Sunday, 5 February 2017

KENALI AL QURAN


1.       Surah yang terkenal dengan nama ‘Jantung AlQuran’ – Surah Yaasin
2.       Surah yang terkenal dengan silsilah nasab Allah s.w.t – Surah Al Ikhlas
3.       Jumlah surah Al Quran yang memiliki Ayat Sajdah – 4 Surah (As Sajadah, Fussilat, an-Najm dan al-Alaq)
4.       Surah yang dikenali sebagai surah Imam Husain a. s –Surah al-Fajr
5.       Surah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu sungai di Iran – Surah An Nur
6.       Jumlah surah yang dimulai dengan ‘Alhamdullillah ‘  - 5 surah (al-Fatihah, al-An’am, al-Kahfi, Saba’ dan Fathir.
7.       Surah al-Quran yang memiliki 10 nama – Surah Al Fatihah
8.       Kalimat Allah yang diulang sebanyak 6 kali – Surah al-Baqarah ayat 283
9.       Tatacara wudhuk dijelaskan  dalam al Quran – Surah al-Maidah ayat 6
10.   Solat 5 waktu disebut dalam al Quran dalam Surah al’Isra’ ayat 78.
11.   2 orang tokoh wanita yang mendapat sanjungan Ilahi – Siti Maryam (Ibu Nabi Isa a.s) dan Siti Aisyah (Isteri Firaun).
12.   Surah al Quran  yang membawa erti “Wanita yang teruji” – Surah al-Mumtahanah
13.   2 orang wanita yang dicela di dalam al quran – isteri Nabi Luth a.s dan Isteri Nabi Nuh a.s.
14.   Wanita yang mendapat julukan “Ath-Thayibah” dalam al Quran – Siti Maryam
15.   Ayat yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w – Surah al – Maidah ayat 3
16.   Surah yang terakhir diturunkan di Madinah –Surah al-Maidah
17.   Surah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan – Surah al-Ikhlas
18.   Surah yang terakhir diturunkan di Makkah – Surah ar-Rum
19.   Surah yang terdapat ayat Hijab – Surah an-Nur ayat 31
20.   Surah yang menyebut 5 macam makanan – Surah al-Baqarah ayat 61 (Sayur, Mentimun, bawang putih, adas (Kacang dal) dan bawang merah).
21.   Surah dimana Allah s.w.t berbicara mengenai diriNya – Surah al-Baqarah ayat 186
22.   Surah dimana 5 nabi Ulul Azmi disebut – Surah al-Ahzab ayat 7 (Muhammad s.a.w. Nuh a.s, Ibrahim a.s.  Musa a.s dan Isa a.s.)
23.   Jumlah surah al-Quran yang memiliki nama para Nabi – 6 Surah (Muhammad, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).
24.   Dalam al Quran 2 Nabi disebut sebagai suri Tauladan yang baik iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Ibrahim a.s.
25.   Surah yang terdapat kisah Nabi Sulaiman a.s dan Ratu Balqis – Surah Saba
26.   Ayat al-Quran yang pertama diturunkan – Surah al-Alaq
27.   Surah yang pertama diturunkan di Madinah – Surah al-Muthaffifin
28.   Nama Rasulullah s.a.w disebut sebanyak 5 kali didalam al Quran iaitu 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.
29.   Nama Nabi yang sering disebut dalam al Quran – Nabi Musa a.s.
30.   Kisah dalam al Quran yang mendapat julukan “Ahsan al-Qashsash” (Kisah Terbaik)  ialah kisah Nabi Yusuf a.s.
31.   Kisah israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w disebut dalam Surah al-Isra’.
32.   Satu-satunya wanita yang disebut namanya dalam al Quran – Siti Maryam (Ibu Nabi Isa a.s.)
33.   Surah yang turun berkenaan dengan Sayyidah Fatimah az-Zahra – Surah al-Kautsar
34.   Surah yang bererti “Kaum wanita” – Surah An-Nisa

35.   Jumlah surah al-Quran yang memiliki nama binatang – 5 Surah (an-Nahl, al-Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan Al-Fil) 

No comments: