Monday, 28 April 2014

YJM HeartWeek 2014 : Kuantan Parade

Tarikh: 24 - 28 April 2014
Lokasi : Kuantan Parade, Kuantan, Pahang

Minggu Jantung Kuantan berlansung di Pusat Membeli belah Kuantan Parade dari 24 hingga 28 April 2014. 
Program ini adalah anjuran bersama Lions Club of Kuantan dengan bantuan tenaga jururawat dari Kuantan Medical Centre, University College SHAHPUTRA dan juga jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan. 
Seramai 392 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan dan 96 orang menjalani ujian Elektrokardiogram (ECG). 



Kuantan Parade adalah dibawah pentadbiran Badan Pengurusan Bersama Kuantan Parade dibina sekitar tahun 1995. 
Ketika bertugas di SKTLDM Kuantan (1992-1995), bangunan ini ketika itu dalam pembinaan dan saya tidak berkesempatan untuk melihat ianya siap kerana bertukar tugas ke Kuala Lumpur. 
Namun, syukur Alhamdullillah kali ini saya berkesempatan untuk berada didalam bangunan ini ketika Minggu Jantung Kuantan dari 24 - 28 April 2014. 

MINGGU JANTUNG KUANTAN 






Jururawat dari University College SHAHPUTRA, Kuantan, Pahang











KUANTAN, PAHANG


Kuantan adalah merupakan ibunegeri Pahang iaitu negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. 
Kuantan berkeluasan lebih kurang 36,000 km dengan penduduknya yang terdiri 57% Melayu, 32% Cina, 4% India dan 7% lain-lain kaum. Bandar Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan menjadi ibunegeri Pahang sejak 1976 selepas pusat pentadbiran Negeri Pahang berpindah dari Kuala Lipis. 



Kompleks Teruntum mempunyai banyak kenangan pahit manis di zaman bujang dulu.... di sinilah saya selalu melepak dengan kawan-kawan ketika bertugas di Kuantan sekitar tahun 1992-95 dahulu. Ketika itu Kuantan Parade belum wujud lagi. 


Surau Al Mustaqim yang terletak diantara Kompleks Teruntum dan Kuantan Parade masih wujud lagi. Teringat dulu selalu solat berjemaah dengan kawan-kawan disini ...  apa-apa pun Kuantan memang banyak meninggalkan memori silam bagi diri saya.....  

NOSTALGIA SILAM


Gambar Kenangan ketika berkhidmat dengan TLDM di Kuantan


Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
16.5.2014

No comments: