Thursday, 22 August 2013

YJM HEARTWEEK 2013 - SURIA SABAH SHOPPING MALL, KOTA KINABALU, SABAH

LOKASI: SURIA SABAH SHOPPING MALL, KOTA KINABALU, SABAH
TARIKH: 17 - 22 AUGUST 2013

Suria Sabah Shopping Mall di buka kepada orangramai pada 3 Disember 2009. Terletak di tengah-tengah pusat bandar dan pusat perniagaan Kota Kinabalu berhadapan bangunan Wisma Sabah. 

MAJLIS PERASMIAN MINGGU JANTUNG 
KOTA KINABALU 2013
Minggu Jantung Kota Kinabalu 2013 dengan Tema "Take The Road to a Healthy Heart" bersempena dengan "Bulan Kebajikan 2013" telah dilancarkan perasmiannya oleh Y.B. Datuk Hjh Jainab Datuk Seri Panglima Hj Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah pada 17 Ogos 2013. 
Minggu Jantung Kota Kinabalu 2013 telah berlansung di Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah dari 17 hingga 22 Ogos 2013. Kempen Minggu Jantung ini adalah hasil kerjasama antara Yayasan Jantung Malaysia, Kuala Lumpur, Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah, Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu dan Makamewah Sdn Bhd (Pengurusan Komplek Suria Sabah). Turut membantu sepanjang kempen ini adalah Jururawat-jururawat dari Hospital Queen Elizabeth I dan II , Kota Kinabalu, Sabah. 
Seramai 530 orang telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan dan 129 orang menjalani ujian Elektrokardiagram sepanjang kempen. 

Y.B. Datuk Hjh Jainab Datuk Seri Panglima Hj Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah




Gambar di sekitar Majlis Perasmian
Pemandangan yang cukup menarik di belakang Suria Sabah. 

Pameran Poster dari Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu, Sabah

PENYAKIT jantung koronari boleh dikenal pasti menerusi tanda-tanda yang dikesan melalui ujian elektrokardiogram (ECG). Bilik yang digunakan untuk ujian Elektrokardiogram. 



Index Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang

Gambar kenangan bersama setaf Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah




Bersama En Mohd Salehuddin, Pengurus Awareness Team, Yayasan Jantung Malaysia


Sepanjang program dijalankan, kami menetap di Best Western Kinabalu Daya Hotel yang terletak di Jalan Pantai, kira-kira 10-15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan tidak jauh dari Suria Sabah Shopping Mall (walking distance). Oleh kerana hotel ini berdekatan dengan Suria Sabah, ia memudahkan kami untuk pergi dan balik dari Hotel ke Suria Sabah. 
KOTA KINABALU, SABAH
Kota Kinabalu atau lebih dkenali sebagai “KK” dahulunya dikenali sebagai Jesselton merupakan ibunegeri Sabah. Jesselton adalah sempena nama Charles Jesselton, Naib Pengerusi Syarikat Borneo Utara British. Sebelum Jesselton (Kota Kinabalu) berkembang pesat ianya pada asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan yang dikenali dengan nama Api-Api.
Apabila Borneo Utara bersatu dengan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, negeri ini bertukar nama dan dikenali sebagai Sabah, dengan Jesselton kekal sebagai pusat pemerintahan utama.
Jesselton telah ditukar namanya kepada Kota Kinabalu pada 30 September 1968 dan menerima status bandar raya daripada kerajaan Malaysia pada 2 Februari 2000.




Hospital Queen Elizabeth merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Hospital ini dahulunya dikenali sebagai Hospital Jesselton apabila disiapkan pada tahun 1957. Hospital ini ditukarkan kepada nama sekarang sempena sumbangan pembangunan daripada kerajaan British. Ratu Elizabeth pernah membuat rawatan ke hospital ini pada tahun 1971..
Hospital ini dibinakan dengan blok utamanya pada akhir tahun 1970-an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan blok tersebut telah diserahkan semula kepada pihak hospital pada tahun 1981. Blok utama tersebut merupakan sebuah bangunan 8 tingkat.
Masjid Negeri Sabah merupakan Masjid Negeri bagi negeri Sabah, Malaysia. Ia terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sembulan, Kota Kinabalu. Ia berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Di masjid inilah letaknya Makam Pahlawan Sabah, iaitu tempat bersemadinya tokoh-tokoh Sabah terkenal. Antaranya Tun Mohammad Fuad Stephens (Donald Stephens), Tun Mohd Hamdan Abdullah, Tun Pengiran Ahmad Raffae, Tun Mohd Said bin Keruak dan Tun Mohd Adnan Robert. 

Ketika menunggu penerbangan ke Kota Kinabalu, Sabah


KOTA KINABALU, 1997
Kota Kinabalu memang tidak asing bagi ku kerana ketika berkhidmat dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah tempat yang sering ku kunjungi ketika berkhidmat dengan kapal-kapal TLDM. 
Kali terakhir aku ke Kota Kinabalu ialah pada tahun 1997, ketika itu aku dan keluarga berkunjung ke rumah Abang Sulong yang bertugas sebagai Pengurus di Sime Bank Kota Kinabalu ketika itu. Abang ku menetap di Graceville, Kota Kinabalu.  Berikut adalah beberapa keping gambar kenangan di KK pada 1997. 







Zulheimy Maamor
YJM
2.11.2013 : 2.25 am

No comments: