas bukanlah pelaut namanya..... 

"A SMOOTH SEA NEVER MADE A SKILLED SAILOR..."
 
KD MUTIARA COMMUNICATORS
Antara anggota komunikasi yang terlibat ketika dalam pelayaran ke India dan Republic of Maldives pada tahun 1985.
Antara Anggota Semboyan yang bertugas di KD Mutiara ketika itu yang aku masih ingat ialah RS Leong Kim Fatt, LTO Kamaruddin, RO Jamal, RO Yahya, RO Kamaruzzaman, RO Mazlan, RO Anuar, RO Khairuddin dan beberapa nama yang aku tak berapa nak ingat....


DI PELABUHAN MADRAS, INDIA
RO Yahya, RO Kamarulzaman, RO Zulheimy, RO Jamal dan RO Anuar

REPUBLIC OF MALDIVES



Republic of Maldives adalah sebuah Negara pulau yang mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di Lautan Hindi. Ia terletak kira-kira 700 km ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 Terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil. Hanya 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia.

Kepulauan Maldives pernah dijajah oleh Portugas (1558), Belanda (1654) dan akhir sekali British pada 1887. Maldives mengisytiharkan kemerdekaannya daripada British pada tahun 1965.
Maldives juga adalah antara negara yang turut terjejas dalam kejadian Tsunami pada 26 Disember 2004.
 







Masjid ini dinamakan sempena nama seorang Pemerintah dan juga Pahlawan Maldive iaitu Al-Sultan Muhammad Thakurufaanu Al-Azam
Islam di Maldives dinyatakan dalam sejarah bermula apabila Raja Buddha yang terakhir di Maldives bernama Dhovemi memeluk agama Islam pada tahun 1153. 
Sejak dari itu agama Islam mula berkembang di Republik of Maldives sehingga kini majoriti penduduknya adalah beragama Islam. 

INDIA, 1985





Ini ialah gambar Artis Filem Tamil yang popular ketika itu...gambar ini dijual didepan studio ketika melawat Studio Filem Tamil (tak ingat di mana)... Walaupun saya tidak minat dengan Filem Tamil, tapi saya beli juga foto ini untuk buat kenangan...

Destinasi KD Mutiara seterusnya ialah Madras di India (kini dikenali dengan Chennai) terletak di Pantai Coromandel menghadapTeluk Bengal adalah merupakan ibunegeri Tamil Nadu. Ia merupakan bandaraya Metropolitan yang ke 4 terbesar di India.
Nama Madras berasal dari Madraspatnam, tapak yang dipilih oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1639. 












Di antara tempat-tempat bersejarah yang sempat kami lawati ialah Mahabalipuram (juga dikenali sebagai Mamallapuram), sebuah bandar terletak di daerah Kancheepuram didalam negeri Tamil Nadu. Pada abad ke 7, ia merupakan bandar pelabuhan Selatan India semasa pemerintahan Dinasti Pallavas.

Bandar ini juga teruk dilanda Tsunami pada 26 Disember 2004 yang mengorbankan 200,000 nyawa. 




Itu adalah antara kenangan aku semasa berkhidmat di atas kapal Hidrografi KD Mutiara. Walaupun hanya sempat bertugas selama 9 bulan sahaja.... KD Mutiara telah membawa aku menjelajah dan mempelajari adat dan budaya yang berbeza dari kita di Malaysia. Di KD Mutiara ini jugalah aku dinaikkan ke pangkat Pemangku LK KMR. Dalam perjalanan pulang dari India dan Republic of Maldives inilah kami menerima kawat perintah Pertukaran dimana nama aku telah tersenarai untuk di tukarkan ke Department Tentera Laut di Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur.... 



Kami juga berkesempatan melihat rumah pelakon India yang terkenal suatu ketika dahulu iaitu Dr. M.G. Ramachandran (meninggal dunia 24 Disember 1987) atau lebih dikenali dengan nama M.G.R.  Kami hanya melihat dari dalam bas sahaja (tidak turun) dimana pemandu pelancong memberi penerangan mengenai rumah MGR. Ketika kami melawat India tahun 1985, M.G.R adalah Ketua Menteri Tamil Nadu
                          
Begitulah serba sedikit mengenai Lawatan Operasi KD Mutiara ke Republic of Maldives dan India bersama kapal KD Hang Tuah.              

TERKINI - KD MUTIARA DILUCUT TAULIAH 20 JULAI 2018





Pegawai Memerintah pertama KD Mutiara, Kept (B) Goh Siew Chong menerima cenderahati dari Panglima Tentera Laut

KD Mutiara mengakhiri perkhidmatannya dengan TLDM setelah 41 tahun menabur bakti. 
Upacara pelucutan tauliah kapal itu disempurnakan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin di Tambatan Pangkalan TLDM di sini.
Majlis itu dihadiri lebih 300 anggota dan pegawai TLDM serta 11 bekas pegawai memerintah kapal berkenaan.
Dengan pelucutan tauliah itu, kapal berkenaan dikeluarkan daripada inventori Skuadron Hidrografi Ke-36 TLDM.
KD Mutiara yang dibina pada akhir 1975, dilancarkan pada 13 November 1976 dengan dilengkapi teknologi bagi melaksanakan operasi di kawasan tropika; menjalankan operasi dan pengukuran luar pantai serta kajian oseanografi.
Sepanjang perkhidmatan, kapal hidrografi itu merekodkan pelayaran sejauh 220,000 kilometer (km) bersamaan enam kali mengelilingi dunia dengan 146 Arahan Hidrografi merangkumi keluasan pengukuran seluas 68,598 kilometer persegi perairan negara berjaya dilaksanakan.

HARI-HARI TERAKHIR KD MUTIARA




SELAMAT TINGGAL KD MUTIARA